Selasa, 30 April 2013

MEREKA YANG BANYAK CAKAP NI....DAH KAYA RAYA DALAM PERJUANGAN PARTI....AKHIRAT KITA TENGOK ADAKAH MEREKA KAYA RAYA JUGAKAH

UMNO bergelora di Pokok Sena: Puak Said masih boikot Datuk Sahlan Ismail
Posted on Tuesday, April 30 @ 06:50:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO



Setelah merajuk banyak hari semalam Said Ali Syed Rastan turun di bilik gerakan Seri Derga. Sebelum ini ada beberapa kali perjumpaannya di rumahnya kerana tidak puas hati untuk calon Pokok Sena diberikan kepada muka baru Datuk Sahlan Ismail. Said Ali telah banyak habis duit untuk menjadikan dirinya calon.

Saya difahamkan daripada bilik gerakan bahawa, ramai berbisik "tu nak tunjuk muka.. datang pun macam orang baru bangun tidur". Ini kerana dia datang dengan selamba tanpa sebarang persiapan sekadar nak tunjuk muka kononnya dia dah membantu calon baharu!!

Said Ali dikatakan mungkin tidak terasa hati jika diberikan N10 Dun Bukit Pinang, kalau bukan Parlimen. Tapi malangnya pucuk pimpinan dan dipercayai dipengaruhi oleh Muhriz untuk menyingkir orang-orang lama yang banyak berjasa dengan UMNO. Tapi orang yang tidak dikenali seperti Mokhtar Md Noor pula diangkat jadi calon.

Mengikut sumber "Setelah kena Warning", Said Ali mengalah untuk turun membantu kerana dia adalah Pemantau UMNO Bahagian Pokok Sena. Walau bagaimanapun dia masih meminta penyokongnya membuat undi protes pada 5 Mei nanti untuk mengajar 'tangan ghaib' dalam UMNO Kedah.



Mengikut sumber yang kami dapat, undi protes di Kedah termasuk Parlimen Pokok Sena pasti membuatkan Kedah lebih selesa kepada Pakatan Rakyat kali ini.

Bukan sahaja di Parlimen Pokok Sena, malah Dun Derga, Dun Bukit Lada dan Dun Bukit Pinang pasti akan dapat kepada Pakatan Rakyat. Said Ali dan beberapa orang lama telah membuat penjajian 'hidup mati' untuk memastikan calon daripada 'tangan ghaib' akan lebur pada PRU kali ini.

MAMPOS UMNO KEDAH!!! KAH KAH KAH 


 Laporan AFP: Malaysia dicengkam hutang akibat politik rakus Umno BN
Posted on Tuesday, April 30 @ 06:22:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Malaysia dicengkam hutang akibat politik rakus Umno BN

KUALA LUMPUR: Media antarabangsa, AFP melaporkan, tiada masa yang lebih menguntungkan menjadi seorang pengundi di Malaysia, apabila pesaing politik kini menghujani orang ramai dengan wang tunai dalam persaingan pilihan raya yang sengit, mencetuskan kebimbangan tentang hutang negara yang meningkat.

Dengan pilihan raya yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini dijangkakan yang paling sengit sejak 56 tahun kemerdekaan Malaysia, perikatan Barisan Nasional (BN) yang telah lama memerintah, memberikan berbilion dolar dalam bentuk wang tunai, kenaikan gaji dan habuan lain kepada kakitangan awam, golongan miskin, warga tua, peladang dan pelajar.

Pakatan Rakyat yang mentadbir empat negeri juga memberikan habuan di peringkat negeri dan berjanji akan memberikan lebih banyak faedah jika ia berjaya menawan Putrajaya.


Jumlah habuan yang diberikan tidak pernah dilihat sebelum ini dan menggambarkan taruhan tinggi di mana kerajaan yang memerintah terdesak untuk mengekalkan kuasa dan keistimewaan lumayan, sementara pembangkang berusaha memanfaatkan peluang terbaiknya untuk membentuk kerajaan.

"Ahli politik hari ini bersungguh- sungguh menanam benih krisis ekonomi untuk diwarisi anak-anak kita," kata Encik Wan Saiful Wan Jan, ketua badan pemikir, Institut bagi Demokrasi dan Ehwal Ekonomi (Ideas).

Tambahnya, jika Malaysia menghadapi krisis kewangan di masa hadapan, ahli sejarah ekonomi mungkin akan mengesan pilihan raya kali ini sebagai puncanya.
Tidak ramai penganalisis yang melihat ancaman bencana serta-merta, sambil menarik perhatian bahawa situasi ini dapat ditangani dengan membuat beberapa pilihan politik sukar selepas pilihan raya.

Tetapi sesetengah penganalisis mengatakan perbelanjaan pembangunan yang sangat diperlukan mungkin akan mengecut jika persaingan politik mengatasi perancangan politik di negara di mana subsidi populis telah menjadi sesuatu yang dijangkakan pengundi.
Dalam e-melnya kepada agensi berita AFP, Datuk Seri Najib berkata "hutang kita tidak akan melebihi 55 peratus GDP".

Tetapi para pengkritik menarik perhatian bahawa hutang awam "tersembunyi" seperti hutang yang dijamin kerajaan telah berganda sejak Datuk Seri Najib mengambil alih kuasa pada 2009.

Penganalisis politik Malaysia, Profesor Bridget Welsh, pula menganggarkan bahawa sejak mengambil alih kuasa, Datuk Seri Najib telah mengagihkan sebanyak AS$19 bilion dana awam atau AS$1,400 bagi setiap pengundi, untuk tujuan "perbelanjaan politik" yang memberi manfaat kepada BN.

Menurut Profesor Welsh, dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU), jumlah itu "merupakan yang paling bayak menjelang pilihan raya".

Sepanjang kunjungannya dalam tempoh berkempen, Datuk Seri Najib juga sering mengingatkan rakyat tentang habuan yang telah diberi dan memberitahu mereka untuk 'membayar balik' manfaat yang diterima di kotak undi.

"Jika beliau menang, ia (habuan) akan menjadi tongkat yang digunakan ahli politik untuk bergantung, lanjutan politik wang," katanya. - AFP.
 
 Pendedahan Mengerunkan Betapa Corrupt nya UMNO
Posted on Tuesday, April 30 @ 06:19:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"Saya merasa gerun menonton video ini. Ia menceritakan tentang betapa corrupt nya UMNO dalam politic dalam parti dan sudah tentu lebih corrupt lagi politic dalam kerajaan dan politic curi duit.



Paparan lebih besar

"

Momentum BN memuncak menjelang hari mengundi 5 Mei

30 April 2013
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Semangat Barisan Nasional (BN) kini semakin memuncak menjelang hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13)Ahad ini berikutan peningkatan sokongan yang diterimanya dari peringkat akar umbi.
  
Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pertama kali menerajui parti gabungan itu pada pilihan raya umum sebagai Perdana Menteri, berkata momentum jentera kempen pilihan raya BN semakin meningkat di seluruh negara.
  
Ini berbeza dengan pembangkang yang nampaknya saling bercanggah pendapat dalam soal pokok dan utama, dan ini merupakan petanda mereka mempunyai satu pakatan yang terlalu rapuh serta tidak berdaya maju.
  
"Mereka cuba menutup perbalahan ideologi dengan memberi tumpuan untuk mengalahkan BN sahaja pada pilihan raya kali ini, keadaan ini amat berbahaya. Jika kita ingin kendalikan sebuah kerajaan, kita perlu kerjasama yang kukuh," kata Najib, yang juga Pengerusi BN, selepas menghadiri perhimpunan bersama rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas di Johor semalam.
  
Johor, yang merupakan kubu kuat BN, menjadi sasaran pembangkang sebagai medan pertempuran menyaksikan pertandingan satu lawan satu di Parlimen Gelang Patah antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
  
Najib melahirkan keyakinan bahawa menerusi 'Cara Johor' yang penuh dengan amalan kesederhanaan serta kejayaan Abdul Ghani melaksanakan dasar inklusif berkaitan isu sekolah Cina, negeri itu mampu kekal sebagai kubu kuat BN.
  
Sebagai rangsangan untuk Najib dan agenda transformasi beliau yang dimulakannya empat tahun lepas sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dalam tinjauan ekonomi serantau di Asia dan Pasifik, berkata Malaysia dan China berada di kedudukan tertinggi indeks bagi mengukur kekukuhan institusi di kalangan negara membangun Asia.
  
Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pula berkata, Malaysia kini di landasan untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar antara lima dan enam peratus pada tahun ini, yang dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta aliran masuk pelaburan meskipun berlaku kelembapan di China.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menjelajah seluruh negara untuk berkempen, berkata terdapat peningkatan sokongan di kawasan yang mempunyai majoriti kaum Cina berbanding seminggu lepas, dan beliau menggesa jentera parti bekerja lebih kuat.
  
"Saya dah pergi hampir ke semua negeri, saya lihat respons positif daripada usaha kempen yang kita buat kerana mendapat sokongan yang begitu jelas daripada pengundi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembinaan jejantas pejalan kaki di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Wen Hua di Melaka.
  
Pada majlis perjumpaan dan sarapan bersama hampir 1,000 warga Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang, Muhyidin berharap proses PRU13 berjalan lancar tanpa sebarang ancaman daripada pihak tertentu terhadap pengundi.
  
Tempoh menjelang PRU13 dicemari beberapa insiden kes khianat yang disebabkan bahan letupan dan keganasan fizikal.
  
Selepas pengundian pos di luar negara dilaksana buat pertama kali kelmarin, pengundian awal untuk 272,387 anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing akan bermula pada 8 pagi inidi 544 pusat mengundi.
  
Buat pertama kalinya, dakwat kekal akan dicalit pada jari telunjuk kiri pengundi sebelum mereka membuang undi.
  
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Kamaruddin Mohamed Baria berkata warna dakwat adalah berbeza dengan yang akan digunakan pada hari pengundian Ahad ini.
  
Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) juga mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk mereka yang bercadang pulang mengundi kerana menjangka sebanyak 1.3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu. - Bernama


Daim kempen Ku Nan, yakin BN dapat dua pertiga

30 April 2013
 Tun Daim
Tun Daim Zainuddin
PUTRAJAYA -  Kecekapan sesebuah jentera pilihan raya penting bagi memastikan calon bertanding terus mendapat sokongan pengundi berbanding kehadiran besar rakyat pada ceramah politik.
  
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata apabila jentera pilihan raya berjalan dengan cekap serta lancar, ia mampu mengenepikan sebarang unsur sabotaj dalam parti, sekali gus menjamin kejayaan calon yang bertanding.
  
Menurutnya dalam ceramah pakatan pembangkang, mereka biasanya berusaha membawa 'orang luar' dalam jumlah ramai ke majlis itu untuk menggambarkan seolah-olah kempen mereka mendapat sokongan hebat.
  
Jelas beliau, ada dalam kalangan hadirin ke ceramah pembangkang, hanya disebabkan perasaan ingin tahu atau sekadar 'suka' mendengar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan.
  
Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, malam tadi.

Mengenai persekitaran kempen politik semasa, Daim percaya BN mampu memenangi dua pertiga daripada kerusi Parlimen pada pilihan raya ini.
  
Beliau berkata pada pilihan raya 2008, BN menghadapi masalah berkaitan sabotaj dalam parti, namun kali ini pakatan pembangkang pula, sedang menghadapi masalah sama apabila ramai beranggapan mereka boleh menang di kawasan tertentu lalu bertanding atas tiket Bebas.
  
Daim turut menegaskan bahawa perubahan jika ingin dibuat, sepatutnya dilakukan dalam keadaan tersusun dan bukannya dengan kadar segera, lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi yang melanda dunia.
  
"Beberapa negara Eropah yang menghadapi kegawatan ekonomi kini, sehingga mencetuskan masalah pengangguran ... sedangkan di Malaysia keadaannya cukup berbeza dengan ekonomi yang baik serta kadar pengangguran yang amat rendah," katanya.
  
Terdahulu Tengku Adnan dalam ucapannya menghargai kehadiran bekas Menteri Kewangan itu ke Putrajaya dan turut bersama para hadirin menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" buat beliau. - Bernama


Tiada ulasan: