Selasa, 30 April 2013

APA DAH JADI....KALI INI...PENIPUAN KIAN TERSERLAH DAN TERBONGKAR....RAKYAT KIAN RAGU KEJUJURAN...BILA HUKUMAN ALLAH SAMPAI...KITA TAK LARAT TEPIS...SEDARLAH KITA MAKHLUK...JADI NABI PUN TAK LAYAK...NABI MUHAMMAD SAW MERUPAKAN NABI YANG TERAKHIR

Temerloh... Ini kali lah!

Badli Bin Ahmad,
Menjawab artikel “Saya Memilih Saifudin Abdullah berbanding Nasrudin Hasan Tantawi” tulisan Ahmad Tajudin Abdullah.

Saya menulis artikel ini atas dua sebab. Sebab yang pertama adalah kerana saya seorang pemilih muda di P088 Temerloh di Temerloh Jaya. Sebab yang kedua adalah kerana keperluan untuk memberi respon kepada artikel yang ditulis oleh saudara Ahmad Tajudin Abdullah, yang pernah tersiar di TMI mengenai pilihan beliau menyokong Saifudin Abdullah dari Umno-BN berbanding Nasrudin Hasan dari PAS-Pakatan Rakyat.

Mudah untuk mereka yang tidak berada di P088 Temerloh dan sekadar bergantung kepada maklumat media dan alam siber untuk beranggapan Nasrudin tidak membawa sebarang idea baru untuk warga Temerloh selain dari manifesto umum Pakatan Rakyat. Di tambah pula dengan kerancakan  kempen pilihan raya di kerusi-kerusi glamor seperti di Putrajaya yang mendapat liputan lebih luas, maka banyak maklumat kempen pilihan raya khususnya di kawasan luar bandar seperti di Temerloh telah terlepas pandang dan dibandingkan secara kurang saksama. 

Secara khusus untuk Temerloh, Nasrudin telah mencadangkan untuk mengangkat Temerloh sebagai Bandar Ilmu sesuai dengan kedudukan strategik bandar Temerloh di dalam negeri Pahang. Beliau juga telah mencadangkan Agenda Ekonomi Berkebajikan khusus untuk warga Temerloh, yang antara lainnya menjamin bekalan benih ikan untuk penternak ikan, memperkasa jenama Temerloh sebagai bandar ikan patin dengan mempergiat promosi perlancongan berasaskan makanan tempatan dan mencadangkan majlis ekonomi tempatan yang akan menghimpunkan agensi dan tokoh tempatan untuk menjana idea membangunkan daerah Temerloh.

Seperkara lain yang kurang mendapat pendedahan ialah peranan Nasrudin sebagai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Pahang selain menyandang jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia. Selaku pimpinan kanan parti dan Pakatan Rakyat negeri Pahang, beliau terlibat secara langsung di dalam merangka manifesto Pakatan Rakyat khusus untuk negeri Pahang yang telah dilancarkan pada 17 April yang lepas. Pastinya tuntutan dan keperluan warga Temerloh seperti jaminan bekalan air dan permohonan tanah, telah beliau jelmakan dengan baik di dalam manifesto PR Pahang tersebut. Secara peribadi saya tidak melihat strategi Nasrudin di dalam kempen beliau (khususnya dalam kempen siber) terbawa-bawa dengan imej Ketua Pemuda sebagai satu kelemahan, malah ia satu keperluan. Perlu diingat, di atas bahu beliau turut terletak tanggungjawab untuk memenangkan 20 calon lain yang mewakili Dewan Pemuda PAS yang bertanding di seluruh negara. Beliau bukan seperti Khairy yang terus tenggelam di dalam kempennya sendiri dan kelihatannya alpa di dalam memimpin barisan pemuda Umno di dalam PRU kali ini.

Malah jika dilihat secara telus, kedudukan Nasrudin di dalam PAS dan Pakatan Rakyat merentas peringkat negeri dan nasional menjadikan beliau lebih terkehadapan dalam proses politik berbanding Saifudin yang tidak mempunyai peranan khusus di dalam BN Pahang dan dinilai pula sebagai “sore thumb” di peringkat Umno-BN. Kedudukan Nasrudin membolehkan beliau berperanan dengan lebih berkesan membawa suara dan kepentingan warga Temerloh sekiranya terpilih kelak memandangkan beliau merupakan figura penting di dalam proses politik negeri dan pusat.

Bagi mereka yang berada dekat dengan nadi kempen di Temerloh ini, tidak ada sebarang perkara baru sebenarnya di dalam akujanji Saifudin.  Kebanyakannya adalah tawaran yang dikitar semula, hasil dari janji-janji Umno-BN yang tidak dipenuhi sepanjang tempoh penggal 2008 – 2013.  Di manakah janji bekalan air terurus di kala warga Temerloh masih bergelut dengan masalah kerap keputusan bekalan air semenjak 15 tahun yang lalu?  Di manakah janji menubuhkan sebuah sekolah berasrama penuh untuk anak-anak Temerloh atas dasar mengangkat imej Temerloh sebagai daerah keilmuan? Atau janji bantuan modal untuk penternak ikan selaku daerah perikanan sungai? Saudara Ahmad Tajudin perlu turun meninjau lebih dekat keluh kesah warga marhaen Temerloh yang telah jenuh menunggu janji-janji untuk ditepati, tetapi sebenarnya diengkari sebelum memutuskan pilihan saudara.

Malah di peringkat nasional, bukan lagi menjadi satu rahsia pandangan Saifudin di dalam Umno-BN adalah pandangan peripheral. Pendirian liberal beliau telah menyisihkan beliau daripada kalangan pimpinan Umno tempatan dan nasional, menimbulkan cakap-cakap bahawa beliau bukanlah calon yang diterima oleh kepimpinan Umno keseluruhannya. Hakikat ini menjelaskan bahawa platform yang beliau dukungi iaitu Umno-BN menolak idea beliau lantas boleh kita persoalkan sejauh mana beliau mampu membawa aspirasi anak muda dan rakyat secara berkesan di atas platform yang dengan nyata menolak pembaharuan dan pembersihan yang diinginkan rakyat? Antara bualan anak-anak muda Temerloh sekarang ini ialah dikala Saifudin menyokong agenda Bersih, Nasrudin bukan sekadar menyokong malah turun memimpin puluhan ribu anak muda menuntut pembaharuan proses pilihan raya sehingga ditahan polis yang giat mempertahan agenda khianat kerajaan yang menjadi dokongan Saifudin.

Dengan mengatakan sifir perubahan anak muda yang rata-ratanya menolak Umno-BN sebagai kurang terpakai di Temerloh merupakan pemerhatian yang langsung tidak tepat dan sebenarnya menidakkan aspirasi golongan muda yang terdiri dari 30 peratus dari jumlah pengundi untuk melakukan perubahan sehingga ke peringkat tertinggi. Turunlah ke Temerloh untuk melihat betapa dekatnya isu-isu Putrajaya di dalam mendepani arus perubahan di Temerloh. Isu tol (Lebuhraya Pantai Timur), isu PTPTN, isu royalti minyak Pahang – kesemuanya relevan kepada kelangsungan hidup penduduk di Temerloh. Apakah Saifudin selaku calon Umno-BN benar-benar boleh memperjuangkan isu-isu tersebut yang dengan jelas dinafikan oleh parti beliau sendiri? Apakah Saudara Ahmad Tajudin beranggapan pengundi Temerloh seramai 66 ribu orang dari berbilang kaum itu; Melayu, Cina, India dan orang Asal, hidup sekadar bergantungan dengan arus air Sungai Pahang sehingga alpa dengan isu-isu nasional yang menjadi teras kepada platform perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan calonnnya Nasrudin Hasan? Saya yakin, berdasarkan pemerhatian kempen setakat ini, penafian sifir politik PRU13 oleh Saudara Ahmad Tajudin tersebut tidak menggambarkan suasana perubahan sebenar di Temerloh. 

Ketika Nasrudin dilihat sebagai emerging leader dari PAS, tidak dinafikan Saifudin juga seorang yang dinamik. Oleh itu, pertandingan di Temerloh ini bukanlah pertandingan karektor dan lebih kepada perbandingan platform, idea dan tawaran. Memandangkan keperibadian Nasrudin selaku ilmuwan agama muda tidak dapat dipertikaikan, satu-satunya peluang Umno-BN untuk menggagalkan kempen Pakatan Rakyat adalah dengan melabel Nasrudin sebagai calon luar. Hakikatnya, Nasrudin adalah anak negeri Darul Makmur dan mempunyai talian persaudaraan yang luas dengan kumpulan keluarga Temerloh. Temerloh oleh itu bukanlah daerah yang asing untuk beliau malah telah lama lekat di hati sebagai salah satu kampung halaman keluarga besar beliau.  

Bagi mereka yang berada dekat dengan nadi kempen, ini bukanlah juga pertembungan di antara tokoh liberal dan konservatif seperti yang gemar diwar-war oleh pemerhati politik dari luar. Warga Temerloh tidak melihat jenama persona calon yang bertanding. Hanya kerana Nasrudin ini seorang “imam muda”, maka dia dilabel sebagai konservatif sedangkan pemilih di Temerloh, 62 peratus darinya adalah dari kelompok Islam-Melayu seharusnya boleh mendapat manfaat dari ketokohan beliau dalam bidang agama.

Saya tidak ingin mengatakan kempen dan strategi pilihan raya Nasrudin telah sempurna. Dibandingkan dengan jentera Umno-BN, pastinya banyak kekurangan khususnya kekangan kewangan, media dan sebagainya. Tetapi, di dalam diri dan nilai Nasrudin selaku calon Pakatan Rakyat ini terkandung harapan baru warga Temerloh yang menginginkan pembaharuan di daerah mereka, di negeri Pahang dan seterusnya di Malaysia. Saifudin sepanjang tempoh lima tahun yang lepas cuma berseorangan di atas platform Umno-BN yang tidak mengendahkan sebarang saranan beliau. Mengundi beliau cumalah akan memberi kelangsungan kepada Umno-BN untuk terus mengkhianati aspirasi rakyat. PRU ke-13 ini memberikan peluang kepada warga Temerloh untuk membuat pilihan kepimpinan yang lebih baik dari apa yang ada selama ini.

Ini kali lah!
Pengundi Muda Parlimen Temerloh

820618065185

Medan perang PRU

faizal A.K.,
Bermula pengesahan penamaan calon maka bermula sudah secara rasmi perang PRU13. Walaupun sebelumnya, perang itu sudah bermula lama tetapi bukan secara resmi. Medan perang rasmi ini zahirnya dalam pelbagai bentuknya.

Medan perang ini sudah pastinya tidak sama dengan medan perang persenjataan yang memerlukan senjata yang menumpahkan darah. Namun, sedikit sebanyak persamaan itu ada. Perang itu menumpahkan darah dan perang ini menumpahkan maruah. Perang itu memerlukan wang untuk persenjataan dan perang ini perlukan  wang untuk promosi. Paling penting, perang itu ada objektifnya untuk menumpaskan musuh yang ingin membunuh dan perang ini pun ada objektif bagi mengalahkan musuh dan mendapatkan tampuk pemerintahan. Sudah pasti kedua-duanya memerlukan strategi yang tertentu.

Medan perang yang dibuka begitu luas. Menganalisis medan perang akan dapat memperlihatkan kepada kita natijah di penghujung peperangan kerana berdasarkan penguasaan medan perang akan memastikan kemenangan mana-mana kumpulan.

Medan yang sememangnya telah dibuka dari dahulu lagi adalah medan perang media. Pihak BN dilihat begitu optima menggunakan medan media konvensional. Cuma ia sering dikritik kerana dilihat secara jelas menafikan hak PR menggunakan media yang sama. Setakat beberapa minit dengan pengeditan adalah amat tidak wajar jika dibandingkan dengan siaran langsung untuk manifesto BN. Alhamdulillah PR mungkin dapat dikatakan take their ground untuk medan media elektronik atau alternatif. Tetapi itu masih tidak even kerana cyber trooper kerajaan juga begitu bebas menggunakan sama instrumen alternatif tersebut.

Medan kedua yang dibuka adalah medan perang poster. Di beberapa tempat, medan perang ini dikuasai oleh PR dan di sesetengah tempat, medan ini dikuasai sepenuhnya oleh BN. Apa pun perlu diakui, secara amnya medan ini dikuasai oleh BN. Pertama-tamanya adalah mungkin kerana faktor kewangan. Cuma di sebelah PR dapat kita perhatikan kelebihan pada semangat dan kemampuan nilai insani. Macam mana tak kata semangat kalau bendera parti-parti PR boleh ada melangit di gantung di penghujung pucuk pokok. Kekreatifan pula tak dapat dinafikan juga. Di Sik, replika kapal terbang yang besar menjadi tarikan orang ramai sehingga tepi jalan yang tidak pernah traffic jam di ceruk kampung menjadi sendat. Dibandingkan antara BN dan PR dalam medan ini, masih boleh dikatakan even secara amnya. BN berkelebihan dari sudut kewangan dan PR berkelebihan dari sudut kemanusiannya.

Banyak lagi medannya. Walau apapun, pada hemat saya, satu medan yang amat penting yang perlu dikuasai oleh sesiapa yang ingin menang sama ada dalam perang persenjataan atau perang pilihan raya adalah medan perang rohani. Maksudnya, perang bagi mendapat pertolongan Dia Yang Maha Menentukan. Jentera kerja dan penyokong PR perlu menggunakan dan menguasai medan ini dengan sebaiknya. Pertamanya, kerana ini merupakan medan utama peperangan dalam semua peperangan utama Islam yang menyaksikan kemenangan Islam. Ingat selalu bahawa Dialah yang digelar sebagai “Ya Muqallib al-qulub”. Keduanya kerana medan inilah yang secara umumnya paling terbuka yang boleh digunakan oleh kedua-dua belah pihak. Secara jujur wajar diakui bahawa medan ini sememangnya medan kelebihan orang Islam dalam PR.

Ayuh dalam semangat kita menggantung poster dan bendera, luangkan masa bersolat hajat dua rakaat tidak kira siang atau malam. Kita jadikan juga pondok pusat mengundi kita sebagai logistik kita untuk memenangi medan ini. Hanya perlukan pakaian yang bersih, secawan air untuk berwuduk, ijtihadkan kiblat dan di atas tanah pun tidak mengapa untuk kita bersujud. Kita luangkan masa selepas menonton video ceramah, menadah tangan beramai-ramai memohon kemenangan dari Ilahi. Khusus yang tidak berkesempatan untuk menggembeling tenaga, perahkan tenaga untuk dua rakaat solat hajat setiap kelapangan pada hari-hari yang berbaki ini.

Salah seorang ulama pernah ditegur lantaran tidak bersama dalam peperangan persenjataan menentang musuh di sempadan. Lantas jawapannya: “Kamu semua berperang dengan tombak dan panah sedangkan kami disini berperang dengan panahan doa.” Penguasaan medan ini menjadikan sempadan Islam tidak diterumbusi oleh musuh ketika zaman itu.

Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR

Muhammad Faeez Azahar, 30 Apr 2013
IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Pemilik asal gambar Bangla kahwin jadi Melayu dalam poster BN tak puas hati

http://duniacacamarba.blogspot.com, 30 Apr 2013
Selasa, 30 April 2013

[PANAS] Pemilik Asal Gambar Bangla Kahwin Jadi Melayu dalam Poster BN Luah Rasa Tidak Puas Hati



Kata pemilik gambar di akaun FBnya:


Gambar pengantin ini saya ambil pada 15 May 2007..... mengguna gambar ini di luar pengatahuan saya....gambar isteri telah ditukar... tak kira lah sape pon yng buat... INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB



Tindakan pihak terdesak ini memang tidak bertanggungjawab. Rata-rata pemberi komen mencadangkan pemilik gambar agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Tepuk dada tanya selera!
Poster kempen BN yang turut memaparkan gambar calon BN di Putrajaya Tengku Adnan ini mula heboh diperkatakan di laman sosial sejak semalam. Ada dua isu yang diperkatakan sebelum timbul isu hak milik di atas, iaitu:
BERSYUKUR KEPADA BN
ORANG BANGLA BERTUKAR MENJADI MELAYU
Sudahlah menggunakan gambar orang tanpa meminta izin, kemudian menggambarkan pula orang Bangla bertukar menjadi Melayu selepas berkahwin. Selepas itu, mesej poster itu meminta rakyat Malaysia bersyukur kepada BN seolah-olah segala macam rezeki datang daripada BN bukannya daripada Allah. Mengucap panjanglah kalau terdesak sangat pun!
Betullah kata Faizal Tahir:
Kah kah kah!

TUMBANGKAN BN & UMNO
DEMI BANGSA & AGAMA!


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Umno semakin parah, satu lagi cawangan bubar

http://karatijau.blogspot.com, 29 Apr 2013

Umno Semakin Parah..Satu Lagi Cawangan Umno Bubarrrrr..!!

Calon PAS N.6 Tempasuk, Ustaz Ag Laiman Ikin menyaksikan cawangan Umno Kg Bangkahak yang dibubarkan dan rumah ketua cawangan dijadikan markaz Pakatan Rakyat.

Ustaz Azhar belasah Mahathir 10-1 di Putrajaya

http://wasukalu.blogspot.com, 29 Apr 2013

UAI belasah Mahathir 10 - 1 di Putrajaya semalam (video penuh ceramah UAI added)

Ustaz Azhar Idrus terus menggegar... Kali ini di Presint 19 Putrajaya dalam program Pakatan Rakyat bersama Husam Musa. Ceramah yang diserikan dengan kehadiran Mustafa Kamal bersama-sama 100 orang rakan-rakannya dengan motosikal kuasa tinggi demi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS itu berlangsung dengan aman tanpa kejadian tidak diingini.

Pada waktu yang sama Mahathir dan Tengku Adnan turut mengadakan ceramah untk menyaingi Husam dan Ustaz Azhar Idrus .....juga di Putrajaya iaitu di Precint 3.

Program BN itu diberitakan berjaya mengumpul sekitar 3,000 pengunjung tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kehadiran di program Pakatan Rakyat yang diadakan di Precint 9 itu yang diberitakan mencapai angka 30 ribu orang.. wallahu a'lam

Jika perkiraan itu benar bermakna UAI menewaskan Mahathir dengan jurang yang begitu besar iaitu 10 berbalas 1... wakaka. macam bolasepak la pulak!!!
Nilai sendiri berdasarkan gambar di bawah
kredit gambar FB - Kami Boikot Buletin Utama TV3's photo.
Nasib baik ada skrin besar. kalau tak ada dengar suara saja la.... wakaka
Berapa jarak dari belakang ke pentas utama? kredit gambar Izuwan Arc Golok's
Ini pula adalah gambar program Mahathir yang didakwa ori oleh bro Addin di blognya
Ikhsan addin

PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicara sendiri siapakah yang lebih banyak mendapat sambutan program masing-masing di Putrajaya malam tadi.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah. Ada sekeping gambar yang nampak kehadiran bas di program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tapi apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama Ustaz Azhar Idrus di Presint 19?

(Pelakon Mustafa Kamal turut datang memberikan sokongan kepada Husam di Putrajaya)

Perbandingan tersebut boleh dilihat di dalam gambar ini.

Di dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya.

“Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.

Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.
Ceramah penuh UAI semalam
Sedikit gambaran situasi di Putrajaya semalam

Tiada ulasan: