Khamis, 5 Mei 2011

MUNGKIN KURANG ARIF....MASIH MUDA....BUKAN MAHIR SEMUA BIDANG...INI KELEMAHAN ILMU2AN SEKARANG...HANYA MENJURUS SATU BIDANG...NI KESANNYA...

Keluarga tahanan EO ditipu RM13,000
Hazlan Zakaria
Mei 5, 11
3:43pm

Keluarga tahanan Ordinas Darurat (EO) Mohd Rafe Mohamed Ali dan Mohd Ramadhan Mohamed Ali berkata mereka ditipu sebanyak RM13,000 sebagai bayaran 'jaminan polis' kepada seseorang yang mendakwa diriinya 'Inspektor Zulkifli' yang mampu membebaskan tahanan berkenaan.

Kedua-dua adik beradik itu diheret dari katil mereka oleh kira-kira enam anggota polis dari rumah mereka pada jam 4 pagi awal Mac lalu dan ditahan.

Keluarga mereka diberitahu mereka dibawa untuk siasatan dan tiada butiran dakwaan yang diberikan.

Kira-kira dua minggu kemudian selepas tahanan iti, iaitu pada 24 Mac, keluarga tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zulkifli dari balai polis Rawang.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 mother and brother holding police reportLelaki itu menuntut bayaran RM30,000 jika keluarga itu mahu menyaksikan adik beradik itu dibebaskan. Memandangkan mereka adalah keluarga golongan pertengahan dan tidak mampu jumlah berkenaan, kedua-dua pihak berunding dan jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM13,000.

“Saya tidak tahu kita boleh tawar menawar dengan polis. Pada mulanya saya sangka ia adalah rasuah, tetapi lelaki itu mendakwa wang itu adalah untuk jaminan polis dan mesti dimasukkan ke dalam akaun.

“Saya fikir ini perkara baru dan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank,” kata abang sulungnya, Moha Mohd Ali pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 bank in slipWang berkenaan kemudiannya dimasukkan ke akaun bernombor 1463 000 888 6525 bank CIMB cawangan Rawang yang dimiliki Ponnan Subramaniam, sepertin yang diarahkan.

Moha kemudiannya menghubungi 'Inspektor Zulkifli', yang memaklumkan kepadanya supaya datang ke balai polis keesokan harinya untuk membawa pulang adik-adiknya.

Keluarga tersebut mengunjungi balai polis di Rawang pada hari berikutnya dan terkejut apabila diberitahu bahawa tidak ada pegawai bernama 'Inspektor Zulklifi' di balai itu dan tiada sebarang arahan untuk melepaskan kedua-dua adik beradik itu.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 fadiah nadwa fikri“Saya sedar saya telah ditipu dan kami membuat laporan polis,” kata Moha.

Adiknya, Rohana Mohamed Ali kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis Selayang.

Jurucakap Lawyers For Liberty Fadiah Nadwa Fikri,yang juga hadir pada sidang akhbar ini mendakwa pihak polis terbabit memeras ugut wang daripada keluarga yang ahli mereka ditahan mengikut EO.

“Dengan ini, kita boleh simpulkan mereka adalah anggota polis. Mereka gunakan EO untuk peras ugut wang daripada keluarga mangsa,” katanya.

JANGAN KITA MELAWAN HUKUM ALLAH

Peraturan wajibkan wanita pakai skirt bermula 1 Jun
Mei 5, 11 4:00pm


Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

women female badminton player wears skirtSebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

Menurut BWF peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.

Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.

- AFP


Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik
Abdul Rahim Sabri
Mei 5, 11
12:19pm

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

NONEAbdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.

"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEBeliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

islam hadari pas and umno 051004Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan.


Penganalisis: Umno, DAP akan menang besar
Lee Way Loon & Aidila Razak
Mei 5, 11
12:35pm

Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih membisu mengenai tarikh pembubaran Dewan Rakyat, sumber BN mendakwa komponen parti-partinya telah sibuk mengatur strategi bagi menghdapi pilihan raya umum akan datang.

NONEPakatan Rakyat, juga mendakwa mereka telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum jika ia diadakan tahun ini.

Bagi penganalisis politik Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, tidak banyak kelebihan ataupun manfaat kepada BN jika Najib membubarkan parlimen tahun ini.

“Situasi kali ini hampir menyerupai apa yang berlaku pada tahun 2008, isu utama adalah mengenai 'periuk nasi' rakyat dan mungkin juga hubungan antara kaum.

“Perbezaan sekarang cumanya ada persepsi bahawa pengundi Melayu dan India telah kembali kepada BN. Selain itu, tidak banyak kelebihan kepada BN,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Umno semakin kukuh

Meskipun MIC dilihat mempunyai kelebihan berikutan pengunduran bekas presiden paling lama parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu, Tunku Mohar percaya satu-satu parti yang bertambah kukuh adalah hanya Umno.

NONEOleh demikian, Umno akan menang besar pada pilihan raya umum kali ini tetapi rakan-rakan komponennya, khususnya MCA dan Gerakan terus lesu dan tidak mampu bangkit semula setelah ditumbangkan pada pilihan raya 2008.

“Tetapi kekuatan Umno akan dapat membantu MCA dan Gerakan di kerusi yang mempunyai pengundi Melayu yang besar,” katanya.

Pengulas politik dan ketua eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor Tang Ah Chai berkongsi pendapat dengan Tunku Mohar.

Katanya, Umno sejak akhir-akhir ini secara konsisten berjaya menjadi ofensif berbanding Pakatan.

azlan“Mereka menggunakan NGO atau juga kerajaan - dari 1Malaysia kepada ketuanan Melayu kepada 1Melayu 1Bumi, dan juga kontroversi yang menyelubungi Persatuan Penjaja Komtar Pulau Pinang serta dakwaan-dakwan yang lemparkan ke atas (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim - bagi menguji sokongan daripada kumpulan berbeza,” katanya.Sentimen ultra Melayu

Tunku Mohar berkata bagi pengundi Cina yang sebahagaian besar mereka menolak BN pada 2008 dan juga pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, sentimen ultra Melayu yang dimainkan Umno bagi memikat undi Melayu amat tidak disukai.

“Ini tidak bagus untuk BN ataupun untuk politik Malaysia kerana ia akan menyebabkan politik itu menjadi isu perkauman. Malah, ia juga bermakna MCA tidak lagi dapat mempertahankan alasan kedudukannya sebagai rakan kongsi kanan dalam BN,” katanya.

Lemparan bertubi-tubi dakwaan ke atas Anwar juga boleh menyaksikan undi bertambah mahu berkurangan kepada Umno, kata ketua jabatan sains politik UIAM itu.

alleged four full sex videos on youtube 290411 02“(Dakwaan berkenaan) belum lagi memberi kelebihan kepada BN dan mungkin ada juga pukulannya, terutama (kontroversi) video seks kerana sehingga sekarang, masih tidak ada bukti kukuh. Jika terbukti Anwar adalah pelakunya, maka kami jangkakan undi Melayu akan berpihak kepada BN,” katanya.

Di bahagian Pakatan Rakyat, Tang berkata parti yang akan bertambah kuat jika pilihan raya umum mengejut diadakan adalah DAP yang telah menyaksikan prestasi cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.


MB Kedah: Bukan Islam dibenarkan belajar di KUIN
Mei 5, 11 1:03pm

Pelajar-pelajar bukan beragama Islam juga kini layak melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Beliau berkata tidak mustahil sekiranya ada pelajar bukan Islam yang berminat menyambung pengajian di KUIN kerana institusi itu kini menawarkan lebih 40 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, multimedia dan kejuruteraan.

"Bagi program perubatan, kita akan terima kemasukan pertama pada Julai atau September ini membabitkan lebih 50 pelajar. Kita sudah ada pakar-pakar dalam bidang ini kerana Malaysian Medical Council telah menetapkan bahawa perlu ada pakar untuk menawarkan program ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau perkembangan pembangunan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil di Baling semalam, beliau berkata bagaimanapun pelajar-pelajar bukan Islam itu perlu juga mengambil kursus-kursus wajib yang berteraskan kefahaman dalam agama Islam.

Sementara itu Pengerusi Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Mohd Saad Endut berkata fasa pertama pembinaan kampus KUIN membabitkan tanah seluas hampir 130 hektar, yang bermula September 2009 dijangka siap pada Februari 2013.

"Sekarang pembinaan fasa pertama ini sudah siap 23 peratus dan ia lebih satu peratus daripada sasaran kami iaitu 22 peratus dan ini adalah sesuatu yang sangat baik," katanya.

Beliau berkata penggunaan tanah untuk fasa pertama itu adalah sebahagian daripada keseluruhan tanah seluas lebih 330 hektar yang bakinya disimpan untuk pembangunan masa depan.

Fasa pertama yang mampu menampung sehingga 10,000 pelajar itu menempatkan sebuah bangunan canseleri, empat blok bangunan kuliah, sebuah perpustakaan, sebuah dewan serta bangunan-bangunan sokongan.

"Tasik seluas 44 ekar (17.8 hektar) turut dibina sebagai kolam tadahan air dan sesuai juga untuk dijadikan kawasan riadah dan melakukan aktiviti sukan air," katanya.

Mohd Saad berkata BDB juga akan membina sebuah kawasan perumahan berhampiran tapak kampus itu yang akan menawarkan 1,355 unit rumah bercampur untuk menampung warga kolej itu kelak dan ia dijangka siap serentak pada 2013.

- Bernama

Sultan Muhammad V bertemu jodoh
Mei 5, 11 12:31pm

Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."

bbpm tengku faris 120408 tengku farisSultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda.

Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.

- Bernama


Polis belum dapat kesan 'Sultan Sulu'
Mei 5, 11 4:08pm

Siasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya "Sultan Sulu" belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan beliau untuk mendapatkan keterangan.

NONEPesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

"Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis ke-204 di Kota Kinabalu hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Hamza berkata, polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara ASEAN.

Katanya, polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.

NONEKhalid pula berkata, lebih daripada 7,000 anggota polis sudah dikeluarkan daripada tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.

Katanya, ia adalah usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas awam diambil alih oleh pegawai awam.

"Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, yang mana pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: