Selasa, 30 April 2013

JANJI PALSU PUN MENINGKAT...ORANG BERLAGAK BAIK PUN MENINGKAT...KERJA2 MEMBODEK PUN MENINGKAT....MUSUH PUN MENINGKAT..FITNAH2 PUN MENINGKAT....KAWAN2 PALSU PUN MENINGKAT...IBADAH2 PALSU PUN MENINGKAT....KERJA2 AUTA@PENIPU PUN MENINGKAT...JANGAN2 MAKSIAT PUN MENINGKAT....JANGAN DAH MISKIN ESOK BAWA MANGKUK TINGKAT...SEBAB DAH BERJOLI AWAL2 LAGI



Gadis X, Y dakwa dicabul dalam program Najib
Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

NONENajib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.

"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

"Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'.
NONE
Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas.

Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya.

Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.

"Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.

"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya.



SKMM: sebaran SMS palsu, berniat jahat meningkat
10:06AM Apr 30 2013
Penyebaran kenyataan berniat jahat dan palsu yang disebarkan melalui SMS dan media sosial meningkat kebelakangan ini, dipercayai ekoran kehangatan kempen pilihan raya yang tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, perkara itu disedari hasil pemantauan terhadap aduan yang diterima serta kes-kes yang dirujuk oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada mereka.

"SKMM ingin mengingatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan yang menaja aktiviti sedemikian untuk menghentikan aktiviti tersebut dengan segera atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang," kata SKMM.

Dalam kenyataannya hari ini, suruhanjaya itu juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang dibaca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihannya sebelum membuat sebarang kesimpulan atau memanjangkan mesej berkenaan.

Menurut SKMM, orang yang menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial boleh didakwa bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika didapati
bersalah boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

JPN: Pemegang MyKas tak layak mengundi



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said berkata berdasarkan status sebagai Pemastautin Sementara yang membawa makna bukan berstatus warganegara Malaysia, pemilik MyKas tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Sehubungan itu beliau berkata dakwaan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini, ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya JPN, serta bertujuan mengelirukan orang ramai.

"Kad Pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2001), kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia.

"Namun status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan atau masih belum ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jariah berkata pada 2008 Kad Pengenalan Pemastautin Sementara yang baharu telah dikeluarkan dan dikenali sebagai MyKas berwarna hijau sepenuhnya dengan mengekalkan catatan Pemastautin Sementara serta dicatat sebagai Bukan Warganegara pada kad itu, dengan tempoh sah laku selama lima tahun dan boleh diperbaharui semula.

"Sebelum 2009, semua kad pengenalan dikeluarkan menggunakan kad yang sama berwarna biru, sama ada kepada mereka yang bertaraf warganegara atau bukan warganegara.

"Bagaimanapun bagi Kad Pengenalan Pemastautin Sementara terdapat perbezaan pada muka depan kad tersebut iaitu mempunyai catatan tarikh luput, 'Pemastautin Sementara' dan terdapat lima segi tiga berwarna hijau pada permukaan kad," katanya.

- Bernama

Proses undi di Lumut lancar
Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
PRU13
LUMUT - Proses pengundian awal warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjalan lancar seawal jam 9 pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TLDM di sini.

Calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid hadir jam 9.40 pagi  bertemu pengundi.

Diikuti lima minit kemudian, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Kong Cho Ha.

Pengundian awal ini melibatkan  keseluruhan 12,766 warga TLDM termasuk pasangan. Setakat jam 10 pagi, keadaan dalam kem adalah terkawal termasuk laluan trafik ke tempat pengundian.

Beberapa anggota polis juga bertugas menjaga setiap saluran bagi tujuan keselamatan.

Che Johan: 'Saya tidak takut atau bersembunyi'
Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Saya tidak sembunyi: Johan
Pemimpin BN Pasir Mas melaungkan kata semangat Gelombang Merah bersama Tun Mahathir, kelmarin.
PASIR MAS – “Saya tidak takut atau bersembunyi,” kata Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa semasa majlis mesra bersama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, kelmarin.

Johan berkata, selepas beliau tidak menyerahkan borang pencalonan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), 20 April lalu, banyak pihak mengeluarkan dakyah bahawa beliau takut berdepan dengan masyarakat.

“Ada yang kata saya lari, sembunyi dan enggan bertemu dengan masyarakat khususnya penyokong Umno.

“Saya tidak sembunyi, sebaliknya mengikuti semua gerak kerja bersama calon BN di sini dan bertindak sedemikian selepas menilai semua aspek baik dari sudut positif mahupun negatif,” katanya ketika berucap.

Menurutnya, beliau mendapat pandangan daripada banyak pihak supaya berfikir dengan bijak, termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Menghormati nasihat Tun sebagai pemimpin malah mengagumi kepimpinan Datuk Ibrahim Ali, saya rela menarik diri daripada bertanding dalam PRU kali ini,” katanya.

Sementara itu, Tun Mahathir berkata, sekiranya wujud pertembungan tiga penjuru bagi P22, beliau percaya BN berdepan jalan sukar untuk mengalahkan calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, tiada guna BN berkempen untuk kalah dan sedar ia akan memberi kemenangan mudah kepada Pas.

Menurutnya, tindakan Che Johan tidak menyerahkan borang semasa penamaan calon 20 April lalu adalah tepat, kerana ia akan menyebabkan Pas kalah di tangan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Mahathir mengakui, ramai pemimpin BN kecewa apabila tidak tercalon dalam PRU kali ini, hingga ada yang bertindak hingga merugikan parti.

“Tidak bagi Johan, apabila beliau sanggup tarik diri demi memastikan Pas kalah, meskipun sedar beliau mungkin akan dikenakan tindakan disiplin.

“Pemimpin BN perlu mencontohi Johan kerana peranannya adalah untuk parti, bukannya diri sendiri,” katanya, selepas majlis, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ibrahim dan calon BN bagi Dun Tendong Datuk Hanapi Mamat, Dun Pengkalan Pasir Tuan Anuwa Tuan Mat dan Dun Chetok Aimi Jusoh.

Akibat tindakan Johan, PRU yang dijangka berlangsung Ahad ini akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, dengan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Fitnah bukan budaya BN
Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Fitnah bukan budaya BN
Shamsulkahar (tiga, kiri) sempat beramah mesra dengan peniaga kedai kuih di Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.
JEMPOL - “Kita (Barisan Nasional) bercakap apa yang kita laksanakan dan rancang, janji ditepati, bukan berkempen siang malam membuat pertuduhan tidak berasas sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Demikian kata calon BN bagi kerusi Dun Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli selepas berkempen di sekitar Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.

Kata beliau, pihak lawan bebas untuk bertanding mahupun berkempen ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini berikutan Malaysia mengamalkan demokrasi.

“Cara mana pihak lawan untuk berkempen, terpulang kerana itu hak mereka, cuma tinggal lagi dari segi fitnah-memfitnah bukan budaya amalan BN.

“Apa yang mengecewakan, mereka (PR) sering buat pertuduhan tidak berasas, kemudian timbul pula persepsi atau celarukan minda dan pemikiran masyarakat pada hari ini iaitu ketika kita dalam suasana aman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berkempen di sekitar Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Shamsulkahar berkata, menerusi perkembangan terkini yang diterimanya setakat ini, Dun Serting dilihat kekal sebagai kubu kuat BN.

Katanya, keyakinan itu juga diperkuatkan bahawa sebelum ini Dun Serting secara tradisinya dimiliki penuh oleh BN.

Malah, Shamsulkahar turut mengakui menerima sokongan penuh daripada kalangan pemuda dan pengundi baru.

“Sehingga kini juga, sepanjang tempoh lima tahun saya berkhidmat sebagai Adun Dun Serting sebelum ini, tiada masalah ataupun aduan tertunggak.

“Cumanya aduan tentang peneroka yang mahukan pinjaman perumahan Felda dipercepatkan, hal ini telah saya panjangkan kepada pengurusan Felda.

“Manakala, masalah bekalan air juga telah diselesaikan iaitu dengan naik taraf loji air Bahau, naikkan kapasiti air sedia ada untuk daerah Jempol khususnya kawasan Felda Serting Hilir Kompleks dan Raja Alias yang ada gangguan bekalan air,” katanya.

Namun kata Shamsulkahar, tindakan diambil oleh kerajaan negeri menaik taraf loji air di Bahau, Jempol daripada 7 juta gelen kepada 14 juta gelen dalam satu-satu masa, dengan kos RM40 juta, berjaya mengatasi masalah gangguan air.

“Dalam masa sama kawasan Felda Serting Hilir Kompleks yang mendapat bekalan air sepenuhnya dari Pahang sekarang ini 60 peratus bekalan air dari Bahau sudah sampai ke sana,” katanya.
BN tepati cita rasa orang muda
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
30 April 2013
Saiful Bahri Baharuddin
Saiful Bahri Baharuddin
KUALA TERENGGANU – Golongan muda perlu meneliti kembali khidmat dan sumbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan negara dan memberi tumpuan kepada golongan tersebut sepanjang tempoh lima tahun ini untuk memastikan mereka membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin berkata, BN menepati cita rasa orang muda berdasarkan pelaksanaan program dan pengisian yang banyak memberi tumpuan kepada golongan tersebut untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan berkenaan berfikir secara bijak untuk terus mengekalkan kestabilan negara, selain bergerak bersama kerajaan dalam memacu hala tuju dan masa depan negara yang lebih baik pada penggal akan datang.

“Mereka perlu bijak berfikir, buat perbezaan apa yang telah dilakukan kerajaan dalam tempoh lima tahun dan apa yang dilakukan pembangkang dalam tempoh tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau turut membayangkan kerugian akan berlaku sekiranya golongan muda tidak memberi perhatian terhadap perkara itu tetapi lebih suka terikut-ikut kerenah dan janji manis pembangkang.

Pada masa sama, beliau yakin dengan sokongan orang muda terhadap BN dan menyedari kecenderungan tersebut kini bukan hanya daripada penyokong parti sedia ada tetapi juga pengundi atas pagar.

Jelasnya, bagi memastikan momentum sokongan terus berlangsung sehingga PRU13, pihaknya telah mengatur pelbagai gerak kerja untuk menarik perhatian golongan tersebut.

Antaranya beliau berkata, penerangan asas mengenai kelebihan memilih BN juga disampaikan kepada rakyat untuk terus mengukuh keyakinan terhadap kerajaan sedia ada.

Saiful Bahri yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Terengganu juga cukup yakin dengan sambutan pengundi muda di luar Terengganu untuk pulang memilih BN.

“Berdasarkan pelbagai perkara dilakukan kerajaan, transformasi dalam pelbagai aspek dan manifesto yang diumumkan, sudah tentu pengundi muda memberi undi kepada BN bagi menjamin masa depan mereka,” katanya.

Mengakui kesiapsiagaan pihaknya kini sudah melebihi 100 peratus, beliau menganggap tempoh pengumuman pilihan raya yang lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini memberi cukup ruang untuk menambah nilai terhadap beberapa perkara perlu diberi perhatian.

“Dari sudut jawatankuasa keselamatan pula, ia akan diperhebat untuk berhadapan situasi luar jangka seperti provokasi dan sebagainya,” katanya.

'Saya kawan penduduk Johor dari dulu lagi'
10:20AM Apr 30 2013
Perdana Menteri meminta pengundi di Parlimen Gelang Patah supaya memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Ghani Othman, yang juga Menteri Besar Johor.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, berkata keputusan yang memihak kepada BN di Gelang Patah penting kerana ia memberikan mesej yang jelas tentang jenis kerajaan yang mereka mahu di Johor.

NONE"Beri Barisan Nasional peluang sekiranya mahu Johor dibangunkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya pada majlis ramah mesra dengan lebih 5,000 orang di Kolej Universiti Selatan di Johor Baharu malam tadi.

Turut hadir Abdul Ghani dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Perdana Menteri berkata kemenangan pembangkang di Gelang Patah akan mewujudkan budaya politik konfrontasi dan perpecahan yang akan merosakkan suasana harmoni yang sedia terjalin di antara pelbagai kaum di Johor.

Menurut Najib, beliau merupakan seorang kawan kepada penduduk Johor bukan hanya pada ketika ini tetapi sejak daripada dahulu dan mereka boleh mempercayainya.

"Saya adalah sentiasa sama dan bukan orang politik yang berubah-ubah," katanya yang merujuk kepada pemimpin pembangkang yang sanggup menipu hanya untuk mencapai agenda politik mereka.

Kerusi Gelang Patah menjadi perhatian pada PRU13, Ahad ini, kerana ia menyaksikan pertembungan di antara Abdul Ghani dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Najib turut memberi jaminan bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah hanya dipinjamkan kepada Umno dan akan dipulangkan semula kepada MCA pada pilihan raya umum akan datang.

Mengenai pendidikan Cina pula, beliau berkata kerajaan BN mempunyai sikap yang liberal terhadapnya dengan menjadikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sebahagian daripada sistem pendidikan nasional.

"Di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional memberikan kebebasan untuk memilih sistem pendidikan yang mereka mahu," katanya sambil menambah, beliau juga bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah SJKC di kawasan Iskandar Malaysia.

- Bernama

Tiada ulasan: