Pembeli kecewa BN gagal tangani rumah terbengkalai
Khairil Abdul Rahim, | 25 Apr 2013 |
Yohanis (berkopiah) bersama pembeli rumah di kawasan perumahan terbengkalai.
JERANTUT: Taman Gelanggi Perdana di Simpang Jengka 8 dekat sini, menjadi lambang kegagalan Kerajaan BN Pahang di mana perumahan tersebut telah dua tahun siap tetapi tidak boleh diduduki oleh pemilik.
Akibatnya, pembeli-pembeli menghadapi kesukaran kerana sudahlah gaji dipotong untuk pinjaman bank sebanyak RM600 sebulan, terpaksa pula membayar sewa rumah diduduki sedangkan gaji tidaklah seberapa.
“Keadaan inilah yang menyebabkan kami mangsa projek perumahan terbengkalai ini merasa amat terbeban apa lagi dalam keadaan ekonomi sekarang serta berhadapan kos hidup yang tinggi.
“Masa memancing undi bukan main lagi pihak kerajaan membuat janji itu dan ini, tetapi dalam keadaan sekarang pihak kerajaan tak pula muncul,” luah Mohd Ridzuan Puteh dalam dialog bersama calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar, Yohanis Ahmad.
Difahamkan projek perumahan Taman Gelanggi Perdana mula diusahakan pada 2001 yang dikatakan mempunyai kaitan dengan bekas Adun Pulau Tawar.
Pemilik dikatakan sudah acap kali bertemu pihak wakil rakyat, kerajaan dan pemaju bagi meminta penjelasan kenapa rumah mereka tidak boleh didiami namun tiada jawapan konkrit diperolehi.
Sementara itu, Yohanis dalam responsnya berkata sikap kerajaan BN dan wakil rakyatnya sendiri yang tidak cakna dengan masalah para pembeli rumah dan tidak serius mendengar denyut jantung penduduk di Dun Pulau Tawar.
“Mereka hanya pandai berjanji, kalau diikutkan Simpang Luar Jengka 8 ini dijanjikan Kerajaan BN mahu dijadikan sebagai Bandar Satelit walhal masalah perumahan pendudukpun tak boleh selesai,” katanya.
Kerjasama PAS dan DAP : Suatu penjelasan
Ustaz Nasrudin bin Hasan, | 25 Apr 2013 |
Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.
Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil.
Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul secara adil, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada Umno dan BN lalu memenangi pilihan raya secara gentleman. Malangnya demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh Umno dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.
Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya umat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul SAW bertindak melalui sirah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekali gus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin (rahmat - naungan kasih buat seluruh alam).
Antara tindakan bestari Baginda Rasul SAW ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non-Muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan nenentang kezaliman :
Hilful Mutaiyyibin
Nabi Muhammad SAW pernah menjelaskan mengenai Tahaluf ini sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud, "Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian (tahaluf) al-mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali." (riwayatkan Imam Ahmad di dalam al Musnad Jil 1. hlmn 190-193)
Perjanjian atau kerjasama (tahaluf) ini wujud apabila timbul persengketaan dalam kalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam-zam. Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama (tahaluf) untuk tidak merampas hak masing-masing.
Hilful Fudhul
Urutan Perjanjian Mutayyibin, Perjanjian atau kerjasama "fudhul" dimeterai untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah. Sama ada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah, juga kepada orang-orang asing yang berurusan di Kota Makkah. Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dalam kalangan mereka.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an, adanya satu perjanjian atau kerjasama - fudhul - yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah. Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam, maka aku akan menyetujuinya."
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq. Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan (tadlis) di sini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.
Al-Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik-baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dalam kalangan bangsa Arab. Ia tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al-Ashi bin Wai'l, seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya.
Mengenai kisah Hilful Fudhul ini, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :
Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya diceroboh pencuri (waliyazubillah - sebagai contoh). Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134,000. Pencurinya seorang perempuan tetapi lariannya ligat dan pantas, lalu saya berteriak, "Tolong! Tolong! Perempuan itu curi wang saya!" Tiba - tiba jiran - jiran saya yang seorang India beragama Hindu namanya Balendran (sekadar contoh) dan juga orang Cina beragama Kristian namanya Vincent (sekadar contoh), malah ramai lagi jiran saya turut keluar mengejar pencuri tersebut sekalipun mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.
Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa-rupanya bulan lepas rumah mereka juga diceroboh oleh pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100,000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama-sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul di hadapan rumah saya di Jalan Raja Laut (sekadar contoh), lalu mereka melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.
Kendati pun saya seorang Muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non-Muslim, Islam membenarkan saya memeterai perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM134,000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba-tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non-Muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, India dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.
Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut TOTO dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab yang diterjemahkan sebagai, "Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu."
Begitu juga orang tua-tua pernah bisik pada saya, Umno ini "Bagai paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Tetapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai Umno ini. Kata mereka, "Paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga".
Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka? Bukankah Umno menjadi alat dan binatang tunggangan dalam Barisan Nasional?
Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang satu ketika dahulu, tetapi malangnya Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?
http://www.tarbawi.my
Dr Dzulkefly tak mahu selesa dengan analisis kemenangan
Muhammad Faizal, | 25 Apr 2013 |
KUALA SELANGOR: Calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala
Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mahu mengambil peluang kempen ini untuk
bertemu seramai mungkin pengundi di kawasannya.
Menurutnya, biarpun beliau penyandang kerusi tersebut, namun beliau tidak mahu mengambil sikap terlalu selesa sehingga mengabaikan tanggungjawab bertemu pengundinya.
Beliau juga berkata, barpun terdapat analisis kenenangan terhadapnya, namun beliau tidak mahu terlalu bergantung kepada kajian tersebut malah lebih selesa melihat respon pengundi secara realiti.
"Analisis sokongan adalah sesuatu yang baik untuk semangat seseorang calon itu melakukan gerak kerja tetapi jika terlalu bergantung dengan analisis akan merugikan calon.
"Pada kempen kali ini saya mengambil pendekatan rendah diri walaupun ada mengatakan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat meningkat, peluang menang cerah tetapi saya tetap turun ke bawah bertemu pengundi.
"Bagi saya sebagai penyandang sebenarnya satu tugas berat untuk kita bekerja kerana pengundi akan menilai segala apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh lima tahun sebelum ini," jelas beliau.
Tinjauan Harakahdaily di sini mendapati masyarakat Kuala Selangor menyambut baik pencalonan beliau untuk meneruskan usaha khidmat di Parlimen Kuala Selangor pada kali ini.
Tidak kira sama ada masyarakat Melayu, Cina mahupun India mereka berpendapat Dr Dzulkefly merupakan individu yang senang didekati dan perihatin kepada setiap masalah penduduk.
Dr Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut memberitahu, baki 11 hari tempoh berkempen ini beliau menekankan kawasan-kawasan belum beliau beri tumpuan yang khusus.
"11 hari adalah satu tempoh yang amat singkat, selain saya bertemu pengundi-pengundi di kawasan-kawasan yang selalu saya pergi tetapi terdapat kawasan khusus yang perlu ditumpukan.
"Kita kekal undi yang sedia ada tetapi gempur kawasan kubu kuat BN untuk kita tambah undi yang kita perolehi sebelum ini," katanya lagi.
Beliau yakin sekiranya seseorang wakil rakyat itu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipilih oleh rakyat, mereka akan terus memilih pada pilihanraya akan datang.
Dalam
kolum Simpul Mati, akhbar INIKALILAH terbitan 24-30 April lalu, saya
merakamkan pengalaman dan gelodak rasa pada hari penamaan calon PRU13,
khususnya semasa mengikuti dari dekat calon PAS di Putrajaya, Husam
Musa.
Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor. Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.
(Saya difahamkan kemudiannya bahawa jentera kempen PAS berdepan pelbagai bentuk sabotaj dan aksi ganas-samseng, termasuk kesukaran untuk memasang bendera dan poster. Umno sengaja mendedahkan kepada dunia; tindakan barbarik tidak bertamadun penggerak partinya bukan hanya di kawasan pendalaman seperti penempatan Felda atau kampung tradisi tetapi membarah di kota-kota besar).
Umum mengakui ragam politik pada pagi Sabtu itu begitu meriah, menarik (juga mengejutkan) dan mencatat rekod bukan saja dari segi pertambahan jumlah calon Bebas, tetapi turut menyaksikan pertembungan dalaman kedua-dua gabungan parti, BN dan Pakatan Rakyat.
Kemelut dalaman Pakatan cepat diselesaikan. Walaupun reaksi akar umbi di kawasan tertentu tidak mudah dikendurkan dalam masa singkat, namun ia jauh berbeda dengan krisis dalaman Umno yang berpanjangan dan juga perselisihan di antara parti-parti komponen BN, yang dijangka membawa natijah lebih buruk kepada prestasi BN pada 5 Mei nanti.
Seperti orang lain juga, saya agak terkejut dengan barisan calon "boleh menang" yang diputuskan Najib Razak sendiri. Sehingga hari ini saya belum dapat memahami mengapa Zulkifli Nordin boleh dipilih BN di Shah Alam, pusat pentadbiran negeri termaju.
Semakin payah saya mencari alasan bagaimana calon BN di Pasir Mas, Che Johan Che Pa boleh memberi laluan kepada Ibrahim Ali. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua pemimpin utama Perkasa. Kalau diikutkan pengaruh, apalah yang ada lagi pada Ibrahim, calon Bebas yang pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, 2005? Melainkan saya terpaksa merumuskan bahawa semua itu membuktikan pengaruh Dr Mahathir Mohamad begitu mencengkam dalam Umno.
Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Zulkifli dan memberi laluan kepada Ibrahim, menunjukkan Dr Mahathir mempunyai "kuasa mutlak" dalam Umno, termasuk "satu hari nanti beliau akan meletakkan Ibrahim sebagai perdana menteri". "Perkasa sudah menjadi parti komponen ke-14 dalam BN," katanya.
Apa pun, sebagai pengamal media, saya lebih suka meneliti situasi kempen, terutama jika ia bercanggah dengan amalan demokrasi, mencabuli adab dan peraturan serta mengetepikan etika. Paling penting, mengapa selepas dilipatgandakan tuntutan Bersih, termasuk melalui siri himpuna raksasa, namun amalan rasuah dan "beli undi" terus berleluasa semasa kempen, manakala akses media untuk parti-parti bertanding selain BN, semakin disekat.
II.
Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamad Agus Yusof tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.
Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.
"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."
"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.
PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."
"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."
Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."
Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.
Saya sejak lama menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.
Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.
Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.
"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."
Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."
III.
Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.
Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana. Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.
Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.
Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.
“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."
Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."
Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."
IV.
Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.
Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM.”
Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."
Mengulas kempen MCA memburukkan DAP, Kit Siang berkata: "Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam."
Dalam The Star baru-baru ini, iklan bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.
"Umno pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini," tegas Kit Siang.
Menyentuh momokan MCA terhadap pemerintahan PAS di Kelantan, Kit Siang mempunyai jawapan mantap: "MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.
"Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan."
Lega saya. Titik.
Anwar (kiri) mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah
selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.
Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.
Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.
"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.
Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.
Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.
Menurutnya, biarpun beliau penyandang kerusi tersebut, namun beliau tidak mahu mengambil sikap terlalu selesa sehingga mengabaikan tanggungjawab bertemu pengundinya.
Beliau juga berkata, barpun terdapat analisis kenenangan terhadapnya, namun beliau tidak mahu terlalu bergantung kepada kajian tersebut malah lebih selesa melihat respon pengundi secara realiti.
"Analisis sokongan adalah sesuatu yang baik untuk semangat seseorang calon itu melakukan gerak kerja tetapi jika terlalu bergantung dengan analisis akan merugikan calon.
"Pada kempen kali ini saya mengambil pendekatan rendah diri walaupun ada mengatakan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat meningkat, peluang menang cerah tetapi saya tetap turun ke bawah bertemu pengundi.
"Bagi saya sebagai penyandang sebenarnya satu tugas berat untuk kita bekerja kerana pengundi akan menilai segala apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh lima tahun sebelum ini," jelas beliau.
Tinjauan Harakahdaily di sini mendapati masyarakat Kuala Selangor menyambut baik pencalonan beliau untuk meneruskan usaha khidmat di Parlimen Kuala Selangor pada kali ini.
Tidak kira sama ada masyarakat Melayu, Cina mahupun India mereka berpendapat Dr Dzulkefly merupakan individu yang senang didekati dan perihatin kepada setiap masalah penduduk.
Dr Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut memberitahu, baki 11 hari tempoh berkempen ini beliau menekankan kawasan-kawasan belum beliau beri tumpuan yang khusus.
"11 hari adalah satu tempoh yang amat singkat, selain saya bertemu pengundi-pengundi di kawasan-kawasan yang selalu saya pergi tetapi terdapat kawasan khusus yang perlu ditumpukan.
"Kita kekal undi yang sedia ada tetapi gempur kawasan kubu kuat BN untuk kita tambah undi yang kita perolehi sebelum ini," katanya lagi.
Beliau yakin sekiranya seseorang wakil rakyat itu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipilih oleh rakyat, mereka akan terus memilih pada pilihanraya akan datang.
Husam, Agus, Kit Siang dan Mat Taib
Ahmad Lutfi Othman, | 25 Apr 2013 |
Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor. Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.
(Saya difahamkan kemudiannya bahawa jentera kempen PAS berdepan pelbagai bentuk sabotaj dan aksi ganas-samseng, termasuk kesukaran untuk memasang bendera dan poster. Umno sengaja mendedahkan kepada dunia; tindakan barbarik tidak bertamadun penggerak partinya bukan hanya di kawasan pendalaman seperti penempatan Felda atau kampung tradisi tetapi membarah di kota-kota besar).
Umum mengakui ragam politik pada pagi Sabtu itu begitu meriah, menarik (juga mengejutkan) dan mencatat rekod bukan saja dari segi pertambahan jumlah calon Bebas, tetapi turut menyaksikan pertembungan dalaman kedua-dua gabungan parti, BN dan Pakatan Rakyat.
Kemelut dalaman Pakatan cepat diselesaikan. Walaupun reaksi akar umbi di kawasan tertentu tidak mudah dikendurkan dalam masa singkat, namun ia jauh berbeda dengan krisis dalaman Umno yang berpanjangan dan juga perselisihan di antara parti-parti komponen BN, yang dijangka membawa natijah lebih buruk kepada prestasi BN pada 5 Mei nanti.
Seperti orang lain juga, saya agak terkejut dengan barisan calon "boleh menang" yang diputuskan Najib Razak sendiri. Sehingga hari ini saya belum dapat memahami mengapa Zulkifli Nordin boleh dipilih BN di Shah Alam, pusat pentadbiran negeri termaju.
Semakin payah saya mencari alasan bagaimana calon BN di Pasir Mas, Che Johan Che Pa boleh memberi laluan kepada Ibrahim Ali. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua pemimpin utama Perkasa. Kalau diikutkan pengaruh, apalah yang ada lagi pada Ibrahim, calon Bebas yang pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, 2005? Melainkan saya terpaksa merumuskan bahawa semua itu membuktikan pengaruh Dr Mahathir Mohamad begitu mencengkam dalam Umno.
Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Zulkifli dan memberi laluan kepada Ibrahim, menunjukkan Dr Mahathir mempunyai "kuasa mutlak" dalam Umno, termasuk "satu hari nanti beliau akan meletakkan Ibrahim sebagai perdana menteri". "Perkasa sudah menjadi parti komponen ke-14 dalam BN," katanya.
Apa pun, sebagai pengamal media, saya lebih suka meneliti situasi kempen, terutama jika ia bercanggah dengan amalan demokrasi, mencabuli adab dan peraturan serta mengetepikan etika. Paling penting, mengapa selepas dilipatgandakan tuntutan Bersih, termasuk melalui siri himpuna raksasa, namun amalan rasuah dan "beli undi" terus berleluasa semasa kempen, manakala akses media untuk parti-parti bertanding selain BN, semakin disekat.
II.
Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamad Agus Yusof tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.
Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.
"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."
"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.
PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."
"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."
Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."
Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.
Saya sejak lama menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.
Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.
Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.
"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."
Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."
III.
Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.
Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana. Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.
Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.
Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.
“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."
Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."
Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."
IV.
Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.
Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM.”
Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."
Mengulas kempen MCA memburukkan DAP, Kit Siang berkata: "Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam."
Dalam The Star baru-baru ini, iklan bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.
"Umno pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini," tegas Kit Siang.
Menyentuh momokan MCA terhadap pemerintahan PAS di Kelantan, Kit Siang mempunyai jawapan mantap: "MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.
"Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan."
Lega saya. Titik.
Kedatangan Anwar tarik 20,000 orang di Segamat
Kedatangan
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu
kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik
lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di
bandar itu sejak kebelakangan ini.Anwar (kiri) mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah
selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.
Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.
Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.
"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.
Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.
Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.
AJK Surau dipecat serta-merta kerana benar Husam berta'aruf
Posted on Thursday, April 25 @ 11:12:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Abbas
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tertekan dengan kemaraan Husam mula menabur fitnah jijik terhadap Naib Presiden PAS itu hingga sanggup mengeluarkan risalah yang terang-terang memfitnah Husam!
Terbaru, dia menggunakan spy untuk meneliti setiap pergerakan Husam dan akan menekan mana-mana pegawai yang dilihatnya 'berbuat' baik dengan Hussam termasuk di masjid dan Surau.
Pada 20hb baru-baru iniAJK Surau Abdul Rahman Auf dipecat serta-merta kerana benar husam calon P125 Putrajaya bertaa'ruf. Ini suatu yang paling jahat dan bodoh dalam sejarah demokrasi di Malaysia dilakukan oleh UMNO @ BN.
Dalam facebook yang calon P125 ada menyebut:
Pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.
Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI... di Pejabatnya pagi tadi & seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.
Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya & Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.
Jawi seudah menjadi lidah UMNO bukan lagi mengikut Sultan atau Agong??

Tiada ulasan:
Catat Ulasan