Posted on Wednesday, April 24 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,
Saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam, demikian antara lain auta mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. "Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum.
Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi.
Tapi katanya lagi, BN dah lama laksanakan hudud dengan rotan yang digunakan untuk merotan orang berzina dan orang yang menuduh wanita baik berzina sudah lama ada, begitu juga batu yang digunakan untuk merejam penzina yang sudah berkahwin juga sudah ada, pisau yang digunakan digunakan untuk memotong tangan pencuri juga sudah ada, malah sudah berapa ramai pencuri yang dikerat tangan dari kalangan pemimpin BN yang beragama Islam?
Itu maksudnya apabila dr Juanda Jaya berkata, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.Dr Juanda juga mendakwa PAS walaupun mendakwa memperjuangkan Islam tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.Kerana ketiadaan bukti inilah barangkali Mat Tyson masuk PAS! Orang yang kurang ilmu berhijrah dari UMNO kepada PAS, tetapi orang berilmu pula bersubahat dengan pembohongan UMNO.
Inilah pandangan mufti yang banyak ilmu, pandangan yang buta sebelah mata kerana tidak nampak perundangan syariah apa yang sudah dilaksanakan BN dan tidak nampak kenapa Kelantan masih gagal melaksanakan hudud dan tidak nampak kenapa Terengganu yang diperintah BN masih tidak melaksanakan hudud walapupun undang undangnya sudah ada. Mana perundangan syariah yang diperjuangankan UMNO?
Muftipun nak bersubahat dengan dasar pragmatis UMNO ka? berbohong mengenai syariah semata mata nak dapatkan undi?
INI beritanya yang dari Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR 23 April - Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.
Tegas beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.
Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam.
"Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.
"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi."
Nasib Baik Mamat ini tak jadi calon PKR
Posted on Tuesday, April 23 @ 14:22:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh FS
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Katanya lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.
Dr Juanda dan Dr Hassan membantu kempen UMNO @ BN di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur malam tadi.
Sebelum ini ramai orang marah kepada PAS kerana PAS tak boleh bertolenrasi dengan PKR untuk kerusi Kangar. Perlis. Ramai penulis-penulis mencemoh PAS termasuk Mohd Sayuti Omar atas tindakan PAS.
Sedang mereka tidak sedar bahawa PAS berbuat demikian bagi menyelematkan Pakatan Rakyat daripada calon yang tidak dikenalpasti secarah halus kedudukannya. Calon tangkap muat sekadar untuk menuntut pembahagian kerusi dengan memberikan tokoh masyarakat supaya kelebihan berada pada tuntutan tersebut amat membahayakan kedudukan Pakatan Rakyat apabila menang nanti.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman juga membuat kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Kangar dalam pilihanraya umum 5 Mei nanti.
Dia juga mengesahkan kedudukan seorang lagi calon dari PAS, Baharuddin Ahmad yang tidak akan bertanding setelah pertikaian mengenai siapa yang menjadi wakil Pakatan Rakyat timbul sebelum ini.
Tapi alhamdilillah atas kebijaksanaan kepimpinan Pakatan Rakyat dan atas desakan daripada maklumat dalaman PAS bahawa Dr Jaunda masih tidak mempunyai komitmen yang jitu dalam menghadapi pilihan raya nanti, akhirnya PAS bertanding di 3 parlimen di Perlis.
Alhamdulillah juga akhir terbukti Dr Jaunda adalah insan yang tidak boleh dipercayai...
Ketua Pemuda BN Terengganu: 'Henti tayang video lucah'
24 April 2013
Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya.
Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung.
Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang.
“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,”
katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu.
Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN.
“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin.
“Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan,” katanya.
Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan.
“Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang,” katanya.
'KM S'wak baru jika Pakatan ambil alih Putrajaya'
Sarawak
mungkin mendapat ketua menteri baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya
mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata setiausaha agung DAP Lim Guan
Eng.Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dapat menyiasat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan tidak akan dihalang oleh kerajaan persekutuan.
“Pada masa itu (apabila kerajaan membentuk kerajaan), undang-undang akan dapat dijalankan dan (SPRM) akan dapat mencari bukti (berhubung dakwaan rasuah melibatkan Taib),” katanya semasa kempen sehari di Sibu, Sarawak.
Beliau yakin, bukti berhubung pelbagai dakwaan rasuah yang didakwa melibatkan ketua menteri itu pasti wujud.
“Tapi sekarang agensi penguatkuasa takut pada dia,” katanya lagi.
Taib masih kekal sebagai ketua menteri walau selepas pilihan raya umum 5 Mei memandangkan pilihan raya negeri hanya akan dijalankan pada 2016.
Umno Lenggeng protes dalam diam, kata sumber
Peluang
BN mengekalkan DUN Lenggeng di Negeri Sembilan dengan mempertaruhkan
panglima perang Umno negeri, Datuk Ishak Ismail kini semakin kurang
jelas.
Ia kerana wujud penolakan daripada akar umbi Umno setempat di Lenggeng terhadap pencalonan ketua Umno bahagian Seremban itu.
Perkara itu mula dikesan sejak beberapa hari sebelum penamaan calon apabila ahli Umno Lenggeng sebelum ini dilaporkan mengugut akan meletakkan calon Bebas sekiranya Ishak diamanahkan BN negeri untuk bertanding di situ.
Ia menjadi kenyataan apabila ketua penerangan cawangan, Zulkifli Abdullah disahkan sebagai sebagai calon Bebas menentang Ishak dan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.
Penyandang kerusi berkenaan ialah Mustafa Salim, yang baru dibebaskan oleh mahkamah pada Mac lalu daripada sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM20,000 atas satu tuduhan menerima rasuah.
Zulkifli pula, yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas, adalah di antara nama-nama yang sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikan Mustafa di kerusi tersebut.
Selain Zulkifli, satu lagi nama yang disebut-sebut sebelum ini adalah ketua penerangan Umno cawangan Panchor, Syamsul Amri Ismail.
Satu sumber yang rapat dengan Syamsul sewaktu dihubungi Malaysiakini melahirkan rasa hairannya apabila Ishak menerima pencalonan itu.
"Datuk Ishak dalam ucapannya sebelum ini, sebelum nama beliau dicalonkan, pernah menegaskan yang beliau tidak mahu menjadi calon walau pun ditawarkan mana-mana kerusi oleh menteri besar," kata sumber tersebut yang enggan dinamakan.
Tanpa merujuk secara langsung kepada Ishak, beliau berpendapat sesetengah calon Umno kali ini tidak menepati kriteria boleh menang yang digariskan perdana menteri – orang muda, berpendidikan tinggi dan diterima orang ramai.
Beliau yang bertugas sebagai penjawat awam berkata, kalangan ahli Umno di kawasan itu mungkin tidak menunjukkan bantahan mereka secara terang-terangan.
Bagaimanapun, kalangan ahli Umno di Lenggeng itu tetap membantah dalam diam dan mungkin menzahirkannya di kertas undi kelak, katanya.
"Yang saya nampak jentera (Umno Lenggeng) kini 'tenang' sahaja," kata sumber tersebut.
Situasi yang sama turut dihadapi calon parlimen Seremban, Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai yang dilaporkan menerima bantahan daripada kira-kira 50 ahli MCA bahagian tersebut.
Namun, situasi Yeow dilihat lebih baik berbanding Ishak kerana ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei yang mengetuai kumpulan penentang tersebut kini membawa diri ke luar negara.
Peter sewaktu dihubungi Malaysiakini semalam berkata beliau berada di satu lokasi di luar negara dan menjelaskan beliau dan orang-orangnya hanya menolak pencalonan Yeow tetapi mereka tidak memboikot kempen beliau.
Seorang wakil Yeow, Datuk Leong Teong Chwee diketika dihubungi turut menjelaskan bahawa kempen Yeow kini tetap berjalan lancar dengan dukungan seluruh jentera BN Seremban.
Yeow yang pernah menjadi ADUN Lukut selama hampir 20 tahun sebelum ini merupakan senator Dewan Negara dan mengasaskan Pusat Dialisis Mawar di Negeri Sembilan.
Beliau bakal berhadapan saingan sengit dengan bekas ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dalam pertandingan lima penjuru melibatkan DAP, BERJASA dan dua lagi calon Bebas.
Selain Lenggeng, tujuh lagi kerusi DUN Negeri Sembilan ditandingi calon Bebas – Jeram Padang, Nilai, Seri Menanti, Bukit Kepayang, Senawang, Port Dickson, dan Repah.
Dua lagi kerusi parlimen juga turut menarik tumpuan calon Bebas ialah Rembau dan Teluk Kemang.

'Orang India amat meluat dengan Zul Noordin'
Ciuman
dari anggota masyarakat India tidak memadai untuk menyelamatkan calon
BN untuk kerusi parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin, atau menjadi
penawar kepada perasaan “amat meluat” di kalangan warga berkenaan, kata
ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim."Jarang sekali kita mendapat ahli politik seperti ini, penuh dengan ketaksuban kaum, merendah-rendahkan agama dan kepercayaan lain,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Anwar juga tertanya-tanya mengapakah pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak meletakkan Zulkifli sebagai calon di kawasan tersebut.
Sedangkan, masyarakat India kini “sangat meluat” dengan Zulkifli yang merupakan naib presiden PERKASA itu, katanya.
Sentimen itu tidak boleh ditawarkan dengan hanya satu ciuman, kata Anwar lagi.
Zulkifli pada hari penamaan calon Sabtu lalu dirakam dalam keadaan beliau dirangkul erat dan dikucup oleh seorang lelaki, yang merupakan seorang penyokong dari BN dari kelompok masyarakat India.
Najib menguar-uarkan kucupan tersebut sebagai tanda bahawa masyarakat India sudahpun menerima Zulkifli yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kenyataannya berhubung dewa Hindu.
Najib juga berkata Zulkifli berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan tersebut.
Hujan lebat, masjid Jengka tetap melimpah bersama Ustaz Azhar
Harakahdaily, | 24 Apr 2013 |
(Penuh sesak Masjid Sultan Ahmad Shah di Bandar Pusat Jengka malam tadi mengikuti kuliah Ustaz Azhar)
JENGKA: Hujan lebat dan pertukaran lokasi pada saat-saat akhir tidak dapat menghalang semangat mencari ilmu warga Jengka untuk mengikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus sehingga melimpah Masjid Sultan Ahmad Shah di Bandar Pusat Jengka semalam.
Hujan lebat yang enggan berhenti sejak 6 petang memaksa para penganjur kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk menukar lokasi pada saat-saat akhir dari Padang Awam Taman Jengka Mahkota ke Masjid Sultan Ahmad Shah.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) memberitahu Harakahdaily keputusan itu terpaksa diambil kerana keadaan hujan lebat menyebabkan lokasi padang itu terlalu becak.
“Yang mengikuti kuliah Ustaz Azhar terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah orang-orang tua – derita mereka jika terpaksa duduk di padang yang becak dan terkena hujan sepanjang kuliah,” terang Tuan Ibrahim.
Beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap para peniaga kecil yang sudah menyediakan gerai di Padang Awam Taman Jengka Mahkota.
“Semoga Allah murahkan lagi rezeki mereka,” kata Tuan Ibrahim, yang juga merupakan calon PAS di DUN Jengka.
Walaupun keadaan sedikit kelam-kabut akibat penukaran tempat, Masjid Sultan Ahmad Shah tetap dipenuhi warga yang ingin menuntut ilmu sehingga melimpah dan ramai yang terpaksa berdiri dalam hujan untuk mengikuti kuliah Ustaz Tuan dan juga Ustaz Azhar.
Dalam permulaan kuliahnya, Tuan Ibrahim memohon maaf di atas pihak penganjur atas penukaran lokasi di saat-saat akhir.
Beliau berkata usaha awal untuk menyewa Mini Stadium Jengka gagal. Stadium tersebut kini di bawah pengurusan Felda.
"Tak apa. Insha-Allah lepas ini (selepas PRU13), kita akan buat kuliah di Stadium Darul Makmur,” kata Tuan Ibrahim.
Antara isi menarik kuliah Tuan Ibrahim ialah beliau mengingatkan para hadirin bagaimana seseorang ulama boleh menjadi punah.
“Seorang ulama menjadi punah apabila dia mengkhianati ilmu yang ada padanya. Dalam konteks negara, rakyat akan rosak sekiranya pemimpinnya punah,” tegas beliau.
Dalam kuliahnya, Ustaz Azhar menasihatkan orang ramai untuk menghadiri kuliah di masjid – bermula selepas Maghrib sehingga selepas Isyak.
“Antara tengok berita dan dengar kuliah, pergi kuliah timba ilmu. Kuliah ini FOC (free of charge) tak perlu bayar. Cuma ada minta derma. Derma ini tak wajib. Yang sudi derma panjang umur. Yang tak sudi derma pendek umur. Tu saja,” kata beliau menyebabkan semua hadirin tertawa.
Tidak lama lagi, YB Putrajaya - Editor akhbar harian
Harakahdaily, | 24 Apr 2013 |
(Penduduk Putrajaya khusyuk mendengar ceramah Husam di kawasan kejiranan mereka)
KUALA LUMPUR: "Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.
Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.
Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.
Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.
Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.
Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.
(Kereta kempen Husam di Putrajaya)
Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.
Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.
Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.
Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.
Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.
Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan