Selasa, 3 Januari 2012

TIADA APA2 KELEBIHAN...HANYA ARTIS..ADAKAH ARTIS SELAMAT DIDUNIA ATAU DIAKHIRAT ALLAH SAJA TAU...KITA PUN NAMPAK MEREKA...ADAKAH TAAT ATAU SEBALIKNYA.

Minta SYABAS dibubarkan

erujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.

Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar?

Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.

Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros.

Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.

Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.

Pakatan hadapi kemungkinan Anwar dipenjara
Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.

"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar.

Trak FRU uzur, tapi 'paling efisien'

Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan berkata, keadaan trak meriam air yang digunakan untuk mengambil tindakan ke atas peserta perhimpunan BERSIH berada dalam keadaan uzur.

Malah, anggota yang mengendalikan meriam itu juga tidak dapat melihat dengan jelas sasaran mereka ketika bertindak ke atas kumpulan berkenaan.

Pengendali meriam air berkenaan, Sjn Idzha Salim berkata, skrin pengadang trak berperisai berkenaan juga kabur dan telahpun mengalami keretakan.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan suasana kelam kabut dan juga keadaan hujan serta asap daripada gas pemedih mata yang ditembak sebelum tindakan menggunakan meriam air dijalankan, katanya.

Kenyataannya di inkuiri Suhakam itu menyebabkan peguam pemerhati, Lim Chee Wee bertanya sekiranya penggunaan trak meriam air tersebut menimbulkan bahaya kepada peserta perhimpunan dan juga anggota polis

Idzha, 45, daripada Unit 5, Cawangan Meriam Air FRU bagaimanapun tidak bersetuju dengan pernyataan itu.

"Tindakan paling efisien (ke atas peserta demonstrasi) adalah dengan semburan water cannon (meriam air)," katanya yang mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam tindakan tersebut.

Beliau juga memberitahu anggota panel bahawa unit berkenaan diarahkan untuk mengambil tindakan maksimum ke atas peserta perhimpunan itu.

Siasatan Suhakam yang masuk hari ketujuh hari ini adalah untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi dalam tindakan unit yang menyuraikan perhimpunan di Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu.


Kenapa PERKASA tak sentuh isu zakat?

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA tidak membuat sebarang aduan berhubung dakwaan salah guna wang zakat kerana ia merupakan isu yang sedang berjalan, kata presidennya Ibrahim Ali.

Dakwanya, isu itu berbeza dengan reaksi mereka terhadap ucapan hari Natal oleh paderi Eu Hong Seng yang dituduhnya merupakan isu nasional dan boleh menyebabkan permusuhan kaum.

NONEBercakap paad sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim berkata, isu seperti dakwaan salah guna wang zakat, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan dakwaan melibatkan menantu menteri besar Kelantan merupakan isu berterusan yang melibatkan kerajaan.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau hanya akan memilih isu bersangkutan dengan keselamatan negara dan menyerahkan isu lain kepada NGO lain.

PERKASA pada 29 Disember lalu membuat laporan polis terhadap Ee sebagai pemimpin National Evangelical Christian Fellowship dengan mendakwanya mempersoal Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu.

Mengulas komen oleh pembaca Malaysiakini mengenai sikap membisu PERKASA berhubung dakwaan salah guna wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua pegawai kerajaan yang lain, Ibrahim berkata bukan kerja mereka melakukan segala-galanya.

"Jika saya terpaksa buat laporan mengenai segala-galanya, saya kena buat rumah saya di depan balai polis. Saya ada perkara lain yang perlu dilakukan. Saya ada kerja dan saya juga sibuk seperti Perdana Menteri.

"PERKASA tidak boleh melakukan segala-galanya, jadi biar kita bekerjasama ... jika awak sayangkan negara dan berjuang untuk tadbir urus yang baik, mengapa tunggu PERKASA? Buat laporan dulu dan minta PERKASA menyokongnya, " kata Ibrahim.

Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik masuk Umno
Penghibur popular, Afdlin Shauki Aksan, mengakui beliau mengagumi gaya kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sehingga membuat keputusan untuk secara rasmi menyertai Umno.

"Saya tertarik dengan (program) transformasi yang dibawa oleh perdana menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai Umno secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan," kata Afdlin Shauki, 40.

Afdlin bersama pelakon komedi merangkap Presiden Seniman Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim telah menyerahkan borang keahlian mereka menyertai Umno di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-duanya menjadi popular dengan membawa watak lucu "Kumpulan Boboi" yang menduduki tempat kedua dalam pertandingan komedi Maharaja Lawak Mega 2011 yang berakhir baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau bimbang kehilangan peminat selepas menyertai Umno, Adflin Shauki berkata: “Saya masih seperti dulu, seorang pelawak, pengarah dan penyanyi walaupun telah jadi ahli Umno secara rasmi.

"Saya memang penyokong tetap kerajaan Umno cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik."

Harun, 52, pula berkata peminat seharusnya menilai hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli Umno.

“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli Umno. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

“Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk Umno kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk Umno," katanya.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja Umno pusat Datuk Ab Rauf Yusoh dan kedua-dua mereka akan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Sementara itu, Ab Rauf berkata golongan artis yang menyertai parti Umno telah menjadi ikon dan membawa pengaruh mereka kepada peminat di luar sana untuk turut serta menyokong Umno.

Kini terdapat 40 orang ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada kalangan artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.

- Bernama


  • Ahmad Wafiy Zaki · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    dulu bob lokman masok pas langsung dah x boleh kuar kat tv, diorg nie mesti lepas nie x bole kuar tv jgak kan, umno pon parti jugak ape?
    • Joe's Jfk · Pengulas Tertinggi
      bole bla.sama.afdlin sama.harun..sehingga ini saja gua support dan suka lu org..tkde sensitivity punya artis..wa ingt lu genius rupanya lu pun kurap..punya bnyk pengkhianat umno..ini 2 ekor mmg jenis murahan ..dpt 250k trus msk tong taik.kah3
    • Badoi Apis · Pengulas Tertinggi · Ikm lumut
      ha.haa... ini teknik nak dapatkan gelaran dato. pandai dorg punye pecaturan.. alahaii c afling gemuk nii.... ha.ha.....
    • Hisyam Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Polytechnic Ungku Omar
      UMNO ambik budak2...ok le tu.
  • Icin Amir · Pengulas Tertinggi · Officer di Recron (Malaysia) Sdn Bhd
    Biasalah artis cari makan. Tak sokong UMNO/BN soru terlepas. Tak masuk TV1, TV2, TV3 dan Astro. Jadi layannnnnnnnnnnnnn. Esok jika PR menang, masuk PR ( DAP, PAS, PKR ) sebab tertarik dengan perjuangan PR. Kahkahakah. Tak hairan.
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · PR cyber trooper(part time) di Selangor State Government
      semua bernafsu nak pingat dato lah ni..kuah..kuah..kuah..
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · PR cyber trooper(part time) di Selangor State Government
      jadi ahli umno cwgn bukit bintang..der.. umno tak laku lah kat kerusi parlimen bukit bintang..keh..keh..
    • Arteta Harith · Pengulas Tertinggi
      haha... kalau sokong UMNO tuduh kena bayar, x dpt projek... kalau betul takut soru miss dr dulu lg diorg dah masuk UMNO... piangg!!!
    • Muhammad Rafael · Top Commenter · PR cyber trooper(part time) at Selangor State Government
      FAKTA: artis2 yg dh insaf,berubah masuk PAS..yg masih lalai,jahil,gangster,penipu jual gelang magnet join umno..keh..keh..
    • Arteta Harith · Top Commenter
      ...diorg masuk Pas sbb dijamin masuk syurga...kua,kua... sedangkan nik aziz sendiri tak tau dia masuk syurga atau neraka.. silap2 masuk neraka wel, wel... haha...
    • Belit Jangan Tak Belit
      Ye lah. Masa tu Anwar dah sedar diri yang dia tak diperlukan rakyat.
    • Tiara Slam · Top Commenter · High school
      Arteta Harith ,nak masuk neraka sokong umno nak masuk shurga sokong PAS kata umno..terpaksalah sokong PAS...kihkihkihhh...
    • Mohabmara Yiriah · Top Commenter · SMK Tinggi Setapak
      masok lah x per....sesungguhnya UMNO mendedami korang berdua lepas Datin Maimoon buat show .masuk lah xper...........asal jgn pangkah BN udah ler.....
    • Ladys Boydeen · Top Commenter · Instituto Tecnico Industrial
      jika benar apa yang dikatakan oleh dua orang artis ni,,,untuk majukan industri hiburan......tak yah lah masuk parti politik atau mana2 parti...................bodoh lah
    • Kelam Nima · Top Commenter · Kota Bharu
      Apa nak heran sangat artis msuk UMNO, dia org ni bukannya ingat nak buat pahala pun, setiap masa bergelumbang dgn maksiat,..
    • Arteta Harith · Top Commenter
      haha... memang masuk je umno, masuk neraka.... korang kan dah jadi Tuhan boleh tentukan syurga dan neraka... haha..
    • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      Arteta Harith kamu ni dari dulu saya tengok betul2 taik umno...meluat dgn kamu jenis melayu bangang makan taik umno..
    • Hamad Wan · Top Commenter · Works at Management
      tak heran martis masuk umno yang heran artis masuk pas
    • Juddy Lesen
      aku tngok afdlin dan HS bacik......muka dia org mcm baru di acu pistol d dpan mata........dan tpksa bkata2.Paling best abg Jamal kita.....bro....msti lpas ni, line clear. stok smpai dpn umah.dato gIN lain lah dia,tak hairan punya.....dah bole tmpah keranda mas.....
    • Arteta Harith · Top Commenter
      ..kalau org tak sokong kata mcm2.. taik, setan, semua cukup... ini masalah bila manusia amik kerja Tuhan.. sokong masuk syurga, tak sokong masuk neraka.... mudah betul masuk syurga.. sokong je masuk syurga.. tak gitu... kesian kat org2 Islam yg mati sebelum kewujudan Pas.. masuk neraka belaka..
    • Hani Farhan Haddy · Kuala Lumpur, Malaysia
      Ikut arus....jgn melawan arus nanti lemas...........
    • Hamad Wan · Top Commenter · Works at Management
      Arteta Harith, bkn masuk umno tapi masuk kandang lembu
    • Arteta Harith · Top Commenter
      nak masuk kandang lembu kena jadi mcm lembu la mcm mahasiswa yg baring kat atas jalan tu ye... sbb lembu je yg suka baring kat jalan...hehe...
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Arteta Harith ...SEMUA YG MASUK UMNO...AKAL DAH TERENCAT.. Kalau takut miss shuruu bukan alasan nya...REZKI DATANG DARI ALLAH..bukan manusia...yg masuk ni jenis MELAYU YG MALAS! dia hanya perlu UMPU AJA..berlambaklah PEMIMPIN UMNO BAGI DUIT DAN PROJEK....apapun takpe la ini yg dinamakan DEMOKRASI..tak boleh di paksa...ALLAH DAH TUNJUKAN 2 JALAN..SATU SHURGA SATU NERAKA!..PILIHLAH..
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Arteta Harith ..Siapa yg cakap sokong pas masuk shurga..BAPAK KAU KE ATAU OPAH KAU!...nampak sangat fitnah ni dah jadi darah daging PUAK TAIK AYAM CANDU NI...betul2 mcm org tak sekolah...apatah lagi ilmu agama...jauh sekali!
    • Juddy Lesen
      Arteta anak pnjajah ....sempit sunguh pmikiran kamu.Kalu terus sokong UmpornoBN bsiap2lah ke lubang neraka......kerna????? UMpornoBN lah, tali barut pnjajah mnjatuhkn / tidak mnyokong negara islam d tanah air ine. kami tahu, kami kenal, siape pjuang2 islam sebenar dr era 1900 lg dan sape pula roti2 keju2 mat saleh pd zaman bzaman.
    • Mohd Cloud · Works at Sendiri
      saya mmg sokong sesgt pendapat ni,
    • Timur Waja · Top Commenter
      Arteta Harith :
      parti mana yg mahu melaksanakan hukum islam.....
      parti mana yg berkeras menentang pelaksanaan hukum islam..
    • Han Nuar
      Arteta Harith... takut datin maimun kena gam la doh...
    • Mohdkarim Maskon · Top Commenter · Pembancuh Kopi at PBT
      Arteta Harith wah wah sedap2 je tuduh org masuk neraka wel..wel...
    • Arteta Harith · Top Commenter
      ..hari ni korang kutuk masuk neraka la, anak penjajahla... esok bila aku join parti masuk syurga ni kejap je aku keluar neraka dan masuk syurga... hehe.. biasala puak lapaq syurga Pas... hehe... selamat maju jaya....
    • Juddy Lesen
      Arteta Harith ....mlysia d rancang Free Mason sejak 1765 lg...http://www.staged.com/video/?v=gUh
      Nak ikut atis, ikutlah.........kata nabi tntg org yg buat org lain ketawa.....apa ye???apatah lg mreka yg mngunakn agama...jadi bahan lawak, lawak lucah dan pbuatan sex mnjadi phibur rakyat.ikut la...
      guru,ustat jgn d ikut krna mreka Ikut Nabi,nnti free mason marah
    • Arteta Harith · Top Commenter
      ...yg guna agama utk buat lawak, caci maki org... aku rasa lebai2 kulup Pas termasuk nuar aljuburi... sekian terima kasih..
    • Juddy Lesen
      Arteta kulup .....lebai zul nordin ke? ye betul skali.
    • Juddy Lesen
      oopsss....lupa,nnti malam sikit, satu guni....bank negara hantar dpn rumah ko.bsmangat bkeja utk tok hg naji.
    • Ikmal Samad · Sekolah pondok
      kalau PR menang,,,,kahakahkahkahkahkah
    • Ikmal Samad · Sekolah pondok
      Arteta Harith apa la bangang sgt pyokong pas ni,nik aziz kata pangkah pas msuk syurga pon blh pcya,,,kalo nik aziz kata minum arak dpt pahala msti dorang pcya jgk,,,,adoiiiiiiiiiii
    • Mohd Zaimi · Top Commenter · Kota Bahru
      Dua2 aku tak minat takada ilmu bermanafaat pun dapat di sumbangkan kepada masyarakat
    • Syuk Fawwaz · Top Commenter
      Arteta Harith ...diorg masuk Pas sbb dijamin masuk syurga...kua,kua... sedangkan nik aziz sendiri tak tau dia masuk syurga atau neraka.. silap2 masuk neraka wel, wel... haha... - JAHIL PUNYA STATEMENT.. MMGLA NIK AZIZ PUN X TENTU MASUK SYURGA SBB SYURGA NERAKA KETENTUAN ALLAH.. TAPI KLU BEZA KO NGN NIK AZIZ MMG DAH TENTU MANA TAHAP KO NGN NIK AZIZ.. TAKUT DAPAT NERAKA, JAHANNAM.... (IKUT DIALOG HARUN SALIM BACHIK MLM 2011)
    • Monte Carlo · UiTM Shah Alam
      Ladys Boydeen sokong 100%..xperlula masuk politik ni...adusss datin maimon n HSBC ni....
    • Monte Carlo · UiTM Shah Alam
      Syuk Fawwaz tul2...ayat si Arteta Harith ni mcm lembu..haha...
    • Rayus Rahim
      Arteta Harith kan nk pilihanraya ni bro.. dulu pasti diajak.. tapi diorang mungkin lum sedia.. soru x miss.. tp klu join soru pasti bertambah... pusing2 bkn senang org nk tolak rezeki.. klu ikhlas masuk umno... masuk la selepas PRU12 aritu... leh bantu umno yg nazak masa tu... nape dh nk dekat pilihanraya? xkan kebetulan kot :)
    • Faizal Barja · SAMSED
      kejap lagi Melaka bagi datuk jangan risau
    • Juddy Lesen
      Ikmal Samad ......bodo mcm ko je ikut.org lain bukan ikut buta. smua org mngetahi.hanya ko dan pembabi mcm ko je yg masih bodo cium j#bor semak mansor.
    • Pas Chabau Chabau · Top Commenter · 64 years old
      bukan ke hari tu buat lawak kondem Rosmah....takut kot?
    • Cari Damai
      Arteta Harith :lu apaciter dulu ada hasil skrng dah kempes poketnya dong! jalan senang join agenda Untuk Melayu No OTak mcm kamu
    • Cari Damai
      Arteta Harith : tulah otak jauh ketinggalan mcm totok UMNO sokong PAS bererti sokong perjuangan agama tegakkan agama Allah mmglah boleh masuk syurga kalau sokong UMNO kearah kemungkaran mcmartis dedah sana dedah sini mmg ciri2 org yg nakmasuk neraka tu pun ssh nak faham ke..dulu ada pg sekolah agama tak?
    • Johhny Depp Jr. · Works at General worker
      Zanirun Baba Cube ko check balik ape slogan dan kain rentang parti pas mase dia pasang PRU 11 dulu ... Tgk ape dia tulis ... Jgn suke sgt cakap org x betul ... Tgk slogan yg dikeluarkan oleh parti syurga tuh ..... Ni mesti takde org lain .... Tp spt biase lah ko akan kata ... Org UMNO gak yg buat poster tuh .... Kihkihkih ...
  • Pemuda Pas Teluk Intan · Top Commenter · Universiti Sunnah Nabi
    apa nak pelik.. tempat najis sememangnya di jamban....sama la jugak...tempat badut memang dalam UMNO..
  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITI
    mereka sedar, mereka telah melakukan satu kesilapan yg maha besar terhadap isteri perdana menteri, tidur mereka pun tidak berapa nak lena.dlm maharaja lawak mega 2011, terang2 mereka mengutuk isteri pm.mereka dah takut periok nasi mereka akan terbalik......umno boleh buat apa sahaja, mereka bolehmemberi dan menyekat rezeki org.dgn menjadi ahli umno, kesalahan mereka telah diampun oleh pm dan umno.
  • Nasir Khan Akbar Khan · Works at International Man of Leisure
    Hahaha...dlm umno tu dh ramai badut...ditambah lg 2 ekor ni....tambah meriah le alif mim nun wau = sarkis. Tak lama lg dpt 'dato' le plak...hahaha...
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    zaman ni macam2 cara orang nak cari makan....biarkanlah tak rugikan pakatan...malah dgn artis2 yg bermasaalah spt jamal abdilah, awie dll masuk umno akan buka mata rakyat rupa2nya mereka2 yg bermasaalah je masuk umno....yg baik2 tak minat dgn umno...
  • Sahmat Arbi · PENYELIA TEKNIK(TECHNICAL SUPERVISOR) at Telekom Malaysia
    Eloklah, lakonan mereka akan menjadi Asset Umno.umno akan menjadi lebih kukuh.
  • Fitri Fit II · Top Commenter · Works at Ada kerja ada GAJi
    semoga keputusan yg diambil itu tepat...mereka ahli umno atau bukan, tiada masalah pun..apa yg nak dihairankan..??..adakah krn mereka ini bergelar artis..??..mulia sgt kah bergelar artis..??..isu ini kita biarkan shj..tiada apa2 faedah pun..
  • Noah Zig · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Dalam MLM Boboi naib juara, sepatutnya juara, kerana mempersendakan Rosmah mereka dapat nombor 2. Kemasukan mereka ke dalam UMNO secara mengejut mungkin diugut kerana mempersenda Rosmah dalam lawak mereka.
    • Hisyam Ibrahim · Top Commenter · Polytechnic Ungku Omar
      Yg nyata BOBOI ni tak jugak menyebut nama Allah SWT yg akan memberi rezeki utk menang. Lebih yakin bila OSBON sentiasa berpantun menyebut nama Allah SWT.
  • Nordin Othman · Top Commenter · Works at Ns2 Network
    Nanti boleh sindir peminpin umno yg korup dgn lebih banyak...mcm dlm MrL tempoh hari..
  • Jean Francoise · · Top Commenter · Ampoo Bhodek Department F.L.O.M at Pejabat Perdana Menteri Sulawesi Selatan
    haha.unlike la page mu apelin sauki weih.haha.movie mu aku tengok yg pirate je sudoh.
  • Mohamad Isa · Top Commenter · Pembantu Tadbir at Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
    die tu nak gelaran dato ar tu..mcm ac mizal dpt selepas sertai umno.hahahah..dasar benggap boboi ni.


Cermin kereta pemimpin mahasiswa dipecahkan
Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.

Isterinya, Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini, kereta Kenari milik mereka itu diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.

“Saya dapat panggilan dari rakan pada pagi 1hb tu jam 10 pagi. Mengatakan cermin kereta Safwan dipecah. Park area pintu timur UPSI.

safwan hospital slim river 020112“Safwan masih belum sempat buat report, kesihatan beliau masih tidak mengizinkan,” katanya dalam satu sms.

Menurut Masturah, suaminya itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta pagi ini, selepas mengadu masih sakit dada setelah menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Slim River, petang semalam.

Pada protes tahun baru itu, polis cuba menyuraikan bantahan itu dan ketika mengheret pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), beliau dilaporkan pengsan.

Dakwa Safwan, polis menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras dan dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

Pihak polis bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" semasa ke klinik berdekatan.

Video kejadian yang dimuatnaik di Youtube juga tidak menunjukkan sebarang keganasan oleh pihak polis.

Tiada ulasan: