Sabtu, 20 April 2013

TRANUNGKITE MEMANASKAN BERITA

Maha Besar ALLAH yang memungkinkan Roket mendarat di Bulan
Posted on Saturday, April 20 @ 17:07:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: notan

"

Assalamualaikum,,.
Firman ALLAH 'Kunfayyakun" bermaksud "Bila ALLAH berfirman jadi maka jadilah" menginsafkan kita dan menjadi peringatan utama agar jangan jadi muktazillah seperti sering kali ditunjukkan oleh UMNO serta sebahagian penyokong kebenaran kita mempersoalkan isu isu tertentu seperti isu calon PRU yang dikatakan ada potensi untuk melompat seperti tahun 2008  dan isu tidak puas hati dengan calon parti kawan yang didakwa tidak layak dan sebagainya.


Siapalah kita untuk mendahului ketentuan ALLAH? Cuma yang ada minda muktazillah bersikap begini kerana  merasakan semua yang berlaku di dunia ini ialah hasil usaha manusia sendiri.Sebab itu juga usaha untuk menghapuskan DAP yang berlogokan Roket ditunjukkan ALLAH jalan keluarnya.Walaupun DAP itu bukan Islam, tidak percaya kepada ALLAH atau menyekutukan ALLAH tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang?Seorang yang pernah mengugut untuk menentang habis habisan usaha menegakkan negara ISLAM akhirnya membuat kenyataan akan menggunakan logo PAS pada PRU 13.Hari ini penamaan calon yang bakal menyaksikan Roket dan Bulan yang pernah bercakaran satu masa dulu akan bersatu seperti kata TGNA Roket akhirnya mendarat di Bulan!

Bagi kita yang percaya penuh dengan ajaran Baginda Nabi yang antara lain mengatakan "Tidak bergerak sesuatu zarah kecuali dengan izin ALLAH" seharusnya yakin semua yang terjadi ini adalah ketentuan ALLAH yang mengizinkan sesuatu yang nampak mustahil satu ketika dulu terjadi kini.
Minda muktazillah harus kita kikis sekarang kerana ianya boleh menjadi hijab kepada  usaha perjuangan  dengan pertolongan ALLAH.Yakin dan berpegang teguh dengan ajaran Rasul dan bercita cita untuk melaksanakan sepenuhnya syariat ALLAH, bukan syariat yang terpilih sahaja perlu ada di setiap sanubari kita.Inilah masanya kita perlu tegas  dan sentiasa ingat bahawa ALLAH berupaya membalik balik hati hati manusia.Oleh itu kalau timbul rasa ragu kepada apa jua isu yang terjadi segeralah kembali kepada ALLAH, bukan menyuarakan rasa ragu itu kerana ini adalah antara ciri ciri muktazillah yang harus kita jauhi.
Sesungguhnya ALLAH sudah menunjukkan jalan, tinggal lagi bagaimana kita menerimanya, kalau penerimaan ini penuh dengan rasa syukur , keinsafan serta bertambah yakin untuk berjuang di jalan ALLAH, insyaallah pertolongan ALLAH pasti akan tiba tetapi kalau kita ragu ragu dan mempersoalkan seperti UMNO mempersoalkan hudud, maka insaflah bahawa kita hanya menyebabkan pertolongan ALLAH tidak datang dan akan terpaksalah kita hidup dalam suasana zalim dan bathil seperti sekarang.
Bangunlah wahai umat berqiamulai dan bermunajat memohon diistiqamahkan hati dan perbuatan dan bantuan ALLAH untuk menghapuskan segala kezaliman dan kebathilan seperti mana ditunjukkan oleh adik TGNA dulu.
Takbir, ALLLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!

 Hati-hsti dendan provokasi musuh Islam
Posted on Saturday, April 20 @ 17:06:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: botol_budu2

"

Dalam kita bergembira dan ghairah untuk merayakan hari penamaan calon pagi besok, jangan jita cepat terpengaruh dengan beberapa provokasi yang akan dimuntahkan oleh musuh-musuh Islam.  Biasanya provokasi ini datangnya daripada pihak UMNOK tentunya dan pihak SB.  



Tujuan provokasi ini dilakukan supaya pihak PR akan over action dan over confident. Tapi tabg oaking utana adalah untuk memperbodohkan pihak PR. Dijangka untuk PRU kali ini provojasi akan lebih ketara  Justeru, diminta seluruh pendokong dan penyokong PR hangan cepat melatah. Antara provokasi yang mungkin dibuat ialah; si nu bin si anu telah menang percuma kerana calon UMNGOK tersalah isi borang, si anu bin si anu menang percuma kerana calon UMNGOK muflis dsbnya. Jangan bertindak dan beraksi yang melampau kerena ia penipuan UMNGOK semara-mata. Selamat berjuang.

"


 Siapa Dibelakang Calon Bebas Parlimen Dungun & Dun Rantau Abang??
Posted on Saturday, April 20 @ 15:42:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO



Beberapa hari selepas SPR umum penamaan calon pada 20 April 2013. Poster-poster Calon Bebas kelihatan merata-rata di sekitar bandar Dungun dan Dun Rantau Abang. Sepatutnya poster akan ditampal selepas penamaan calon.

Calon bebas ini adalah dikenali sebagai AJK satu parti dan dia bertindak membuat onar di Dungun.








Saya simpan gambar ini (lebih daripada seminggu), tak nak bising pasal banyak rundingan yang berlaku dan kita perlu suatu yang bijak untuk memenangi PRU ini untuk mendapat Putrajaya.

Semua orang tau PAS telah meletakkan Cikgu Alias Harun sebagai calon Dun Rantau Abang lebih daripada setahun lalu. Kenapa nak protes?

Banyak faktor untuk kemenangan, selain faktor calon yang dikenali baik latar belakangnya. Jentera pilihan raya yang kuat. Tenaga kerja yang tersusun.

Kalau markaz pun tak ada, kemudian datang nak jadi calon seolah-olah paksa orang bekerja seperti kuli kita kononnya ini adalah kesepakatan itu suatu yang tak kena. Tamak tanpa menoleh keupayaan diri.

Saya tahu apabila berlaku sesuatu pasti PAS TERENGGANU akan dipersalahkan. Sepatutnya sebelum membuat komen nilai secara jujur dan ikhlas matlamat Putrajaya yang nak dicapai atau sekadar nak tunjuk kehebatan kita??

Kalau kita boleh buat onar sebelum penamaan calon, orang juga boleh buat kita merana, jangan punahkan kesepakatan atas dasar ego tak bertempat akibatnya buruk akan menimpa kita kerana kita tak ada keupayaan mana pun. Ahli kita pun adalah pinjaman ahli orang, itu kena sedar! 


 ROS hantar surat malam-malam, tak halang guna logo roket
Posted on Saturday, April 20 @ 15:00:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Roketkini



KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP pada jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai sebarang halangan bagi DAP menyertai pilihanraya umum dengan menggunakan logo roket.

Dua orang pegawai ROS yang hadir ke ibu pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difakskan tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.
“Adalah jelas bahawa mereka mengeluarkan surat tersebut setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa-apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke apabila dihubungi media.
Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Dato’ Abdul Rahman Othman itu menyebut, “Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk Parti Tindakan Demokratik menyertai Pilihanraya Umum ke 13 dengan menggunakan simbolnya.”
Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon-calon DAP diterima bertanding dengan menggunakan lambang roket. – Roketkini.com

 Pengaduhan Keluarga UMNO di Penamaan Calon Parlimen Gombak
Posted on Saturday, April 20 @ 14:32:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh erapasca



Berlaku satu kekecohan kecil antara anak dan keluarganya apabila anak perempuan tersebut baru dijumpai di tempat penamaan calon bersama teman lelakinya (seorang pemuda BN) setelah 6 bulan menghilangkan diri daripada keluarga berkenaan yang dilaporikan mengikut seorang lelaki.

Oleh kerana Barisan Nasional selama ini menerapkan nilai nilai lucah dan porno kepada  penyokongnnya, maka perkara ini adalah NORMAL bagi sebuah parti LANUN yang bakal TUMBANG 5 Mei ini.

erapasca 

 UMNO membuktikan dirinya Racist
Posted on Saturday, April 20 @ 14:10:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FS



UMNO dilihat menggunakan isu perkauman bagi mendapat sokongan kaum Melayu. Malah UMNO memberikan ruang kepada calon-calon racist untuk bertanding bagi mewakili BN, terutamanya daripada Perkasa.

Pemimpin Umno yang ‘racist’ telah bertelagah sesama sendiri, dengan masing-masing ‘pakat’ menggelar diri mereka diantara satu sama lain dengan panggilan ‘racist’ (orang yang mengamalkan perkauman).

Rakyat Malaysia pasti menghukum UMNO @ BN kali ini


Artis Herman Tino bertanding bebas
Posted on Saturday, April 20 @ 13:45:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Shalehudin


Calon Bebas Parlimen Tanjong Karang P095, Masron Tamsi atau Herman Tino bersama Datuk Seri Noh Omar di Pusat Penamaan Calon Dewan Datuk Hormat, Tanjong Karang. - Foto Roslin Mat Tahir

Walau apa keadaan sekali pun pastikan kita undi Calon Pakatan Rakyat dan Tumbangkan BN 


 BN @ UMNO Kalah di Parlimen Pasir Mas Kelantan
Posted on Saturday, April 20 @ 13:40:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FS



Kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan. Calon BN @ UMNO Che Johan Che Pa menghilang diri seperti tersebar SMS sebelum ini.

Ini bermakna 1 kerusi parlimen BN @ UMNO telah tewas. Kedudukan ini akan membuatkan kedudukan Dun bawah Parlimen Pasir Mas menjadi makin celaru dan ramai meramaikan BN akan kalah semuanya.

Atau memang ini cara UMNO berbohong dengan golongan MCA nak letak Ibrahim Ali? Hanya MCA boleh menjawab dan mengajar UMNO 


 Semangat Setiakawan Pakatan Semakin Utuh, Terserlah
Posted on Saturday, April 20 @ 13:32:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Nusajaya Kini


Menurut salah seorang penyokong Pakatan Rakyat yang hadir bersama perarakan calon, beliau berasa terharu dengan suasana setiakawan yang ditunjukkan oleh penyokong PAS dan DAP yang mana situasi sebegini jarang sekali ditemui ketika pilihanraya ke-12 yang lalu.

"Saya yakin, semangat dan suasana setiakawan yang begitu meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat ini akan menyebabkan UMNO BN tak dapat tidur malam ini.

"Ini kali pertama kita lihat DAP PAS dan PKR tampil dengan satu jenama iaitu Pakatan Rakyat. Suasana bagaikan 'adik abang' (kekeluargaan) jelas terpancar di raut wajah para penyokong Pakatan Rakyat." jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, kelihatan kelihatan para penyokong berbangsa Tionghua yang rata-rata mewakili DAP dengan bangga mengibarkan bendera PAS tanda sokongan mereka kepada calon-calon PAS yang bertanding kali ini.




Sumber: nusajayakini.com


  Kamilia tanding bebas, letak semua jawatan Umno
Posted on Saturday, April 20 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Harakahdaily

KUALA KANGSAR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.


Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.

Sumber: Harakahdaily


  VIDEO panas artis Wardina pula tersebar
Posted on Saturday, April 20 @ 12:21:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: DUKUNPASIR

"AWAS!!!

Mana mana saja pihak yang tidak sehaluan atau menyokong pendirian politik pihak sebelah sana...MAKA VIDEO lucah PIHAK yang tidak sehaluan akan dikeluarkan ......itulah bukti dan fakta yang nyata BUDAYA LUCAH itu lahir dari yang disana......


Terbaru timbul dakwaan berupa cakap politik  adanya video Lucah melibatkan artis Wardina Safiyyah DISEBABKAN kelantangan artis ini yang dilihat berpihak pada politik sebelah sini.



Lihat kenyataan ini ......

Sudahlah dibuat fitnah terhadap Wardina pada hari JUMAAT ,dimarahnya lagi atas isu video lucah yang setakat ini belumpun terbukti KESAHIHANNYA.......yang ada bukti KESAHIHANNYA IALAH BERLAKUNYA PENYEBARAN video lucah ini untuk tontonan umum......dan terbukti lagi yang menyebar video lucah itu ialah mereka mereka......

Ibarat kata....seorang tokey VCD cetak rompak marah apabila ada pihak "menegur tindakannya" yang menjual VCD cetak rompak.......dasat tuan puan sekarang ni.......hahaha

INILAH VIDEO PANAS YANG MEREKA DAKWA ITU.....




Tiada ulasan: