[TERKINI] DUA Saksi Terbit Video LUCAH Klon Anwar Ditahan!
Posted on Friday, April 19 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"Ini perkembangan terkini yang diterima.
Wakil
Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua
saksi yang terlibat menerbitkan video fitnah lucah terhadap pemimpin
Pakatan Rakyat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu
Hitam, kira-kira sejam tadi.
Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg
Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan
sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu
sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.
"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.
Menurut
Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di
Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan
membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan
video tersebut.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.
Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan selepas Solat Isyak malam ini.
Wakil
Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang
dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil
mengakui.
"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu
ini. Orang kampung tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu
nanti," jelasnya.
Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu
persatu kes Anwar maka masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah
permainan kotor dan menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah
kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kami sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut.
sumber"
NFC Rembat RM250 Juta ,Bayar Balik RM20 Juta Dosa Kak Jat DiAmpun Kan ?
Posted on Friday, April 19 @ 23:00:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: psyco
"
Silap
besar TV3 suku malam tadi adalah kerana menyiarkan pengakuan Ketua
Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar
Abdullah berkata bahawa Syarikat Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB),
syarikat usaha sama tempatan dengan syarikat pengeluar daging dari
Jepun, hari ini menandatangani surat hasrat dengan kerajaan Malaysia
untuk memulakan rundingan bagi mengambil alih projek Pusat Fidlot
Nasional (NFC) berdasarkan kepada tawaran mereka untuk menyuntik modal
RM20 juta bagi memulakan kembali operasi NFC yang tertangguh sekian
lama, di samping tawarannya untuk mengambil alih semua aset dan
liabiliti NFC.
Najib cuba meyakinkan rakyat bahawa dengan
membersihkan dosa Shahrizat maka keyakinan rakyat akan kembali
menyokong BN dan Najib cukup teruja bahawa Rakyat telah di bodohkan
sekali lagi . Bila ternampak kelibat Mohd Irwan yang mengulas tentang
isu Shahrizat ini barulah kita paham asal-usul isu yang jadi :)
Terima
kasih kepada BERNAMA dan TV3 suku untuk kali ini kerana menyiarkan
berita ini yang rakyat boleh menilai dari mula hingga hujung artikel
bagaimana modus operandi umno dan gerombolan sebagai pengkhianat negara
senang di baca... Nak tau siapa di belakang Otoshitos Sdn Bhd ni kita
tunggu Rafizi Bond untuk menyiasat .. :)
Syarikat Usahasama Malaysia-Jepun Tawar Ambil Alih NFC
Syarikat
Usahasama Malaysia-Jepun Tawar Ambil Alih NFC PUTRAJAYA, 19 April
(Bernama) -- Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB), syarikat usaha sama
tempatan dengan syarikat pengeluar daging dari Jepun, hari ini
menandatangani surat hasrat dengan kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengambil alih projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata syarikat itu dipilih berdasarkan kepada tawaran mereka untuk menyuntik modal RM20 juta bagi memulakan kembali operasi NFC yang tertangguh sekian lama, di samping tawarannya untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti NFC.
Katanya
kerajaan merasakan bahawa projek itu penting untuk diteruskan segera
kerana ketika ini hanya 24 peratus daripada bekalan daging negara
disediakan oleh pembekal tempatan manakala 76 peratus lagi diimport.
Menurut satu kenyataan yang diedarkan kepada wartawan, KASB merupakan
syarikat usaha sama tempatan Otoshitos Sdn Bhd dengan Hannan Food Group
dari Jepun.
Kemelut dalam NFC menjadi perhatian ramai sebelum ini selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa syarikat itu gagal memenuhi matlamat penubuhan, diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, dan ketika ini kes ahli perniagaan didakwa menipu bekas pengarah NFC sedang dibicarakan di mahkamah.
Mohd Irwan berkata berdasarkan kepada surat hasrat yang ditandatangani
Jumaat, yang menurutnya tidak mengikat pihak-pihak yang berkaitan,
mereka diberi masa selama enam bulan untuk berunding dengan lebih
terperinci bagi memuktamadkan syarat-syaratnya.
Beliau berkata antara
syarat-syarat yang tidak mengikat yang dipersetujui ialah KASB akan
mengambil alih aset serta liabiliti NFC , termasuk membuat bayaran
pinjaman dana RM34 juta kepada kerajaan, iaitu bagi 2012 dan 2013.
Menurutnya
baki daripada RM250 juta liabiliti yang perlu dibayar nanti akan dibuat
dalam perjanjian konsesi yang baru yang akan dibincangkan dalam tempoh enam bulan akan datang.
Beliau berkata ini bukan satu usaha menyelamat oleh kerajaan kerana
syarikat itu sudah membuat kajian terperinci sebelum menampilkan tawaran
satu konsesi baharu untuk memulihkan syarikat NFC.
"Mereka akan bayar balik seperti mana liabiliti hutang-hutang yang terpaksa dibayar kerajaan sejumlah RM250 juta. Dia
akan bayar pendahuluan RM34 juta manakala baki RM216 juta akan dibayar
secara tahunan setelah tiga tahun tempoh tangguh kita bagi, campur
sekali dengan kadar faedah.
"Tidak timbul soal menyelamatkan. Ia adalah perjanjian komersil, di mana mereka terpaksa bayar balik hutang kepada kerajaan," katanya.
Siri protes oleh penyokong dan ahli UMNO BN yang menguntungkan PR
Posted on Friday, April 19 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Gendang Perang
Lembaga
Disiplin Umno sedang sibuk sekarang. Mereka sedang memasang spy untuk
memantau dan melaporkan kes sabotaj UMNO yang sedang berlaku di
mana-mana sekarang. Lembaga Disiplin mungkin pening ketika ini. Tak
lebih puluhan pemberontakan dalam ahli UMNO dan BN terhadap parti itu
ketika ini.
Pemberontakan Pertama : Wanita UMNO Seluruh negara
Timbalan
ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dijangka akan memberontak kali
ini. Beliau akan bertanding bebas untyk melahirkan kecewaan dengan
“penghinaan” yang ditunjukkan Najib. Beliau sebelum inmenjangkakan untuk
diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian
Umno yang diketuainya untuk menggantikan Rafidah Aziz. Malangnya Najib
melantik orang lain. Lagi melenting Wanita UMNO apabila ketua Wanita
Umno negeri di Kedah, Johor, Selangor dan Terengganu turut
dibakulsampahkan. Dijangka Wanita UMNO akan mengadakan protes
besar-besaran dalam masa terdekat.
Pemberontakan ke-2 : PULAU PINANG
Dua
pemimpin BN – koordinator BN untuk Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari
Gerakan dan ketua pemuda MIC Pulau Pinang, J Dhinagaran – dikatakan akan
meletak jawatan dari parti masing-masing dan bertanding sebagai bebas. 3
perhimpunan telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan
Dalam semalam oleh penyokong BN yang digugurkan oleh Najib.
Keadaan
di Pulai Pinang makin panas apabila 3 veteran BN, Bekas Timbalan
Menteri Pertanian, Datuk Shariff Omar, Penyelaras Gerakan Batu Uban, A
Mohan dan penyandang kerusi Dun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohammed telah
mengisytiharkan perang terhadap BN apabila tidak terpilih sebagai calon.
Datuk Sharif dijangka akan menjadi calon Bebas di Parlimen Tasek
Gelugor. A Mohan di Parlimen Batu Kawan dan Datuk Jasmin dijangka akan
menyokong Azmi Alang untuk Dun Sungai Dua. AJK UMNO TAsek Gelugor, Datuk
Mustaffa Idror juga akan menjadi calon bebas menentang UMNO sendiri di
Dun Telok Ayer Tawar.
Dilaporkan
banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan
calon mereka. Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau
Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek
Gelugor.
Nyata kemenangan moral buat PR di Pulau Pinang. Tugas
mudah untuk pertahankan Penang dan pada masa yang sama, merampas kembali
kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN dalam PRU lalu.
Pemberontakan Ke-3 : N SEMBILAN
MCA
Seremban telah melakukan demontrasi di hadapan Pusat Khidmat MCA
Seremban bagi menolak Dr Yeow Chai Tiam sebagai calon Parlimen Seremban.
Menurut Ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei menyatakan bahawa
Chai Tiam dikekalkan sebagai calon, mereka akan boikot dan tidak akan
turun padang membantu MCA.
Manakala
di Negeri Sembilan juga, melibatkan Dun Chennah apabila penduduk
menolak calon baru, Siow Foo Wen dan mahukan calon lama, Datuk Siow Chin
dikekalkan di DUn itu. Manaka di Dun Palong, kira-kira 200 orang
berdemontrasi membantah pencalonan bekas ahli Parlimen Jempol, Datuk
Lilah Yasin bagi Dun Palong. Dilaporkan banyak bendera BN diturunkan
terutama di Felda Palong, kerana menolak Datuk Lilah yang bukan penduduk
asal Palong.
Di Johol pula, calon BN bagi DUN Johol, Mohd Fadzil
Abu Kasim mengaku kalah awal apabila menolak menjadi calon BN kali ini.
Beliau telah menyerahkan kembali watikah yang diberikan kepadanya. Ini
kerana terdapat banyak bantahan tentang pencalonan beliau di kerusi Dun
itu. Dilaporkan oleh akhbar bahawa pencalonan beliau telah mendapat
bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol.
8
PDM tutup operasi iaitu di Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang
Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis. Di bilik gerakan
PDM kecil di Kampung Sri Kepis pula, bendera Umno dan BN diturun sebagai
tanda protes di atas pengumuman tersebut. Mereka mebantah calon Najib
ini kerana dikatakan calon 'turun dari langit' kerana tidak dikenali dan
jarang berada di Johol meskipun dia berasal dari Johol. tak tahan
dengan desakan seluruh PDM UMNO, maka Mohd Fadzil yang juga seorang
ustaz telah letak jawatan sebagai calon (mungkin ALLAH tak nak beliau
terlibat dengan dosa-dosa kemungkaran UMNO)
Pemberontakan Ke-4: JOHOR
Ahli
UMNO telah menolak pencalonan calon MIC di Dun Puteri Wangsa. Kira-kira
50 orang berdemontrasi untuk menuntut kerusi tradisi UMNO itu
dikembalikan daripada MIC. Manakala di Bukit Naning, Ahli jawatankuasa
UMNO Bakri, Ghazali Salamon mengisytiharkan akan bertanding sebagai
calon Bebas untuk kerusi DUN Bukit Naning Bukit pada 5 Mei. Beliau telah
membantah dan menolak keputusan Barisan Nasional yang mencalonkan Ketua
Bahagian UMNO Datuk Saipolbahari Suib sebagai calon di Bukit Naning.
Pemberontakan Ke-5: PAHANG
AJK
UMNO Bahagian Maran, Ismail Mat Resat isytiharkan untuk menjadi calon
bebas di Dun Luit kerana memboikot pengumuman Najib meletakkan Ketua
Puteri Bahagian Maran, Nor Hidayah Mohd Shuhaimi sebagai calon. Bukan
setakat Ismail, bahkan ada seorang lagi AJK UMNO yang akan bertanding di
Dun Liit jika calon baru itu dikekalkan dengan alasan calon Puteri UMNO
itu budak hingusan dan mentah.
Pemberontakan Ke-6: KUALA LUMPUR
Sah
ada pemberontakkan di Wangsa Maju apabila Ketua MCA Bahagian Wangsa
Maju, Datuk Yew Teong Look dijangka akan bertanding bebas setelah calon
UMNO, Datuk Shafei Abdullah diletakkan di kerusi tersebut. Katanya
kerana mengikut kemahuan akar umbi yang menolak Shafei yang dikatakan
ultra melayu dan bermasalah. Juga wangsa maju adalah kerusi MCA dalam
PRU lalu.
Pemberontakan Ke-7 : KELANTAN
Di
kelantan juga tidak kurang hebatnya. AJK UMNO Bahagian Gua Musang
dijangka akan bertanding sebagai calon Bebas di Dun Nenggiri. Beliau
telah membeli borang dan akan hadir esok serahkan borang pencalonan.
Beliau tidak berpuashati dengan pencalonan Mat yusoff Abdul Ghani yang
dan merupakan kumpulan yang anti Ku Li di Gua Musang.
Pemberontakan Ke-8 : SELANGOR
Tepat
seperti jangkaan ramai, penguguran Ong Tee Keat sebagai calon di
Kawasan Parlimen Pandan telah menyebabkan jentera BN di kawasan itu
boikot BN. Malah penduduk di sana turut mengugut untuk mengundi calon PR
jika Ong Tee Keat tidak dicalonkan. Ong Tee Keat sebelum ini telah
menyatakan dengan tegas untuk menjadi calon Bebas dalam PRU kali ini.
Sudah pasti pertandingan 3 penjuru akan berlaku di kerusi panas itu yang
akan memberikan kelebihan kepada calon PR, Rafizi Ramli.
Manakala
di Kerusi Dun Batang Kali, ianya kecoh apabila penyandang kerusi DUN
terbait, Datuk Isa Abu Kassim tidak dicalonkan kali ini. Seorang
penyokong tegar Isa yang juga AJK UMNO Cawangan Sungai Buaya, Mustafa
Talib isytiharkan sebagai calon Bebas atas keputusan Najib tidak
mencalonkan Datuk Isa. Dikhabarkan jentera UMNO di Batang Kali telah
lumpuh dan memberikan kesan kepada jentera itu di Parlimen Hulu
Selangor.
Di Kerusi Parlimen Kuala Selangor pula, bekas ketua MIC
Cawangan Assam menawarkan diri untuk menjadi calon bebas kerana
membantah calon BN yang diumumkan Najib. Redwan Abdullah yang juga
seorang usahawan, menyatakan bahawa 4000 penyokong BN menolak calon UMNO
di Parlimen itu, Irmonahizam Ibrahim yang tak pernah turun padang
walaupun anak jati Kuala Selangor. Mereka menolak calon dianggap calon
luar dan mahukan calon berwibawa untuk menentang penyandang kerusi itu,
Dr Dzulkefly Ahmad.
Pemberontakan Ke-9 : MELAKA
Calon
BN bagi DUn Tanjung Bidara, Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman telah
menarik diri akibat tekanan politik. Beliau merasakan bahawa tidak dapat
pertahankan kerusi itu dalam PRU kali ini dan juga kerana masalah
kesihatan. Peluang buat PR di Dun itu kerana majoriti yang dimenangi
oleh UMNO di kerusi itu hanya 3,383 undi sahaja.
Pemberontakan Ke-10: KEDAH
Satu
demontrasi menolak menolak calon BN di N27 Pantai Merdeka, Ali Yahya.
Mereka mahukan calon mereka sendiri, iaitu bekas ketua Puteri UMNO
Kedah, Shahnim Yusoff.
*
Banyak betul pemberontakkan yang berlaku dalam BN ketika ini. Petanda
mereka sedang menuju kehancuran. Tamadun Melaka dan tamadun-tamadun
hancur bukannya kerana kekuatan musuh, tapi kerana pemberontakkan
dalaman dan pergaduhan sesama mereka. Begitu juga Bn. Ini kalilah kita
tamatkan riwayat mereka dalam PRU kali ini.. ent Justice for all
Yang tak syoknya gambar protes di Shah Alam tak ada.. ala yang tutup bilik gerakan sebab tak suka budak Kulim tu... wakakaka
Sumber: www.wasukalu.com
BERNAMA yang masih malu malu nak gunakan istilah Pakatan Rakyat!
Posted on Friday, April 19 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,,.
Agensi
berita rasmi negara BERNAMA nampaknya masih malu malu untuk menyebut
PAKATAN RAKYAT setiap kali melaporkan mengenai PR sebaliknya masih
menggunakan istilah PAKATAN PEMBANGKANG yang dipopularkan oleh UMNO.
Malah ketika melapurkan menifesto PR Selangor Bernama masih menggunakan
istilah pakatan pembangkang walaupun di Selangor PR yang jadi kerajaan
dan BN jadi pembangkang.
Bernama masih terikat dengan minda UMNO
ketika melapurkan berita yang dipetik oleh banyak pihak termasuk radio
IKIM. Kenapa susah sangat untuk Bernama untuk menyebut Pakatan Rakyat
atau PR?
Apakah ini kerana arahan dari UMNO?
Bernama juga
sering kali menyiarkan berita berita yang kelihatan membawa masalah
kepada PR. Keputusan Husam untuk bertanding di Putra Jaya umpamanya
dilapurkan sebagai tokoh PAS yang mahu keluar dari Kelantan dan
dikaitkan pula dengan kemungkinan Husam mempunyai masalah dengan Istana
Kelantan. Sedangkan kekalnya Husam di Salor tidak pula disebut.
Begitu
juga berita pertindihan calon antara PAS dan PKR di Serawak cuba
dibesarkan oleh Bernama sebagai masalah dalaman PR yang parah dan kata
kata TGHH dijadikan seolah olah PAS yang angkuh dan tidak memperdulikan
rakannya PKR.
Banyak lagi berita berkaitan PR yang setiap kali
dirujuk sebagai pakatan pembangkang dimanupulasikan untuk kelihatan
seperti terdapat masalah besar dalam PR. Tetapi apa yang sebenarnya
berlaku tidak seperti yang lapurkan.
Agensi berita yang banyak
menyalurkan berita kemudiannya melapurkan semua yang dibuat kerajaan
UMNO semuanya terbaik, tiada kepincangan dan tiada penyelewengan.
Semuanya prefect, tiada kelemahan pada pihak kerajaan tetapi realitinya
amat bertentangan dengan apa yang dilapurkan.
Intergriti agensi
berita yang dikuasai UMNO mengenepikan soal etika pemberitaan, tidak
menghormati hasrat dan cita cita pihak yang melawan UMNO dan menjadikan
beritanya sehala dan banyak penyelewengan sama seperti kerajaan UMNO
yang menyeleweng. Segala penyelewengan ini akan ditutup oleh Bernama."
Ibrahim Ali guna logo BN di Pasir Emas?
Posted on Friday, April 19 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: mohdnoorawang
"Ada
cerita yang cukup menarik terhadap indivudi yang bernama Datuk Ibrahim
Ali yang pernah bertanding guna logo PAS dan menang kerusi Parlimen
Pasir Emas.
Tak sampai dua tahun menjadi wakil rakyat PAS,
Ibrahim melompat dari PAS dijadiak Ibrahim ALi wakil rakyat bebas tetapi
mesra BN/UMNO dalam dewan rakyat.
Pilihan raya umum ke-13 Ibrahim Ali ketua Perkasa tidak dicalunkan oleh BN/UMNO untuk kerusi parlimen Pasir Emas.
Hari
ini dikhabarkan Ibrahim Ali besar kemungkinan bertanding atas simpol
atau logo dacing atau calun BN kerusi parlimen Pasir Emas. Mungkin atas
desakan Mahathir terhadap Najib Razak,
Kita tunggu berita dan
esok. jika benar berita tersebut Ibrahim Ali mencipta sejarah. Ahli
lompat parti yang berjaya melompat dan tidak jatuh tesungkur membawa
kepada kecederaan.
Kedua UMNO tercipta sejarah sendiri
mencalunkan seorang yang tiada keahlian umno dan Ibrahim Ali digantung
keahlian UMNO semur hidup."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan