Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terdesak
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
DUNGUN:
Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS
Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di
markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi.Dalam ceramah itu beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
Umno sehingga kini gagal untuk menyelesaikan calon-calonnya walaupun kononnya sudah memutuskannya sebelum ini.
Usaha untuk membuang beberapa tokohnya akibat tekanan kem Tun Dr Mahathir mendapat tentangan dari kumpulan yang diketuai Datin Seri Rosmah Mansor yang masing-masing mempunyai senarai calon.
Pemuda Umno pula hilang terus dari media apabila mendapat 'gap order' dari pemimpin Umno tertentu yang berpengaruh dan menguasai Umno dan medianya.
Sejak sekian lama nama dan gambar Khairy Jamaludin tidak tersiar dalam media ekoran arahan ini.
MCA pula dalam keadaan paling parah sehingga presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini.
Media melaporkan, MCA terpaksa menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada Umno ekoran tekanan dari Umno kononnya calon mereka lebih berpeluang menang.
Antaranya kerusi Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah. Kuantan adalah kubu MCA sejak sekian lama apabila diwakili timbalan presidennya, Datuk Lim Ah Lek.
Poll
yang dibuat oleh Sinar Harian juga menunjukkan rakyat menolak
moneyfesto Umno. 81 peratus dari peserta memilih manifesto Pakatan
berbanding moneyfesto BN.Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu.
“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.
“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.
“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” katanya.
Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.”
Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.
Beratus demo bantah ketiadaan air di Kuantan
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |

(Orang ramai berdemo di padang MPK2 yang terletak di sebelah Masjid Negeri Kuantan - pic Omak Kau)
KUANTAN: Beratus-ratus pengguna air di Kuantan berdemo di pelbagai tempat di sini semalam bagi membantah ketiadaan air yang menjadi-jadi di bandar ini.
Di Padang MPK2, 'HIMPUNAN MANA AIR KAMI' berjalan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
Ia dibuat oleh mereka setelah muak dengan permasalahan air yang sering terganggu di daerah itu sejak sekian lama.


Bayangkan video lucah di FB ketika anak anda main games
| Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Apa perasaan ibubapa melihat ruang-ruang santai di FB yang anak-anaknya
masih kecil bermain games dan mengeratkan hubungan sesama sahabat
menjadi medan mereka terjebak dengan bahan-bahan lucah?"Ini perlu dihentikan," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam facebooknya bagi mengajak semua pihak menghentikan perkara ini.
Ini berikutan penyebaran video lucah yang dibuat untuk membunuh lawan politik mereka.
Sehubungan dengan itu, Tuan Ibrahim meminta semua pihak hentikan perkara ini dengan, "Undilah dengan bijak."
Cetus huru-hara: PAS janji lindungi semua kaum
| Abdul Aziz Mustapha, | 13 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Peguam Negara akan dituduh bersubahat jika enggan bertindak ke atas
tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat boleh mencetus konfrontasi
perkauman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Sambil mengecam tulisan Dr Mahathir yang disifatkannya mengapi-apikan perkauman, Mahfuz mendesak Peguam Negara segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
"Jika Peguam Negara enggan mengambil tindakan dan memilih untuk berdiam diri, beliau akan dianggap berkerjasama dengan Dr Mahathir jika tercetus konfrontasi kaum akibat tulisan bekas Presiden Umno itu," tegas beliau lagi.
Serentak dengan itu, Mahfuz memberi jaminan PAS akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat negara ini jika pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan konfrontasi kaum.
"PAS bukan sahaja sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang percubaan mencetuskan huru-hara akibat sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh Umno seperti yang terbukti dalam tulisan Dr Mahathir di dalam blognya yang bertajuk 'Gelang Patah'.
"Malah, kita memberikan komitmen untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku konfrontasi kaum seperti yang cuba diilhamkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya itu," tegas beliau.
Mahfuz menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu sebagai satu lagi bukti bahawa beliau berada dalam ketakutan untuk menghadapi kemarahan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini.
"Bukan rahsia lagi Dr Mahathir sangat takut menghadapi pilihan raya kali ini malah beliau pernah dilaporkan berkata bahawa beliau lebih bimbangkan keselamatan anak cucunya berbanding keselamatan dirinya sendiri jika Pakatan Rakyat (PR) menang.
"Tulisannya
itu jelas merupakan usaha terdesak Dr Mahathir untuk menyebarkan
ketakutannya itu kepada rakyat dan mengajak rakyat berkongsi ketakutan
peribadinya," kata Mahfuz.Menulis dalam blognya, bekas Perdana Menteri berkata, "Apabila Kit Siang memutuskan untuk bertanding kerusi majoriti Cina di Gelang Patah, ia adalah disebabkan beliau mahu orang-orang Cina di situ dan di Johor menolak untuk berkerjasama dan berkongsi dengan orang-orang Melayu.
"Konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang menyebabkan Malaysia stabil dan makmur. Kerjasama itu akan berakhir jika Kit Siang menang di Gelang Patah".
Mahfuz seterusnya mengingatkan Dr Mahathir, hanya orang salah sahaja yang takut kepada perubahan.
"JIka kita tak buat salah apa-apa, kita tidak takut berlaku perubahan kerajaan yang berlaku melalui sistem demokrasi dan mengikut lunas undang-undang.
"Jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, perlembagaan tetap sama, sistem perundangan tetap sama, bukan senang hendak menganiayai sesiapa pun jika tidak bersalah.
"Apa yang bekas Presiden Umno itu takut sangat jika beliau tidak bersalah dan jika perniagaan anak-anaknya dibuat dengan cara yang sah di sisi undang-undang?" beliau mempersoalkan.
Diminta mengulas lanjut mengenai jaminan untuk memberi perlindungan jika berlaku huru hara, Mahfuz berkata, PAS tidak bercakap kosong malah telah dibuktikan dengan tindakan kerajaan PAS di Kelantan ketika berlakunya rusuhan 13 Mei 1969 lalu.
"Sebaik sahaja tercetus percubaan untuk merebakkan rusuhan di Kuala Lumpur ke Kelantan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tan Sri Asri Muda terus mengumpulkan pemimpin-pemimpin masyarakat berkumpul di kediaman Menteri Besar Kelantan di JKR 10.
"Beliau memberi amaran, jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan," kata beliau.
Malah, kata Mahfuz, Asri turut memberi jaminan kepada wakil masyarakat Cina yang turut datang ke perhimpunan itu, Chua Say Paw bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan.
BN tunjuk jalan keluar (gambar)
| http://shalehudin.blogspot.com, | 12 Apr 2013 |
PUNCA Be End di tunjuk jalan KELUAR tersebar [Saksikan gambar-gambar neh...]
Ini dia satu lagi lambang "Kegagalan Projek Mega" ?
Apa dah jadi dengan terowong SMART bernilai jutaan billion. Projek yang konon untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.
Kewujudan terowong itu masih gagal memainkan peranan tujuaan asal ia dibina.
Amat malang bagi warga KL, terowong Smart indah khabar dari rupa. Adakah ianya melambangkan kegagalan atau satu lagi projek projek gajah putih kerajaan Barisan Nasional?
Apa dah jadi dengan terowong SMART bernilai jutaan billion. Projek yang konon untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.
Kewujudan terowong itu masih gagal memainkan peranan tujuaan asal ia dibina.
Amat malang bagi warga KL, terowong Smart indah khabar dari rupa. Adakah ianya melambangkan kegagalan atau satu lagi projek projek gajah putih kerajaan Barisan Nasional?
Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang semalam 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan
Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin
dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
Banyak harta awam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam.~ batuvskayu

Mudah saja membuat video seks dan liwat untuk memfitnah pimpinan Pakatan menggunakan teknologi terkini, lapor sebuah blog.
Boleh menyamar dan boleh tukar muka orang.
Mari kita lihat caranya dengan klik ke atas link ini.
Amat malang bagi warga KL, terowong Smart indah khabar dari rupa.Adakah ianya melambangkan kegagalan atau satu lagi projek projek gajah putih kerajaan Barisan Nasional?
Banyak harta awam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam.
Allah tak janjikan apa-apa kesenangan dunia pada semua hambaNya tetapi Allah janjikan ujian-ujian yang akan d beri untuk hambaNya untuk menjadi hamba yang beriman dan yakin pada Allah yang mana Allah sahaja yang boleh diletakkan sepenuh kepercayaan..bukan pada manusia yang merasa kan diri mereka seperti 'Tuhan'.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info
yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak
mewakili Harakahdaily.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
Banyak harta awam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam.~ batuvskayu
Cara membuat video palsu
| Jom Kita Baca, | 12 Apr 2013 |

Mudah saja membuat video seks dan liwat untuk memfitnah pimpinan Pakatan menggunakan teknologi terkini, lapor sebuah blog.
Boleh menyamar dan boleh tukar muka orang.
Mari kita lihat caranya dengan klik ke atas link ini.
Ini dia satu lagi lambang "Kegagalan Projek Mega"?
| http://batuvskayu.blogspot.com, | 11 Apr 2013 |
Apa dah jadi dengan terowong SMART
bernilai jutaan billion.Projek yang konun untuk mengatasi masalah banjir
kilat di Kuala Lumpur.
Kewujudan terowong itu masih gagal memainkan peranan tujuaan asal ia dibina.
Kewujudan terowong itu masih gagal memainkan peranan tujuaan asal ia dibina.
Amat malang bagi warga KL, terowong Smart indah khabar dari rupa.Adakah ianya melambangkan kegagalan atau satu lagi projek projek gajah putih kerajaan Barisan Nasional?
*****
Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang
sejak 5.30 petang semalam 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan
sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun
Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan
Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala
Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan
trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
*************************
Allah tak janjikan apa-apa kesenangan dunia pada semua hambaNya tetapi Allah janjikan ujian-ujian yang akan d beri untuk hambaNya untuk menjadi hamba yang beriman dan yakin pada Allah yang mana Allah sahaja yang boleh diletakkan sepenuh kepercayaan..bukan pada manusia yang merasa kan diri mereka seperti 'Tuhan'.






















Tiada ulasan:
Catat Ulasan