Sabtu, 20 April 2013

RENCAH BERITA KEDUA SEBELUM PENAMAN CALON

Muka baru mantapkan kepimpinan Pakatan Selangor

Muhammad Faizal, 19 Apr 2013



SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor menampilkan ramai muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan juga kawasan Parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penampilan muka baru ini turut melibatkan perubahan kawasan yang bertanding yang melibatkan calon dari PAS, PKR serta DAP.

Senarai tersebut diumumkan ketika program pengistiharan calon PRU13 dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

Daripada senarai tersebut dua orang exco dalam kerajaan sementara Selangor yang mewakili DAP tidak disenaraikan iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu yang bertanding di Dun Kinrara dan Pandamaran sebelum ini.

Percaturan menampilkan muka-muka baru ini adalah bagi memantapkan lagi kepimpinan dan kebertanggungjawaban terhadap penduduk Selangor pada masa yang akan datang, tinjauan mendapati rata-rata rakyat Selangor berkeyakinan dengan penampilan muka baru yang dapat memberi perubahan serta keyakinan rakyat untuk terus memilih Pakatan Rakyat memerintah bagi penggal kedua.

Antara kerusi yang menjadi tumpuan pada PRU13 nanti melibatkan kerusi Shah Alam yang diwakili Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad yang akan menentang calon BN, Datuk Zulkifli Noordin yang sebelum ini menjadi calon Bebas setelah keluar dari PKR.

Selain itu juga Parlimen Sepang turut dilihat sebagai kerusi panas apabila PAS meletakkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang dipindahkan dari kerusi Parlimen Tanjung Karang, yang akan menentang Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed dari BN.

Bagi kerusi PKR, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari yang pertama kali turun sebagai calon akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam yang bertemu dengan Mohd Fasiah Mohd Fakeh dari BN.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang bertanding di Parlimen Pandan juga menjadi kerusi tumpuan apabila menentang calon BN, Gary Lim Chin Yee yang sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Ong Tee Keat (BN), namun beliau tidak dicalonkan untuk PRU13.

Menurut sumber-sumber mengatakan Ong Tee Keat akan bertanding di atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu kerusi tumpuan juga turut melibatkan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ibrahim yang berpindah dari Ijok dan bertanding di Pelabuhan Klang bagi merampas kembali kerusi calon Bebas, yang kali ini bertembung dengan Datut Nasaruddin Md Zin dari BN.

PAS menampilkan muka baru di antaranya, Wahid Rais (Dun Sungai Air Tawar), Muhamad Idris Ahmad (Dun Hulu Bernam), Mohamad Judi Sarjo (Dun Sungai Burong),  Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (Dun Jeram), Zaidy Abdul Talib (Dun Taman Tampler), Hasbullah Mohd Ridzuan (Dun Gombak Setia), Razaly Hassan (Dun Dusun Tua), Mohd Shafie Ngah (Dun Bangi), Noor Hanim Ismail (Dun Sri Serdang) dan Mohd Khairuddin Othman (Dun Paya Jaras),

Sementara itu, DAP banyak memperkenal muka baharu di peringkat Dun iaitu Tiew Way Keng (Dun Teratai), R. Rajiv (Dun Bukit Gasing), Ng Tien Chee (Dun Balakong), Yeo Bee Yin (Dun Damansara Utama), V.Ganabatirau (Dun Kota Alam Shah) dan Loh Chee Heng (Dun Teluk Datuk)

PKR pula memperkenal calon baru di peringkat Dun seperti Borhan Aman Shah (Dun Dengkil), Lee Chin Cheh Dun (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Dun Sementa), Hamidi A Hassan (Dun Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (dun Kuang), K.Ramachandran (Dun Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Dun Ijok).

Senarai penuh calon-calon yang bertanding mengikut Parlimen dan Dun :

P092 Sabak Bernam - Prof Dr Abdul Aziz Bari (PKR)
N01 Sungai Ait Tawar - Wahid Rais (PAS)
N02 Sabak - Sallehen Mukhyi (PAS)

P093 Sungai Besar - Mohamed Salleh M Husin (PAS)
N03 Sungai Panjang - Mohd Fadzlin Taslimin (PAS)
N04 Sekinchan - Dr Ng Suee Lim (DAP)

P094 Hulu Selangor - Khalid Jaafar (PKR)
N05 Hulu Bernam - Muhamad Idris Ahmad (PAS)
N06 Kuala Kubu Baharu - Lee Kee hiong (DAP)
N07 Batang Kali - Ramachandran a/l Kandasamy (PKR)

P095 Tanjong Karang - Mohamad Rashdi Deraman (PAS)
N08 Sungai Burong - Mohamad Judi Sarjo (PAS)
N09 Permatang - Mohd Yahya Mat Sahri (PKR)

P096 Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS)
N10 Bukit Melawati - Manikarasagam a/l Sundaram (PKR)
N11 Ijok - Dr Idris Ahmad (PKR)
N12 Jeram - Muhammad Rashid Muhammad Kassim (PAS)

P097 Selayang - William Leong Jee Kee (PKR)
N03 Kuang - Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR)
N14 Rawang - Gan Pei Nei (PKR)
N15 Taman Templer - Zaidy Abdul Talib (PAS)

P098 Gombak - Mohamed Azmin Ali (PKR)
N16 Batu Cave - Amirudin Shari (PKR)
N17 Gombak Setia - Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS)
N18 Hulu Klang - Saari Sungib (PAS)

P099 Ampang - Zuraida Kamaruddin (PKR)
N19 Bukit Antarabangsa - Mohamed Azmin Ali (PKR)
N20 Lembah Jaya - Khasim Abdul Aziz (PAS)

P100 Pandan - Mohd Rafizi Ramli (PKR)
N21 Cempaka - Iskandar Abdul Samad (PAS)
N22 Teratai - Tiew Way keng (DAP)

P101 Hulu Langat - Dr Che Roslo Che Mat (PAS)
N23 Dusun Tua - Razaly Hassan (PAS)
N24 Semenyih - Hamidi A Hassan (PKR)
N25 Kajang - Lee Chin Cheh (PKR)

P102 Serdang - Dr Ong Kian ming (DAP)
N26 Bangi - Mohd Shafie Ngah (PAS)
N27 Balakong - Ng Tien Chee (DAP)
N28 Seri Kembangan - Ean Yon Hian Wah (DAP)

P103 Puchong - Gobind Singh deo (DAP)
N29 Sri Serdang - Noor Hanim Ismail (PAS)
N30 Kinrara - Ng Sze Han (DAP)

P104 Kelana Jaya - Wong Chen (PKR)
N31 Subang Jaya - Hannah Yeoh Jseow Suan (DAP)
N32 Seri Setia - Nik Nazmi Bik Ahmad

P105 Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
N33 Taman Medan - Haniza Mohamad Talha (PKR)
N34 Bukit Gasing - Rajiv a/l Rishyakaran

P106 Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
N35 Kampung Tunku - Lau Weng San (DAP)
N36 Damansara Utara - Yeo bee Yin (DAP)

P107 Subang - Sivarasa a/l K.Rasiah (PKR)
N37 Bukit Lanjan - Elizebeth Wong (PKR)
N38 Paya Jaras - Mohd Khairuddin Othman (PAS)

P108 Shah Alam - Khalid Samad (PAS)
N40 Kota Anggerik - Dr Yaakob Sapari (PKR)
N41 Batu Tiga - Rodziah Ismail (PKR)

P109 Kapar - G.Manivannan a/l Gowindasamy (PKR)
N42 Meru - Dr Abd Rani Osman (PAS)
N43 Sementa - Dr Daroyah Alwi (PKR)
N44 Sungai Pinang - Teng Chang Khim (DAP)
N45 Selat Kelang - Halimah Ali (PAS)

P110 Klang - Charles Anthony Santiago (DAP)
N46 Pelabuhan Klang - Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR)
N47 Pandamaran - Tan Pok Shyong (DAP)
N48 Kota Alam Shah - V. Ganabatirau (DAP)

P111 Kota Raja - Siti Mariah Mahmud (PAS)
N49 Seri Andalas - Dr. Xavier Jayakumar (PKR)
N50 Seri Muda - shuhaimi Shafiei (PKR)

P112 Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
N51 Sijangkang - Ahmad Yunus Hairi (PAS)
N52 Teluk Datuk - Loh Chen Heng (DAP)
N53 Morib - Hasnul Baharuddin (PAS)

P113 Sepang - Muhamed Hanipa Maidin (PAS)
N54 Tanjong Sepat - Mohd Haslin Hassan (PAS)
N55 Dengkil - Borhan Aman Shah (PKR)
N56 Sungai Pelek - Lai Ngok Lan (DAP)

DAP tunggu jawapan ROS hingga jam 3 petang

Harakahdaily, 19 Apr 2013
KUALA LUMPUR: DAP terpaksa menggunakan lambang parti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menarik balik suratnya dua hari lepas menjelang jam 3 petang ini.

Ini kerana, dengan tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada bermakna tidak ada pemimpin DAP yang layak mengeluarkan surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk bertanding.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam.


Lim Guan Eng serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam teresak-esak menangis ekoran tindakan yang tidak wajar ini. Bagi banyak pihak, ini adalah pukulan 'bawah pinggang' (bellow the belt) sebagaimana tindakan mengedarkan video lucah ke atas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Menurut peraturan SPR, setiap parti perlu mengesahkan calon-calon yang bertanding mewakili parti masing-masing.

Surat-surat ini hendaklah dikemukakan semasa penamaan calon esok, 20 April.

Tanpa surat kuasa ini bermakna semua calon DAP tidak boleh bertanding atas tiket DAP yang menggunakan lambang roket.

Pengerusi SPR berkata, DAP tetap boleh bertanding kerana pendaftaran parti itu tidak dibatalkan.

Namun dengan tidak ada surat kuasa ini, bagaimana  calon-calon DAP hendak bertanding di atas lambang DAP itu.

Malaysiakini hari ini melaporkan, ROS sedang berbincang bagaimana mahu bertindak ekoran permintaan DAP semalam yang menetapkan ROS perlu menarik balik suratnya menjelang jam 3 petang ini.

“Kami akan buat apa yang sepatutnya selepas ini,” Kata Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman

Jika ROS tidak menarik balik atau membatalkan surat itu, kesemua calon DAP di Semenanjung akan menggunakan lambang PAS manakala di Sabah dan Sarawak lambang PKR.

Di Pejabat Agung PAS, kakitangan PAS telah menyiapkan semua surat kuasa penggunaan lambang PAS oleh calon DAP.

Ia ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " kata Mustafa semalam.

Para pemimpin DAP, PAS dan PKR semalam menyatakan, tindakan ROS menghantar surat 48 jam sebelum hari penamaan calon adalah agenda jahat BN untuk menyusahkan mereka.

"48 jam sebelum penamaan calon, sepatutnya kami tidak berada dalam sidang media ini. Kami harus membuat persiapan terakhir untuk penamaan calon tapi kerana tindakan ROS, kami terpaksa buat mesyuarat tergempar.

"Atas semangat kekitaan, PKR bersedia memberi laluan kepada DAP di Sabah dan Sarawak untuk guna lambang PKR," kata Datuk Saifudin Nasution Ismail.

41 peratus calon PAS Perak muka baru

Johari Jaffar, 19 Apr 2013

(Calon-calon PAS di Perak....seragam puteh lambang kesepakatan)

IPOH: Daripada 22 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tujuh kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PAS Perak, 41 peratus calonnya adalah muka baru dan 59 peratus muka lama.

Antara muka baru yang bertanding di kerusi DUN antaranya Mohd Akmal Kamaruddin, Ketua Penerangan PAS Larut bertanding di DUN Selama, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan yang bertanding di Kerusi Gunung Semanggol, Dr Khairuddin Datok Abdul Malik (DUN Pengkalan Bharu).

Ishak saari (DUN Kampung Gajah), Rohawati Abidin (DUN Pasir Panjang), Aminuddin Zulkipli (DUN Slim) dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi di DUN Manjoi dan Jamil Dzulkarnain (Manong).

Manakala calon baru bagi kerusi Parlimen, Datuk Fauzi Shaari (Larut), Norhayati Kasim (Gerik), Razman Zakaria (Lenggong) dan Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang)

Muka lama yang dikekalkan termasuk Pesuruhjaya PAS Perak , Ustaz Abu Bakar Hussin (DUN Titi Serong), pada pilihanraya umum ke beliau beliau bertanding di kerusi DUN Pengkalan Bharu, Mohd Misbahul Masduki (DUN Rungkup) Mohd Nazri Din (Kubu Gajah) Ustaz Nor Azli Musa (Trong)

Anuar Sudin (Changkat Jong), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (DUN Lubuk Merbau), Husin Din (Selinsing) Datok Seri Mohamad Nizar Jamaluidin yang kini bertukar ke DUN Changkat Jering, Khalil Idham Lim yang dahulunya di DUN Titi Serong, kini bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Datuk Dr Mujahid Rawa yang kekal bertanding di Parlimen Parit Buntar.

Calon lain yang bertanding, Mohammad Azalan Mohammad (DUN Chenderoh), Ahmasd Mazlan Othman (Lintang), Najihatossolehah Ahmad (Belanja), Radzi Zainon (Sungai Rapat), Ahmad Razi Othman (Air Kuning) dan Ustaz Muhammad Isme Mat Tain (Parlimen Parit) .

Ustaz Abu Bakar mengumumkan barisan calon PAS Perak yang bertanding pada pilihanraya umum kali ini semasa mengumumkannya pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Perak malam tadi di perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Perak di Medan Istana.

Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nor Manuty dan Pengerusi DAP Perak, Datok Nge Ko Ham turut mengumumkan senarai calon dari parti masing masing.

Dalam pilihanraya umum kali ini PAS bertanding di 22 kerusi DUN dan tujuh Parlimen, DAP 18 kerusi DUN dan tujuh Parlimen, manakala PKR 19 DUN dan sembilan kerusi Parlimen.

gambar: Majlis Pengumuman calon PR Perak malam tadi

Samseng Umno rosakkan bendera PAS

Harakah, 19 Apr 2013

(Berdera PAS bertaburan selepas dirosakkan oleh samseng)

TELUK INTAN: Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencabut dan merosakkan bendera dan poster parti-parti yang bertanding dalam PRU13 ini dan tidak hanya bertindak kepada para penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, bendera-bendera PAS yang dipasang di Kampung Bahagia dekat sini telah dicabut dan dipatahkan sekumpulan remaja penyokong BN.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kampung Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi hari setelah para petugas pilihan raya PAS memacakkan bendera-bendera tersebut di persimpangan Kampung Bahagia pada malam sebelumnya.

Laporan penuh dalam Harakah Isnin ini.

Saya tolak budaya video lucah - Wardina

Salmiyah Harun, 19 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah mutakhir ini telah mengundang ketakutan di kalangan ibu bapa apabila ia sudah dilihat sebagai satu budaya yang boleh menjejaskan akhlak dan masa depan anak-anak.

(Wardina menunjukkan isyarat tolak budaya kotor menyebarkan video lucah semalam)

Ketakutan ini turut dirasai oleh Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah yang merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka.

Wardina yang ditemui selepas sidang media membantah penyebaran video lucah oleh parti lawan Pakatan Rakyat dalam media khasnya facebook dan youtube.

"Saya takut keruntuhan akhlak yang semakin serius, saya banyak turun padang jumpa dengan NGO, jumpa dengan budak-budak yang bermasalah, kita banyak jumpa dengan orang seperti, jadi kita lihat mereka ini," katanya.

Ekoran inilah katanya, peranan pemimpin teramat penting dalam menyekat perkara-perkara yang boleh mengundang kemaksiatan dan budaya penyebaran video lucah di kalangan generasi muda hari ini untuk kepentingan politik masing-masing.

Wardina percaya semua rakyat mahukan seorang pemimpin yang berakhlak, bersih, amanah, jujur dan baik akhirnya melahirkan generasi yang baik dan bebas daripada budaya lucah seperti ini.

"Baru-baru ini saya 'postkan' di Facebook saya mengatakan kita sudah mempunyai bangunan yang tinggi dalam masa yang sama kita perlukan pemimpin dan juga masyarakat berakhlak yang tinggi ini sangat diperlukan," katanya ketika ditemui dalam sidang media Ngo Wanita Membantah Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13.

Malah katanya, sebuah negara yang maju mempunyai masyarakat yang menyintai ilmu walaupun berbeza ideologi tetapi semua ada matlamat yang sama iaitu sayangkan Malaysia.

"Kita mampu duduk semeja dengan pihak lawan menyatakan pandangan masing-masing iaitu saya tidak bersetuju dengan awak tetapi kita boleh jadi kawan.

"Tetapi hari ini tidak boleh duduk semeja, bahkan caci mencaci, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, benci membenci...'very bad'!.

"Saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan dalam masyarakat seperti ini(terdedah kepada video lucah), maka saya memperomosikan akhlak yang baik berkempen untuk berakhlak baik tidak kira di pihak mana," ujarnya.

Wardina turut melahirkan harapan agar mana-mana pemimpin negara yang bakal mewarisi negara selepas ini bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan masalah sosial yang sangat tenat.

Dan agenda utama serta harapannya sebagai seorang ibu, Wardina meminta pemimpin ini benar-benar memberi tumpuan penuh dan ini sangat penting sebagai agenda utama bagi memperbaiki sosial dan akhlak rakyat.

"Pembangunan kita sudah banyak dan berkembang malangnya pembangunan insan dan akhlak tidak selari dengan pembangunan negara.

(Wardina bercakap dengan wartawan semalam)

"Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya pemimpin tidak ada keikhlasan, dan tiada cintakann kepada ilmu. Selagi mana kita suka dengan benda yang remeh temeh, hiburan yang lampau, fitnah memfitnah, kita tidak akan jadi masyarakat yang maju.

"Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya mentaliti kita seperti ini. Kita ada macam-macam di Malaysia ini, cuma kita harapkan pemimpin yang beramanah," tambah beliau.

Justeru, beliau percaya penyebaran budaya lucah di kalangan masyarakat hari ini bagi melekakan pemikiran masyarakat agar mereka melupakan agenda sebenar negara.

"Masyarakat tumpukan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya diambil kira seperti hari ini, semua pakat fokus kepada video lucah ini.

"Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya.

Rakyat sambut baik manifesto Pakatan Selangor

Muhammad Faizal, 19 Apr 2013



SHAH ALAM: Manifesto Pakatan Rakyat Selangor bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diumumkan  oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menarik minat rakyat.

Tinjauan Harakahdaily selepas sahaja program tersebut mendapati rata-rata mereka bersetuju bahawa ia merupakan manifesto yang terbaik dari Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kali ini dan boleh dilaksanakan.

Selain itu juga mereka turut berpendapat barisan kepimpinan baru yang ditampilkan kali ini bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) merupakan calon-calon yang mempunyai kredibiliti untuk melaksanakan tanggungjawab serta menjadikan Selangor lebih baik.

Program pengistiharan calon PRU13 dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Selangor berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi.

Sheikh Abd Rahman Adam (gamabr) yang menyokong penuh calon-calon yang dipilih kali ini turut melihat calon kali ini begitu mantap dan tidak ada keraguan yang boleh ditimbulkan.

Malah menurut beliau kesemua mereka akan dapat menambat hati pengundi di Selangor.

"Saya menyaksikan kesemua mereka yang disenaraikan kali ini cukup mantap dan gandingan mereka membuktikan kita mampu mengalahkan BN kali ini.

"Saya pasti jika mereka terpilih ia dapat menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang terbaik," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu manifesto Pakatan Rakyat satu tawaran terbaik, ia akan dapat dilaksanakan dan memberi kesejahteraan kepada seluruh warga Selangor.

Sementara itu, Mohamad Razin Che Mud menyatakan gandingan golongan muda pada PRU13 ini memberi satu tenaga baru kepada Pakatan Rakyat.

Jelasnya, kemampuan mereka menunjukkan mereka mampu melaksana tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau yang turut berpesan kepada mereka yang tidak dipilih agar meneruskan tanggungjawab dalam memastikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Saya melihat pencalonan kali ini ada muka-muka baru dan golongan muda, saya pasti ini akan memberi satu tenaga yang baru untuk menjadikan Selangor lebih cemerlang.

"Kemampuan mereka menunjukkan tanggungjawab akan dilaksanakan sepenuhnya tanpa memikirkan soal kepentingan peribadi," jelas beliau.

Dalam pada itu Razin merasakan tawaran manifesto berkaitan pengangkutan awam percuma merupakan satu perkara yang penting.

Menurut beliau, pengangkutan awam merupakan isu yang cukup besar di negara ini, rakyat mahukan satu pengangkutan awam yang lebih tersusun dan baik.

Makmur Senggong (gambar kanan), melihat gabungan muda dan orang lama merupakan kepimpinan terbaik dikemukakan Pakatan Rakyat pada kali ini.

Kata beliau, idea dari orang muda dan lama akan menghasilkan satu keputusan yang tidak boleh disangkal lagi keberkesanannya.

Beliau yang turut merasakan apa yang ditunjukkan oleh calon itu akan memberi kemenangan mudah kepada Pakatan Rakyat nanti.

Beliau yang ketika ditanya mengenai tawaran manifesto pada kali ini berpendapat kalau manifesto kita tidak berkualiti kenapa BN sanggup ciplak apa yang kita tawarkan sebelum ini dan ini membukti manifesto Pakatan Rakyat adalah yang terbaik untuk kali ini.

'Berkaitan isu pengangkutan awam percuma ia dapat mengurangkan beban takyat tentang pengangkutan, bagus untuk rakyat dari sebuah kerajaan yang perihatin.

"Kenapa perlu kita tolak kerana itu merupakan keperluan kepada seluruh rakyat," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Ain Najwa Roslan (gambar bawah) merasakan calon kali ini akan membuatkan BN tergugat dan mampu menghadapi mereka.

Katanya calon yang dikemukakan semuanya mempunyai kredibiliti untuk memimpin, malah beliau berharap BN boleh berundur kerana calon-calon BN tidak setanding dengan apa yang Pakatan Rakyat calonkan.

"Malam ini membuktikan kita mampu untuk mengambil Putrajaya serta mengekalkan Selangor dan cara mereka (BN) kemukakan calon sebelum ini menunjukkan seolah-olah mereka ingin menyerahkan putrajaya begitu sahaja dan pertandingan hanya sekadar syarat," katanya.

Ain Najwa yang berpendapat kalau dibandingkan manifesto antara Pakatan Rakyat dan BN meunjukkan manifesto Pakatan Rakyat itu menarik minat rakyat.

"Saya yakin Pakatan Rakyat mampu melaksanakan semua janji-janji yang dikemukakan dan ini terbukti pada janji 2008, mereka melaksanakan semuanya," katanya.

Beliau pasti golongan muda mampu menilai apa yang ditawarkan untuk kebaikan mereka.


LAPORAN BERKAITAN

PR Selangor tawarkan biasiswa MB dalam manifesto

Tiada ulasan: