Khamis, 25 April 2013

MEMANG TK CERDIK....PENGUNDI SERTA BEKERJA RAJIN ADALAH KALANGAN WANITA

Tautkan keakraban, jangan terperangkap taktik musuh

Mohd Sabri Said, 25 Apr 2013
PULAU PINANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu semua jentera Pakatan Rakyat khususnya di kawasan yang baru sahaja selesai isu pertindihan calon agar bergerak bersama bagi tujuan menumbangkan Umno BN.

Katanya, jentera-jentera yang terlibat khususnya PAS dan PKR perlu membuat perancangan bersama bagi mewujudkan gelombang rakyat agar menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini.

"Perlu akrabkan kembali tautan agar bersama satu gelombang jatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), " katanya.

Beliau berkata demikianketika mengadakan lawatan singkat ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), Sungai Acheh semalam.

Sungai Acheh adalah antara tujuh kerusi yang menyaksikan pertindihan antara calon PAS dan PKR selepas penamaan calon 20 April lalu.

Bagaimanapun ianya diselesaikan dengan PAS menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR termasuk kerusi Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

PKR pula menyerah tiga kerusi kepada PAS iaitu  Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera sebagai timbal balas, manakala Dun Kota Damansara masih dalam perbincangan.

Dengan penyelesaian itu, kesemua kerusi-kerusi tersebut kembali menjadi pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat dengan BN.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata penyelesaian itu sekaligus membuatkan BN habis modal untuk meyerang kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

"Awasi mainan jahat pihak musuh yang masih mahukan Pakatan Rakyat berpecah di saat akhir kerana perbalahan menandakan kekalahan di penghujungnya, " jelas beliau.

Pengakuan terbuka yang membuatkan Umno bertambah duka

http://omakkau.blogspot.com, 25 Apr 2013

PENGAKUAN TERBUKA YANG MEMBUAT UMNO BERTAMBAH LUKA DAN DUKA!!!!!

"SAYA MENJADI SEORANG HINDU YANG LEBIH BAIK SELEPAS KAWAN DGN ORANG PAS"

Begitulah bunyi ayat yang diluahkan oleh seorang warga kita kaum India beragama Hindu....

Luahan hati ini taubat lahom tidak akan dihebahkan kepada umum oleh TV3,RTM,Utusan,Berita Harian, Bernama,NSTP maupun The Star.

Para pemimpin UMNO kalau nampak akan kata-kata sebegini punya rupa, pasti pening kepala kerana segala dakyah hatta tanda tangan MoU dengan Hindraf langsung tidak memberi kesan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang cuba digambarkan sebagai parti yang membawa perjuangan ekstrimis.

UMNO boleh buat apa saja.. dari menakut-nakutkan sampailah memfitnah pihak lawan, tetapi akhirnya rakyat jua yang akan membuat keputusan...Jangan kita pandang rendah kemampuan rakyat untuk berfikir dan menilai... Jangan ingat dengan pemberian BR1M rakyat sudah terasa teramat terhutang budi kepada UMNO....Hentikan politik caci mencaci dan memfitnah lebih-lebih lagi penayangan video lucah...Sokongan rakyat kepada UMNO tidak akan bertambah malahan semakin berubah dan ramai yang berduyun-duyun berhijrah.

BN tiada hujah jatuhkan Kerajaan PR Kedah

Harakahdaily, 25 Apr 2013
BAGI meninjau dan mendapatkan penjelasan mengenai pencapaian Kedah di bawah pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat selama lima tahun semenjak PRU12 (2008), dan juga mengenai potensi sama ada kerajaan ini mampu dipertahankan dalam PRU13 nanti atau tidak, Wartawan Harakah IZWAN ABDUL HALIM telah menemu bual Ketua Penerangan PAS Kedah, merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, MUHAMMAD SANUSI MD NOR untuk mendapatkan pandangan beliau.

WARTAWAN: Sejauh mana saudara melihat perkembangan semasa dan kecenderungan sokongan rakyat di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak sepanjang tempoh sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah?

MUHAMMAD SANUSI MD NOR: Kita telah bekerja siang dan malam untuk bentuk keyakinan rakyat Kedah bahawa kita boleh memerintah dengan cara kita belajar dengan cepat untuk menguasai budaya, pemikiran, suasana konteks Kedah yang tidak sama dengan tempat lain.

Dalam 5 tahun ini, kita telah boleh menguasai bidang dan medan negeri Kedah ini. Dari segi politik kita tengok Umno-BN tiada ruang untuk serang sebarang kesilapan kita. Perkara dibangkitkan Umno selalunya yang kecil, remeh dan picisan, tiada apa-apa bagi kita. Bagi saya, ini satu kejayaan kepimpinan Ustaz Azizan di Kedah.

Sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah, kita melaksanakan arahan diputus parti. Juga sebagai Setiausaha Politik, saya hanya melaksana perkara yang ketua arahkan. Saya hanya melaksanakan arahan. Apa yang arah dibuat, yang dikata jangan, saya tak buat. Tapi ada juga yang pertikaian sedangkan tertakluk arahan.

Kita sebolehnya hendak elak kontroversi dan isu yang negatif, jadi kita lebih hati-hati. Prinsip Ustaz Azizan yang sangat berkesan dalam pentadbiran ini ialah “Do it right the first times” (lakukan yang betul pada kali pertama). Jangan buat untuk kali kedua ketiga atau seterusnya.

Urusan kali pertama mesti kena betul dah. Buat kerja mesti pantas, mesti tepat, tindakan mesti segera, tapi tindakan mesti betul.

Tiada ruang untuk buat silap. Ini gaya kerja Ustaz Azizan yang saya dapat belajar dalam 5 tahun ini. Ustaz Azizan pimpin saya menguasai medan di Kedah dalam gaya dia. Tak ada masalah sangat yang tidak boleh diselesai. Segala bidang kita telah sentuh. Tidak adalah konflik yang tidak dapat kita selesaikan. Ada api kita padam cepat-cepat.

Ada yang perlu kita kendur kita kendurkan cepat-cepat, ada yang perlu kita terik, kita terik betul-betul. Ustaz Azizan dalam tempoh lima tahun ini saya tengok, termasuk pegawai-pegawai ni, kami tidak bercutilah.

Saya sendiri cuti kerajaan ni ada 200 hari lagi. Tiada kesempatan ambil cuti. Terus bekerja saja. Saya teringat istilah yang Ustaz Azizan ajar pada saya, “Kerja di waktu singkat, rehat di waktu panjang”. Saya tanya dia waktu singkat itu bila?

Dia jawab singkat ini dunialah, waktu panjang tu esok di akhirat nanti. Saya terdiam tak terkata apa dah.

Sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah, bagaimana saudara melihat media Umno melemparkan pelbagai isu terhadap kesannya kepada rakyat?

Isu-isu yang Umno lempar guna media arus perdana, kita punya media terhad, kita cuma ada ceramah, yang banyak bantu kita ni media baharu. Itu pun bukan semua orang akses.

Jadi, isu-isu ini memang pada awalnya beri kesan. Tapi dengan usaha kita secara berterusan jawab, kita gunakan Penerangan kita untuk menjawab dan menerang, bukan menyerang.

Masa pilihan raya 2008, kajian kita menunjukkan media baharu ini hanya menguasai 30 peratus sumber maklumat kepada orang ramai.

Tetapi sekarang ini mungkin telah meningkat kepada 60 hingga 70 peratus. Pun begitu masih ada jurang khususnya pengundi Saluran 1 dan 2 yang berumur. Jadi kita bergantung kepada ceramah, itupun bukan semua orang datang ceramah.

Maka kita buat sebaran risalah, pun begitu terhad kerana kita kekurangan dana.

Difahamkan antara kempen yang berkesan ialah Bongkar 403 Juta. Adakah ia beri kesan besar kepada keseluruhan rakyat dan kenapa baru kini ‘dibongkarkan’?

Saya tengok, bila kita ceramah menerangkan mengenai 11 isu dalam Bongkar 403 juta, rakyat terkejut. Kenapa perkara ini tidak didedahkan awal-awal (memerintah). Jadi ini strategi yang diambil oleh PAS. Kita hendak tunjuk, bila kita tidak buat penyelewengan, rasuah, tidak lalai, maka kita boleh buat banyak manfaat untuk rakyat.

Kita buktikan dengan kita beri kafalah, bagi bantuan IPT, guru quran, bidan kampung, kita bina Kuin, kita buat banyak perkara dalam keadaan kewangan kita sangat terhad.

Jadi, dihujung (pemerintahan) ini baru kita boleh tunjuk bahawa Umno-BN dulu (semasa memerintah) tidak boleh buat macam yang kita buat kerana dia amalkan rasuah, sebab menyeleweng, wang bocor, tiris, projek tidak siap, dia buat lepas tangan, ambil untuk kepentingan kroni, buat untuk diri dia.

Jadi, dia tak sempat buat kebajikan dan manfaat untuk rakyat sebab dia tadbir cara menyeleweng tadi. Kita boleh buat sebab kita tak menyeleweng macam dia. Kita simpan ini sebagai peluru terakhir. Lepas bubar parlimen ini kita ada pendedahan fasa lain lagi supaya rakyat sedar, kalau mereka pilih BN, mereka akan berhadapan masalah lebih berat. Bagi negeri lain, jumlah RM403 juta itu mungkin kecil, tapi bagi Kedah, jumlah itu boleh buat banyak manfaat untuk rakyat Kedah.

Kedengaran BN akan tampilkan Dato’ Mukhriz Tun Mahathir sebagai muka baru calon MB Kedah dengan latarbelakang anak bekas Perdana Menteri. Ketika sama dilihat wujud penolakan dalam Umno Kedah sendiri dari kumpulan Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah. Adakah kehadirannya beri kesan di Kedah?

Saya yakin tiada apa-apa yang baru dari Mukhriz dan dia pun tidak bawa sebarang impak. Pada saya, dia inipun tidak memahami budaya orang Kedah. Bagi saya, orang Kedah ni kalau hendak jadi pemimpin, dia mesti datang dari selut bendang, datang dari lumpur, datang dari kebun getah. Dia tidak boleh datang dari ‘anak Perdana Menteri’, anak Menteri, anak bangsawan untuk pimpin rakyat Kedah, dia tidak akan boleh memahami hati budi orang Kedah itu dia tidak sampai.

Jika Mukhriz hendak memimpin dengan jiwa rakyat, itu nampak dia berlakon dan nampak sangat lakonan itu.

Dia bukan pemimpin rakyat Kedah yang tulen. Kalau dia hendak memimpin korporat, jadi delegasi pelaburan, itu mungkin boleh.

Mahathir juga dilihat berkempen untuk anaknya dan mengusik-usik politik sekarang. Adakah Mahathir masih beri impak di Kedah ini?

Mahathir pun orang Kubang Pasu tolak dia, lawan G7 orang sudah sabotaj dia. Orang ada kuasa ini saya ingat dalam Umno, bila habis eranya, maka habislah. Cuma dia boleh bercakap, orang dengar sebab dia orang tua.

Kalaulah di Kedah ini ada isu yang besar dan perlu PAS ini dijatuhkan, orang yang paling akan bercakap lantang tentulah Mahathir. Dia Perdana Menteri yang lama, dia anak Kedah, membesar di Alor Setar, anak dia pun main politik di Kedah, tapi dalam pemerhatian saya, Mahathir paling jarang kritik Kedah kerana tiada isu. Tiada apa-apa boleh dibuat Mahathir, jadi dia banyak bercakap di negeri lain. Kalau macam inilah, Mahathir pun tiada apa-apa untuk dibuat kepada kepimpinan PAS Kedah sekarang ini.

Terakhir, seruan dan harapan selaku Ketua Penerangan PAS Kedah.

Harapan saya ialah kita nak pencapaian Kerajaan Negeri Kedah ini sampai kepada semua rakyat melalui jentera penerangan parti. Kita tidak boleh harap media arus perdana.

Kena guna media kita sendiri, gunalah ceramah, media baharu, berjumpa, ini penerangan mesti bertungkus lumus agar pencapaian itu sampai kepada semua rakyat. Kita juga kena memahami sensitiviti di Kedah ini sama ada sensitiviti kaum, agama, budaya, kita tidak boleh sebarangan dan semberono.

Orang luar datang ceramah di Kedah, kita kena terang kepada dia ada perkara tidak boleh sebut, ada pantang larangnya. Untuk masyarakat pengundi di Kedah, kita telah bentang hasil kerja keras kita, pencapaian kita walaupun pada peringkat awal orang anggap mustahil.

Tetapi kita sudah buktikan, dalam tempoh lima tahun penggal ini, kita lebih baik banyak daripada Umno. Jauh kita tinggalkan pencapaian Umno. Dalam tempoh ini juga kita jumpa banyak penyelewengan.

Kalau kita tidak jadi kerajaan dulu, perkara-perkara ini kita tidak tahu. Pemimpin Umno terus tipu rakyat, duit rakyat difaraid sesama mereka, diselewengkan, perjanjian yang merugikan Kedah dibuat sesuka hati, tidak diperiksa, diteliti.

Kita masuk memerintah, kita baiki yang rosak, batal yang tidak berkenaan. Banyak lagi sebenarnya potensi Kedah yang boleh dipertingkatkan. Tetapi ia kena dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, tetapi jika negeri ini kembali kepada Umno, mereka akan buat benda baik yang kita asaskan dalam lima tahun ini akan hilang begitu sahaja. Jadi dalam keadaan sekarang ini saya yakin rakyat sudah tahu menilai dan mereka tidak akan patah balik kepada Umno-BN.

Abby Abadi sertai konvoi Kembara Perantau 1 Mei

Harakahdaily, 25 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Abby Abadi akan menyertai konvoi Kembara Perantau Ganukite jelajah Terengganu mulai 1 Mei ini.

”Konvoi ini adalah kesinambungan kepada konvoi Kembara PAS Ganti Umno (PGU6) ke Paka pada hujung tahun lepas. Tetapi pada kali ini kita akan adakan konvoi Perantau Pulang Pakoh Pakatan (P3P) pula,”  kata setiausaha penganjur konvoi, Zulhilmi Abd Rahman

Setakat ini, katanya penyertaan adalah menggalakkan dan pendaftaran awal telah melebihi 10 buah kenderaan dan dijangka mencecah lebih 40 buah kerana tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.

Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik dan mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk bersama-sama memeriahkan kembara P3P kali ini.

”Program konvoi ini dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 8.00 pagi 1 Mei sempena cuti hari pekerja,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.

Debat temukan calon PAS, BN Gombak Setia

Harakahdaily, 25 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Gombak akan menganjurkan satu debat politik menemukan kedua-dua calon PAS dan BN bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, surat jemputan kepada kedua-dua calon telahpun dihantar.

Calon PAS bagi Dun Gombak Setia adalah Hasbullah Ridzwan manakala calon BN, Datuk Said Anuar Said Ahmad.

Menurut Syarhan, program debat itu akan diadakan pada 29 April ini bermula jam 9 malam bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Kedua-dua calon ujarnya akan berdebat atas tajuk cadangan iaitu 'Agenda Gombak Setia'.

"Dalam program ini, kedua-dua calon akan diberikan pentas dan masa yang adil dan saksama untuk membentangkan agenda dan manifesto masing-masing sekaligus memperkenalkan diri mereka," katanya.

Najib tak cerdik ketepi Naib Ketua Wanita Umno

Subky Latif, 25 Apr 2013
KETIKA rencana ini ditulis Kamilia masih Naib Ketua Wanita UMNO. Ketika rencana ini disiarkan dia adalah calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar dan sudah  dipecat dari UMNO. Berikut adalah rencana itu:
TIDAK diketahui gerangan Perdana Menteri Najib tidak menyenaraikan Dato Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita  UMNO  dalam senarai calon BN.

Dia ada alasan untuk mengenepikan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita itu kerana orang tak tercium bau lembu yang menyelubungi keluarganya berikut  skandal gembala suami dan anak-anaknya.

Menggugurkannya ada hubungan dengan formula calon plihan Najib semuanya calon boleh menang. Tidak mencalonkannya tepat dengan formula itu. Jika dia dicalonkan juga, maka matilah Najib dan BN ditubi pembangkang dalam kempen.

Tetapi orang tidak tahu mengapa Kamilia tidak tersenarai? Adakah kerana dia amat lantang mahu ketuanya Shahrizat meletak jawatan dari Ketua Wanita dan menteri sebaik saja skandal gembala lembu suaminya terbongkar. Wanita UMNO baginya tak terpikul dan tercium pekung lembu itu.

Dan adakah juga tidak disenangi oleh Tan Sri Rafidah Aziz kerana dalam klik tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita itu dulu. Rafidah tidak gembira  Kamalia menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua sedang Rafidah sendiri dicabar Shahrizat.

Atau pemimpin wanita dari Kuala Kangsar itu tidak menepati piawaian calon yang dikehendaki oleh badan penapis SPRM. Lama sebelum Parlimen dibubarkan BN menekankan betapi calonnya perlu diluluskan oleh SPRM dulu.

Walaupun ada kayu-kayu buruk UMNO dicalonkan semula, mungkin mereka melepasi tapisan SPRM. Apakah pemimpin wanita itu sangkut di situ?

Apapun Kamilia ketika ketuanya yang dulu tidak berpakaian kemas dan ketika ketuanya yang sekarang belum berpakaian kemas, beliau sudah tampil berpakaian mengikut piawaian Islam.

Dari luar dia dilihat sebagai  wanita yang sopan, elok sangat bagi sahsiah sayap gerakan wanita beragama Islam.

Dengan kedudukannya dan sebagai seorang profesional, dia ada kelayakan menjadi calon BN. Belum tentu calon-calon yang dikemukan lebih elok dari dia.

Katakanlah sebagai loyar, boleh jadi dia loyar buruk, tetapi ramai orang loyar buruk menjadi ahli politik yang baik dan berjaya. Kamilia dipercayai tidak termasuk dalam golongan itu sebagai orang politik mahupun sebagai pengamal undang-undang.

Apa jua kelemahannya dia adalah Naib Ketua Wanita, orang nombor dua penting dalam gerakan wanita itu. Jika berpuluh-puluh wanita di bawahnya dijadikan calon, mengapa Najib dan Muhiyddin terlepas pandang dengannya dan adakah Shahrizat sendiri tidak menyokongnya?

Sesudah Shahrizat digugurkan adalah menjolok mata apabila orang nombor dua diketepikan.

Mungkin dia ada kelemahan, tetapi apabila dicalonkan, maka maruahnya mulai ditanya,  apa sebab dia diketepikan. Berbagai andaian dan fitnah boleh timbul.

Dia ada maruah, tetapi dia tidak dinilai oleh pemimin UMNO. Dia boleh mengambil tindakan bagi membuktikan orang yang bermaruah. Jika UMNO tidak menilai perjuangan dan perkhidmatannya kepada parti itu, bumi ini luas buatnya. Dia boleh teruskan di tempat lain.

Apa yang terjadi kepadanya, kira-kira satu yang malang bagi Wanita UMNO. Sebaik BN dilanda tsunami politik PRU 2008 dulu, Perdana Menteri Abdullah  Badawi tidak memasukkan wakil Wanita UMNO dalam barisan kabinetnya. Satu-satunya menteri wanita yang selamat dari tsunami itu ialah Rafidah Aziz, ketuanya.  Justeru lama sangat dalam kabinet, mungkin masanya untuk digugurkan telah tiba, maka dia digugurkan.

Dengan menggugurkannya, langsung Wanita UMNO tiada  dalam kabinet pertama kali sejak zaman Tunku. Bising Wanita UMNO dan Tun Abdullah tiada jawapan. Bila Najib mengambil alih diangkatnya Shahrizat yang kalah menjadi senator. Maka ada semula Wanita UMNO jadi menteri.

Wanita UMNO tiada menteri lagi bila Shahrizat tidak disambung keahlian  senatnya. Jika Kamilia dicalonkan dan menang, dan BN menang lagi, tentulah Kamilia boleh mengisi kerusi yang dikosongkan Shahrizat itu.

Setelah bertahun-tahun dia sabar, peluang terbaiknya ialah ini kalilah. Tetapi Najib ketepikan dia. Cerdikkah Najib buat begitu? Mungkin UMNO bukan wadah yang elok bagi Kamilia. Bumi ini luas. Tempatnya mungkin tidak di situ.

Tiada ulasan: