Selasa, 23 April 2013

MUSIM PECAT MEMECAT...AKHIR SEMUA DIPECAT DARI HIDUP...MATILAH....INGATLAH MATI SELALU SUPAYA TAK JADI JAHAT

Helikopter PAS Kedah Menuju Putrajaya
Posted on Tuesday, April 23 @ 22:43:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya


 

Lokasi : Bandar Baru Beris Jaya ,Sik, Kedah

Mukhriz dalam bahaya dipancung puak Umno sendiri?

http://jalanpulang1978.blogspot.com, 23 Apr 2013

PECAH BERITA! Mukhriz Dalam Bahaya Dipancung Puak Umno Sendiri?


Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi.

Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.

Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.

Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim ini setakat ini belum dapat diterima.
Antara tulisan pengirim emel tersebut yang boleh disiarkan adalah seperti berikut:



Muhyiddin: Umno pecat Kamilia Ibrahim

20 April 2013
penamaan calon
KUALA LUMPUR - Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim keluar daripada semangat kesepakatan parti dengan mengemukakan pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
 
Tindakan beliau mendorong tindakan segera Umno untuk memecat keanggotaan Kamilia dalam parti secara automatik.
 
Pemecatan beliau diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tamat proses penamaan calon bagi PRU13 di seluruh negara hari ini dan Kamilia disahkan bertanding di Kuala Kangsar.
 
"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita selepas mengemukakan kertas pencalonan beliau sendiri untuk kerusi Parlimen Pagoh di Johor.
 
Surat pemecatan Kamilia akan dikeluarkan Isnin ini.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya dengan mengatakan Barisan Nasional tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13, sedangkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Kamilia yang menolak tawaran bertanding, bagi kerusi Dun Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
 
Kamilia juga turut ditawarkan jawatan Exco jika BN menubuhkan kerajaan di negeri Perak tetapi beliau turut menolaknya, kata perdana menteri.
 
Beliau berkata sehubungan itu, tidak timbul sama sekali soal Kamilia tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.
 
Sementara itu Kamilia mengumumkan dalam laman Facebooknya bahawa beliau meletakkan semua jawatan dalam Umno berikutan beliau bertanding sebagai calon Bebas.
 
Selain naib ketua Wanita Umno, Kamilia juga memegang jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.
 
Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.  - Bernama

Fadzil Hanafi: BN Kedah tak banyak 'calon agama'
 
Bekas anggota exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas di DUN Alor Mengkudu berkata beliau kecewa dengan BN yang menurutnya tidak banyak mengetengahkan calon dengan latar belakang agama di peringkat DUN kali ini.
Beliau yang pernah memegang portfolio hal ehwal agama Kedah itu berpendapat, tindakan berkenaan "tidak menampakkan bahawa Umno memperjuangkan agama" dan beliau menganggap ia satu "penghinaan" kepada Islam.

NONEFadzil juga berpendapat, Umno tidak mengambil pengajaran daripada kekalahan dalam "tsunami 2008" supaya memilih calon yang dikehendaki rakyat.

Katanya, masyarakat di kampung khususnya di Alor Mengkudu amat menyukai calon yang mempunyai latar belakang agama khususnya bagi mengendalikan majlis berkaitan Islam seperti tahlil, kenduri kesyukuran, membelah mulut anak dan menjadi imam.

"Sepatutnya parti ambil (calon) yang terbaik daripada baik. Ikut pemilihan kali ini, tidak ada tokoh agama. Tak ada tokoh agama seorang pun, menjadi calon yang dipilih oleh perdana menteri. Adakah ini dikatakan Umno memperjuangkan agama?.

"Kalau dia (Umno) memperjuang agama, sudah tentu dia meletakkan orang agama lebih daripada kepada orang lain, kerana negeri ini berada di tangan pembangkang," katanya petang ini.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila BN mencalonkan semula individu yang telahpun tewas sebanyak dua kali sebelum ini, selain individu yang pernah dikenakan tindakan disiplin oleh parti.

Sedangkan, rakannya, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim sebagai tokoh agama juga tidak dicalonkan bertanding kali.

"Saya tengok kerakusan mereka ini, jangka masa hayat mereka akan lebih singkat. Apabila jangka hayat semakin singkat, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu, kerana selama ini yang mempejuangkan orang Melayu adalah Umno.

NONE"Sekiranya sesebuah parti yang memperjuangkan agama, tetapi dari segi pelaksanaannya, mengetepi tokoh agama, satu musibah akan melanda parti tersebut," katanya.

Satu-satunya calon dari kalangan tokoh agama yang diketengahkan di Kedah adalah menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanding di parlimen Jerai.

Beliau juga berpendapat, masyarakat masih lagi memerlukan khidmatnya di kawasan yang pernah dimenanginya dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Pada pilihan raya umum 1999, beliau menang dengan majoriti 440 undi, ketika kawasan itu dikenali dengan nama DUN Tanjong Seri.

Selepas persempadanan semula, DUN berkenaan dikenali dengan nama Alor Mengkudu, yang dimenanginya dengan majoriti lebih besar lebih 2,800 undi.
Beliau bagaimanapun digugurkan daripada senarai calon BN pada pilihan raya 2008.

Fadzil berkata beliau memenuhi semua ciri calon berkenaan. Selain itu, beliau juga seorang anak tempatan yang merendah diri, mesra dengan orang kampung, mudah didekati, dan berpengalaman, katanya.
Beliau berdepan dengan persaingan tiga penjuru antara ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya dan ketua Wanita Umno Alor Setar Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah.

NONEFadzil yakin, pengundi yang "waras" akan memilih beliau berbanding Sharifah Maznah.

"Kalau dia (rakyat) kata Sharifah, tak apa kita terima. Kalau rasa dia waras, dia mesti terima (calon) agama... Sebagai contoh, siapa nak baca doa.

"(Betul), dia boleh (panggil) orang pejabat agama tapi tidak ada ke di kalangan calon-calon (BN) yang bertanding (yang berupaya mengetuai bacaan doa)?" soalnya lagi.

Beliau yang ditemui di kediamannya semalam berkata, beliau merancang untuk menguasai persaingan ini dengan hubungan baiknya dengan pengundi di kawasan tersebut.

"Saya selesa (berkempen) bersendirian dan tidak perlu mengadakan ceramah yang lebih besar. Saya menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

"(Bahan kempen seperti) risalah dan bendera pun ada. Saya memerlukan dua hari lagi sebab masih tidak siap lagi.

"Kalau buat ceramah besar-besar, kalau yang hadir tidak ramai, ia memberi imej yang tidak elok dan dikatakan tidak dapat sambutan. Saya lebih kepada personal touch," katanya.

Fadzil juga berkata, beliau juga tiada masalah untuk menyampaikan ceramah di pentas PAS atau PKR memandangkan beliau kini telah dipecat daripada Umno.

Katanya, beliau telah mendapat jemputan ceramah daripada Pakatan Rakyat khususnya PAS di DUN Kubang Rotan pada 27 April ini dan akan memikirkan sama ada akan memenuhi jemputan tersebut.

Umno pecat bekas Exco Fadzil Hanafi serta-merta

20 April 2013
penamaan calon
ALOR SETAR - Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.
 
"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau berkata BN Kedah dan Dun Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi Dun Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi.
  
Sementara itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu.
 
"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.
 
Sebelum ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004.  - Bernama

Tengku Adnan: Anggota Umno dipecat tidak akan diterima semula

23 April 2013
PUTRAJAYA - Anggota Umno yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas tidak akan diterima semula ke dalam parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
  
"Bagi saya, mereka adalah pengkhianat dan tidak berlaku adil kepada anggota parti yang lain. Apabila anda berada dalam parti ini, anda harus sentiasa memperkukuh disiplin parti, anda juga perlu mematuhi perjuangan parti.
  
"Jika anda melakukan perkara sebegini, ia menunjukkan anda hanya memikirkan kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Tengah hari Bersama Penjawat Awam Anak-Anak Kelantan di sini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
  
Turut hadir pada majlis yang menghimpun hampir 1,000 anak negeri Kelantan itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.
  
Umno semalam memecat 58 anggotanya serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 
Antara yang dipecat ialah bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim (bertanding di Parlimen Kuala Kangsar), bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor (Parlimen Tasek Gelugor) dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Parlimen Sepang).
  
Tengku Adnan berkata pencadang dan penyokong calon berkenaan juga akan dikenakan tindakan jika mereka anggota Umno.
  
Mengulas tindakan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS, Tengku Adnan berkata beliau tidak faham mengapa bekas Menteri Besar Selangor itu berbuat demikian.
  
"Kita menganggap ia suatu pengkhianatan kerana beliau sudah lama dengan kita dan perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku," katanya.
  
Menyentuh saingan bagi kerusi Parlimen Putrajaya iaitu Datuk Husam Musa, Tengku Adnan berkata beliau harap Naib Presiden PAS itu tidak akan menggunakan taktik kotor untuk meraih undi.
  
"Yang terbaik akan menang dan saya berkeyakinan Barisan Nasional akan kekal.

Saya dah di sini selama dua penggal dan warga Putrajaya tahu hati budi saya serta jasa Barisan Nasional kepada mereka," katanya. - Bernama

MB Selangor: BN hanya pandai tabur janji, tapi PR laksana
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
23 April 2013
Tan Sri Khalid Ibrahim
Tan Sri Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengingatkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak 'menghina' akujanji sendiri, yang dibuat Barisan Nasional (BN), semata-mata untuk menarik undi pada 5 Mei ini.

Khalid berkata, janji yang ditaburkan BN hanya bermotifkan politik dan tidak akan dilaksanakan apabila gagal dalam misi pilihan raya umum.

"Berhubung lawatan PM ke Selangor, saya ingin mengingatkan PM buat kali kedua. Jangan sekali-kali menghina akujanji (Akujanji BN). BN pandai tabur janji tapi PR yang laksana.

"PM terus tabur janji untuk membangunkan ini dan itu di Selangor. Janji BN hanya ditunaikan kerana politik.

Persoalannya, kenapa sekarang?" kata Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor ini kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya: "Saya ingin mengingatkan perdana menteri bagi kali kedua dan akan terus mengingatkan beliau jangan sekali menghina akujanji integriti yang beliau tandatangani."

"Kita juga akan terus memantau keikhlasan beliau dalam mematuhi elemen-elemen utama aku janji yang telah beliau lakukan," katanya.

Kata beliau lagi, persoalannya mengapa hanya sekarang Najib selaku Pengerusi BN ingin membangunkan Selangor.

"Mengapa dalam lima tahun yang lepas dan 50 tahun sebelumnya, pihak Persekutuan telah mengabaikan rakyat Selangor?

"Janji-janji BN hanya mengutamakan kiraan politik. Semua dijanji jika dipilih rakyat tetapi semua ditarik balik jika ditolak rakyat. Satu contoh ialah jambatan ketiga Klang yang dijanji sebelum 2008. Apabila PR mengambil alih Selangor, jambatan itu dibiar saja sehingga baru-baru ini PR yang mengangkat balik tanggungjawab kepada rakyat yang diabaikan oleh BN," katanya lagi.

Najib memulakan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di seluruh negara, dengan mengunjungi beberapa kawasan Parlimen di Selangor semalam.

Beliau memulakan kempennya dengan bertemu penduduk di Bandar Baru Selayang dalam kawasan Parlimen Selayang, pada 10 pagi.

Bergerak menggunakan bas khas tertera kata-kata inspirasi "Menepati Janji Membawa Harapan", Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, mengunjungi Taman Greenwood di kawasan Parlimen Gombak.

Beliau kemudiannya ke Taman Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja pada tengah hari selain meluangkan masa melawat kawasan Parlimen Shah Alam.

Perdana Menteri mengakhiri kempen lebih 14 jam itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Buloh, dalam kawasan Parlimen Subang, malam tadi.

Malam tadi, Najib mengumumkan dua akujanji tambahan untuk Selangor, termasuk mengkaji semula kadar pertukaran syarat kegunaan tanah dari pertanian kepada perindustrian untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Selangor.

Beliau berkata, pada masa kini kadar tukar syarat tanah yang dikenakan kepada SME di Selangor oleh kerajaan pakatan pembangkang adalah tinggi dan BN akan mengkaji untuk menurunkannya.

Selain itu, katanya, BN juga akan membuat jalan baru di kawasan perindustrian SME di sini memandangkan jalan utama di kawasan perusahaan yang kedua terbesar di dalam negara itu tidak lagi sesuai.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri tidak memberi kerjasama terhadap pembangunan yang dilakukan kerajaan Persekutuan di Selangor.

"Kerajaan Negeri akan sokong mana-mana pembangunan yang memberi kebaikan pada rakyat.

"Mana-mana projek itu telah mendapat sokongan yang besar dari Kerajaan Negeri. Contohnya, projek MRT. Semuanya telah dapat kelulusan yang cepat berbanding negeri lain ," jelasnya.

Menjelas lanjut berhubung perkara itu, beliau akui masih 'menahan' projek loji Langat 2.

"Tapi untuk Langat 2, kita kata nak tengok kiraan dulu sebelum terima. Sebab kita nak tahu kebaikan untuk rakyat," katanya.

Jurukamera sambilan RTM meninggal dunia kerana serangan jantung selepas pertengkaran
ALAUDIN MA
23 April 2013
Jurukamera sambilan RTM meninggal dunia kerana serangan jantung selepas pertengkaran
Isteri mangsa, Wan Tharirah Wan Ibrahim, 52, bersama anak sulungnya NurSyafran Mohamed, 27, menunjukan kad pengenalan suaminya Mohamed Yaakub yang maut di hadapan rumah.
Jurukamera sambilan RTM meninggal dunia kerana serangan jantung selepas pertengkaran
Mohamed Yaakub
GUA MUSANG – Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan meninggal dunia dipercayai serangan jantung selepas berlaku pertengkaran mulut dengan seorang penyokong Pas di luar rumahnya, di hadapan markas parti, di Bandar Lama di sini, awal pagi tadi.

Mohamed Yaakub, 61, yang berkhidmat dengan RTM lebih 20 tahun sebagai jurukamera sambilan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang kira-kira jam 1 pagi selepas sesak nafas.

Kejadian itu berlaku di hadapannya isterinya, Wan Thahirah Wan Ibrahim, 52, yang menyedari selepas mangsa menekan hon kereta beberapa kali sebaik tiba di hadapan rumah kira-kira jam 12.45 pagi sebelum berlaku pergaduhan berkenaan.

Wan Thahirah berkata, beliau yang terkejut bunyi hon kereta suaminya itu bergegas membuka tingkap untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku sebelum ternampak halangan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik calon Pas Dun Galas itu berada di hadapan rumah.

“Hon yang dibunyikan arwah suami supaya pemilik kenderaan terbabit mengalihkan kenderaan itu ke tempat lain kerana dia hendak meletakan kenderaannya itu berhadapan pintu rumah.

“Sebaik didatangi seorang pemandu itu mengalih kenderaannya terus memarahi arwah kerana tekan hon kereta kuat sangat dan tidak datang memberitahunya untuk mengalih kenderaan,” katanya yang mempunyai tujuh anak.

Beliau berkata, sebaik kenderaan itu dialihkan dan arwah dapat meletakan kenderaan di situ sambil membalas luahan tidak puas hati itu terhadap pemandu berkenaan.

Wan Thahirah berkata, lelaki itu terus menghampiri arwah berhampiran kereta hadapan rumah dan berlaku pergaduhan sebelum beliau menjerit.

Katanya, lelaki terbabit berhenti berbuat demikian sebelum didatangi tiga lelaki dari markas Pas untuk memberi pertolongan dengan menggosok dada arwah dan minta bersabar.

“Saya yang melihat keadaan arwah lain macam bergegas membuka pintu sebelum tiga lelaki itu memimpinnya ke dalam rumah sebelum saya mengurut tempat dia sakit,” katanya.

Beliau berkata, arwah sempat juga menelan ubat jantung, tetapi keadaan bertambah tenat sebelum menghantarnya ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan.

“Arwah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu dan saya cukup sedih dengan apa yang berlaku itu walaupun arwah ada mengidap penyakit jantung,” katanya.

Mayat arwah dihantar ke bilik mayat hospital berkenaan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan, petang tadi.

Dalam pada itu, polis mengesahkan kematian Mohamed adalah disebabkan serangan jantung dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, doktor Hospital Gua Musang yang melakukan bedah siasat ke atas jenazah Mohamed mengesahkan kematiannya berpunca daripada saluran darah ke jantung yang tersumbat.

"Siasatan awal pihak doktor dan polis mendapati tiada kesan lebam atau luka di luar fizikal (tubuh) Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Kelantan bersama calon atau wakil Pilihan Raya Umum ke-13 Negeri Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Jalaluddin berkata Mohamed meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang dipercayai antara pukul 2 dan 3 pagi, selepas mengadu sesak nafas
di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang.

Katanya sebelum itu mangsa dikatakan telah bertengkar dengan seseorang yang telah meletak kenderaan di hadapan rumahnya sebaik pulang melakukan tugasan berkaitan PRU13.

"Isteri Allahyarham dalam aduannya mengatakan mangsa telah membunyikan hon agar kenderaan jenis Hilux itu yang diletakkan di hadapan rumahnya itu dialihkan.

"Pemandu kenderaan itu kemudiannya telah mengalihkan kenderaan berkenaan dan selepas itu telah tercetus pertengkaran mulut namun telah dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

Jalaluddin juga berkata Allahyarham kemudiannya telah mengalami sesak nafas ketika masuk ke dalam rumah dan memaklumkan mengalami sakit di bahagian dada tetapi telah dibawa ke Hospital Gua Musang apabila keadaannya semakin serius.

"Allahyarham bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Allahyarham juga mempunyai rekod kesihatan mengenai penyakit jantung yang dihidapinya," katanya.

Sehubungan itu Jalaluddin meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin mengenai kematian Mohamed itu yang heboh mendakwa disebabkan kerana bergaduh dengan penyokong sebuah parti politik.

"Allahyarham mungkin sebelum itu mengalami stress (tekanan)," katanya.


Orang Umno jangan menangis lepas baca ni...

http://naimnikmat.blogspot.com, 23 Apr 2013

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah
Veteran Umno: 'Tindakan Mat Taib tragedi menyedihkan'
HASLINA KAMALUDIN
23 April 2013
logo Umno
Umno
SHAH ALAM - Sambil menyifatkan satu "tragedi menyedihkan", Veteran Umno Malaysia melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib keluar parti itu dan menyertai Pas.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, keputusan tersebut menunjukkan benteng waja ketahanan Muhammad sebagai ahli Umno tulen terbukti rapuh dan terkulai.

Menurutnya, Veteran Umno begitu kecewa dan sukar mempercayai tindakan tersebut.

"Beliau adalah seorang pejuang tulen Umno yang tahan lasak dan tidak mudah patah semangat.

"Rekod cemerlangnya sebagai Menteri Besar Selangor, menteri pusat dan pernah memegang jawatan Naib Presiden Umno.  berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, sungguhpun menghormati keputusan Muhammad, namun terkilan dengan alasan yang diberikan.

"Dengan alasan yang kononnya di Selangor tidak ada pengisian roh Islam walaupun negerinya maju, sedangkan beliau pernah mentadbir negeri itu.

"Adakah beliau terlupa untuk melaksanakan program pengisian roh Islam yang beliau maksudkan dan apakah selama ini kerajaan negeri Barisan Nasional tidak melaksanakan program-program pengisian roh Islam?" katanya.

Mustapha juga mempersoalkan sama ada pembinaan masjid di seluruh Selangor bukan usaha pengisian roh Islam.

"Apakah program dan projek untuk kebajikan rakyat seperti sekolah dan lain-lain bukan pengisian roh Islam?

"Veteran yakin beliau keliru dengan hala tuju politiknya. Keputusannya menyertai Pas bukan satu tindakan ikhlas, tetapi sebagai pelarian kepada masalah yang menghantui dirinya sekian lama," katanya.

Mustapha turut berharap Muhammad mendapat kepuasan dalam perpolitik.

"Semoga beliau akan dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjasa," katanya.

Muhammad secara rasmi menjadi ahli Pas semalam namun menafikan tindakannya itu adalah kecewa sebaliknya mengambil masa yang agak lama untuk memutuskan menyertai Pas kerana mahu menambahkan ilmunya dahulu.

Selebriti kerja kuat bantu kempen Pakatan

Hazayani Zakaria, 23 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin dirasai oleh rakyat Malaysia khususnya kepada parti-parti politik yang bertanding.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat, kempen PRU13 mungkin sedikit berbeza berbanding kempen-kempen PRU terdahulu apabila kempen kali ini turut dibantu secara terbuka oleh golongan artis dan selebriti.

Jika sebelum ini PAS dilihat tidak mendapat tempat di hati para artis dan selebriti, namun kali ini golongan artis secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap parti ini dan secara sukarela membantu parti dalam kempen pilihan raya.

Bagi pengarah,penerbit dan juga pelakon, Adam Hamid yang menyertai PAS pada Julai tahun lalu, PRU kali ini amat bermakna bagi dirinya kerana beliau terlibat secara langsung membantu kempen parti itu.

Teruja berkongsi pengalaman, Adam, 40, berkata beliau bergilir-gilir membantu calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan calon PKR, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

"Saya membantu kawasan Lembah Pantai dan Titiwagsa. Setakat ini, memang bergilir-gilir di dua kawasan ini sahaja tapi kalau ada kawasan lain yang jemput saya, saya cuba penuhi jika berkesempatan.

"Saya akan terus membantu jentera sehingga 5 Mei ini. Kalau ikutkan saya kena ke Brunei 1 Mei tapi saya minta tangguh selepas 5 Mei sebab saya ingin membantu dalam pilihan raya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Anak kelahiran Kelantan dan berdarah Cina Pakistan itu juga berkata, beliau dipanggil memberikan ceramah dalam program bersama anak muda dan ada kalanya diberi tugas menjadi pengacara majlis.

"Memang saya tumpu seratus peratus kepada kempen. Biasanya saya dipanggil memberi ceramah kelompok, jadi pengacara program dan kadang-kadang jadi penceramah bidang terjun. Tapi saya cuba tolong mana yang mampu.

"Kalau tak ada program ceramah pun, saya akan tolong pasang bendera, dan keluar ke markas dan bilik gerakan untuk bersama-sama jentera," katanya ramah.

Cerita beliau juga, beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan penduduk setempat sewaktu PAS mengadakan program di Titiwangsa.

"Pengalaman saya sendiri, sewaktu menyertai program goreng keropok lekor di PPR Laksamana, walaupun hujan, saya terharu apabila ada uncle dan auntie Cina turun membantu kami. Saya nampak sokongan mereka terhadap PAS," katanya.

Beliau sempat memberitahu, 99 peratus keluarganya di Kelantan yang berbangsa Cina dan beragama Budha menyokong PAS.

"Keluarga saya di Kelantan, 99 peratus Cina dan belum memeluk Islam tapi menyokong PAS. Mak saya Cina masuk Islam dan ahli keluarganya belum memeluk Islam. Tapi mereka memang menyokong PAS dan menyatakannya secara terbuka. Kalau saya balik Kelantan, mereka suka bercerita tentang PAS di Kelantan," ceritanya.

Pengundi di Lembah Pantai itu juga tanpa berselindung memberitahu, enam undi sudah dijamin untuk Nurul Izzah.

"Saya, abang, dan kakak ipar dan keluarganya, memang akan beri undi kepada Nurul Izzah," katanya diiringi ketawa.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar keluar mengundi dan tidak takut melakuan perubahan kerana menyifatkan PRU13 amat penting untuk masa depan negara.

"Saya menyeru semua warga Malaysia agar tidak takut untuk keluar mengundi. Pilihan raya kali ini sangat penting kepada warga Malaysia untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara.

"Kepada jentera pula, saya harap bekerjalah seikhlas hati, semampu yang boleh dan tidak mengharapkan pujian.

"Kalau nanti andai wakil rakyat yang kita bantu itu tidak kenal kita, tida tegur kita, jangan kecil hati. Dia ada banyak tugas, ada banyak rakyat yang nak kena jaga. Allah ada untuk membalas segala kerja buat kita," katanya.

Bagi seorang lagi selebriti, Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim, inilah masanya beliau mengotakan janji untuk menjadi pekerja sepenuh masa kepada PAS.

Leman, 31, sewaktu menyertai PAS Jun tahun lalu berjanji akan membantu PAS dalam PRU13.

Leman yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini mengakui jadualnya padat dengan aktiviti kempen bersama calon PAS.

"Saya berkempen di seluruh negara. Malam ini di Kedah, esok di di Perak, lusa di Melaka, kemudian Johor, Kelantan dan balik semula ke Kedah.

"Saya memang fokus kepada ceramah bersama calon-calon. Saya fokus kepada isu rakyat seperti masalah ekonomi, terangkan manifesto Pakatan Rakyat.

"Mungkin PAS nampak saya boleh tarik anak muda dengar ceramah, jadi saya diberi tugas berceramah dan fokus saya memang untuk jatuhkan Umno BN," katanya bersahaja.

Leman juga baru diambil menjadi anak angkat Parlimen Sik, kerana dilihat mampu memberi pengaruh kepada golongan muda di kawasan tersebut.

"Malam semalam saya berkonvoi motosikal bersama 1,000 pemuda dari Pekan Sik, masuk ke kawasan Felda. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan dan kami tak dihalang masuk Felda walaupun diketahui kawasan kuat Umno di situ," ceritanya.

Pengundi di Parlimen Padang Terap itu turut menyeru rakyat Malaysia agar keluar menunaikan tanggungjawab pada 5 Mei ini.

"Saya nak pesan, untuk pilihan raya kali ini, jangan takut untuk undi Pakatan Rakyat, jangan takut untuk tukar kerajaan.

"Jangan percaya khabar angin yang kata akan berlaku huru-hara selepas pilihan raya. Kitalah penentu masa depan negara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).

Menyentuh mengenai penyanyi Aishah yang bertanding di Parlimen Jempol, beliau menyokong penuh perkara itu dan berharap kemenangan Aishah di kawasan tersebut.

"Saya sangat sokong Kak Aishah jadi calon tapi saya minta maaf, saya memang tidak sempat untuk turun berkempen untuk beliau.

"Baru-baru ini saya hanya sempat turut ke Pengerang, kawasan Dayangku Intan bertanding. Apa-apa pun, saya memang menyokong mereka dan mendoakan kemenangan mereka," ujarnya.

Tiada ulasan: