Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti bersambung petang ini.
Anwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya.
"Kami terpaksa berhenti serta-merta.
Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.
"Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta.
"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."
Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar.
Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.
"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.
"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?”
Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik is called into the courtroom to be identified by Anwar.
Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).
Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.
"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude.”
Zakar, dubur diperiksa
Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat.
"Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya.”
"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."
Anwar berkata kemudiannya dua doktor memeriksa zakar dan duburnya.
"Ini amat memalukan.”
Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar.
"Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu.”
Anwar berkata, beliau dibawa semula ke IPK pada jam 11 malam.
"Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya?
"Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi'. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap.”
Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.
Tandas tidak bersih
Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.
"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih.”
Menurut Anwar beliau dibebaskan pada jam 12.30 tengahari pada 17 Julai 2008. Sejurus dilepaskan, Anwar mendapatkan rawatan untuk tulang belakangnya yang sakit.
Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu.
Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis.
Sambil memegang kasut milik Teoh, Leong pada Suruhanjaya Diraja pagi ini, menolak kesan calar yang sebelum ini dikatakan sebagai bukti bahawa Teoh mencangkung di ambang tingkap yang dikemukakan oleh ahli patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMCC) Prashant Naresh Sambekar (kiri).
Leong yang menyoal-balas Prashant, berkata tidak mungkin bagi Teoh mencangkung di ambang tingkap yang hanya 3mm hingga 5mm lebarnya dan mendapat kesan calar tersebut di tapak kasutnya.
"Awak memberi hipotesis ini bahawa si mati mencangkung di tepi tingkap. Tetapi bagi seseorang untuk menghampir kedudukan itu, beliau perlu memanjat keluar dan memegang sesuatu,” katanya.
Kedua-dua parti bertanding BN dan PAS dipercayai akan lebih agresif menyerang lawan masing-masing berbanding pendekatan lunak sebelum ini.
Jika BN dilihat lebih banyak bertahan apabila diselubungi isu sijil calonnya Syed Ibrahim Syed Ahmad, "Buku Jingga" Pakatan Rakyat, 'kelemahan' pentadbiran menteri besar dan keadaan peneroka Felda, kempen pusingan kedua dijangka berbeza.
Hari ini, penampilan pertama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak selancar yang diharapkan.
Ketua umum PKR itu akan dibayangi "pendedahan bersiri" Ummi Hafilda Ali yang sudahpun menjejakkan kaki di Kerdau.
Dijangka berlaku 'perang pembesar suara' malam ini apabila mereka dijadual berceramah di tempat yang sama di kawasan Feldra Rumpun Makmur di tempat yang berdekatan dan cuma dipisahkan sebatang jalan.
Ummi Hafilda - adik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - semalam turut berkempen di Merlimau atas pentas BN.
Saksi penting kes liwat pada 1998 itu dilapor 'mendedahkan' berhubung dakwaan "skandal seks" terhadap Anwar dan menyentuh soal Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada pemimpin pembangkang itu.
BN sebelum ini jarang mengadakan ceramahnya, tidak seperti PAS yang meneruskan tradisi itu setiap malam di seluruh kawasan.
Persoalan sebenar
Berbeza dengan pendekatan BN yang menampilkan tokoh heavyweight mereka, termasuk presidennya Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor di permulaan kempen, PAS mengambil pendekatan sebaliknya.
Malam ini, bukan sahaja Anwar, malah turut memeriahkan atmosfera kempen, naib presiden PKR dan anaknya Nurul Izzah; bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menyusul timbalannya Datuk Razali Ibrahim yang hadir semalam - tindakan yang dilihat bagi menyuntik kekuatan jentera pemuda parti itu.
Beliau difahamkan sedang mengadakan perbincangan dengan dengan anggotanya di bilik gerakan induk BN di Kerdau dan dijadual mengadakan lawatan bermotosikal sekitar kawasan tersebut.
Kehadiran menteri ke Kerdau tidak semeriah sebelum ini apabila hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turun padang hari ini.
Daripada aspek isu yang dibangkitkan pula, PAS kini dilihat mula bercakap 'hal sebenar' dan sudah jarang membangkitkan tentang komitmen mereka dalam Buku Jingga yang dilihat kurang difahami dan kurang menarik perhatian pengundi.
Bermula semalam, ahli jawatankuasanya Mazlan Aliman menggembarkan apabila hadir ke sidang media sulungnya di Kerdau sambil mendakwa Felda Plantation merupakan organisasi haram.
Taktik makan diri
Beliau yang menyarung baju NGO Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan bergabung dengan Biro Felda PKR pimpinan peguam Shuhaimi Said - anak tempatan - yang sudah berkubu dan bergerak senyap di kawasan itu secara 'pemalu' dan tidak menghebahkannya, termasuk kepada media.
Gandingan ini - yang bertanggungjawab mengumpulkan peneroka bagi menyaman Felda - dilihat sebagai satu-satunya senjata terkuat Pakatan bagi memenangi hati 3,031 atau satu pertiga daripada keseluruhan 8,999 pengundi di kawasan itu.
Bagi BN pula, selain terus mempertahankan kerajaan Pahang yang didakwa bakal muflis ekoran kelemahan dalam Laporan Audit Negara, mereka melihat ada lompong lain yang perlu diisi, iaitu menjaga hati pengundi.
Justeru tidak hairan, tanpa ceramah berapi-api, semalam Timbalan Menteri Beliau dan Sukan Datuk Razali Ibrahim hanya turun untuk bermain futsal dengan sekumpulan remaja kampung.
Menurutnya, pendekatan itulah yang dimahukan anak muda yang mewakili 38 peratus daripada keseluruhan pengundi. Beliau juga berpendapat taktik PAS yang terlalu banyak menyerang Felda mungkin memakan diri.
Bagaimanapun, paling dibimbangi, pertembungan harmoni yang diharapkan kedua-dua calon Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS mungkin mengundang lebih banyak taktik kotor di penghujungnya.
Sebagai contoh, selepas, memasuki hari kelima, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa 22 kain rentang dan pemidangnya diturunkan manakala berpuluh-puluh bendera lagi didakwa menjadi mangsa.
Dalam pusingan kedua ini, hanya satu pilihan yang tinggal,BN harus mempertahankan 1,615 majoriti undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum lalu. Dan Penentunya masih pada undi peneroka Felda yang dilihat mudah digoda dengan sentimen berbanding kelantangan dan kefasihan berhujah.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan tersebut.
“Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Merujuk keputusan kerajaan mengheret bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 28 Februari lalu, atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung PKFZ, Wan Azizah berkata perkembagan itu menimbulkan pelbagai persoalan.
“Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini.
“Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan timbalannya hari ini.
Menurutnya, pemimpin kerajaan berkenaan telah dengan cuai meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.
Selain Chan, pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pula didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ.
“Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera.
“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,” katanya
Justeru, Wan Azizah berkata janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini adalah bagi menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik.
“Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya.
"Kita kesal PAS menggunakan carta kerajaan negeri dan lambang Istana Pahang pada poster-poster mereka dengan sewenang-wenangnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Kerdau.
Ismail berkata hanya dua calon sahaja berhak menggunakan lambang parti mereka pada pilihan raya kecil itu.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS Hassanuddin Salim.
- Bernama
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan membidas ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat semalam dan disiarkan di akhbar hari ini.
"Ketua pembangkang telah bercakap di luar dewan dalam kapasiti jawatannya itu dan menjadi persoalan kenapa tidak dibangkitkan di dalam dewan ini.
"Beliau (Md Alwi) cuba mengelirukan rakyat dengan membuat kenyataan yang tidak benar mengenai isu arak dan judi ini,” katanya yang sebelum itu menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) di dewan itu.
Sambil menafikan dakwaan itu, Md Alwi berkata, sebagai ketua pembangkang, beliau hanya menjawab soalan wartawan yang menunggunya di luar.
Katanya, memang benar Islam telah mengharamkan arak dan judi, tetapi kerajaan Kelantan masih membenarkannya kepada penganut bukan Islam bagi menghormati budaya mereka.
"Haram tetap haram dan halal tetap halal, tetapi dakwaan yang mengatakan Umno membenarkan perkara ini juga tidak benar dan saya boleh menerima keadaan ini di Kelantan,” katanya.
- Bernama
Bercakap dalam satu majlis 'pendedahan' anjuran biro antarabangsa Umno bahagian Jasin di Kampung Chinchin malam tadi, setiap butir bicara Hafilda, khusyuk diikuti oleh kira-kira 200 hadirin.
Bagi sebahagian besar hadirin, apa yang didedahkan oleh Ummi
Hafilda (kiri) - tentang dakwaan skandal seks Anwar sebelum pemecatannya, dan tentang diri abangnya Azmin yang ketika itu merupakan pembantu peribadi Anwar dan sekarang timbalan presiden PKR - adalah sesuatu yang baru pada mereka.
Dan menilai daripada ekspresi mereka malam tadi, hampir semuanya tampak percaya apa yang dikatakan oleh Ummi Hafilda, dalam suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.
Menyoroti semula ke hari dia mengetahu tentang "perkara yang membabitkan Anwar" dan sehinggalah saat dia bertemu dengan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ummi Hafilda memaparkan dirinya sebagai mangsa kepada "kuasa dan sikap tamak" ketua umum PKR itu.
Ummi Hafilda menceritakan mengenai kedatangan 50 anggota polis, termasuk yang bertopeng, menaiki 'black maria hitam', ke rumah kawannya tempat dia tinggal, dengan membawa pembesar suara, mengarahkannya keluar.
Katanya, dia enggan keluar dan menelefon ibunya, supaya berdoa untuknya dan dengan kehendak Allah, tambahnya, pintu tidak boleh dibuka.
Berikutan itu, katanya, anggota polis masuk melalui bumbung dan tindakan mereka itu, kata Ummi Hafilda telah menakutkan anak-anak kawannya yang menjerit ketakutan.
Katanya, dia tidak mengeluarkan setitis air mata pun ketika diseksa.
Kemudiannya, kata Ummi Hafilda, ketika dia bertemu Dr Mahathir,
mata perdana menteri keempat itu digenangi air mati, apabila diberitahu apa yang diberitahunya itu adalah benar belaka.
Tidak seorang pun hadirin yang berganjak dari tempat duduk mereka sepanjang 90 minit Ummi Hafilda bercakap.
Dia dilayan seperti seorang selebriti, dengan para hadirin datang berjabat tangannya dan bergambar dengannya.
Beliau berkata sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti.
Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DUN Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.
"Apa yang penting saya membawa hasrat rakyat di Pelabuhan Klang terutamanya dalam bidang pertanian dan saya harap kerajaan negeri akan membantu, jangan ada sekatan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan jentera membajak kepada Persatuan Pengusaha Sayur-sayuran dan Buah-buahan Pulau Indah (PPSBPI) di Pelabuhan Klang hari ini.
Badrul Hisham berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jentera membajak sekiranya pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan di Pulau Indah bertambah pada masa akan datang.
Beliau berkata PPSBPI mempunyai kira-kira 20 anggota yang mengusahakan tanaman seperti timun, terung, bendi, limau nipis dan tembikai wangi.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.
"Saya minta ketua pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di Sabah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar kontrak mereka ini disambung semula.
Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lepas bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terlibat.
Menurutnya keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.
"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.
Menurut beliau, pendekatan ini membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.
Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.
"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.
- Bernama
Presidennya Mazlan Aliman (kiri) bagaimanapun enggan melayan "provokasi" pihak didakwa "diperalatkan Umno" itu.
"Saya tidak ada masalah. Saya tidak bermusuh dengan warga Felda...," kata Mazlan Aliman yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.
"Tetapi saya bermusuh dengan mereka yang cuma mengambil kepentingan atas keringat peneroka untuk mengaut keuntungan dan memangsakan peneroka hingga menjadi korban kepada golongan yang tidak bertanggungjawab ini."
Sehubungan itu, menjawab soalan pemberita, Mazlan menolak mengadukan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Menurutnya lagi, percubaan menghalanya itu telah berlalu beberapa kali sebelum ini.
Semalam, sebuah blog pro-BN Pisau.net melaporkan, ceramah Mazlan di Felda Jengka 23 disambut jeritan: "Ini ANAK bukan anak yang soleh tapi anak haram jadah".
Kumpulan anak muda itu didakwa secara terang-terangan membawa bendera BN bagi membantah ceramah Mazlan di hadapan kira-kira 60 peserta.
Felda lawan syarikat swasta
Gambar yang dipaparkan dalam blog itu juga menunjukkan sekumpulan pemuda memegang kain rentang bertulis "Mazlan Aliman Kau Jahanam".
Sementara itu, bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau hari ini, Mazlan turut mengasak Felda - yang dianggap penentu utama kemenangan kedua-dua calon bertanding - dengan menyerang anak syarikat Felda Techno Plant Sdn Bhd pula.
Mazlan mendakwa, Felda Techno sebagai pengendali kerja penanaman semula sejak 2005 ketinggalan daripada banyak aspek jika dibandingngan dengan syarikat swasta lain.
Contohnya, tambah beliau, kos penanaman semula oleh Felda dan sebanyak RM10,503 berbanding Sime Darby (RM3,120) dan Kumpulan IOI (RM1,998).
Manakala untung bersih berdasarkan keluasan ladang untuk seekar pula didakwa amat jauh berbeza, seperti berikut: Wilmar International (RM1,050), Kumpulan IOI (RM366.30), Sime Darby (RM114).
"Felcra pula jauh lebih kecil sebanyak RM14.29 seekar untuk sebulan. Adakah ini pengurusan profesional?" soal Mazlan lagi.
Turut hadir salam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan anggota parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan