Isnin, 29 April 2013

NAK MENANG AJE....BUAT NEGARA@NEGERI SENDIRI...SENDIRI PILIH RAKYAT...MENANG AJE...TAK KALAH2...TAK DE PILIHANRAYA....KALAU DAH PERLI MACAM NI....PUN TAK FAHAM...TAK TAU LAH

Tun M beri isyarat Putrajaya dalam bahaya

Harakahdaily, 29 Apr 2013
PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.

Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”

Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka.

Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir.

“Bagi Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Pastilah gelabah,” kata satu sumber Umno kepada Harakahdaily.

“Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di ustream. Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,” kata sumber Umno itu lagi.

Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka.

“Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main? Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar. 6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,” nasihat beliau.

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.

“Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan,” nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan Harakahdaily untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya.

Umcedel pertahan hasil kajian Anwar lebih layak jadi PM

Harakahdaily, 29 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mempertahankan keabsahan hasil kajian mereka yang terbaru berkaitan pilihan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ianya ekoran ada pihak yang mempertikai hasil kajian tersebut khususnya dari kalangan penganalisis politik dan termasuk juga dari pimpimpin Umno BN.

Dalam satu kenyataan semalam, pihaknya berkata kajian akademik tersebut dibuat dengan mematuhi standard dan tidak bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik," kenyataan mereka dipetik.

Pada 25 April lalu, Umcedel telah mengadakan sidang akhbar mendedahkan hasil kajian terbaru mereka berhubung pilihan pengundi menjelang PRU13.

Kajian terhadap 1,407 responden pelbagai kaum yang merupakan pengundi berdaftar itu dijalankan pada 3 April hingga 20 April lalu.

Antara lain kajian itu mendapati,  43 peratus responden berpendapat Anwar lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Najib 39 peratus.

Selain itu, kajian tersebut juga mendapati rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

"Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali," kata Umcedel lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas kajian itu semalam bagaimanapun menyifatkanya sebagai karut.

Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian tersebut yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Berikut adalah kenyataan penuh Umcedel:

NOTA ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013 (semalam).

Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.

Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:

1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen sama ada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi.

Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit, namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.

2. Pemilihan responden seramai 1,407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan.

Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup.

Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.

3. Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa, sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya.

Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.

4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata.

5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

2,000 Murut sokong PR, Umno Beaufort lumpuh

Harakahdaily, 29 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di negeri itu menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai PKR ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, kelmarin.

KeadilanDaily melaporkan, di sebalik itu, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 ahli jawatankuasa bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Selain Umno, parti komponen BN, MCA juga menerima nasib yang sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Anwar dan calon PKR di Parlimen P.177 Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di pekarangan rumahnya yang dihadiri ribuan rakyat.

Ustaz Azhar belasah Mahathir 10-1 di Putrajaya

http://wasukalu.blogspot.com, 29 Apr 2013

UAI belasah Mahathir 10 - 1 di Putrajaya semalam (video penuh ceramah UAI added)

Ustaz Azhar Idrus terus menggegar... Kali ini di Presint 19 Putrajaya dalam program Pakatan Rakyat bersama Husam Musa. Ceramah yang diserikan dengan kehadiran Mustafa Kamal bersama-sama 100 orang rakan-rakannya dengan motosikal kuasa tinggi demi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS itu berlangsung dengan aman tanpa kejadian tidak diingini.

Pada waktu yang sama Mahathir dan Tengku Adnan turut mengadakan ceramah untk menyaingi Husam dan Ustaz Azhar Idrus .....juga di Putrajaya iaitu di Precint 3.

Program BN itu diberitakan berjaya mengumpul sekitar 3,000 pengunjung tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kehadiran di program Pakatan Rakyat yang diadakan di Precint 9 itu yang diberitakan mencapai angka 30 ribu orang.. wallahu a'lam

Jika perkiraan itu benar bermakna UAI menewaskan Mahathir dengan jurang yang begitu besar iaitu 10 berbalas 1... wakaka. macam bolasepak la pulak!!!
Nilai sendiri berdasarkan gambar di bawah
kredit gambar FB - Kami Boikot Buletin Utama TV3's photo.
Nasib baik ada skrin besar. kalau tak ada dengar suara saja la.... wakaka
Berapa jarak dari belakang ke pentas utama? kredit gambar Izuwan Arc Golok's
Ini pula adalah gambar program Mahathir yang didakwa ori oleh bro Addin di blognya
Ikhsan addin

PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicara sendiri siapakah yang lebih banyak mendapat sambutan program masing-masing di Putrajaya malam tadi.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah. Ada sekeping gambar yang nampak kehadiran bas di program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tapi apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama Ustaz Azhar Idrus di Presint 19?

(Pelakon Mustafa Kamal turut datang memberikan sokongan kepada Husam di Putrajaya)

Perbandingan tersebut boleh dilihat di dalam gambar ini.

Di dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya.

“Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.

Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.
Ceramah penuh UAI semalam
Sedikit gambaran situasi di Putrajaya semalam

Tiada ulasan: