Isnin, 22 April 2013

BILA KITA TAK BERNILAI LAGI....ABIS MANIS SEPAH DIBUANG

22 pemimpin Umno jadi calon bebas

Harakahdaily, 21 Apr 2013

(Datuk Shariff Omar [kiri sekali] bertanding calon bebas di Parlimen dan DUN)


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 22 pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara menjadi calon bebas apabila mereka tidak bersetuju dengan calon pilihan pucuk pimpinan Umno.

Mengetuai pemberontakan dalaman Umno ini adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar pula bertanding calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua.

Di Tasek Gelugor, Sharif melawan calon BN Shabudin Yahya dan calon PAS, Tan Sri Rahman Maidin.

Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali pula bertanding calon bebas di Parlimen Sepang.

Turut bertanding di situ adalah seorang lagi AJK Umno bahagian Sepang,  Hanafiah Mohamed.

Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin pula bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai calon bebas.

Berikut adalah 17 lagi calon-calon bebas dari kalangan pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara.

1. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat –Parlimen Bandar Tun Razak

2. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

3. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

4. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

5. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

6. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

7. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

8. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari –Parlimen Pengerang

9. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu –DUN Gambir

10. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

11. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

12. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

13. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

14. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

15. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

16. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

17. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul –DUN Sungai Sibugah.

Perkauman: Melihat dari perspektif lebih luas

Pandangan Hazman Baharom, 21 Apr 2013
SEJAK Malaysia merdeka, generasi anak bangsanya mengimpikan sebuah negara yang harmoni dan damai dalam kepelbagaian masyarakatnya.

Kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada rakyat dengan pelbagai ciri nuansa budaya, sama ada merupakan penduduk peribumi atau warisan dasar-dasar penjajah.

Namun, persoalan yang mendasar kini, mengapakah hubungan antara kaum tidak seharmoni yang diimpikan dalam pelbagai dasar yang kita gubal? Seolah perselisihan antara kaum sememangnya menjadi sebuah takdir buat anak bangsa kita.

Sejak Pemasyhuran Kemerdekaan 1957, kita hidup bersama sebuah aspirasi untuk membina sebuah negara yang melindungi hak serta kebebasan seluruh warganya. Namun persoalannya kini, perkara yang terjadi ialah sikap perkauman semakin melebar – yang saya perhatikan melalui sikap politik terutamanya – sehingga seakan-akan orang yang berbeda kaum dengan kita dianggap sebagai ‘yang lain’ atau ‘orang asing’.

Benar, salah satu faktor yang menyumbang kepada kepada kesukaran untuk menerima kepelbagaian terletak pada skeptisisme masyarakat pada kasus ‘masyarakat plural’, ‘kesetaraan hak asasi’ dan sebagainya. Makalah ini akan cuba meninjau beberapa factor yang menyumbang kepada perselisihan yang kompleks di Malaysia – yang saya lihat banyak berakar daripada kekeliruan atas identiti.
Mereka Orang Asing!

Sikap politik, terutamanya parti politik berasaskan kaum di Malaysia (terutamanya UMNO, MCA, MIC, dan adakalanya PAS, walaupun PAS bukan berasaskan kaum) menzahirkan sikap melihat orang yang berbeda sebagai ‘orang asing’[1].

Sikap sebegini akan membawa kepada beberapa masalah yang serius dalam mendepani kontekstual masyarakat yang wujud pada hari ini, umpamanya (1) merendahkan martabat identiti hanya kepada satu kasus sahaja, iaitu ‘bangsa’ atau ‘kaum’ atau ‘kepercayaan’, (2) mengelirukan masyarakat daripada hakikat bahawa setiap anggota masyarakat ‘berbeza secara berbeza’[2], lantas akhirnya menjadi penyebab kepada (1) stereotaip masyarakat sesama kaum yang berbeda, (2) penghalang ke arah perubahan dasar berasaskan kebebasan serta kesetaraan yang sepatutnya menjadi milik semua, dan paling teruk, (3) sokongan terhadap propaganda politik murahan yang berasaskan laras bahasa perkauman.

Melalui makalah ini, saya akan berhujah mengenai perkara di atas satu-persatu, serta akan menyimpulkan bahawa masa depan hubungan kaum yang lebih padu berasaskan kesetaraan serta dialog bersama adalah tidak mustahil.

Menurut Amartya Sen, kekeliruan terhadap identiti akan menimbulkan rasa tidak senang terhadap ‘yang lain’, lantas berpotensi mencambahkan keganasan.

Amartya Sen vs. Samuel Huntington


Melalui buku Identity and Violence: The Illusion of Destiny, Amartya Sen membawa satu kes yang saya kira berani; menentang tesis Samuel Huntington dalam The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. Sen telah berhujah (dan saya kira bidasan Sen ini penting untuk memahami strata kaum di Malaysia) bahawa Huntington telah menurunkan martabat identiti dengan hanya bergantung kepada apa yang disebut sebagai ‘ketamadunan’ atau civilizationsyang berbeza sahaja, tanpa mengambil kira bahawa setiap tipologi sedemikian telah menimbulkan beberapa masalah klasifikasi.

Antara permasalahan yang timbul ialah Huntington gagal menganalisis kepelbagaian masyarakat yang wujud dalam satu tamadun, dan analisis yang cetek berkenaan perbezaan (atau persamaan?) masyarakat yang wujud antara tamadun yang berbeda – lantas menghalang pemahaman yang lebih dalam melalui hubungan antara tamadun yang berbeda.

Hal ini juga saya kira penting untuk ditelusuri di Malaysia. Masyarakat mudah sekali melihat kumpulan yang berbeda sebagai ‘Melayu’, ‘Cina’, ‘India’, dan sebagainya. Hal ini telah melahirkan stigma bahawa orang yang ‘bukan kalangan kita’ merupakan orang yang ‘berbeza’. Perkara inilah yang saya katakana pada awal tadi, iaitu merendahkan pemahaman mengenai identiti hanya kepada kasus bangsa – atau kepercayaan.

Walaupun saya tidak menafikan bahawa ada kalangan rakyat Malaysia yang hidup secara harmoni dan bergaul dengan baik antara kaum yang berbeda, namun majoriti rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap sebegini.

Pemahaman cetek ini mungkin sekali merupakan hasil pendidikan sejak dari awal melalui ejen-ejen sosial – primary socializationmenurut istilah ahli sosiologi terkenal Talcott Parsons, atau melalui pergaulan sesama rakan, atau melalui ejen sosial yang sangat berpengaruh, iaitu media massa.

Perkara ini perlu kita ambil perhatian, terutamanya para pembuat dasar, bahawa selama ini kita punyai dasar-dasar yang menyasarkan perpaduan, umpamanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, serta Akta Bahasa Kebangsaan, namun masih gagal menampakkan hasil yang berjaya.

Kedua, kekeliruan masyarakat terhadap hakikat bahawa walaupun manusia yang ‘digolongkan’ dalam satu tipologi, namun mereka masih bersifat ‘berbeza secara berbeza’. Sebagai contoh, mengikut tipologi piawai di Malaysia, saya boleh digolongkan sebagai seorang bangsa Melayu.

Namun, saya tidak boleh sama sekali merendahkan pemahaman identiti saya untuk mengandaikan bahawa saya pasti mempunyai identiti yang sama dengan ‘orang Melayu’ yang lain.

Sebagai contoh, saya merupakan seorang yang percaya kepada demokrasi dan pluralisme atau seorang yang mencintai puisi, namun orang Melayu yang lain pastinya akan berbeza daripada saya dalam segenap aspek.

Hal inilah yang sangat penting untuk difahami oleh masyarakat Malaysia, bahawa penggolongan manusia kepada tipologi-tipologi dangkal seperti bangsa atau kepercayaan hanya akan membawa falasi logik yang lebih besar, iaitu kekeliruan terhadap hakikat identiti yang pelbagai itu sendiri.

Bertitik tolak daripada kekeliruan besar yang digariskan di atas, saya melihat beberapa masalah yang akhirnya timbul akibat perkara ini.

Kecenderungan untuk melihat identiti melalui lensa yang sempit merupakan antara penyebab kekeliruan.


Sikap Masyarakat dan Perkauman Sempit

Kerisauan pertama yang timbul akibat masalah yang berakar daripada retorik identiti sebegini ialah stereotaip dalam masyarakat yang berbeda kaum dan kepercayaan.

Melihat bangsa atau penganut agama lain sebagai satu entity asing merupakan satu hasil daripada sikap sebegini. Hal ini bukan sahaja menyebabkan sukarnya kasih sayang untuk berputik, namun boleh juga sehingga menyebabkan keganasan berlaku.

Lihat sahaja laras bahasa yang digunakan organisasi berasaskan kaum seperti PERKASA, seolah-olah identiti ‘Melayu’ (saya meragui idea ‘Melayu’ yang dibawa oleh PERKASA yang langsung gagal memahami falsafah di sebalik makna diri Melayu.

Melayu jadi-jadian, mungkin?) itu merupakan identiti manusia yang bersifat ‘ultimate’, sehingga menafikan nilai-nilai yang universal yang lebih bermakna untuk diperjuangkan seorang manusia.

Nilai kemanusiaan, kadang kala boleh luntur akibat kekeliruan menanggapi identiti. Dasar-dasar afirmatif, terutamanya apabila melibatkan pembahagian kek ekonomi, sering sekali dicemari wacananya dengan rona-rona perkauman. Hal ini jelas dapat kita lihat melalui ungkapan seperti ‘kita nak jaga orang Melayu!’, ‘ini hak Melayu, Cina jangan ambil!’, dan sebagainya.

Namun, sejak 30 tahun DEB terlaksana, kita lihat lompong-lompong yang wujud digunakan sebaiknya untuk penguasa mengayakan kroni masing-masing serta melindungi monopoli atas nama ‘melindungi hak Melayu’ (dengan tidak menafikan kebaikan yang dibawa oleh dasar ini seperti peningkatan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, peluang pekerjaan, peningkatan industri dan sebagainya).

Dari sinilah, saya simpulkan bahawa kekeliruan terhadap identiti mempunyai kebarangkalian untuk menjadikan kita gagal menanggapi nilai universal seperti keadilan serta kebebasan – hanya kerana satu kasus identiti yang sempit seperti kaum dan bangsa.

Masalah seterusnya yang timbul ialah sokongan kepada slogan-slogan perkauman dengan menafikan nilai-nilai yang sepatutnya diangkat. Perkara ini saya kira jelas pada hari ini menjelang PRU-13 di Malaysia. Bahasa-bahasa seperti ‘sokong parti itu, habis orang Melayu!’ dan sebagainya sangat kuat bergema sebagai propaganda yang popular kini.
Namun, persoalan yang penting untuk kita ajukan di sini ialah; pernahkah (dan mampukah) kita untuk pergi lebih jauh daripada persoalan identiti yang hanya berdasarkan satu dimensi semata-mata? Bukankah lebih jauh daripada identiti yang melatari masyarakat, adanya nilai-nilai yang tiada siapa pun akan pertikaikan – tidak kisahlah sama ada ia beragama, agnostik, atau ateis sekalipun – iaitu keinginan kepada kebebasan, keadilan, kemuliaan insan, serta kesetaraan di bawah undang-undang?

Malangnya, ramai rakyat Malaysia masih memilih pendefinisian identiti yang sempit untuk menghadapi pelbagai isu yang kompleks. Mana mungkin slogan perkauman mampu menyelesaikan masalah rasuah atau salah guna kuasa, yang hanya mampu diselesaikan melalui keadilan serta penguat kuasaan undang-undang yang telus?

Maka, ayuhlah kita bergerak menuju sebuah Malaysia yang lebih berani.

Surat daripada seorang pengundi baru

Siti Norhayati Mohd Yusoff,
Masa kini, bab politik menjadi perbualan ramai. Angkat telefon sahaja untuk bercakap dengan sahabat, mahupun saudara, dan tanpa sedar, kita akan mula berbual mengenai politik.

Saya tidak berminat terhadap politik sehingga baru-baru ini, di mana saya merasakan wang saya telah berakhir menjadi beg tangan mahal segelintir individu yang kaya. Kita semua pernah mendengar cerita cincin dan beg tangan, di mana cerita tersebut telahpun disahkan oleh wanita terbabit. Kenyataan beliau bahawa beliau tidak membelinya adalah tidak begitu mustahak. Hakikatnya ialah beliau dan keluarga beliau sukakan benda-benda yang melampau mahalnya, sehingga cincin sebegitu mahal boleh dihantar ke sini. Apakah atau lebih tepat, mampukan sesiapa antara kita melakukan sedemikian? Pada waktu rakyat sedang susah mengharungi kehidupan seharian, wanita tersebut mengidamkan cincin tersebut.

Sekarang, mereka memberikan balik kepada kita RM200 atau RM500. Tapi tunggu! Saya juga tahu ada anak-anak di sekolah swasta yang yurannya RM30,000 setahun juga mendapat wang tersebut!

Pilihanraya akan datang adalah kali pertama saya akan mengundi. Semasa saya mendaftarkan diri sebagai pengundi, saya tidak membuatnya atas dasar untuk menunaikan hak saya. Saya mendaftar semata-mata untuk melawan hantu BN dan penyokong mereka yang telah mengamuk sejak tahun 2008.

Saya mempunyai ramai sahabat yang bersedia untuk mengundi ‘pisang’ atau apa-apa bentuk buah yang diletakkan untuk melawan BN.

Tapi, ada juga hari yang mengganggu minda saya semasa berbual dengan rakan-rakan yang masih ingin menyokong BN. Saya selalu ingin mengetahui apa yang mereka tidak tahu lagi… Akhirnya, saya membuat kesimpulan mereka ini jahil. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak membaca atau hanya membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3. Jadi, saya cuba memberitahu mereka bahawa satu kajian baru-baru ini yang menunjukkan rakyat Malaysia sedang mendapat berita daripada sumber-sumber lain selain RTM, TV3 atau mana-mana saluran TV tradisional. Rakyat kini bergantung kepada sumber berita bebas di internet seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Saya cuba memberitahu mereka: Kamu semua tidak perlu berhenti menonton TV3. Kamu juga tidak perlu membaca Harakah kerana ia adalah sebuah organ parti dan mungkin ada kecenderongannya. Di luar sana masih lagi banyak portal berita di internet yang dikendalikan oleh mereka yang bukan dari parti politik.

Ramai juga sahabat saya yang tidak tahu langsung mengenai penyelewengan melampau BN, sebenarnya takut kehilangan apa yang ada di tangan. Kebanyakan mereka adalah Melayu, dan sebahagiannya India Islam, yang mana ibubapa mereka bersusah-payah berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membolehkan anak mereka didaftarkan sebagai Melayu. Dengan ini, mereka merasakan mereka mendapat perlindungan di bawah BN.

Jadi, saya merenung sendiri, apa mereka sedang berfikir sebagai seorang Islam yang sebenar? Ada antara mereka yang saya kenal sangat alim orangnya. Saya mula berfikir… kini mereka bersembahyang dengan hati yang senang dan merasakan selamat di bawah perlindungan Allah, apakah golongan ini akan bersembahyang dengan niat yang sama apabila semua yang dikurniakan ditarik balik?

Apakah mereka ini akan bersembahyang sekirannya mereka bangun satu hari nanti melihat sebuah kerajaan yang baru mengisytiharkan hak yang saksama kepada semua, seperti yang diajar Islam kepada kita semua? Apakah mereka faham apakah yang dimaksudkan dengan Allah yang Maha Adil?

Apa yang boleh kita hilang? 7 peratus diskaun Bumiputera ketika membeli rumah?
Apakah kita, sebagai seorang Islam merasa okay untuk diberikan hak memilih ke dalam universiti apabila yang lain tidak diberikan izin untuk berbuat demikian? Apakah kita merasa okay apabila ramai bukan-Melayu yang miskin kerana dizalimi polisi sedemikian? Ada yang tinggal di negara ini lebih lama daripada kita – apakah kita berfikir mereka harus balik ke tempat asal ibubapa dan moyang mereka? Dan ke mana itu? India? Ke China?  Kini, ramai antara mereka pun sudah tidak mampu untuk bertutur Tamil dan Mandarin dengan baik.

Setelah 50-lebih tahun, dengan segala “kelebihan (keistimewaan)” yang ada, di manakah kita? Ya kita dilindungi, tapi di manakan kita? Kita masih adalah pegawai yang pulang ke rumah dengan duit yang tidak cukup setiap bulan - yang tidak mampu membiayai anak-anak kita untuk membeli sebuah rumah kecil. Apa yang berlaku kepada “kelebihan” kita?

Kita boleh ke merata tempat, tapi kita tidak akan dapat mencari sebuah kedai telefon jika tiada masyarakat Tiong Hua di sana. Masyarakat Tiong Hua ini – yang dinafikan pelbagai “kelebihan” yang diberikan khas untuk kita – telah bersusah-payah sejak dilahirkan. Usaha mereka lebih mulia, mereka mencari duit dengan bekerja keras sementara kita masih menunggu pemberian daripada kerajaan.

Setakat ini, kita tidak ke mana-mana. Jadi apa “kelebihan” yang kita takut kehilangan, wahai sahabat-sahabatku yang masih menyokong BN?

Ramai sahabat saya juga merasakan bukan-Melayu ini racist. Saya boleh bersetuju dengan itu, setuju sangat. Soalan saya kepada mereka, apakah kita tidak racist? Kita mendapat lebih banyak “kelebihan” daripada bukan Melayu hanya kerana sijil kelahiran kita menyatakan kita ini Bumiputera! Terima sahaja hakikat – semua orang adalah racist di Malaysia.

Ada juga yang memberitahu syarikat Cina hanya akan mengambil ‘orang mereka sendiri’ untuk kedudukan tertinggi. Saya bersetuju. Tapi sebelum kita di peringkat memohon mencari kerja, apakah bukan bangsa kita didahulukan untuk masuk ke universiti?

Pada masa yang sama juga, ada juga orang Cina yang mengadu orang Melayu juga adalah racist sehingga tempat membeli barangan keperluan harian juga menjadi pertimbangan. Saya bersetuju, tapi saya juga kenal jurujual orang Cina yang tidak mahu melayan pelanggan bukan Cina.

Jadi mengapa semua menjadi racist? Ia datang daripada atas, konsep politik dan kerajaan kita di mana ‘satu bangsa dilebihkan daripada yang lain.’ Jadi orang bukan-Melayu yang miskin yang hanya mengenali Malaysia sebagai negara mereka untuk mencari kehidupan, dalam proses bersusah-payah itu mula membenci orang Melayu. Dan apabila mereka menunjukkan kebencian ini secara awam, sebilangan orang Melayu memberikan reaksi dan melabelkan mereka sebagai racist dan memberikan hujah ‘kita harus mempertahankan negara ini’. Persoalannya, negara apa, negara siapa?

Apakah orang Melayu sedar mereka mewakili Islam di Malaysia? Apakah mereka sedar sebilangan orang bukan-Islam yang jahil membenci Islam kerana institusi perkauman ini? Bolehkah kita salahkan mereka?

Ya, mereka jahil. Akan tetapi, kita juga sama jahil! Kita bercakap mengenai soal Islam, mempertahankan Islam, tapi di dalam hati kita kuran iman. Apa yang dipentingkan kita ialah “kelebihan” itu.

Lihatlah Australia. Apa saja pandangan kita terhadap negara itu, hakikatnya ialah sistem negara itu memberikan hak yang saksama kepada semua, termasuk orang Islam yang baru menjadi warganegara untuk beberapa minggu. Ini adalah sebab mengapa mereka merasakan ‘belonging’ di Australia walaupun terdapat beberapa batasan dalam amalan agama mereka seperti larangan azan di tempat awam.

Apabila kita sebagai orang Islam berlaku adil, komuniti bukan-Islam akan menerima realiti Malaysia, sejarah Islam dan identiti Islamnya dan menerima beberapa batasan, seperti orang Islam di Australia.

Islam adalah adil. Semua diberi hak yang sama. Jika kita masih merasakan anak kita memerlukan perlindungan daripada kuasa manusia (BN) dan bukannya Allah, kamu sebenarnya hidup dalam situasi yang dinyatakan di Quran: “Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).  {Baqarah 2:18}

Untuk saya, kali ini saya akan mengundi “pisang” yang saya tidak tahu. Bagilah Pakatan Rakyat satu peluang. Saya juga mempunyai pelbagai keraguan terhadap Pakatan Rakyat. Tapi saya yakin, ia tidak mungkin lebih teruk daripada keadaan kita sekarang. Jika ia lebih teruk, saya akan menghukumnya dalam masa 5 tahun akan datang.

Memberikan BN 5 tahun lagi bermakna hilanglah pembangkang, dan akhirnya hilanglah pertandingan yang sihat. Di mana-mana negara, pertandingan sedemikian adalah sihat. Apa yang menyebabkan kita rasa Malaysia ini lain

Sibuk serang negeri orang, negeri sendiri...

Milo Suam, 21 Apr 2013



TINDAKAN Barisan Nasional seringkali menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Pakatan Rakyat berkenaan krisis air ibarat 'meludah ke Langit'.

Lawatan jentera pilihanraya KEADILAN Parlimen Bera bersama calon, Saudara Zakaria Abdul Hamid mendapati kira-kira 3000 penduduk di 2 kawasan DUN dalam Parlimen Bera menghadapi krisis air yang berlarutan.

Kawasan yang terlibat ialah FELDA Tembangau 1 dan 2 yang terletak dalam DUN Kemayan, serta FELDA Bukit Mendi dalam DUN Triang.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/04/sibuk-serang-negeri-orang-tak-sedar.html#ixzz2R6qJuJ1Y

Ceramah Ustaz Azhar di Melaka meletop selepas amaran

zulsulung, 21 Apr 2013



Walaupun disekat dengan memperalatkan Jabatan Agama Islam Melaka untuk menghalang ceramah agama  pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus disebuah surau di Taman Krubong, Melaka malam ini, namun ceramahnya yang dipindahkan ke-lokasi di padang depan Dewan Tun Ali, Jalan Kudu Bukit Katil, Melaka tetap mendapat sambutan yang begitu hebat sekali.

Ribuan yang hadir.. Ini menunjukkan rakyat Melaka sudah tidak gentar dan takut dengan ugutan.

Klik untuk lihat lagi gambar menarik dari blogger ini.

Tiada ulasan: