Tindakan itu sekali gus menukar pernyataan rasmi mengenai insiden berkenaan dan menimbulkan persoalan apakah Amerika memang tidak merancang menangkap Osama hidup-hidup.
Namun menurut beberapa laporan yang belum disahkan, Osama sempat melawan sebelum ditembak mati.
Pentadbiran presiden Amerika, Barrack Obama juga masih berdebat sama ada mahu menyiarkan gambar ngeri mayat Osama kerana bimbang ia akan meningkatkan lagi sentimen anti-Amerika ketika dunia perlu diyakinkan bahawa pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.
Namun, Pengarah CIA, Leon Panetta, berkata satu gambar pastinya akan ditunjukkan.
"Saya tidak sangsi satu gambar akhirnya akan ditunjukkan kepada umum," katanya dalam temubual bersama NBC Nightly News.
Saksi pembunuhan bapanya
Sebelum ini, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa pemimpin al-Qaeda sudah dibunuh dalam satu operasi tentera dan jenazah beliau disemadikan di laut.
Menurut jurucakap White House, Jay Carney, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut bagaimana keadaan Osama ketika dia diserang.
Di Islamabad, Reuters melaporkan pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika.
Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali itu, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.
Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat.
- Agensi
“Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai.
“Mengapa bersumpah al-Quran digunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab,” kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya,” tambah beliau.
Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan al-Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak menmatuhi syiar Islam yang ditetapkan.
Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.
Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac.
Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor sebelum ini bersetuju isu berkenaan harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar.
Anwar menafikan bahawa beliau ada pelaku dalam video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat.
Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya sumpah laknat yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.
Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim telah mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.
"Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid… (mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," kata beliau
Malah seninya kian pudar, nadanya pula hilang pitching yang tepat. Persembahan juga tidak seimbang dan penampilan tampak pincang.
Apabila Umno mengajak PAS sekali lagi menyertai BN dan jikalau PAS tidak mahu, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah, saya lihat Umno kini seperti pungguk rindukan bulan.
Jelas sekali agenda mereka hanya satu, iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan yang dilihat semakin utuh. Dengan kata lain, tindakan itu untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan.
Demi bangsa dan agama! Begitulah nada lama yang pitching sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana parti itu menentang perjuangan Islam.
Tiba-tiba MCA yang menjadi rakan kongsi Ummo dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN, pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam.
Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P Ramlee sebagai "masuk angin keluar asap".
Menariknya, Umno seperti mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam. Justeru itu mereka sangat bimbang kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP. Lantas mereka menggesa PAS keluar dari Pakatan.
'Malu-malu sayang'
Saya mahu ucapkan terima kasih atas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sejak tahun 1951, PAS ditentang serta dibelasah habis-habisan oleh Umno dan BN. Mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.
Setelah saya kemukakan hujah dalam perenggan-perenggan di atas, isunya terhenti atas dua poin.
Pertama, demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai BN kerana MCA, parti kompenan kedua terbesar dalam BN memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam.
Pengerusinya DAP Karpal Singh bagaimanapun, di Konvensyen Pakatan yang lalu memperlihatkan keterbukaan terhadap dasar dan perjuangan PAS apabila beliau mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang.
Ketika DAP memberi isyarat itu, MCA pula membentak keras dan memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.
Kedua, apabila Umno mengiktiraf Islam yang diperjuangkan PAS, lantaran itulah mereka kelihatan 'malu-malu sayang' lalu menggesa PAS keluar Pakatan kerana bimbang dihalang oleh DAP.
Maka, amat wajarlah Umno yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama. Sekurang- kurangnya UMNO keluarlah BN kerana MCA jelas dan lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam, sementara Umno kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Untuk apa lagi Umno menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA?
Politik Machiavelli
Saya meninjau pandangan awam. Rata-rata yang saya temui percaya Umno dan BN kini terdesak untuk memulihkan potensi untuk menguasai dua pertiga majoriti di parlimen.
Tiada hubungan kedua melainkan Umno mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan yang menjadi satu-satunya tembok penghalang untuk mereka merealisasikan impian.
Dengan mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penyebaran video lucah kepada umum dengan mendahului siasatan yang adil diyakini sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan.
Pembunuhan watak ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Ia merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun.
Berteraskan prinsip politik Machiavelli,"matlamat menghalalkan cara", kini Umno mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan politik lucah yang jijik dan mual.
Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa perkara ini tidak lebih dari sandiwara Umno dan BN. Ketika tangan kirinya menggapai PAS, tangan kanannya pula siap dengan belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang.
Realiti ini jelas. Sebagai contoh, dalam pilihan raya peringkat negeri Sarawak tempoh hari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding 5 kerusi, tetapi presiden BN yang juga presiden Umno terus mengasak dan mengganyang PAS.
Ia seolah-seolah PAS satu-satunya lawan mereka di Sarawak.
Drama apakah ini?
Saya tidak bermaksud, malah tidak pernah berselera kepada Umno dan BN yang menghulurkan simpati kepada PAS, sehingga memberi laluan selesa untuk memenangi satu-satu pilihan raya. Tetapi apa yang perlu ditekankan ialah sikap.
Pastinya, adab dalam mengundang dan adab mahu berkawan didahului dengan berbuat baik dan beramah mesra. Apa yang berlaku, Umno dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan, kemudian mengajak PAS menyertai mereka.
Jika bukan sandiwara politik, maka drama apakah ini?
PAS tidak pernah menolak apa yang diajarkan Islam, seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama, selama mana ia benar-benar dibina atas landasan agama.
Wajarnya Umno pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah Umno pula mengambil pengalaman tersebut.
Jika Umno enggan menyertai PAS demi bangsa dan agama, maka bagaimanalah Umno boleh fikir PAS mahu menyertai UMNO dan BN?
“Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis”, itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemimpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara mengkritik dasar pemerintahan BN.
Operasi Lalang itu didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Peristiwa itu menyaksikan kematian sebuah demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Negara polis adalah didefinisikan sebagai “sebuah negara yang dikawal oleh sebuah kerajaan yang bersifat menekan dan menindas secara politik, ekonomi dan sosial masyarakat melalui kuasa polis yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut nas undang-undang”.
Negara polis jelas menekan dan menindas kebebasan dan hak asasi rakyat walaupun ia telah dijamin dan termaktub dalam perlembagaan demi mengekalkan kuasa pemerintahan yang bersifat kuku besi.
Kebangkitan rakyat yang ditekan di bawah sebuah negara polis dalam mengekalkan pemerintahan bersifat kuku besi ini dapat dilihat melalui kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah yang dimulai di Tunisia, diikuti Mesir dan Syria.
Kuku besi
Angin kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kuku besi ini masih bertiup kencang merentas benua, menyampaikan pesan keramat kuasa rakyat untuk terus bangkit menuntut hak dan kebebasan dari cengkaman dan penindasan pemerintahan yang tidak adil dan zalim.
Mesir, sebuah negara yang diperintah diktator Hosni Mubarak telah menyalahgunakan institusi polis sewenang-wenangnya di mana pada bila-bila masa sahaja polis-polis akan menangkap, menculik, menyeksa dan membunuh rakyat yang lantang bersuara menentang ketidakadilan pemerintahan Mubarak.
Rakyat Mesir, di bawah pemerintahan Mubarak sentiasa diselubungi ketakutan di mana polis pada bila-bila masa sahaja bebas untuk melakukan tangkapan yang tidak sah dan ugutan tanpa dikenakan sebarang tindakan meskipun tindakan polis itu sendiri jelas melanggar peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Sebelum tercetusnya revolusi di Mesir pada tanggal 25 Januari lalu, satu kejadian yang segar di ingatan setiap rakyat Mesir tentang keganasan polis terhadap seorang pemuda bernama Khaled Said telah menjadi satu titik penting kebangkitan rakyat yang tidak lagi sanggup ditekan di bawah budaya keganasan polis.
Rambut ditarik, kepala dihentak
Khaled, 28 tahun, telah ditangkap oleh beberapa orang polis di sebuah kafe internet di Alexandria di mana beberapa orang saksi telah menyaksikan beliau dipukul, badannya ditendang, kepalanya dihentak ke dinding, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak bertubi-tubi di tangga.
Saksi-saksi selanjutnya menyatakan bahawa walaupun Khaled berhenti bergerak tetapi polis-polis tersebut masih lagi mencekik lehernya dan terus menendangnya tanpa belas kasihan sehingga lelaki itu menghembuskan nafas terakhirnya.
Kes keganasan polis seperti yang terjadi kepada Khaled di Mesir, dan di negara-negara polis di bawah pemerintahan kuku besi tidak asing jika hendak dibandingkan dengan kes keganasan polis di tanah air kita sendiri, Malaysia.
Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (Suhakam) Datuk N Siva Subramaniam pernah menyatakan bahawa 70 peratus kes yang dirujuk kepada kepada Suhakam adalah berkaitan dengan kegansan polis yang secara terang melanggar peruntukan undang-undang, norma-norma kebebasan dan hak asasi yang jelas dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Kes Khalid di Mesir telah menjadi salah satu pencetus kebangkitan rakyat Mesir di mana satu gerakan yang menggesa keadilan ditegakkan di internet dan telah mencabar rakyat Mesir yang cintakan keadilan dan ingin menamatkan budaya keganasan polis untuk keluar berhimpun dan mendesak agar pemerintahan kuku besi Mubarak dijatuhkan.
Mangsa keganasan polis
Washington News dan ABC News telah melaporkan bahawa Khaled adalah “Wajah Pencetus Revolusi” yang mencetuskan perhimpunan kebangkitan rakyat Mesir mendesak agar pemerintahan kuku besi Mubarak yang memperalatkan institusi polis dijatuhkan.
Malaysia, sebuah negara polis yang diterajui kerajaan BN yang berterusan memperalatkan institutsi polis hari demi hari, menyaksikan seorang demi seorang rakyat Malaysia menjadi mangsa keganasan polis.
Kematian dalam tahanan, tembakan tidak mengikut peruntukan undang-undang, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan sudah menjadi budaya yang berakar umbi di mana polis-polis yang terlibat terlepas dari dihukum kerana undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar hiasan di atas kertas.
Keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis terus-terus dinafikan, suara keramat rakyat yang dahagakan perubahan terus-terusan ditekan, hak dan kebebasan rakyat terus-terusan dicabul sewenang-wenangnya.
Sudah tiba masanya, kita rakyat Malasyia yang bebas merdeka bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis yang hanya memanfaatkan kuasa pemerintahan kuku besi kerajaan yang sekian lama menghinjak dan menekan kita, rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan.
Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.
Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.
Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini.
Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.
“Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.
Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.
'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).
Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.
Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.
Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.
Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland.
Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas.
Dalam laporannya, Profesor Sallehuddin Muhamad, dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.
Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.
"Mencangkung di birai tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.
Sallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.
Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.
Tolakan ke bawah
Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.
"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.
Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.
Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.
Malah, kata seorang jurutera perisian, Mohamad Shuhaimi Yusoff, pemantauan itu mustahil dilakukan kerana ia melibatkan jutaan mel elektronik sekiranya hanya separuh daripada 27 juta rakyat Malaysia membuka akaun percuma di myemail.my.
"Saya membaca laporan akhbar mengenai bermacam ragam pandangan dan reaksi serta melihat juga perbincangan mengenai myemail di internet. Namun saya dapati banyak kecurigaan yang dilontarkan adalah tidak berasas," katanya kepada Bernama.
Lagipun, katanya, kenapalah kerajaan mahu atau harus memantau komunikasi rakyat melalui myemail.my sedangkan terdapat puluhan mel elektronik lain yang dipakai rakyat Malaysia sekarang, dan hampir mustahil untuk memantau semuanya sekalipun dengan menggunakan kata kunci tertentu.
Shuhaimi percaya usaha kerajaan memperkenalkan myemail.my itu perlu diberi penjelasan secara meluas dan berterusan bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai tujuannya untuk menggerakkan rakyat mendekati kerajaan elektronik dan penyampaian yang selamat maklumat peribadi melalui myemail masing-masing.
Myemail.my, yang disediakan oleh Tricubes Berhad, menawarkan penyertaan secara sukarela untuk warganegara berusia 18 ke atas yang membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat dengan pelbagai perkhidmatan e-Kerajaan termasuk taksiran cukai pendapatan, notis saman, pembaharuan cukai jalan dan bil cukai tanah.
Tricubes Berhad, menyediakan pelaburan RM50 juta dalam masa 10 tahun untuk pembangunan laman portal, pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan pembayaran.
Ketua Eksekutif Tricubes Berhad Khairun Zainal Mokhtar berkata myemail.my bertujuan membolehkan warganegara berusia 18 tahun ke atas mendapat akses ke saluran komunikasi yang selamat secara online dengan kerajaan melalui penggunaan ID pengguna tunggal.
Selain kemudahan komunikasi yang selamat, analisis Tricubes juga menunjukkan dalam 10 tahun akan datang, rakyat dapat membantu menyelamatkan alam sekitar dariapda pencemaran apabila menjimatkan 8.5 juta helaian menyamai 4,250 tan kertas atau 102,000 batang pokok -- menyamai 188 kali ketinggian Menara Kembar Petronas.
Kepada soalan kenapa hanya sebuah syarikat dipilih untuk menyediakan perkhidmatan mel elektronik ini, beliau berkata beberapa cadangan dikaji oleh kerajaan termasuk berdasarkan amalan teknologi terbaik dan pengalaman syarikat.
"Pertimbangan utamanya ialah jaminan keselamatan, kerahsiaan dan kesahihan maklumat peribadi pengguna. Dalam hal ini Tricubes Berhad didapati memenuhi kriteria penanda aras itu," kata Khairun, sambil menjelaskan bahawa kesahihan itu berdasarkan maklumat dalam MyKad.
Penganalisis teknologi maklumat, Azli Paat, pula berkata isu myemail.my menjadi kontroversi apabila masyarakat tidak faham apa sebenarnya peranan e-mel yang diwujudkan itu dan faedah-faedah yang bakal mereka peroleh.
"Fungsinya bukan seperti e-mel biasa dan tidak boleh dibandingkan dengan e-mel biasa," kata Azli, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, sebuah syarikat konsultan teknologi maklumat.
Beliau berkata myemail.my bukan seperti e-mel biasa yang dapat didaftar dengan enjin carian seperti Google, Yahoo dan Hotmail, tetapi satu cara khusus rakyat dan kerajaan dapat berinteraksi menerusi satu e-mel yang disahkan dimiliki oleh rakyat itu sendiri tanpa membabitkan maklumat peribadi sembarangan.
Katanya ini kerana maklumat dalam MyKad milik warganegara akan dirujuk sekiranya pihak berkuasa mahu menghubungi mereka untuk hal-hal penting dan berdasarkan MyKad satu-satu pengesahan identiti dapat dipastikan benar dan maklumat yang dikirim melalui e-mel itu tidak sampai ke pihak lain.
"Myemail.my adalah identiti sahih dalam perhubungan di alam siber dengan kerajaan. Kalau kita menggunakan e-mel yang disediakan dalam enjin carian, adakah kerajaan pasti e-mel itu benar atau palsu atau mempunyai identiti yang betul dan bukan milik orang lain? Bagaimanakah kerajaan dapat memastikannya tulen?
"Kalau myemail.my digunakan ia tentunya pasti dan sahih kerana ia berdasarkan maklumat di Pejabat Pendaftaran Negara dan sistem biometrik menggunakan MyKad yang disediakan oleh Tricubes," kata Azli.
Menyentuh kemungkinan komunikasi melalui mel elektronik itu dipantau oleh kerajaan, belaiu berkata isu komunikasi peribadi mereka bocor tidak timbul kerana untuk sebarang tujuan lain, masyarakat tidak perlu menggunakan myemail.my sebaliknya boleh terus menggunakan e-mel yang mereka biasa pakai.
Azli berkata kebanyakan penulis komen yang membidas projek myemail.my di akhbar, blog, portal dan rangkaian sosial seperti facebook, tidak berapa faham isu itu dan berpendapat penerima e-mel perlu membayar untuk mendapatkannya dan hanya untuk membantu syarikat kroni.
Pengurus Projek Vitaldelta Sdn Bhd, Syahrul Izwan Abdul Wahab, berkata dengan akaun myemail.my, masalah kealpaan rakyat memaklumkan pihak berkuasa mengenai pertukaran alamat mereka dapat diatasi untuk mengelak pelbagai kerumitan, yang akhirnya membebankan rakyat sendiri.
"Kealpaan ini menyukarkan mereka untuk dihubungi oleh kerajaan. Jadi timbullah masalah saman tak sampai, notis mahkamah tak sampai, bil-bil tertunggak dan sebagainya. Inisiatif myemail.my memang bagus untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Vitadelta ialah sebuah syarikat konsultan teknologi maklumat dengan pengkhususan di bidang integrasi sistem, perunding, penyenggaraan dan pembangunan.
Syahrul Izwan berkata inisiatif itu dibiayai swasta sepenuhnya dan kerajaan hanya berperanan sebagai pemudahcara bagi projek itu yang menyumbang kepada Program Tansformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadi lebih telus dan mudah diakses oleh rakyat.
"Untuk kejayaan, projek ini perlu memastikan ia sampai kepada semua lapisan rakyat baik di bandar mahupun di desa dan jika perlu berilah latihan menyeluruh kepada masyarakat untuk menggunakan myemail.my " katanya.
10 comments
Lizzy Mizzyin IT world there is no impossible. u only give command to the server, and server will search, monitor and do whatever u want.
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
Sila sebarkan nota ini (^_^)
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 " Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah SAW bersabda, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan