NGO bantah politik kotor dan lucah
| Anis Nazri, | 13 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah
politik kotor yang cuba membunuh lawan dengan cara terkutuk.Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang.
Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya.
"Sepatutnya,
budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan
bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit
sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kanan), kepada Harakahdaily, hari ini.Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi.
"Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi.
Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika.
Menyatakan
pendapatnya atas kapasiti peribadi beliau sendiri, Shaa'ani berkata
semua pihak tidak wajar menjadikan isu seumpama itu sebagai alat untuk
menjatuhkan seseorang atau parti tertentu.Sambil menggesa ia dihentikan segera, Shaa'ani (gambar kanan) berpandangan rakyat patut melihat individu yang menyebarkan sebarang bahan lucah itu sebagai tidak bertanggungjawab.
"Siapa yang seharusnya menjadi wakil kita? Mereka yang berkempen dengan cara begini, pada pemikiran anda bolehkah menjamin dan melindungi hak anda apabila mereka menang nanti?
"Mereka yang akan duduk di atas (pemerintahan negara) perlu menunjukkan contoh terbaik, bukannya membiarkan budaya seperti ini terus menular dalam masyarakat ini," tegas beliau.
Sementara itu, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Prof Madya Dr Abdul Halim El Muhammady menegaskan, amalan politik di negara kita seharusnya lebih matang memandangkan sudah 55 tahun negara kita merdeka.
“Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai kemanusiaan. Kematangan itu bukan sahaja dilihat dari segi kemajuan kebendaan tetapi sepatutnya juga dari segi nilai-nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan yang kita capai.
"Tapi apa yang kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin luntur, kekuatan jati diri, karektor Melayu Muslim semakin terhakis.
“Mana-mana ahli politik tak bermoral dalam apa jua konteks kita perlu tolak daripada dijadikan pemegang amanah," katanya.
Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Fauzi Zakaria pula mengingatkan pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara dan mengambil tanggungjawab memastikan kesahihan berita yang disebarkan itu.
"Saya menyeru masyarakat terutamanya akhir-akhir ini menjelang pilihan raya umum kita sama-sama membentuk masyarakat madani terutama kepada para pengamal media.
"Pengamal media peranannya lebih besar untuk membentuk masyarakat madani iaitu masyarakat yang dikehendaki oleh Allah," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) yang mahu media lebih bertanggungjawab mengemukakan bukti bagi setiap perkara yang disebarkan."Media yang bertanggungjawab menentukan kesahihan apabila menyebarkan sesuatu perkara juga tanggungjawab kepada mereka yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti, bukan meminta orang yang dituduh itu membuat penafian.
"Kita tak mendidik masyarakat kita dengan perkara-perkara (lucah) ini. Sudahlah kalau anak-anak kita baca akhbar sebegitu kita mesti malu.
"Perkara lucah sebegini lebih rancak dibincangkan berbanding membincangkan polisi-polisi atau apa yang nak disumbangkan kepada negara.
"Polisi dan tawarankepada rakyat yang harus dibincangkan, bukan perkara-perkara lucah yang pembuktiannya masih meragukan dan hanya bertujuan mengaibkan dan menimbulkan kesangsian pemilih," katanya.
Dalam pada itu, penulis makalah berkaitan qazaf dan menjawab fitnah, Ustaz Zaidi menegaskan, amalan menyebarkan fitnah dan perkara lucah amat berbahaya kepdaa masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang.
Katanya, walaupun semua pihak berusaha mengekalkan kuasa dan mandapatkan kuasa, mereka masih terikat dengan hukum Allah.
"Kerana kasih sayang kita kepada masyarakat kita jangan dibudayakan amalan berbohong dan menuduh seseorang tanpa cukup bukti tak kiralah dari pihak rakyat kepada pemerintah atau pemerintah kepada rakyat.
Kita mesti mengikat diri kita dengan hukum syarak dalam setiap perkara yang kita buat. Dalam suasana panas politik hari ini menjelang PRU 13 kita masih terikat dengan syarak, masih ditulis oleh malaikat dan akan dihisab, tak ada benda yang terlepas.
"Kepada yang nak mempertahankan kuasa atau yang nak mendapatkan kuasa masih perlu mengingat diri masing-masing dengan hukum Allah," pesannya.
SPR perlu perjelas dakwat kekal pengundi awal
| Muhammad Faizal, | 13 Apr 2013 |
"Kita hairan kenapa SPR boleh mengambil keputusan menetapkan tempoh masa pengundi awal dengan pengundi biasa selama lima hari, sedangkan mereka mengetahui dakwat yang digunakan itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja.
"Ini bermakna wujud ruang untuk memanipulasi dengan membenarkan pengundi awal mengundi sekali lagi pada hari tersebut kerana dakwat dijari mereka telah hilang," jelas beliau kepada Haraklahdaily.
Kerisauan itu katanya mula ditimbulkan banyak pihak dan SPR sewajarnya menetapkan tarikh pengundi awal tidak lebih tiga hari dari pengundian biasa bagi mengelakkan sebarang kemungkinan manipulasi berlaku.
Ubat tahan sakit: Tanya Mahathir tapi bukan sekarang
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |

KUALA LUMPUR: Apabila kita sakit kaki, kita mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit mata sampai sembuh, tulis Aspan Alias.
Menurutnya, tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata diberikan ubat sakit lutut.
“UMNO sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan penyakitnya. Itu sebabnya UMNO memberikan BR1M kononnya untuk memperbaiki taraf hidup satu keluarga rakyat miskin.
“Bermacam-macam diberikan kepada rakyat secara ‘one off’ sedang UMNO dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini,” tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.
Apabila kita sakit kaki, kita mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit mata sampai sembuh. Tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata diberikan ubat sakit lutut. UMNO sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan penyakitnya. Itu sebabnya UMNO memberikan BRIM kononnya untuk memperbaiki taraf hidup satu keluarga rakyat miskin. Bermacam-macam diberikan kepada rakyat secara ‘one off’ sedang UMNO dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini.
Oleh kerana rasa sakit oleh UMNO itu terasa di setiap tompok di batang tubuh UMNO itu terpaksa diberikan ubat. Bagi keluarga yang kurang dari RM3,000 keluarga tersebut di berikan BRIM sebanyak RM500 dan setakat ini BRIM telah diagihkan dua kali jumlahnya. Pemandu teksi diberikan empat tayar percuma, jururawat diberikan pembayaran khas sebanyak RM200 dan berbagai-bagai lagi pemberian ‘one off’ ini. Ini merupakan satu bentuk rasuah pilihanraya yang berlaku dan BN mengharapkan pemberian ini akan memberikan lonjakan sokongan terhadap BN dalam pilihanraya ini.
Tetapi ini hanyalah merupakan tindakan yang diibaratkan sebagai pemberian ubat tahan sakit sahaja. Pemberian BRIM misalnya hanya dapat membayar satu saman ke atas kenderaan orang ramai dan bagi mereka yang terlalu susah, pemberian BRIM ini boleh membawa mereka ke pasar untuk merasakan masakan lazat yang jarang-jarang mereka rasakan itu buat seminggu dua.
UMNO tidak berdaya untuk menyembuhkan penyakit. Penyakit dan sakit itu adalah dua perkara yang berbeza. Pemberian BRIM dan lain-lain bayaran secara ‘one off’ itu hanyalah boleh menghilangkan kesakitan buat sementara waktu sahaja. UMNO gagal untuk menyelesaikan penyakit sebenarnya. Jika seseorang merasa sakit kepala ia boleh diberikan sebiji dua panadol.
Begitu juga jika kita merasakan sakit telinga dan merasa tegang di tengkok. Semua sakit yang saya sebutkan itu boleh digunakan panadol untuk menghilangkan rasa sakit itu. Tetapi sebenarnya panyakit yang dihadapi oleh orang yang selalu merasa sakit di kepala dan tegang di tengkok itu, disebabkan oleh penyakit darah tinggi. Penyakit inilah yang perlu disembuhkan. Apabila penyakit darah tinggi itu sembuh, kita tidak akan merasa sakit di tengkok dan kepala tadi.
Inilah dia yang berlaku kepada UMNO. Apa yang UMNO berikan kepada rakyat itu adalah semata-mata untuk menghilangkan sakit sementara sahaja dan jelas ia diberikan kepada rakyat sekarang ini agar semasa mengundi nanti pengundi-pengundi ini tidak terasa apa-apa kesakitan. Jika rakyat merasa kesakitan selepas setelah memenangi pilihanraya nanti, maka mereka (UMNO) tidak akan terjejas lagi kerana mereka mempunyai lima tahun lagi sebelum memberikan ubat tahan sakit sekali lagi.
Penyakit tetap tidak terubat walaupun rasa sakit tadi hilang buat sementara oleh kerana makan ubat tahan sakit tadi. Oleh kerana pemberian ubat tahan sakit itu terlalu kerap maka banyak kesan sampingan dialami oleh pesakit-pesakit tadi. Terlalu kerap makan ubat tahan sakit selalunya akan merosakkan buah pinggang kita dan mungkin merosakkan hati dan limpa kita. Akhirnya jika diteruskan juga pemberian ubat tahan sakit ini maka hampir keseluruhan tubuh kita akan menghadapi berbagai-bagai penyakit sampingan. Kalau tidak percaya tanyalah Dr Mahathir kerana beliau seorang doktor. Tapi jangan tanya sekarang, tanya beliau selepas pilihanraya nanti.
Penyakit sampingan yang lain akan tetap berlaku jika kita termakan ubat tahan sakit ini. Di antaranya ialah penyakit yang dinamakan ‘Goods and Services Tax (GST)’ selepas pilihanraya nanti. Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan ubat tahan sakit tadi, maka kesan sampingan yang pasti kita hadapi ialah pembayaran cukai yang dinamakan GST dan ia akan dikenakan kepada setiap barangan yang kita beli selepas ini.
Berbagai-bagai cukai akan terpaksa dibayar oleh rakyat. Oleh kerana terpengaruh dengan pembayaran BRIM dan sebagainya ini maka akhirnya mereka akan dibebani oleh tanggungjawab percukaian yang tidak habis-habis dari kerajaan. Bak kata pepatah, ‘untungnya secupak, ruginya segantang’. Perlaksanaan pembayaran GST ini ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya.
UMNO telah melakukan kepada rakyat seperti orang kampung menangkap ayam untuk disembelih. Mula-mula ditaburkannya beras sehingga bawah sangkar yang telah digantung. Apabila sampai sahaja ayam yang mengikut beras tadi di bawah sangkar itu maka sangkar itu akan memerangkap ayam itu dan terus sahaja disembelih dan dimasak dengan selazat-lazatnya. Ayam tadi dijadikan lauk yang enak. Itulah yang akan terjadi kepada orang ramai. Itulah yang akan dilakukan terhadap semua rakyat tidak kira yang kaya atau yang miskin.
Mengenakan GST ini mungkin ada juga baiknya jika premis pelaksanaan berlandaskan kepada situasi yang baik. Tetapi penyakit yang akan terus menerus berlaku ialah perlakuan rasuah yang tidak terkawal. Isu rasuah ini tidak mungkin boleh dihapuskan oleh pemerintah sekarang kerana semua di antara mereka yang memerintah sekarang ini terlibat secara terus atau secara tidak langsung dengan rasuah yang besar-besaran. Bagaimana perasuah mampu untuk menyelesaikan isu rasuah?
Inilah sebesar-besar panyakit sampingan jika kita terpengaruh dengan ubat tahan sakit yang telah diberikan kepada rakyat sekarang ini. Perkosaan terhadap perbendaharaan kerajaan akan lebih hebat lagi. Mereka akan berkeyakinan yang melakukan rasuah itu boleh diteruskan kerana rakyat tetap akan memberikan sokongan dalam setiap pilihanraya.
Memberikan sokongan kepada UMNO itu bermakna kita membenarkan rasuah dilakukan berterusan. Itu sahaja mesej nya jika rakyat masih memberikan sokongan kepada BN dalam pilihanraya kali ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
"Walaupun kita mempunyai senarai nama pengundi awal tetapi dalam tempoh masa yang panjang dan sindiket pemberian kad pengenalan awam sebelum ini, mungkin konpirasi mengundi kali kedua akan berlaku.
"Mereka mempunyai kad pengenalan awam sudah pasti ini akan digunakan, kita tidak dapat menahan mereka kerana nama mereka terdapat dalam daftar pemilih biasa, apatah lagi kesan dakwat kekal juga telah hilang," sambung beliau lagi.
Mahfuz berharap SPR perlu lebih telus dalam menjalankan tugas mereka dan tidak terikat dengan permainan politik kotor pihak tertentu yang mahu mengekalkan pemerintahan mereka.
Dalam pada itu beliau turut meminta agar SPR dapat membuat pengiraan segera apabila selesainya pengundian awal.
Jelasnya lagi, tindakan tidak mahu membuat pengiraan segera dan menyimpan lebih lama peti undi tersebut membuatkan rakyat terus mencurigai ketelusan SPR mengendali pilihanraya.
SALAHSATU TEMPATAN@KETIKA MUSTAJAB DOA IALAH KETIKA HUJAN...BAIK LAGI KETIKA MULA HUJAN ATAU KETIKA HUJAN SANGAT LEBAT....INSYAALLAH ALLAH MAKBULKAN DOANYA
30 minit berdoa dalam hujan
| Rossem, | 13 Apr 2013 |
Malam tadi hujan rahmat turun! Bumi Kelantan sudah dua bulan tak dimandikan air hujan. Rumput rampai, tumbuh-tumbuhan kembali segar. Ungas dan haiwan senyum lebar. Warga Kelantan sujud syukur.
Ketika hujan turun puluhan ribu rakyat Kelantan sedang mengaminkan doa di lapangan terbuka Padang Perdana, Kota Bharu sempena program Kelantanku Hijau (Kekal). Khalayak memenuhi setiap ruang kosong.
Muslimin dan muslimat datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan dengan tujuan yang satu; bermunajat kepada Allah SWT, memohon langsung kepadaNya, agar Kelantan kekal dalam pemerintahan ulama (PAS) dan ubah Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat mulai 5 Mei 2013 ini.
Solat sunat hajat seusai solat Insya itu diimamkan mantan Adun Demik, Ustaz Mohamad Mustafa. Seperti sering dilakukan, doanya panjang hampir setengah jam, dalam bahasa Arab dan Melayu antaranya
“Ya Allah, kami berdoa kepadaMu dengan doa-doa yang pernah nabi kami, Nabi Muhamad saw dan Nabi-Nabi dan Rasul terdahulu memohon kepadaMu disaat-saat baginda dalam kondisi dan posisi diancam musuh.
"Gagalkan segala tipudaya jahat musuh-musuh kami sebagaimana Engkau gagalkan perbuatan khianat mereka kepada Nabi-Nabi dan Rasul, seterusnya berilah kemenangan kepada kami”
Tiada seorang pun berganjak, biarpun hujan semakin lebat di akhir doa. Situasi malam tadi adalah difinasi daripada sebuah kekutan luar biasa yang pernah ditunjukkan rakyat Kelantan untuk tetap bersama kepimpinan ulama dalam mengurustadbir negeri bergelar Serambi Mekah dan seterusnya mara ke putrajaya.
CARA BEGINI BERJUANG PUN ORANG KATA SESAT...JIKA TIDAK BENAR TUDUHAN ITU...TUDUHAN ITU AKAN BALIK KEPADA DIRI YANG MENGATA ITU
Puluhan ribu rakyat berdoa kekal Kerajaan Kelantan
| Aslani M, | 13 Apr 2013 |

KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi Padang Perdana di sini, malam tadi tidak menghiraukan hujan lebat berdoa kekalkan kerajaan Kelantan dan ubah Putrajaya.
Imam solat hajat, ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa dan ribuan jemaah basah kuyup.
Cuaca mendung sejak pagi berlarutan sehingga tengah malam, sekali sekala lebat, namun tidak mematah semangat puluhan ribu yang hadir.
Perhimpunan Kelantanku Hijau dengan pelancaran kempen K (Kekal) bermula jam 5 petang. Ribuan anak muda berarak motosikal dari Lembah Sireh ke Padang Perdana.
Bendera PAS dikibar sambil membonceng motosikal manakala penumpang kereta pula mengibarkan di atas kenderaan. Suasananya seperti hari mengundi.
Pengarah program, Zulkapli Yaacob berkata lebih 10,000 anak muda berhimpun sejak petang lagi jauh melebihi sasaran.
Kenderaan terpaksa diparkir di merata tempat. Selepas solat Maghrib, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Mahmood dan jalan di sekitar stadium semakin sesak.
Kehadiran treler PAS For All menjadi pentas utama. Ramai turut bersila di bawah treler untuk berlindung daripada hujan.
Pengerusi bersama program berkenaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perhimpunan itu tidak menyalahi peraturan dan sah di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Beliau juga berkata, sekiranya kerajaan baru dapat dibentuk di Putrajaya nanti antara perubahan yang akan dibuat iaitu mengumumkan lebih awal tarikh pilihan raya umum ke-14.
"Selain itu jaminan untuk memastikan semua parti politik mendapat ruang lebih seimbang di media cetak dan elektronik," katanya.
Hadir sama pada program berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.
Perhimpunan itu juga dihadiri masyarakat bukan Islam, Cina dan India. Gimik pelancaran K dilakukan Ahmad menekan butang dengan tembakan bunga ke udara.
Orang ramai tidak berganjak sehingga ke akhir program biarpun hujan sepanjang malam.
BIASA SIJAHAT KURANG AKAL DAN TIADA DAPAT HIDAYAH DARI ALLAH...AMALAN NI ADALAH AMALAN AHLI2 NERAKA
Khianat: Kereta petugas PAS Batu Sapi dicalar
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
SANDAKAN:
Kereta seorang petugas PAS Kawasan Batu Sapi di sini dicalar dengan
teruk dipercayai angkara khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang bermesyuarat bersama-sama petugas PAS yang lain di Bilik Gerakan PAS di Batu Sapi pada malam Rabu lalu.
Mangsa hanya menyedari perkara itu sebaik sahaja mendekati keretanya selepas selesai mesyuarat tersebut.
Kereta pacuan empat roda jenis Toyota itu tercalar teruk dibahagian cermin sisi, pintu hadapan sebelah kiri dan bahagian belakang.
Dari cara calar tersebut, ianya dipercayai angkara khianat dan bermotif jahat.
Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sandakan.
Ekoran kejadian itu juga, PAS Kawasan Batu Sapi mengambil langkah meningkatkan kawalan keselamatan menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi.
JANGAN KITA BUAT ORANG BENCI DAN TAK REDA....MEREKA BERDOA AKAN KEKALAHAN....FIKIR2KAN
Guru Kelantan dakwa dipaksa tampal pelekat 'T'
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
(Pelekat K yang membawa maksud 'Kekal Kelantan' menjadi fenomena anak muda negeri itu)KUALA LUMPUR: Seorang guru di Kelantan mendakwa beliau dan rakan gurunya yang lain telah dipaksa menampal pelekat T (Tukar) pada kenderaan mereka.
Dalam emel yang dihantar ke Harakahdaily, beliau yang tidak mahu namanya didedahkan mendakwa, arahan tersebut datang dari pejabat pengarah pelajaran negeri.
Menurutnya juga, taklimat khas kepada guru-guru besar berhubung arahan itu juga telah dibuat.
"Barang siapa yang tidak menampal pelekat tersebut maka diharamkan parking kenderaan dalam kawasan sekolah kerana kami dianggap menentang kerajaan.
"Semua guru dibekalkan dengan dua keping stiker T" katanya kecewa dengan arahan terbaru itu.
T membawa maksud 'Tukar Kelantan', iaitu simbol yang dibawa oleh sebuah NGO Umno Kelantan.
Ianya timbul selepas pelekat R yang mewakili sebuah NGO menuntut hak royalti Kelantan menjadi fenomena dikalangan rakyat di negeri ini sejak setahun lalu.
Bagi menyaingi gelombang R itu, mereka telah memaksa rakyat khususnya guru untuk menampal pelekat T di kenderaan masing-masing bagi menampakkan sokongan menyeluruh terhadap perjuagan NGO itu.
Selain pelekat R, turut menjadi fenomena di Kelantan ketika ini adalah pelekat 'K' iaitu membawa maksud 'Kekal Kelantan' yang diperjuangkan juga oleh sebuah NGO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan