Larut: Datuk Fauzi dicabar dua calon
Muhammad Faeez Azahar, | 20 Apr 2013 |
(Calon-calon PAS di Larut)
LARUT: Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan dicabar oleh 2 calon masing-masing daripada BN dan bebas.
BN akan diwakili oleh Datuk Hamzah Zainuddin manakala satu calon Bebas,Raveendran Vallikana yang akan menggunakan simbol bunga.
Pertarungan satu lawan satu dengan calon BN di ketiga-tiga Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Kuala Kurau.
Ustaz Nazri Din (PAS) akan dicabar oleh Hasbullah Elias (BN) manakala Ustaz Akmal Kamaruddin (PAS) akan ditentang oleh Datuk Mohd Daud Mohd Yusof
Satu lagi Dun yang ditandingi PKR iaitu Kuala Kurau akan diwakili oleh Fadzil Alias dan akan ditentang oleh calon BN, Mohd Amin Zakaria
Suasana penamaan calon berlangsung penuh meriah.
Kira-kira 8 000 penyokong berarak satu kilometer ke pusat penamaan calon iaitu di Pejabat Tanah, Selama.
Sejak awal lagi para penyokong sudah mula berkumpul dan dimulakan dengan solat dhuha dan hajat bersama-sama calon.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS iaitu Yang Dipertua PAS Larut, Dr Mohd Dhari Othman tewas kepada calon BN Hamzah Mohd Zain hanya dengan majoriti 1,911 undi.
Mohd Dhari mendapat 13,967 undi manakala Hamzah sebanyak 15,878 undi.
Dun Kubu Gajah, Nazri Din hanya tewas dengan majoriti 64 undi manakala Abu Husin Mohamad tewas dengan 355 undi di Dun Selama.
Mengikut demografi pecahan kaum, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (87.42%), Cina (5.99%), India (6.41%) manakala bakinya 0.17 % adalah lain-lain kaum.
Che Johan tipu penyokong sendiri - Nik Amar
Rizal Tahir, | 20 Apr 2013 |
Menurut Amar, andainya pada penyokong boleh khianat, apa lagi pada rakyat di bawah lagi senang untuk ditipu.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas calon BN itu yang hanya hadir sebagaimana calon PRU 13 yang lain, sebaliknya tidak menyerahkan borang pencalonannya.
Beliau juga turut menyifatkan ianya sebagai petanda kekalahan BN yang akan hilang satu kerusi di negeri ini kerana amalan politik kotor di kalangan ahli dan penyokong sendiri.
“Nasihat saya pada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.
“Mereka nak undi siapa, Datuk Ibrahim Ali bukan calon mereka, tetapi Bebas.
"Orang bukan main lagi berarak beramai-ramai untuk memberi sokongan, tetapi sanggup dia tidak menyerahkan borang,”ujarnya.
Menurutnya, bagaimana Umno ingin mempertahankan negara sekiranya calon sendiri tidak menyerahkan borang pencalonan.
“Kalau penyokong dia sendiri boleh dia tipu, apa lagi rakyat di bawah, lagi senang nak tipu. Parti macam ni ke nak bagi harapan memerintah negara,”ujarnya.
Pada masa yang sama beliau berkata, wanita Umno juga tidak berpuas hati apabila pimpinan tertinggi parti itu tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU.
Jelasnya, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah istihar keluar Umno dan melepaskan semua jawatan untuk bertanding bebas sebagai bukti Umno juga tidak menghargai sayap kiri perjuangan parti itu.
Mohamad lawan Othman, 3 di Tokai, 4 Sungai Tiang
Wan Zahari Salleh, | 20 Apr 2013 |
PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
berdepan calon BN, Datuk Othman Abdul di Parlimen P.011 Pendang
sementara tiga calon bertanding di Dun N.18 Tokai dan empat di N.19
Sungai Tiang.
Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang, Md Nordin Yahya pada jam 10.30 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.
Calon-calon yang bertanding di Dun Tokai ialah penyandang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmuddin Darus (BN) dan Abu Bakar Abdullah (Bebas).
Bagi Dun Sungai Tiang, penyandang, Datuk Suraya Yaacob (BN) ditentang Fadzil Baharom (PAS), Cherean a/l Isen (Kita) dan Rosli Omar (Bebas).
Sebelum itu, Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi.
Wakil beliau ialah Fadzil Mohd Noor Sahni, pencadang pula Idrus Hamid yang disokong Abdullah Abdul Razak.
Ramlan Hamid pula wakil dan pencadang kepada calon PAS bagi Dun N.18 Tokai, Datuk Mohd Taulan Rasul sementara Abdul Awang adalah penyokong.
Abdul Latif Ahmad adalah wakil kepada calon PAS di Dun N.19 Sungai Tiang, Fadzil Baharom, Abdual Ghani Mohd Salleh (pencadang) dan Mat Noor Md Hussain (penyokong).
Pada PRU12 lalu, calon PAS, Mohd Hayati Othman yang mendapat 27,311 undi memenangi Parlimen Pendang, menewaskan calon BN, Md Rozai Shafian dengan majoriti 4,073 undi.
Mohamed Taulan yang memperolehi 16,271 undi pada PRU12 lalu memenangi Dun Sungai Tokai menewaskan Fatimah Ismail (BN) dengan majoriti 6,578 undi.
Suraya yang mendapat 13,871 undi memenangi Dun Sungai Tiang pada PRU12 lalu sementara calon PAS, Ab Muthalib Awang mendapat 10,865 undi.
Mohamad bersama calon Dun Tokai dan Sungai Tiang menunju ke Pusat Penamaan Calon P.011 Pendang.
Mohamad bersalaman dengan Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang selepas menyerahkan borang pencalonan.
CERIA...Mohamad bersalaman dengan calon BN P.011 Pendang, Othman Abdul.
Sebahagian daripada para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon-calon P.011 dan N.18 Tokai dan N.19 Sungai Tiang.
(Aishah lawan Isa Samad di Jempol)
JEMPOL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu di P127 Jempol antara calon PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan calon BN Tan Sri Isa Samad.
Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan perkara tersebut jam 11 pagi tadi selepas proses penyerahan borang di Dewan Besar Kompleks Pejabat Kerajaan selesai.
Sementara itu bagi N05 Serting turut menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS Abdul Rahman Ramli dan calon BN, Datuk Samsu Kahar.
N06 Palong juga ditandingi dua penjuru iaitu calon PKR Rebin Birham dan calon BN Datuk Lilah Yasin.
Manakala N07 Jeram Padang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR T. Kumar, calon BN Manicam Letcumanan, dua calon bebas masing Mazavan menggunakan lambang ikan dan Zailani Zakaria menggunakan lambang bunga.
N08 Bahau ditandingi calon DAP Chew Seh Yong dan calon BN Dr. Yee Mee Faa.
Undi awal akan berlangsung pada 30 April manakala pengundian biasa pada 5 Mei.
(Calon-calon PAS untuk Temerloh dan Kuala Krau)
TEMERLOH: Lebih 1000 penyokong mengiringi Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke tempat penamaan calon bagi parlimen P087 Kuala Krau dan N29 Jengka, N27 Chenderak dan N28 Damak hari ini.
Sorakan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat cukup bersemangat sehingga menenggelamkan sorakan BN.
Para penyokong PR yang mengiringi calon-calon rata-ratanya terdiri dari anak-anak muda.
Untuk DUN N28 kerdau, Kamal Ashari dari PAS akan berdepan dengan Syed Ibrahim dari Umno.
Dun N27 Chenderak yang ditandingi oleh Haji Suhaimi Said dari PKR akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
Tuan Ibrahim pula bakal berdepan dengan Wan Saman Wan Ismail di N29 jengka.
Di kertas pecalonan, nama Tuan Ibrahim di tempat kedua.
Di peringkat Parlimen Ustaz Shahril akan bertemu satu lawan satu dengan calon Umno.
(DS Anwar, Datuk Salleh dan penyokong bergerak ke pusat penamaan calon)
PERMATANG PAUH: Ke empat-empat calon Pakatan Rakyat selesai menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jam 9.20 pagi tadi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Bukit Mertajam.
Calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dum) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man, calon Dun Penanti, Dr. Norlaila Ariffin manakala Dun Seberang Jaya menerusi calonya, Dr Afif Baharuddin terpaksa berada di luar dewan kira-kira 20 minit sebelum diminta memasuki dewan.
Kelihatan para penyokong ke dua-dua belah pihak berpekik mengeluarkan kata-kata semangat kepada calon yang bertanding dan kadang-kadang kedengaran kata-kata kesat kepada para penyokong yang berada agak jauh dari satu sama lain.
Mananakala calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail, Dun Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahya, Dun Penanti, Ibrahim Ahmad dan Dun Seberang Jaya, Datuk Mohamad Nasir Abdullah tiba 15 minit kemudian.
Anwar dicadangkan oleh Abdul Jalil Che Rose manakala penyokong, Ustaz Abdul Mutalib Maarof.
Bagi Saleh beliau dicadangkan oleh Shamsul Kamal Sahfi manakala penyokongnya, Ustaz Mahdi Abdullah.
Dun Penanti pencadang Dr Norlela Ariffin Ialah Norhashimah Ismail manakala Abu Bakar Abdul Ghani menjadi penyokong.
Untuk Dun Seberang Jaya yang ditandingi oleh Dr. Afif Baharuddin ianya dicadangkan oleh Afzal Khan Ahmad dan di sokong oleh Saudara Fathilullail Jaafar Sidek.
Selain calon Pakatan Rakyat dan BN bagi Parlimen Permatang Pauh turut menyerahkan borang pencalonan ialah calon bebas bernama Dr. Abdullah Zawawi Shamsudin.
Beliau dikatakan mengantikan Papagomo yang tidak hadir dan calon bebas Dun Seberang Jaya, Suamsut Tambrej.
(Para penyokong Pakatan di Temerloh)
TEMERLOH: Kira-kira 1000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon Pakatan Rakyat di Temerloh dengan penuh kemeriahan.
Calon Pakatan di P088 Temerloh adalah Ustaz Nasruddin Hassan, calon N30 Mentakab, Temgku Zulpuri Shah Raja Puji dari DAP, N31 Lanchang, Ahmad Nizam Hamid dan N32 Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohd ke pusat penamaan calon, di sini pagi ini.
Perarakan yang bermula jam 8.30 pagi itu berjalan dengan meriah dengan laungan takbir, kata-kata semangat daripada penyokong Pakatan Rakyat.
Sementara kesemua calon menunggu tempoh penyerahan borang penamaan tamat, kawasan di sekitar Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh begitu meriah dengan sorakan kata-kata semangat dari kedua-dua pihak penyokong.
Seawal jam 9 pagi, penyokong BN kelihatan begitu bertenaga bersorak dan menyanyi, sementara penyokong Pakatan Rakyat bertindak bersahaja dan hanya mengibarkan bendera parti.
Bagaimanapun, ketika ini, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penyokong Pakatan Rakyat mula mendominasi suasana.
Para penyokong Pakatan Rakyat melaungkan slogan-slogan seperti 'Anak muda tolak BN', 'Ini Kalilah', 'Reformasi', 'Tolak parti rasuah' dan 'Hidup Rakyat'.
Manakala, penyokong BN pula berdiam diri dan sesekali bersorak bagi membalas tindakan penyokong Pakata Rakyat.
Pada jam 10 pagi tadi, Pegawai Pengurus P088 Temerloh mengumumkan tempoh penyerahan borang calon telah tamat untuk diterima SPR.

Satu lawan satu di Jempol
Hazayani Zakaria, | 20 Apr 2013 |

Tuan Ibrahim dijangka 1 lawan 1 dengan BN
Harakahdaily, | 20 Apr 2013 |
(Calon-calon PAS untuk Temerloh dan Kuala Krau)
TEMERLOH: Lebih 1000 penyokong mengiringi Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke tempat penamaan calon bagi parlimen P087 Kuala Krau dan N29 Jengka, N27 Chenderak dan N28 Damak hari ini.
Sorakan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat cukup bersemangat sehingga menenggelamkan sorakan BN.
Para penyokong PR yang mengiringi calon-calon rata-ratanya terdiri dari anak-anak muda.
Untuk DUN N28 kerdau, Kamal Ashari dari PAS akan berdepan dengan Syed Ibrahim dari Umno.
Dun N27 Chenderak yang ditandingi oleh Haji Suhaimi Said dari PKR akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
Tuan Ibrahim pula bakal berdepan dengan Wan Saman Wan Ismail di N29 jengka.
Di kertas pecalonan, nama Tuan Ibrahim di tempat kedua.
Di peringkat Parlimen Ustaz Shahril akan bertemu satu lawan satu dengan calon Umno.
Papagomo tidak hadir ke Permatang Pauh
Mohd Sabri Said, | 20 Apr 2013 |
(DS Anwar, Datuk Salleh dan penyokong bergerak ke pusat penamaan calon)
PERMATANG PAUH: Ke empat-empat calon Pakatan Rakyat selesai menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jam 9.20 pagi tadi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Bukit Mertajam.
Calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dum) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man, calon Dun Penanti, Dr. Norlaila Ariffin manakala Dun Seberang Jaya menerusi calonya, Dr Afif Baharuddin terpaksa berada di luar dewan kira-kira 20 minit sebelum diminta memasuki dewan.
Kelihatan para penyokong ke dua-dua belah pihak berpekik mengeluarkan kata-kata semangat kepada calon yang bertanding dan kadang-kadang kedengaran kata-kata kesat kepada para penyokong yang berada agak jauh dari satu sama lain.
Mananakala calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail, Dun Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahya, Dun Penanti, Ibrahim Ahmad dan Dun Seberang Jaya, Datuk Mohamad Nasir Abdullah tiba 15 minit kemudian.
Anwar dicadangkan oleh Abdul Jalil Che Rose manakala penyokong, Ustaz Abdul Mutalib Maarof.
Bagi Saleh beliau dicadangkan oleh Shamsul Kamal Sahfi manakala penyokongnya, Ustaz Mahdi Abdullah.
Dun Penanti pencadang Dr Norlela Ariffin Ialah Norhashimah Ismail manakala Abu Bakar Abdul Ghani menjadi penyokong.
Untuk Dun Seberang Jaya yang ditandingi oleh Dr. Afif Baharuddin ianya dicadangkan oleh Afzal Khan Ahmad dan di sokong oleh Saudara Fathilullail Jaafar Sidek.
Selain calon Pakatan Rakyat dan BN bagi Parlimen Permatang Pauh turut menyerahkan borang pencalonan ialah calon bebas bernama Dr. Abdullah Zawawi Shamsudin.
Beliau dikatakan mengantikan Papagomo yang tidak hadir dan calon bebas Dun Seberang Jaya, Suamsut Tambrej.
Suasana penamaan calon meriah di Temerloh
Anis Nazri, | 20 Apr 2013 |
(Para penyokong Pakatan di Temerloh)
TEMERLOH: Kira-kira 1000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon Pakatan Rakyat di Temerloh dengan penuh kemeriahan.
Calon Pakatan di P088 Temerloh adalah Ustaz Nasruddin Hassan, calon N30 Mentakab, Temgku Zulpuri Shah Raja Puji dari DAP, N31 Lanchang, Ahmad Nizam Hamid dan N32 Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohd ke pusat penamaan calon, di sini pagi ini.
Perarakan yang bermula jam 8.30 pagi itu berjalan dengan meriah dengan laungan takbir, kata-kata semangat daripada penyokong Pakatan Rakyat.
Sementara kesemua calon menunggu tempoh penyerahan borang penamaan tamat, kawasan di sekitar Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh begitu meriah dengan sorakan kata-kata semangat dari kedua-dua pihak penyokong.
Seawal jam 9 pagi, penyokong BN kelihatan begitu bertenaga bersorak dan menyanyi, sementara penyokong Pakatan Rakyat bertindak bersahaja dan hanya mengibarkan bendera parti.
Bagaimanapun, ketika ini, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penyokong Pakatan Rakyat mula mendominasi suasana.
Para penyokong Pakatan Rakyat melaungkan slogan-slogan seperti 'Anak muda tolak BN', 'Ini Kalilah', 'Reformasi', 'Tolak parti rasuah' dan 'Hidup Rakyat'.
Manakala, penyokong BN pula berdiam diri dan sesekali bersorak bagi membalas tindakan penyokong Pakata Rakyat.
Pada jam 10 pagi tadi, Pegawai Pengurus P088 Temerloh mengumumkan tempoh penyerahan borang calon telah tamat untuk diterima SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan