Posted on Tuesday, April 23 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: laniismaa
"Sebelum ini Ekeleh ada menulis “Import imam Masjid Nabawi bantu kempen PRU?” dan benar-benar berlaku. Selama 2 minggu Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair di Malaysia dan ternyata Syeikh Arab tersebut telah dipergunakan.
Laporan Berita Harian “Imam Madinah iktiraf BN” membuktikannya. Laporan tersebut juga diulas panjang daripada biasa. Peliknya tak pula disertakan apa yang dicakapkan oleh Syeikh Madinah tersebut. Hanya Muhyiddin Yassin yang menjadi juruulas kepada Syeikh tersebut. Apalagi Muhyiddin pun karanglah ceritanya tentang penghormatan kepada negara, keperihatinan Arab Saudi, BN syiar Islam, UMno menegakkan Islam dan bla…bla…bla…Rujuk BH
Lama lagi Syeikh tersebut berada di negara ini sehingga 4 Mei, sehari sebelum PRU dan selepas ini banyak lagilah ulasan yang nak diulas Muhyiddin.
Syeikh tu dijemput khas, atas nama kerajaan Malaysia dan BN ambil kesempatan. Dijemput khas dengan tambang penerbangan percuma, hotel penginapan percuma, makan percuma, perjalanan harian percuma. Tentulah Syeikh tersebut menjaga adab bertamu kepada mereka yang menjemputnya. Cuma Muhyiddin yang ulas panjang-panjang!!
Baca jugai: Dr Juanda Jaya tetap undi BN - Lagi.MY
Kenapa Zulkifli Nordin Sahaja Yang Hina India?? - Khalid Samad
Posted on Tuesday, April 23 @ 13:56:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Ulasan FS
Khalid Samad dalam satu ceramah kempennya menjawab persoalan Zulkifli Noordin bahawa kata-kata penghinaan kepada masyarakat India (Hindu) adalah semasa dia dalam PAS dan ditarbiyah oleh PAS, adalah tidak benar jika benar itu tarbiyyah PAS kenapa Zulkifli Noordin sahaja yang hina orang India dan agama hindu??
“Zul Noordin kata semasa dalam PAS, itu (perkauman) tarbiah PAS, kalaulah betul itu sikap PAS, tapi kenapa dia seorang saja yang cakap perkara perkauman macam itu? Kata Khalid.
“Beribu ahli dan kepimpinan PAS, tapi tiada satu pun yang bercakap macam dia cakap... dia seorang saja yang cakap. Betul?” soal Khalid Samad kepada orang ramai lagi.
Khalid menambah individu seperti Zulkifli yang suka menipu sanggup mengampu pemimpin demi kepentingan politiknya, perkara sama pernah dilakukannya semasa menjadi peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes Liwat II lalu.
“Orang macam Zulkifli ini seorang penipu, sanggup membodek semata-mata kepentingan politiknya,” tambah ahli parlimen Shah Alam itu.
Khalid kemudiaan berkata sepanjang bersama PAS semua orang tahu tentang sikap Zulkifli yang suka menipu, malahan mengingatkan tentang nasihat bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor supaya tidak mempercayai naib presiden Perkasa itu.
“Saya teringat pesanan arwah Fadzil Mohd Noor ke atas individu bernama Zulkifli.
“Beliau berkata 10 daripada perkara yang Zulkifli cakap, 12 tidak boleh dipercayai,” katanya lagi dengan nada menyindir Zukifli Noordin.
Khalid menambah individu seperti Zulkifli yang suka menipu sanggup mengampu pemimpin demi kepentingan politiknya, perkara sama pernah dilakukannya semasa menjadi peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes Liwat II lalu.
“Orang macam Zulkifli ini seorang penipu, sanggup membodek semata-mata kepentingan politiknya,” tambah ahli parlimen Shah Alam itu.
Khalid kemudiaan berkata sepanjang bersama PAS semua orang tahu tentang sikap Zulkifli yang suka menipu, malahan mengingatkan tentang nasihat bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor supaya tidak mempercayai naib presiden Perkasa itu.
“Saya teringat pesanan arwah Fadzil Mohd Noor ke atas individu bernama Zulkifli.
“Beliau berkata 10 daripada perkara yang Zulkifli cakap, 12 tidak boleh dipercayai,” katanya lagi dengan nada menyindir Zukifli Noordin.
GEMPAR !!!!! Kereta calon PAS n 26 Cg Alias Harun,rantau abang dicat lucah !!
Posted on Tuesday, April 23 @ 13:03:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: nama
"GEMPAR !!!!! Calon PAS n 26 Cg Alias Harun, dun rantau abang di sembur cat dikereta semalam , 22 April 2013 , politik tidak matang !!!!!
DUNGUN 22 April 2013 Kereta CALON PAS N 26, Cikgu Haji Alias Harun telah dicemari dengan cat spray di cermin belakang dan sisi tepi pintu dengan bahasa yang lucah, adakah ini suatu provokasi ataupun politik tidak matang???
Adakah ini dinamakan kempen yg sihat? Memprovokasi calon dengan bahasa lucah adalah suatu tindakan yg amat tidak bertamadun.
orang Islam yg memahami Islam , patut menolak politik lucah, jgn menjadikan puak2 yg menjadikan lucah dan kotor dalam taktik kempen mereka sebagai pilihan kita dalam PRU 13 ini.
Jika ini sudah membarah ke akar umbi...suatu masa jika PRU 13 tidak ditawan oleh pihak PR, kita yakin budaya lucah dan mencarut akan menjadi darah daging masayarakt Islam ...
Kita menyeru rakyat Dungun khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menumbangkan UMNO /BN dalam PRU 13 untuk menjamin masa depan politik yg sihat dan bersih dari gejala yg tidak bermoral
INI KALILAH !!!!!
"
Beginikah Masyarakat Islam Kita Sekarang??
Posted on Tuesday, April 23 @ 13:37:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: matuse68
"Pelik saya… saya berjumpa dengan orang-orang yang dahulunya suka sangat dengan ceramah-ceramah Ustad Haron Din dan Ustad Ismail Kamus. Setiap kali mendengar kaset ceramah mereka, diorang ni selalu menangis, setiap kata-kata mereka di selangi dengan quote dan pesanan ustad kesayangan mereka ini.
Setiap kali keluar di kaca tv ceramah perdana, mengadap tv tak lepas. Pendek kata, ustad-ustad ini memimpin hidup mereka. Tapi bila mereka dapat tahu ustad-ustad ni cenderung kepada ‘parti pembangkang’, mereka terus berpusing 180°, lansung takmo dengar lagi kata-kata nasihat ustad-ustad ni dan lebih dengar nasihat ‘orang lain’.
Itu dulu..
Sekarang scenario yang sama pun berulang lagi.. minat ustad Azhar Idrus (UAI), Ustad Zaharuddin (UZAR), ustad Hasrizal (UHAJ), MAZA etc, the moment mereka cenderung dan tak sama ‘fikrah’ dengan dia, tiba2 dia tak mahu mendengar kata2 ustad2 bijak pandai ini dalam hal memilih pemimpin,.. dalam hal nasihat menguruskan negara.
Dia kata ulama’ tak patut masuk campur dalam hal menguruskan negara. Ulama cuma baca doa, makan pisang kat masjid. Dia ingat, kalau ulama memegang tampuk pemerintahan, ulama yang buat jambatan, ulama yang buat bangunan. Dia lupa sebenarnya peranan penting ketua negara adalah amanah, menasihati hal2 menguruskan negara dan manusia dengan iman. Dia lupa yang banyak jambatan, stadium pun boleh runtuh even bukan ulama yg perintah sebab pecah amanah.
Saya takmo cakap banyak, tapi lihatkan satu persatu masalah yang melanda negara (buang bayi, pelajar samseng, rompak, samun) kita since mufti di pecat kerana melarang against ratu cantik (Ishak Baharom), bekas mufti dilarang berceramah dengan alasan tiada tauliah (what?).
Saya juga nampak akan orang-orang yg sudah tekad dan bulat pendirian mereka walaupun banyak hujjah dan fakta dibentangkan, hanya kerana emosi yang mengikat mereka. Mereka terikat dengan ketakutan, tentang kebimbangan yang dimomok-momokkan.. orang-orang yang lebih rela perkataan, “what ifs..” menguasai pemikiran mereka berbanding dengan, “lets try..”. Dalam dunia saya (dunia sains & penyelidikan), orang-orang yang ‘what if’ selalunya kurang berjaya berbanding dgn orang-orang yg ‘lets try’.
Kuasa dan pemerintahan itu menjadi perisai agama.
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ
تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ
Dari Abu Umamah Al Bahili dari Rasulullah saw bersabda: “Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap satu simpul terurai maka manusia akan bergantungan pada simpul berikutnya. Yang pertama kali terurai adalah masalah pemerintahan dan yang paling akhir adalah sholat."
Pelik juga dengan orang-orang yang dahulunya ‘hu-ha’ tetapi bila dalam bab mengurus manusia dan negara, tiba-tiba lagi ‘terror’ dari ustad-ustad.
Kredit pada Elies Elias.
Info Terkini Layari: INI KALILAH
PRU 13: Pilihan cuma dua, PR atau BN!
Posted on Tuesday, April 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,
Pagi tadi sempat juga meninjau suasana bandar Cukai di musim PRU ini. Saya yang agak terkilan kerana tidak dapat bersama rakan rakan untuk melakukan gerakkerja kerana masalah kesihatan agak terharu juga melihat cara rakan rakan semua mewarnai Bandar Cukai dengan poster poster yang membuatkan sejuk mata memandang.
Gambar-gambar calon kita, Sdr Hanafiah(PAS) yang bertanding di DUN Cukai dan Kamarudin Chik (PKR) yang bertanding Parlimen Kemaman tersusun indah dengan slogan Pakatan harapan Rakyat menenggelami poster calon BN, Ahmad Nizam yang disebarkan oleh orang orang UMNO sendiri sebagai tidak bermoral itu.
Saya melihat kelebihan berpihak kepada kita PR kerana walaupun agak sejuk tidak seperti tahun 2008 dulu, tetapi susunan bendera, poster dan bena bena yang merupakan janji PR dan harapan rakyat tersusun indah di sekitar bandar termasuk di Pasar Kemaman. Mengikuti perkembangan di tempat lain, saya melihat suasananya sama memaparkan kelebihan untuk PR. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh memperkecilkan BN kerana satu kepakarannya ialah menipu undi.
Dalam suasana PRU yang melihatkan janji janji PR di paparkan di seluruh negara dan kata kata mengutuk PAS terutamanya PAS kuda Tunggangan DAP dan 5 prinsip PAS antara lain, menyebut PAS cuma lembu kepada PRK dan DAP untuk ke Putra Jaya dan sebagainya yang dipamerkan oleh BN, siapa yang akan dipilih oleh pengundi?
Jelasnya, pengundi cuma ada dua pilihan, samaada PR untuk perubahan atau BN untuk mengekalkan kesengsaraan rakyat seluruh negara. Maka pilihan patut berdasarkan suasana semasa, bukan berdasarkan apa yang berlaku selepas PRU, kerana apa yang berlaku esok adalah urusan ALLAH. Bukan kita boleh memastikan apa yang berlaku.
Segelintir dari kita orang melayu masih bimbang dengan DAP kerana dakyah UMNO. DAP didakwa proksi PAP yang menyebabkan orang melayu Singapore merana tetapi UMNO cuma menyembunyikan satu fakta bahawa kesengsaraan melayu Singapore berpunca dari sikap UMNO yang tidak menjaga kepentingan mereka sebaliknya sibuk melahap harta rakyat.
Begitu juga yang berlaku di Penang yang menyebabkab seinci demi seinci tanah melayu hilang dan orang melayu terpinggir semuanya disebabkan UMNO, tiada lain.
Sementara isu DAP yang berkemungkinan diharamkan oleh ROC baru baru ini sudah cukup membukitkan tidak benarnya dakwaan UMNO. Kesediaan DAP meggunakan logo PAS di ibaratkan sebagai roket mendarat di bulan cukup menakutkan UMNO, kerana itu ROC dipaksa menghantar surat kebenaran kepada DAP pada pukul sembilan malam di malam hujung minggu.
PAS juga membuktikan dominasinya dalam PR apabila keputusannya mengenai pertindihan kerusi dipersetujui oleh PKR. Kini petugas petugas PAS diseluruh negara tidak hirau lagi dengan apa kata orang mengenai pertindihan itu, sebaliknya menumpukan perhatian untuk memenangkan PR.
Walau bagaimanapun keputusan akhir ialalah pengundi yang harus membuat pilihan sama da PR atau BN. Kehadiran calon bebas atau calon yang bertindih dari PR sudah tidak penting, begitu juga samada calon itu melayu atau tidak, samaada Islam atau tidak.
Kepentingan PRU kali ini ialah kerajaan, samada mahu kerajaan yang sedia ada yang korup atau perubahan kerajaan yang menjanjikan suatu janji yang boleh ditunaikan berdasarkan apa yang negara ada.
Pilihan di tangan anda para pengundi, jika anda memilih kerajaan yang baru anda mungkin menjadi sebahagian dari agen perubahan dan anda boleh berbanga dengannya dan jika anda memilih kerajaan yang ada sekarang yang terbukti membawa kesusahan klepada rakyat dari segala segi maka anda mungkin termasuk dalam apa yang pernah dikatakan oleh UAI, rakyat yang jahat memilih kerajaan yang jahat kerana itu satu demi satu bala melanda negara, bermakna kalau kerajaan yang dibentuk nanti ialah kerajaan yang engkar maka andalah yang bersalah bukan kerajaan.
Ingat walaupun PAS bergabung dengan PKR dan DAP, PAS mampu melaksanakan atau sekurang kurangnya berusaha melaksanakan hukum ALLAH kerana jalan yang sudah dibuka oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim sejak lama dulu, jangan terlalu runsing, La tahzan! Begitu juga jangan terlalu runsing kalau nanti keputusan PRU menyebabkan DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam menang lebih banyak kerusi berbanding PAS kerana anda mampu mengubahnya.
Hakikatnya kalau orang melayu masih memberi kemenangan kepada UMNO, maka kerusi yang dimenangi PAS akan menjadi sedikit dan berlakulah apa yang dibimbangi itu, oleh itu, ayuh semua pengundi melayu ubah sekarang tolak UMNO untuk menjadikan PAS parti yang dominasi dalam kerajaan walupun mungkin DSAI akan jadi PMnya.
Apapun pilihan di tangan Anda!"
Calon Bebas: Sebab Namanya Tercicir, Rais Tibai Najib
Posted on Tuesday, April 23 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Greenboc
Calon bebas: Rais Yatim salahkan Najib
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.
Rais, yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.
"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka,” kata Rais.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata kriteria ‘winnable’ candidate sebenarnya tidak wujud dalam BN.
Katanya, yang ada hanya calon-calon team Kak Ros atau bukan. Kali ini, asalkan calon-calon yang disukai Kak Ros akan dicalonkan sebagai calon BN.
"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.
Rais turut berkata calon mesti ditentukan dengan lebih awal untuk mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir, seperti yang berlaku sekarang.
Semalam, seramai 61 ahli Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.
Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.
"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana bertanding atas tiket bebas. -HD
Kamalia, Mohd Shariff antara 61 ahli dipecat UmnoUlasan GB
KUALA LUMPUR: Umno memecat 61 anggota Umno serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.
“Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.
Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.
Ahmad Rithaudeen berkata selain itu, tiga anggota Umno akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.
Mereka akan dipanggil mengikut Fasal 20.8 Pelembagaan Umno dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli Umno (Gagal mengikut perintah-perintah parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).
“Lembaga Disiplin Umno sekali lagi mengingatkan anggota Umno bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana anggota Umno yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam waktu tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13 ini.
“Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci,” katanya.
Ahmad Rithaudeen juga meminta semua anggota parti supaya bersatu-padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk pimpinan parti.
“Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN,” katanya. - Bernama
Berikut nama yang disenaraikan oleh Umno Online:
1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO)
2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI MOHD SHARIFF HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)
3. PARLIMEN SEPANG – DATUK SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
4. HANAPIAH BIN MOHAMAD
5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)
6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)
8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BABA
12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD
13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)
15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM IBRAHIM
16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID KASSIM (KETUA CAWANGAN)
17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL HANAFI
18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI AHMAD
19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN YOM
20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ G.M ISMAIL MARICAR
21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN MOHD ABDUL KADER
22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN TAMSIR
23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI LUDIN
24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR HASSAN
25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – ROSLI OMAR
26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF MASUD
27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI WAHAB
28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI IBRAHIM
29. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL HAMIDSOR
30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR SAKA
31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD MANUKE
32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR KAWI
33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI EDRI
34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN ATANG
35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU ENJIL
36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE PG. HINDI @ ABDUL GHANI
37. HUSSEIN MUMAKIL
38. JULKALANI ABD RAHMAN
39. MAMAT BALHANA
40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM TALIP
41. ABDUL MANANG HATIB LAWARI @ OS
42. ATAL MUHAMMAD K.K ABD MENANG
43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH ABU BAKAR
44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP LEWAH
45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN HARITH
46. AK. ALIUDDIN PG. MOHD. TAHIR
47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI SUHAILI
48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI SAMAT
49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH MADARAK
50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH AGITOR @ MOHD DAUD
51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN MUSTAPHA
52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD ABDUL
53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN IBNU HASSAN
54. SHARIF SHAMSUDDIN SHARIF SAGAF
55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN TUN DATU MUSTAPHA
56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID SAHJINAN
57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD AWANG @ MADON
58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA ZAINAL
Nama Rais Yatim sudah menjadi sejarah...sama seperti nama-nama Syed Hamid Albar, Rafidah Aziz, Radzi Sheikh Ahmad yang telah digugurkan dari menjadi calon PRU.
Yang menariknya ialah
"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.
Dalam bahasa yang mudah beginilah bunyinya:
"Walaupun aku dah tua, Najib ingat aku tak produktif lagi ker?"
Semua orang tahu bahawa Rais adalah menteri paling mengampu di dalam kerajaan BN. Sesiapa pun jadi PM beliau akan "disembahnya" demi untuk mempastikan survivalnya di dalam UMNO dan BN terus berlansung.
Rais pun mengeluh .... puas sudah aku mengampu, namaku dicicirkan jua oleh Najib...
Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berlaku juga. Orang yang paling banyak mengampu dan membodek itulah yang paling buruk perangainya dan tidak layak untuk memimpin. Sebab jika tak ada apaapa, takan sanggup lakukan seperti di bawah ini:
Sumber: greenboc.blogspot.com
Calon PAS DUN Kota ajak umat Islam solat jemaah
Posted on Tuesday, April 23 @ 13:32:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"DUN Kota dalam Parlimen Rembau bukan sahaja antara DUN yang mempunyai tempat mengundi yang paling banyak iaitu sebanyak 15 UPU, malahan DUN Kota juga antara DUN yang mempunyai banyak masjid kariah, iaitu sebanyak 24 buah.
Sehubungan dengan itu calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom sering menunaikan solat jemaah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya di masjid-masjid yang banyak terdapat di DUN ini.
Saksikan keindahan senibina masjid-masjid di DUN Kota ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/calon-pas-dun-kota-ajak-umat-islam.html
Berikut senarai masjid yang terdapat di DUN Kota :
1. Masjid Kariah Kota
2. Masjid Kariah Kampong Batu
3. Masjid Kariah Miku Lama
4. Masjid Kariah Selemak
5. Masjid Kariah Padang Lebar
6. Masjid Kariah Bongek
7. Masjid Jamek Tanah Datar
8. Masjid Kariah Pulau Besar
9. Masjid Kariah Pulau Mampat
10. Masjid Kariah Chengkau Ulu
11. Masjid Kariah Gadong
12. Masjid Kariah Seberang Paya
13. Masjid Kariah Seri Kendong
14. Masjid Kariah Nerasau
15. Masjid Kariah Penajis
16. Masjid Kariah Astana Raja
17. Masjid Kariah Sawah Raja
18. Masjid Kariah Kampong Semerbok
19. Masjid Kariah Legong Ulu
20. Masjid Kariah Lubuk China
21. Masjid Kariah Sungai Timun, Lubuk China
22. Masjid Kariah Kg. Panchang, Lubuk China
23. Masjid Kariah Titian Bintangor, Lubuk China
24. Masjid Kariah Titian Akar, Lubuk China, Lubuk China
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan