Jumaat, 4 Mac 2011

SOAL POKOK BUKAN PENGANTI ATAU MENANG KALAH...TAPI PERJUANGAN...ADAKAH PERJUANG KITA ITU BERLANDASKAN ISLAM ATAU TAK..JIKA BERTENTANGAN...MASUK NERAKA

Kg Baru: Alasan tangguh bukti kerajaan tergesa-gesa
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak kerajaan agar menghentikan usaha untuk membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 yang akan dibuat pada Jun 2011 ini.

Rang undang-undang itu dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac hingga April 2011 ini, namun ditangguhkan ke bulan Jun 2011.

Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, alasan kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu bagi memberi ruang kepada pemilik dan pewaris memberikan pandangan menunjukkan bahawa kerajaan selama ini bertindak secara tergesa-gesa sedangkan di pihak rakyat belum bersedia menerima perubahan.

“Ini juga membuktikan kerajaan belum mengkaji sepenuhnya kesan dan akibat dari pembentangan tersebut kepada penduduk Kampung Baru,” ujarnya.

DPPKT, katanya mempersoalkan apakah pemilik dan pewaris benar-benar memahami perubahan yang akan berlaku apabila rang undang-undang itu diluluskan kelak serta implikasi yang akan mereka hadapi.

“Benarkah kerajaan telah berbincang secara masak dengan semua pemilik dan pewaris Kampung Baru sebelum ia dibentangkan kelak?” soalnya.

Tambahnya, DPPKT merasa sangsi kerana kerajaan baru menggugurkan klausa “tidak boleh dicabar” atau imuniti dalam Rang Undang-Undang tersebut ekoran desakan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru serta Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa. (PKWR) .

Ini, ujarnya menunjukkan banyak perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap rang undang-undang tersebut yang menjadi pertikaian.

“Bayangkan sekiranya pihak Jawatankuasa PKWR serta MAS tidak membantah dan membangkitkan isu ini, sudah pasti rang undang-undang ini diluluskan secepat mungkin tanpa mendapat persetujuan semua pihak,” katanya.

Justeru, tambahnya DPPKT merasakan kerajaan perlu menghentikan pembentangan rang undang-undang itu di Parlimen demi kebaikan penduduk Kampung Baru.

“Akhir sekali DPPKT menegaskan agar pentadbiran Kampung Baru harus diserahkan kepada Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang telah mentadbir selama 110 tahun tanpa campurtangan pihak yang berkepentingan terhadap warisan kampung Melayu yang berharga itu,” katanya lagi.


Apa lagi mahu diharap pada kerajaan BN
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 4 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, negara tidak memerlukan pemimpin yang jahat dan bodoh tetapi mahukan individu yang baik akhlak, amanah dan bijaksana dalam mengatur peluang untuk memajukan negara.

Tambahnya lagi, kepimpinan yang ego, rakus dan gilakan kuasa pastinya merugikan pembangunan negara kerana bertindak bukan berdasarkan kehendak rakyat sebaliknya mengikut kepala atau arahan pihak ketiga walaupun tahu setiap arahan itu rakyat yang menanggungnya.

"Negara tidak memerlukan seorang pemimpin yang jahat dan bodoh kerana sikap tersebut tidak menguntungkan pentadbiran negara. Bertambah parah kalau individu itu tidak berakhlak, melakukan penyelewengan dan bersikap ego," ujarnya ketika ditemui pada majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.

Kerakusan dan kezaliman ketika memerintah, tegasnya, bukan sahaja dirasai oleh rakyat bahkan pelabur juga terasa bimbang untuk meneruskan usaha menaman modal di negara ini.

Sebab itu, hari ini ekonomi Malaysia semakin mengucup setelah kebanyakan pelabur lari.

Bagaimanapun, katanya sejak kebelakangan ini apabila empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukan prestasi ekonomi membanggakan berbanding negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Katanya, untuk mencapai tahap negara maju, rakyat harus menolak pemimpin jahat yang merampas harta rakyat dan gagal merencanakan pembangunan mengikut acuan sebenar, bukannya program 'mi segera' yang akhirnya menguntungkan kroni.

Sekarang ini, ujarnya kepimpinan negara seakan filem 'Ali Baba dan 40 orang penyamun' kerana menipu dan ditipu.

“Apa tidaknya, di era kepimpinan Tun Dr Mahathir, beliau yang dianggap pandai merampas hak rakyat akhirnya ditipu pula oleh Menteri Pengangkutan ketika itu,” katanya.

Begitu juga dengan Perdana Menteri kelima, Tun Abddulah Ahmad Badawi juga menjadi mangsa penipuan Menteri Pengangkutan.

"Apa lagi nak harapkan BN memerintah nanti semua harta rakyat dikebas satu persatu. Melainkan rakyat bangkit jadi 'Marjinah' hasil lakonan Seniwati Negara, Sarimah yang mengajak rakannya menuang air panas ke dalam tong yang ada penyamun," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Turun berceramah pada malam tadi ialah Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan penulis lirik, Bob Lokman.



Anwar, Ummi Hafilda 'bersilat' lidah
Jimadie Shah Othman
Mac 4, 11
10:00am


Ceramah sulung melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat 1998 - di Kerdau pada Khamis malam dicemari ejek-mengejek, sindir-menyindir dan jerit-menjerit antara penceramah dan penonton yang hadir.

NONESejak awal lagi, perkara itu dijangka berlaku apabila Ummi Hafilda yang juga adik kepada Azmin - timbalan presiden PKR - mengadakan ceramah di Felcra Rumpun Makmur, di tempat yang sama dengan Anwar bagi "merungkai segala rahsia" ketua pembangkang itu.

Suasana panas seawal jam 9 malam lagi apabila pengerusi majlis juga saling cabar-mencabar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila tempat ceramah cuma dipisahkan sebatang jalan raya.

Ketika ceramah bermula, daripada 1,000 penonton - 700 di pihak Pakatan Rakyat dan 300 di pihak BN - ratusan orang masih berdiri di bahu jalan untuk menjerit, menyorak, mengejek dan mengebu lawan mereka.

NONEBagaimanapun, suara penyokong Pakatan Rakyat nyata menenggelamkan sorakan lawan mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan tua.

Ummi Hafilda mula berucap kira-kira jam 10 malam diikuti Anwar sepuluh minit kemudiannya yang disambut suara takbir dan pelbagai laungan seperti "hidup rakyat", "reformasi", "hidup Anwar" dan "sokong Anwar".

'Peliwat, penipu, perogol bersiri'

Memulakan ceramahnya dengan menegaskan soal akhlak Islam, Anwar nampaknya tidak berminat menjawab segala dakwaan dan pelbagai label yang dilontarkan padanya seperti "peliwat", "penipu", "agen Yahudi" dan "perogol bersiri" oleh Ummi Hafilda.

Bagaimanapun sesekali beliau mencelah dan meminta hadirin ceramah tidak melayan wanita tersebut.

NONE"Jangan layan dia. Lagi dilayan harganya makin naik, daripada upah RM500 jadi RM600," sindir Anwar sesekali.

Ummi Hafilda bagaimanapun dilihat terus mengasak Anwar dan mengulang-ulang hujah dan melontarkan label terhadap ketua umum PKR itu sambil meminta jawapan diberikan.

Dalam ucapannya, beliau juga memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana Tun Dr Mahathir - tindakan yang menyebabkan Anwar secara berjenaka menyindir sekali lagi.

"Ada lagi ke Mahathir (dalam kerajaan)?" tanyanya sambil disambut gelak ketawa.

Sukar beri tumpuan

Suasana begitu bingit apabila pembesar suara daripada kedua-dua pihak boleh didengar daripada tempat masing-masing sehingga hadirin sukar memberikan tumpuan kepada butiran ceramah.

Anwar menamatkan ceramahnya dan diikuti Ummi Hafilda kira-kira 10 minit selepas itu.

Sepanjang ceramah, kira-kira 200 penyokong kedua-dua belah pihak terus berdiri di sepanjang jalan raya seakan-akan menanti sebarang kemungkinan berlakunya insiden atau pergaduhan.

Bagaimanapun, kawalan jalan raya oleh Unit Amal PAS, termasuk pihak polis di hujung ceramah berjaya melancarkan keadaan sekitar kawasan itu.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Malam Rabu lalu, Ummi Hafilda turut berkongsi pentas dengan penceramah BN di Merlimau, tetapi dengan penampilan berbeza dengan suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, calon PAS Hassanuddin Salim akan menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.



Siapa pengganti saya bukan isu pokok, kata Taib
Mac 4, 11 10:27am


Isu siapa bakal menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak bukanlah perkara pokok yang dapat menjamin peningkatan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata tahap sokongan rakyat lebih banyak dipengaruhi tahap pemahaman mereka terhadap rancangan pembangunan kerajaan yang akan dapat memanfaatkan mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan seminar pembangunan dan kepimpinan ketua masyarakat di Bintulu, semalam, Taib berkata kesinambungan kepimpinan adalah lebih penting daripada siapa yang akan menggantikan beliau.

"Yang penting segala dasar yang baik boleh diterima dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin akan datang," katanya semasa diminta mengulas satu analisis politik oleh Bernama yang menyatakan sokongan rakyat terhadap BN akan meningkat jika Taib mengumumkan nama pengganti beliau.

Analisis yang mendapat impak dalam akhbar tempatan di Sarawak turut menyebut BN bakal kehilangan lebih banyak lagi kerusi di kawasan bandar dalam pilihan raya yang bakal diumumkan dalam waktu terdekat ini.

Taib yang bakal menyambut ulang tahun ke-30 sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Mac ini pernah menyatakan hasrat untuk berundur namun diminta oleh para pemimpin lain dalam Parti Pesaka Bumiputera (PBB) untuk terus menerajui kerajaan.

Taib, yang juga Presiden PBB dan pengerusi BN Sarawak, pernah menyatakan pilihan raya negeri akan datang merupakan yang terakhir bagi beliau berikutan faktor usia.

- Bernama





Tiada ulasan: