Sabtu, 13 April 2013

KALAU DISARING SECARA TELUS YANG DIATAS2 PUN TAK LEPAS....JIKA FITNAH INI DAH TAHAP MELAMPAU....HIMPUN ORANG DISTADIUM BUAT SOLAU HAJAT MOHON ALLAH BALAS SETIMPAL KEJAHATAN FITNAHNYA...BARU IA TAHU LANGIT INI RENDAH ATAU TINGGI

Mustafa Ali: 'Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam'
Wartawan Sinar Harian
12 April 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai video seks yang diedarkan sejak malam tadi.
Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa dipetik berkata, "semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

"Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Laporan itu berkata beliau dipercayai merujuk kepada video seks dan foto  yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.
Bernama memetik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin
kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada Pas.
Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi
perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar,
dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya.
Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon Pas untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan Pas.
Hadi: Video seks kaitkan pemimpin Pas fitnah

12 April 2013
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada Pas.
  
Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
  
"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila hari ini.
  
Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon Pas untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
  
Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.
  
Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan Pas. - Bernama
Abim kecam 'politik lucah' raih undi PRU13
NIZAM ZAIN
12 April 2013
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak sekeras-kerasnya amalan 'politik lucah', ganas dan londeh-melondeh yang menular sejak akhir-akhir dipercayai bertujuan meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perbuatan menyebarkan skandal seks yang melibatkan beberapa pemimpin pembangkang beragama Islam tidak sepatutnya berlaku.

Ini adalah kerana tindakan itu boleh merosakkan pemikiran dan kepercayaan masyarakat yang saban hari dihidangkan dengan pelbagai bahan berita berunsur fitnah dan semata-mata untuk menjatuhkan lawan dan kepentingan politik pihak tertentu, kata beliau.

“Abim menolak sekeras-kerasnya pendedahan skandal seks kepada umum kerana dilihat cuba meraih undi politik.

“... perbuatan mereka yang sebarkan video di YouTube dan CD itu tidak bermoral.

“...jika benar mana-mana pemimpin itu melakukan jenayah dan salah laku menyalahi syariat Islam, individu terbabit sepatutnya menggunakan mekanisme perundangan Islam seperti membuat laporan kepada pihak berkuasa dan dakwanya di mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas satu skandal seks yang mengaitkan seorang pemimpin kanan Pas yang didedahkan sebuah blog politik Kedahan69ers.com yang memuat naik klip video sepanjang empat saat malam tadi.
Video klip yang memaparkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin Pas yang sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai di sebuah bilik hotel itu turut disebarkan laman blog Papa Gomo dan portal Perak Today pada awal pagi tadi.

Tegasnya, budaya itu perlu dihentikan segera dan parti politik dinasihatkan supaya tidak menggunakan pendekatan kotor itu dan tidak boleh mengaibkan mana-mana pemimpin politik khsusnya mereka yang beragama Islam.

“Sepatutnya negara menuju sistem demokrasi yang matang, saya tak fikir ada negara lain guna senjata seks dan bahan lucah di peringkat umum untuk bahan pancing undi mereka.

“... rakyat mereka ditawarkan tentang program pembangunan ekonomi, pendidikan dan fakta kenegaraan bukan benda lucah dan  fitnah,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media pagi tadi, Abim menggariskan empat perkara utama untuk umat Islam sempena PRU13 iaitu:
- Menolak budaya politik fitnah
- Menolak amalan politik lucah
- Menolak amalan politik samseng
- Menolak amalan rasuah dan peras ugut

Empat teras terbabit hasil daripada sesi dalam Muzakarah Khas Pendirian 10 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam pada hari ini iaitu Kumpulan Prihatin, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Hafiz Malaysia (Paham), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).


Pemimpin Pas kecam, dakwa klip video seks motif politik
Wartawan Sinar Harian
12 April 2013
Husam Musa
Husam Musa - Foto Bernama
SHAH ALAM - Tindakan mengeluarkan klip video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pas, "bermotifkan politik" dan tidak akan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat (PR) menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, tegas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa.
Sehubungan itu, Husam menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Biar polis siasat. Kami sudah lali dengan perkara macam ini, kami tidak kisah," kata beliau dipetik Star Online.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula menyifatkan penyebaran klip video tersebut sebagai politik murahan khususnya ketika menjelang tarikh PRU13.

"Ia tindakan tidak bertamadun pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menggunakan tindakan sedemikian," katanya lagi.

Salahuddin yang dihubungi Sinar Harian Online juga menegaskan bahawa beliau tidak terkejut dengan pendedahan terbaru sebuah blog politik Kedahan69ers.com yang memuat naik klip video seks yang memaparkan pemimpin kanannya.

“Saya tak kisah, saya tak terkejut pun, mungkin lepas ini akan keluar video seks Nik Aziz, Haron Din dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

 “...ia politik kotor, politik tidak bertanggugjawab dan politik tidak bertamadun,” tegasnya.

 Salahuddin yakin pengundi pada masa ini akan menolak politik kotor berunsur fitnah pada pilihan raya kali ini kerana ia jelas bertentangan dengan tuntutan Islam dan budaya masyarakat di negara ini.

 Ditanya sama ada pendedahan skandal seks itu akan menjejaskan PR khususnya Pas, beliau yakin rakyat lebih matang untuk menilai bentuk politik yang cuba dibawa parti pemerintah yang jauh menyimpang daripada norma kehidupan dan tatasusila.

“Biar rakyat menilai dengan budaya kotor dan jijik ini, rakyat akan tolak politik fitnah ini, saya yakin rakyat pilih politik baru, politik ilmu.

“... pengundi abad 21 tak mungkin berfikiran macam zaman batu dan zaman Jepun.

“...buang masa saja (bincang politik lucah), lebih baik kita tumpu kepada strategi, kita tak akan bincangkan perkara ini,” tegasnya.

Klip video sepanjang empat saat itu telah dimuat naik di laman blog terbabit kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin Pas yang sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai di dalam sebuah bilik hotel.

Laman blog itu juga turut menyatakan seorang sumber berkata rakaman tersebut diambil menggunakan kamera tersembunyi yang dipasang menghala ke arah katil di dalam bilik terbabit.
PKR nafi sebar video seks didakwa pemimpin Pas
RUZY ADILA IDRIS
12 April 2013
PETALING JAYA - PKR menafikan dua ahlinya ditahan dan disiasat kerana menyebarkan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin tertinggi Pas di Besut, Terengganu semalam.

Naib Presidennya, N Surendran berkata, tuduhan itu tidak benar dan berasas untuk mengaitkan pembabitan ahli PKR.

"Saya tahu, blogger tersebut adalah Papa Gomo.

"Tuduhan itu tidak berasas kerana dibuat oleh orang yang mempunyai rekod jenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan pemimpin Pas itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.

Blog-blog terbabit turut mendakwa, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.
Calon BN perlu lulus ujian saringan SPRM
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
12 April 2013
Calon BN perlu lulus ujian saringan SPRM
Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman bersalaman dengan penduduk tempatan ketika menghadiri majlis perasmian bangunan baru SKJT Ladang Lanadron.
MUAR – Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan akan menggugurkan calon-calon yang sudah disenarai pendek sekiranya didapati mempunyai masalah berkaitan rasuah, hutang atau kes jenayah.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses menggugurkan calon akan dilakukan selepas menjalani proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, setiap calon perlu melalui proses penting itu bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar bebas daripada masalah tersebut.

“Hanya mereka yang lulus saringan daripada SPRM akan terpilih dan layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Walaupun mereka (calon) mempunyai syarat-syarat lain, tetapi apabila didapati bermasalah secara automatik tidak akan dimasukkan dalam senarai akhir calon bertanding, bahkan akan dikeluarkan daripada senarai itu,” katanya.

Beliau hadir merasmikan Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lanadron, Panchor dan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR, SPM dan STPM 2012 Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh di sekolah berkenaan, dekat sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai siapa bakal Menteri Besar Johor jika BN berjaya mendapat kemenangan dan mentadbir negeri  ini, Muhyiddin berkata, jawapan itu akan diketahui dalam tempoh masa beberapa hari lagi.

“Kita semua sudah boleh buat ramalan, dan teka-teki timbul disebabkan mungkin ada perubahan dalam senarai yang akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman tidak lama lagi.

“Calon Menteri Besar sudah disenarai pendek, tetapi ia masih lagi rahsia. Biarlah Abdul Ghani umumkan tidak lama lagi,” katanya.
Pesuruhjaya Pas Terengganu yakin keupayaan Raja Bahrin
Wartawan Sinar Harian
12 April 2013
Pesuruhjaya Pas Terengganu yakin keupayaan Raja Bahrin
Mohd Abdul Wahid (tengah) ketika sidang media di Pejabat Pas negeri, semalam.
KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, akur dengan keputusan parti itu untuk memberi laluan kepada Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai calon parti itu.

Mengakui tidak ‘tamak’ kerusi, Mohd Abdul Wahid berkata, Pas mempunyai ramai calon berkelayakan, termasuk daripada golongan istana.

“Ia bukan ditentukan (oleh calon), tetapi diputuskan oleh parti. Sekarang ini, Pas pelbagaikan (calon) dan ada daripada golongan istana, ada rakyat biasa dan profesional. Dari segi pimpinan, kita mempunyai ramai (calon yang layak) dan mereka berkelayakan.

“Jadi itu strategi kita nak tonjolkan mereka yang muda, mewakili istana, rakyat biasa dan profesional supaya calon yang diketengahkan, mewakili semua lapisan masyarakat, termasuk juga wanita, (malah) artis juga ada,” katanya di Pejabat Pas Negeri, semalam.

Katanya, walaupun Raja Bahrin masih baru dalam politik, namun beliau berkeyakinan dengan keupayaan dan kewibawaan sepupu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu.

“Saya juga bermula dari orang baru. Jadi, saya rasa peluang dia ada kerana kita lihat, kadang-kadang ramai juga ‘first timer’ boleh menang. Itu perkara biasa.

“Orang lama sangat pun, kalau orang dah muak, kalah juga. Jadi tidak timbul soal orang baru atau lama, selagi kita tengok dia ada wibawa, kemampuan dan rakyat boleh terima dia, saya rasa peluang dia sama juga dengan orang lain,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan, majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan 18 April ini di Rusila, Marang, selepas Isyak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan kuliah Maghrib khas diikuti solat Isyak, solat Hajat seterusnya pengumuman calon dan bai’ah bagi calon-calon PR.

Katanya, hasil persetujuan, daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu, tujuh daripadanya ditandingi Pas dan satu lagi ditandingi PKR iaitu Kemaman.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas jumlah kerusi Dun yang ditandingi Pas dan berkata, ia akan diumum 18 April depan.

Tiada ulasan: