Rabu, 24 April 2013

ALLAH TAK TANYA RANKING BLOG KE BERAPA....YANG PENTING PERJUANGAN YANG TULUS@KEIKHLASAN....IKHLAS NI RAHSIA ALLAH....HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU....ELOK KITA HANYA MENGHARAPKAN RAHMAT ALLAH SEMATA2

Top100 Ranking Blog PR 16 April 2013 (CartaDaunKari)
Posted on Wednesday, April 24 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Cenangau Daun Kari

Ranking kali ni lambat lagi, lambat buat posting tapi data tetap tepat harinya. Takdak sapa yang tertunggu-tunggu kot.

Carta kali ni blog Amenoworld masih di tangga ke-3, walaupun meningkat tapi masih tak dapat potong blog AnakSungaiDerhaka. dan EraPasca.

Untuk carta top50 kali ni, menurun 3,434 mata kepada 84,548. Aku pun tak pasti pasai apa pulak menurun padahal bila dah bubar parlimen ni patutnya semakin ramai yang bukak blog politik, malas nak siasat.

Untuk ranking kali ni aku masukkan 2 blog, King Of Goblok yang terus ke tangga ke 11 dan juga Astana Kandis di tangga 29.

TopBlog PR
Pilihan Cenangau
Malaysia
16/04/13
Topblog
16/04/13
Malaysia
01/04/13
Topblog
01/04/13
Era Pasca14611981
Anak Sungai Derhaka20822222
AmenoWorld21032363
Kelab Greenboc31642944
Tukar Tiub39754397
Milosuam42464226
Addin42874145
Omak Kau52985279
Salehudin57394888
Mohd Sayuti Omar6361078011
King Of Goblok82211barubaru
Kerengga8381294512
Cenangau84413106515
Jalan Pulang85514112516
Manjongmari90415100613
Kedahlanie.info93016106314
Kedah.kini9761774410
ek-eleh100318118618
Ikutsukaaku ISA124919148823
Gendang Perang146920131319
Kachip Emas153021133321
Sedaka Sejahtera161522174627
Batu vs kayu169223159624
The Cyber Sniper170624195231
Pahang Daily178625131720
BanKami179926188228
Bloglist Malaysia183327226339
Warta Maya188228219536
Astana Kandis195729barubaru
Al-Husseyn198430147222
Ibnu Hasyim202731166226
Biaqpila202932199532
Kerajaan Rakyat215733113517
Dunia Cacamerba220934191629
Mountdweller222635247242
Pencacai Semalaysia224836192030
IdaMan227037204533
Cipan Tapir Tenuk244338212935
Malaysiaberih246539222338
Zakri Ali252340163025
Kerabu Bersuara256341333849
Aspan Alias257542393552
Sakmongkol282143255545
Penburuk285544396553
Muslimeen United288345254044
Sisi Bukit294946227940
Idah Salam318547341250
Mat Indera Sipejuang337448309047
Cananglahnie348549266946
PASPB372050318648
Nizar Coretanku377451211934
Naimnikmat400952571763
Mimpi Senja412753239241
AnakMudaMalaysia417654636268
Orang Ni448555443356
Aiyang452556360751
Blog Hangit455857249643
Pulakdah459458572764
Warta Subhi468459592067
MediaPerak.net469460434655
Karat Hijau4934611631598
Haluan Kiri514662577465
Yong suka kuning519263471161
Paklong Online528264463959
Dialog Rakyat551865466560
Penarikbeca5560661478492
Siyasahsyariah581367571162
Marhaen588268844073
sabahdaily589969220037
Mutaligat600870639869
Sharpshooter604771458658
AgenDSAI606972820872
Al-Banjari Online692773452057
Ajijoi700274936077
Telok Bakong771675889174
Nusajayakini816176928376
Wartawan Lmn Reformasi84577717082100
Al-Brangi8462781046879
Tempayan Retak865779791570
Laksamana Bkt Bintang879280413254
Wfauzdin896481798971
Kulup Sakah91138221873114
Paapaada949583972078
Gaya Peneroka969784591266
Perakite Daily10015851265285
Kedah-Online10384861251984
Hanief106398717366102
Pak Karamu11356881532196
Edyesdotcom11702891240683
Sokong PR11761901060480
Bebaskan Malaysia12009911409090
Kosongcafe12899921676699
Fendi Tazkirah13562931481993
Utusankini1359094891175
Libang Libu137549517584103
Ada Aku Kesah14138961345789
Al-Bakistani14151971542097
Aduka Taruna14378981216382
Tun Telanai149279918417105
Tukang Lawan1500910017173101
*Data pada 16 April 2013 08.41pm.

Kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.

Kut-kut ada yang teringin nak bubuh widget Carta Daun kari kat sidebar blog hangpa macam yang ada kat sidebar belah kanan atas blog aku ni, hangpa boleh copy script kat bawah ni, tambah gadget HTML/JavaScript kat dashboard dan paste script ni kat dalam tu.


Akhirnya, macam biasa, kalau ada yang patut masuk carta ni tapi tak masuk, jangan segan-segan bagitau. Kalau segan nak tulis suruh masukkan blog sendiri kat ruang komen, email terus kat aku pun takpa. Aku takdak masalah, "tanpa prejudis." Pun begitu, aku akan screen dulu untuk pastikan "bukan blog part-time prono/hiburan sensasi melampau"

Cumanya, nak tambah sikit, kalau boleh tu, 'paparkan' la blog aku dalam bloglist hangpa sebagai tanda sokongan.

Kat bawah ni macam biasa jugak, aku sediakan 'borang' khas Alexa. Kalau nak semak ranking masukkan alamat blog lepas tu terus tekan "enter" (jangan sibuk nak cari "button enter", memang tak nampak.) Lepas tu ruang tu akan paparkan keputusan terkini kedudukan ranking blog tu.

Sumber: cenangau.blogspot.com


 Kempen Provokasi di DUN Rantau dalam Parlimen Rembau telah bermula
Posted on Wednesday, April 24 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Laporan berikut dari laman web PKR N.Sembilan - Banner Provokasi mula dipasang di DUN Rantau ; Laporan Polis telah dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR DUN Rantau terhadap banner-banner provokasi yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat di DUN Rantau

Sebelum ini telah berlaku tindakan membakar dan menurunkan bendera-bendera PKR yang di pasang di sekitar Taman Angsamas, Mambau.

Ini satu tindakan jahat dan tidak menghormati demokrasi.

DUN Rantau ialah tempat antara calon wanita PKR Aisah Lamsah menentang calon lelaki Umno Dato Seri Mohamad Hasan yang merupakan Pengerusi BN N.Sembilan.

Maklumat penuh repot polis dan gambar kain rentang provokasi menggunakan gambar Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di amkns.blogspot.com

"


Leman Raja Lawak layak buat National Roadshow PRU 13
Posted on Wednesday, April 24 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ahmadhadeed

"Saya rasa penceramah muda Leman Raja Lawak ini layak untuk di manafaatkan buat roadshow seluruh negara kerana hujah nya amat sesuai dengan naluri anak muda.

He got  a lot of intelligence and public speaking skill. Rugi kalau tak memanafaat asset yang begitu hebat.

Sila teliti video ini



Video"


Ibupaba yang ada anak di IPT; dengar ni!!!!!!!
Posted on Wednesday, April 24 @ 20:32:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,,

Pelajaran ialah satu dari keperluan asas yang mesti dipenuhi oleh kerajaan tak kira kerajaan itu kaya atau miskin. Tidak masuk akal langsung untuk melanjutkan pelajaran anak anak kita dipaksa meminjam dan terpaksa membayar balik apabila tamat pengajian.

Mana tanggungjawab kerajaan untuk memenuhi keperluan asas ini? Sehingga ada anak anak yang terpaksa ke mahkamah kerana gagal membayar pinjaman dan lebih parah apabila kerajaan mecacatkan subsidi di IPTA untuk setiap kursus yag diikut seolah olah kerajaan prihatin dengan keperluan asas ini.

Satu pembohongan yang licik kerana sebenarnya subsidi yang dikatakan itu adalah hasil dari rakyat juga. Kerajaan yang baik mesti menanggung rakyatnya seperti rakyat menanggung kerajaan. Tiada alasan untuk kerajaan untuk mengubah prinsip ini seperti seorang ayah yang mesti bertanggungjawab menanggung anak anaknya.

Dari itu, untuk ibubapa yang ada anak anak mereka di IPT dan yang akan ada anak anak di IPT tidak lama lagi, sila ambil perhatian dengan tekanan yang dialami oleh anak anak mereka. Jangan mengharap anak anak yang sudah berjaya membina kerjaya masing masing untuk menanggung mereka sedangkan tekanan yang dihadapi semasa di IPT tidak cuba diatasi.

Ibubapa ada peluang untuk menolong anak anak mereka dengan berusaha mengubah keadaan. Ibubapa adalah pengundi yang ada hak memilih kerajaan yang bersedia mendengar rintihan anak anak mereka dan membuang kerajaan yang tidak mampu berbuat demikian.

Tak usah terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan pinjaman adalah mesti untuk melanjutkan pelajaran. Tidak perlu bimbang kerajaan akan bangkrap kalau menyediakan keperluan kewangan untuk belajar. Lagipun sejarah telah membongkar bagaimana ada pilih kasih kepada kewajiban membayar balik pinjaman ini.

Ada anak anak orang besar dan berpengaruh dalam politik kerajaan dihilangkan rekod pinjamannya dan tidak perlu membayar balik sementara anak anak orang biasa yang gagal membayar balik pinjaman diberikan surat saman malah ada yang perlu menjawab di mahkamah tinggi.

Ibubapa boleh memainkan peranan demi untuk anak anak mereka dengan kuasa undi yang ada. Ini kalilah untuk memastikan pinjaman PTPTN dihapuskan dan diganti dengan biasiswa agar segala tekanan kewangan untuk belajar akan terhapus.

Percayalah ada kerajaan yang mampu melakukan dan kerajaan itu ialah PR.

Ubah sekarang sebelum menjadi lebih parah. Ibubapa mampu mengubahnya!"


 Fakta Menarik Tentang PLUS
Posted on Wednesday, April 24 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: matuse68

"

Kos Projek:RM6 bolion
Pemegang konsesi : Plus Expressway Berhad.
Tarikh mula Konsesi Mei 1988
Tarikh Tamat Konsesi: Mei 2018
Tempoh Konsesi:30 tahun
Panjang:847.7 Kilometer

Apa yang Perlu Tahu ialah Tempoh Konsesi telah di lanjutkan sehingga 2038 setelah Kerajaan PIMPINAN UMNO/BN telah membuat keputusan utk menjual Plus Berhad kepada UEM.EPF dengan nilai 24 Bilion.

Kenapa PLUS mahu diniagakan? Rugi ker?

Tidak sama sekali. Tak rugi pun. Setiap tahun untung berbilion ringgit. Jadi “mereka-mereka” yang bijak mencari peluang akan dapatlah habuan kelak. Ini barulah betul dinamakan “SKIM CEPAT KAYA“. Semak laporan Bernama pada 24 November 2010 yang mana keuntungan sebelum cukai PLUS sehingga suku ketiga tahun 2010 adalah berjumlah sekitar RM1.3 bilion berbanding RM1.2 billion pada tahun 2009. Kemudian setiap 3 tahun sekali akan dibuat semakan semuala kadar tol yang dikenakan kepada pengguna.

Tempoh konsesi telah ditambah sehingga 2038,malang sungguh rakyat Malaysia,ditipu mentah-mentah Kerajaan Sendiri,alahaiii

Kadar caj tol tak diberikan percuma pun tidak mengapa. Tetapi biarlah tidak membebankan pengguna. Itu yang penting. Apa yang rakyat marah sebenarnya ni? Kena bayar mahal, tetapi kemudahan yang diberikan tidak setara dengan nilai yang telah dipaksa bayar. Akhirnya, syarikat yang buat bisns jalan yang untung besar, berbilion ringgit setiap tahun. Betul tak?

Info Terkini Layari INI KALILAH. "




D'Din Din shared Aboo Muaz's photo.
MACAI UMNO TERKINI... SYIAN KAN KAN KAN

Hassan Ali memberi komen diatas penyertaan bekas MENTERI BESAR SELANGOR (Mat Taib) ke dalam PAS

Mat Taib masuk PAS kerana ingin berbakti dan bersama memperjuangkan Islam. Kerana pas mempunyai pejuangan roh Islam.

Hassan Ali memberi komen, didalam PAS tiada lagi perjuangan Islam, tiada apa yang ada didalam PAS, perjuangan PAS sudah tergelincir dari landasan asal. Roh Islam yang dicari ada didalam UMNO kata Hassan Ali. Dalam PAS banyak pelesit golongan anwarinas yang berpandu kepada Ketua Umum Keadilan DS Anwar Ibrahim. Dalam UMNO ada ruang dan ada roh Islam kata Hassan Ali. 

Hassan Ali ini siapa? Pernah memegang jawatan tinggi dalam UMNO ke? Mat Taib tu dulu bekas Menteri Besar Selangor. Dan dia pun pernah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Dia lebih tahu apa yang ada dalam PAS dan apa yang tiada dalam UMNO. 

Dia orang lama.. Dia lebih tahu apa yang berlaku dalam UMNO.. Yang Hassan Ali ni janganlah terlalu tunjuk sangat mengampu tu! Buat orang tergelak dengan sikap mengampu Hassan Ali Kayu Jati tolol ni. KAH KAH KAH 

sudah2 lah Hassan Ali, karier mu akan tamat PRU13 ini. Lepas tu bolehlah teruskan kerjaya sebagai pakar motibasi. Just for pencacai UMNO saja. Orang lain tak mau dengar dengan kelentong kau tu.

http://tenterasemut.net/hassan-ali-masih-dalam-suasana-hilang-akal-syian-kan/
MACAI UMNO TERKINI... SYIAN KAN KAN KAN

Hassan Ali memberi komen diatas penyertaan bekas MENTERI BESAR SELANGOR (Mat Taib) ke dalam PAS

Mat Taib masuk PAS kerana ingin berbakti dan bersama memperjuangkan Islam. Kerana pas mempunyai pejuangan roh Islam.

Hassan Ali memberi komen, didalam PAS tiada lagi perjuangan Islam, tiada apa yang ada didalam PAS, perjuangan PAS sudah tergelincir dari landasan asal. Roh Islam yang dicari ada didalam UMNO kata Hassan Ali. Dalam PAS banyak pelesit golongan anwarinas yang berpandu kepada Ketua Umum Keadilan DS Anwar Ibrahim. Dalam UMNO ada ruang dan ada roh Islam kata Hassan Ali.

Hassan Ali ini siapa? Pernah memegang jawatan tinggi dalam UMNO ke? Mat Taib tu dulu bekas Menteri Besar Selangor. Dan dia pun pernah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Dia lebih tahu apa yang ada dalam PAS dan apa yang tiada dalam UMNO.

Dia orang lama.. Dia lebih tahu apa yang berlaku dalam UMNO.. Yang Hassan Ali ni janganlah terlalu tunjuk sangat mengampu tu! Buat orang tergelak dengan sikap mengampu Hassan Ali Kayu Jati tolol ni. KAH KAH KAH

sudah2 lah Hassan Ali, karier mu akan tamat PRU13 ini. Lepas tu bolehlah teruskan kerjaya sebagai pakar motibasi. Just for pencacai UMNO saja. Orang lain tak mau dengar dengan kelentong kau tu.

http://tenterasemut.net/hassan-ali-masih-dalam-suasana-hilang-akal-syian-kan/




Demang Lebar Daun and 3 other people shared Kami Boikot Buletin Utama TV3's photo.
TERKINI : Hujan Lebat Beserta Kilat & Petir Sabung Menyabung Sebentar Tadi Di Lembah Klang Telah Mengakibatkan Banjir Kilat Yang Hampir Menenggelamkan Kawasan Universiti Malaya Yang Disifatkan Paling Buruk Dalam Sejarah .

Gambar Ehsan : I ♥ KELANTAN
 BN tiada hujah jatuhkan kerajaan PAS Kedah
Posted on Wednesday, April 24 @ 23:20:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog wartautara.com
BAGI meninjau dan mendapatkan penjelasan mengenai pencapaian Kedah di bawah pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat selama lima tahun semenjak PRU12 (2008), dan juga mengenai potensi sama ada kerajaan ini mampu dipertahankan dalam PRU13 nanti atau tidak, Wartawan Harakah IZWAN ABDUL HALIM telah menemu bual Ketua Penerangan PAS Kedah, merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, MUHAMMAD SANUSI MD NOR untuk mendapatkan pandangan beliau.
WARTAWAN: Sejauh mana saudara melihat perkembangan semasa dan kecenderungan sokongan rakyat di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak sepanjang tempoh sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah?



MUHAMMAD SANUSI MD NOR: Kita telah bekerja siang dan malam untuk bentuk keyakinan rakyat Kedah bahawa kita boleh memerintah dengan cara kita belajar dengan cepat untuk menguasai budaya, pemikiran, suasana konteks Kedah yang tidak sama dengan tempat lain.
Dalam 5 tahun ini, kita telah boleh menguasai bidang dan medan negeri Kedah ini.
Dari segi politik kita tengok Umno-BN tiada ruang untuk serang sebarang kesilapan kita.
Perkara dibangkitkan Umno selalunya yang kecil, remeh dan picisan, tiada apa-apa bagi kita.
Bagi saya, ini satu kejayaan kepimpinan Ustaz Azizan di Kedah.
Sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah, kita melaksanakan arahan diputus parti. Juga sebagai Setiausaha Politik, saya hanya melaksana perkara yang ketua arahkan. Saya hanya melaksanakan arahan. Apa yang arah dibuat, yang dikata jangan, saya tak buat. Tapi ada juga yang pertikaian sedangkan tertakluk arahan.
Kita sebolehnya hendak elak kontroversi dan isu yang negatif, jadi kita lebih hati-hati. Prinsip Ustaz Azizan yang sangat berkesan dalam pentadbiran ini ialah “Do it right the first times” (lakukan yang betul pada kali pertama). Jangan buat untuk kali kedua ketiga atau seterusnya.
Urusan kali pertama mesti kena betul dah. Buat kerja mesti pantas, mesti tepat, tindakan mesti segera, tapi tindakan mesti betul.
Tiada ruang untuk buat silap. Ini gaya kerja Ustaz Azizan yang saya dapat belajar dalam 5 tahun ini. Ustaz Azizan pimpin

saya menguasai medan di Kedah dalam gaya dia. Tak ada masalah sangat yang tidak boleh diselesai. Segala bidang kita telah sentuh. Tidak adalah konflik yang tidak dapat kita selesaikan. Ada api kita padam cepat-cepat.
Ada yang perlu kita kendur kita kendurkan cepat-cepat, ada yang perlu kita terik, kita terik betul-betul. Ustaz Azizan dalam tempoh lima tahun ini saya tengok, termasuk pegawai-pegawai ni, kami tidak bercutilah.
Saya sendiri cuti kerajaan ni ada 200 hari lagi. Tiada kesempatan ambil cuti. Terus bekerja saja. Saya teringat istilah yang Ustaz Azizan ajar pada saya, “Kerja di waktu singkat, rehat di waktu panjang”. Saya tanya dia waktu singkat itu bila?
Dia jawab singkat ini dunialah, waktu panjang tu esok di akhirat nanti. Saya terdiam tak terkata apa dah.
Sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah, bagaimana saudara melihat media Umno melemparkan pelbagai isu terhadap kesannya kepada rakyat?
Isu-isu yang Umno lempar guna media arus perdana, kita punya media terhad, kita cuma ada ceramah, yang banyak bantu kita ni media baharu. Itu pun bukan semua orang akses.
Jadi, isu-isu ini memang pada awalnya beri kesan. Tapi dengan usaha kita secara berterusan jawab, kita gunakan Penerangan kita untuk menjawab dan menerang, bukan menyerang.
Masa pilihan raya 2008, kajian kita menunjukkan media baharu ini hanya menguasai 30 peratus sumber maklumat kepada orang ramai.
Tetapi sekarang ini mungkin telah meningkat kepada 60 hingga 70 peratus. Pun begitu masih ada jurang khususnya pengundi Saluran 1 dan 2 yang berumur. Jadi kita bergantung kepada ceramah, itupun bukan semua orang datang ceramah.
Maka kita buat sebaran risalah, pun begitu terhad kerana kita kekurangan dana.
Difahamkan antara kempen yang berkesan ialah Bongkar 403 Juta. Adakah ia beri kesan besar kepada keseluruhan rakyat dan kenapa baru kini ‘dibongkarkan’?
Saya tengok, bila kita ceramah menerangkan mengenai 11 isu dalam Bongkar 403 juta, rakyat terkejut. Kenapa perkara ini tidak didedahkan awal-awal (memerintah). Jadi ini strategi yang diambil oleh PAS. Kita hendak tunjuk, bila kita tidak buat penyelewengan, rasuah, tidak lalai, maka kita boleh buat banyak manfaat untuk rakyat.
Kita buktikan dengan kita beri kafalah, bagi bantuan IPT, guru quran, bidan kampung, kita bina Kuin, kita buat banyak perkara dalam keadaan kewangan kita sangat terhad.
Jadi, dihujung (pemerintahan) ini baru kita boleh tunjuk bahawa Umno-BN dulu (semasa memerintah) tidak boleh buat macam yang kita buat kerana dia amalkan rasuah, sebab menyeleweng, wang bocor, tiris, projek tidak siap, dia buat lepas tangan, ambil untuk kepentingan kroni, buat untuk diri dia.
Jadi, dia tak sempat buat kebajikan dan manfaat untuk rakyat sebab dia tadbir cara menyeleweng tadi. Kita boleh buat sebab kita tak menyeleweng macam dia. Kita simpan ini sebagai peluru terakhir. Lepas bubar parlimen ini kita ada pendedahan fasa lain lagi supaya rakyat sedar, kalau mereka pilih BN, mereka akan berhadapan masalah lebih berat. Bagi negeri lain, jumlah RM403 juta itu mungkin kecil, tapi bagi Kedah, jumlah itu boleh buat banyak manfaat untuk rakyat Kedah.
Kedengaran BN akan tampilkan Dato’ Mukhriz Tun Mahathir sebagai muka baru calon MB Kedah dengan latarbelakang anak bekas Perdana Menteri. Ketika sama dilihat wujud penolakan dalam Umno Kedah sendiri dari kumpulan Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah. Adakah kehadirannya beri kesan di Kedah?
Saya yakin tiada apa-apa yang baru dari Mukhriz dan dia pun tidak bawa sebarang impak. Pada saya, dia inipun tidak memahami budaya orang Kedah. Bagi saya, orang Kedah ni kalau hendak jadi pemimpin, dia mesti datang dari selut bendang, datang dari lumpur, datang dari kebun getah. Dia tidak boleh datang dari ‘anak Perdana Menteri’, anak Menteri, anak bangsawan untuk pimpin rakyat Kedah, dia tidak akan boleh memahami hati budi orang Kedah itu dia tidak sampai.
Jika Mukhriz hendak memimpin dengan jiwa rakyat, itu nampak dia berlakon dan nampak sangat lakonan itu.
Dia bukan pemimpin rakyat Kedah yang tulin. Kalau dia hendak memimpin korporat, jadi delegasi pelaburan, itu mungkin boleh.
Mahathir juga dilihat berkempen untuk anaknya dan mengusik-usik politik sekarang.Adakah Mahathir masih beri impak di Kedah ini?
Mahathir pun orang Kubang Pasu tolak dia, lawan G7 orang sudah sabotaj dia. Orang ada kuasa ini saya ingat dalam Umno, bila habis eranya, maka habislah. Cuma dia boleh bercakap, orang dengar sebab dia orang tua.
Kalaulah di Kedah ini ada isu yang besar dan perlu PAS ini dijatuhkan, orang yang paling akan bercakap lantang tentulah Mahathir. Dia Perdana Menteri yang lama, dia anak Kedah, membesar di Alor Setar, anak dia pun main politik di Kedah, tapi dalam pemerhatian saya, Mahathir paling jarang kritik Kedah kerana tiada isu. Tiada apa-apa boleh dibuat Mahathir, jadi dia banyak bercakap di negeri lain. Kalau macam inilah, Mahathir pun tiada apa-apa untuk dibuat kepada kepimpinan PAS Kedah sekarang ini.
Terakhir, seruan dan harapan selaku Ketua Penerangan PAS Kedah.
Harapan saya ialah kita nak pencapaian Kerajaan Negeri Kedah ini sampai kepada semua rakyat melalui jentera penerangan parti. Kita tidak boleh harap media arus perdana.
Kena guna media kita sendiri, gunalah ceramah, media baharu, berjumpa, ini penerangan mesti bertungkus lumus agar pencapaian itu sampai kepada semua rakyat. Kita juga kena memahami sensitiviti di Kedah ini sama ada sensitivity kaum, agama, budaya, kita tidak boleh sebarangan dan semberono.
Orang luar datang ceramah di Kedah, kita kena terang kepada dia ada perkara tidak boleh sebut, ada pantang larangnya. Untuk masyarakat pengundi di Kedah, kita telah bentang hasil kerja keras kita, pencapaian kita walaupun pada peringkat awal orang anggap mustahil.
Tetapi kita sudah buktikan, dalam tempoh lima tahun penggal ini, kita lebih baik banyak daripada Umno. Jauh kita tinggalkan pencapaian Umno. Dalam tempoh ini juga kita jumpa banyak penyelewengan.
Kalau kita tidak jadi kerajaan dulu, perkara-perkara ini kita tidak tahu. Pemimpin Umno terus tipu rakyat, duit rakyat difaraid sesama mereka, diselewengkan, perjanjian yang merugikan Kedah dibuat sesuka hati, tidak diperiksa, diteliti.
Kita masuk memerintah, kita baiki yang rosak, batal yang tidak berkenaan. Banyak lagi sebenarnya potensi Kedah yang boleh dipertingkatkan. Tetapi ia kena dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, tetapi jika negeri ini kembali kepada Umno, mereka akan buat benda baik yang kita asaskan dalam lima tahun ini akan hilang begitu sahaja. Jadi dalam keadaan sekarang ini saya yakin rakyat sudah tahu menilai dan mereka tidak akan patah balik kepada Umno-BN.


Tiada ulasan: