Ahad, 21 April 2013

BERENTAPLAH DENGAN UKHUWAH DAN KASIH SAYANG...REDA DENGAN KEKALAHAN ATAU KEMENANGAN SESEORANG CALON YANG TELAH DIPILIH RAKYAT....ELAKKAN PENIPUAN

Shariff kotakan janji, calon bebas 2 kerusi

Mohd Sabri Said, 21 Apr 2013

(Sharif bersama Tan Sri Rahman dan Shahbudin)

TASEK GELUGOR: Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Sharif Omar mengotakan janjinya apabila bertanding atas tiket bebas lambang kunci pada pilihanraya umum ke 13 yang memulakan kempen hari ini.

Beliau menyerahkan kertas pencalonan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekitar pukul  9.30 pagi semalam di Dewan Besar Sungai Dua bersama calon PAS Parlimen berkenaan Tan Sri Rahman Maidin serta calon Barisan Nasional (BN), Shabudin Yahya.

Bukan sahaja parlimen tetapi beliau juga bertindak sebagai calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua menentang calon BN, Mohd Yusuf Mohd Noor dan Zahadi Mohd calon PAS.

Sebelum itu, dua individu dikatakan mengistiharkan diri untuk bertanding atas tiket bebas iaitu Azmi Alang di Dun Sungai Dua dan Datuk Mustaffa Idrus di Teluk Air Tawar melawan Calon PKR, Norhayati Jaafar.

Namun ia tidak menjadi kenyataan.

Shariff dikatakan membatalkan cadangan itu kerana tidak mahu mengadai masa depan rakannya dalam Umno kerana menyertai calon bebas bererti keahlian Umno akan gugur dengan sendirinya.

Mereka akan kekal sebagai orang kanannya berkempen menentang BN serta merangka strateji melemahkan calon BN yang menjadi sasaran utama kempen mereka nanti.

Pembaca doa Umno jadi calon bebas Changkat Jering

Johari Jaafar, 21 Apr 2013

(Calon Pakatan Bukit Gantang....dari kiri Chua Yee Ling, Nizar, Ustaz Idris dan Ustaz Nor Azli Musa)

TAIPING: Calon bebas, Zulkiefli Ibrahim dikatakan telah ditaja oleh Umno sendiri bagi menentang  calon BN, Datuk Rosli Husin dan calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin untuk kerusi DUN Changkat Jering.

Menurut beberapa penyokong Umno, calon bebas itu adalah orang yang sering membaca doa pada majlis yang dihadiri oleh untuk Rosli, Ketua Umno Bahagian itu.

Mereka menyebut bagaimana seorang penghuni di penempatan orang miskin boleh bertanding jika tidak ditaja.

Menurut Ketua Penerangan PAS kawasan Bukit Gantang, Saharudin Ahmad Sani, adalah sesuatu yang pelik seorang tukang baca doa kepada Datuk Rosli boleh bertanding menentang beliau.

Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang pula menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS, Ustaz Idris Ahmad ditentang oleh calon BN Ismail Sapian, yang pernah tewas dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang menentang calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Sementara itu kerusi Kuala Sapetang pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Chua Yee Ling, dengan calon BN daripada Gerakan, Loh Swee Eng dan calon Berjasa Zainal Abidin Abd Rahman.

Di Dun Trong pula menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS Ustaz Nor azli Musa dengan calon BN Dr Abd Wahid.

Kamilia: Sudah ditimpa tangga, dihentak bata pula

Analisa Harakahdaily, 21 Apr 2013
SETELAH dimalukan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak sehari sebelum penamaan calon, bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang semalam bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar kini terpaksa menghadapi ‘pembunuhan karektor’ oleh bekas rakan seperjuangannya.

Kamilia tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini dan merasakan tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita Umno.

Sejurus selepas Kamilia menyatakan kekecewaan dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon, Najib terus mengeluarkan kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah Kamilia seorang yang gila kerusi parlimen dan jawatan.

Semalam, Kamilia bertindak menjadi calon Bebas di Kuala Kangsar setelah membuat pengumuman perletakan jawatan beliau selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, dan ahli Umno.

Tindakan tersebut yang dilihat ramai Wanita Umno sebagai langkah yang wajar dalam mempertahankan maruah dirinya daripada penghinaan Najib.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula enggan menerima hakikat perletakan jawatan Kamilia, sebaliknya mengumumkan Kamilia akan dipecat serta-merta Isnin ini.

Surat pemecatan Kamilia akan dikeluarkan Isnin ini.

Kamilia bukan memasuki pertandingan atas tiket Umno, mahupun ahli Umno. Kamilia mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan semua jawatan dalam Umno.

Maka, timbul persoalan apa yang perlu dipecat oleh Muhyiddin?

Kamilia juga terpaksa menghadapi penghinaan daripada Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry semalam melabelkan Kamilia sebagai seorang yang tidak berprinsip.

Begitulah cara pemimpin Umno yang tidak memahami hati seorang wanita yang terguris dalam cara parti memilih calonnya kali ini.

Sudah pasti, bukan Kamilia seorang sahaja yang berasa sedemikian di dalam Umno. Ramai lagi Wanita Umno yang berasa mereka disisihkan dan diketepikan apabila pemimpin Umno sendiri tidak berani mengusir ketua mereka Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes ‘lembu kondo’nya, akhirnya hampir kesemua mereka terpaksa dikorbankan.

Namun, tidak banyak orang yang berani seperti Kamilia yang berani memberitahu Shahrizat bahawa kes NFCnya telah membawa padah kepada Wanita Umno.

Hanya Kamilia sahaja yang berani bersuara mempertahankan Wanita Umno ketika mereka disisihkan tatkala ketua mereka Shahrizat diam membisu.

Siapa lagi yang boleh membela Wanita Umno dari dalam?

Apakah Datin Seri Rosmah Mansor? Rakyat sudah tentu masih ingat siapa pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga kini, kalau bukan suami Rosmah.

Kalau itu bukan satu penganiayaan kepada Wanita Umno, apakah itu?

Hasrat Husam ‘mungkin’ tidak kesampaian, terhangat

Harakahdaily, 21 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Berita bertajuk “Hasrat Husam nampaknya tidak kesampaian...” menjadi artikel paling diminati pembaca Harakahdaily di Facebook dan Twitter bagi minggu ke 15, 2013.

Berita itu melaporkan hasrat calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa yang mahu bertanding melawan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor itu mungkin tidak tercapai.

Ini kerana, nama Adnan dikatakan tidak ada dalam senarai kerana masalahnya dengan seorang lelaki yang datang ke pejabat.

Di tangga kedua pula ialah berita “Kenapa tiada bendera PAS di Putrajaya?” yang mengisahkan sebuah kisah yang menyentuh hati terhadap sikap yang diambil Unit Amal PAS dalam menjaga bendera parti.

Artikel blog Omakkau “Faizal Tahir rasa terhina dengan calon Shah Alam” pula menduduki tangga ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 14 hingga 20 April, 2013.
1

Hasrat Husam nampaknya tidak kesampaian...

2

Kenapa tiada bendera PAS di Putrajaya?

3

Faizal Tahir rasa terhina dengan calon Shah Alam

4

Team Mahathir tewas di tangan Kak Ros?

5

Calon BN Pasir Mas akan terbatal kerana masalah teknikal?

6

Ustaz yang dipilih calon BN serah semula watikah

7

Kamilia: Sudah jatuh dihempak tangga

8

Klon Anwar dalam video lucah tampil malam ini?

9

Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS

10

Nasib 4 katak: Hilang madu sepah dibuang

Ustaz Zawawi berentap 3 penjuru di Semanggol

Johari Jaffar, 21 Apr 2013

(Ustaz Zawawi Hassan [tengah] bersama Husin Din [kiri sekali] semasa penamaan calon semalam)


BAGAN SERAI: Calon PAS bagi Gunung Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Hassan ditentang oleh calon BN Zulkarnain Ismail dan seorang calon bebas, Halidi Wahab.

Pada pilihanraya umum ke 12 lalu, calon PAS, Ramli Tusin berjaya menewaskan calon BN, tetapi pada pilihanraya umum kali ini tokoh muda , Ustaz Zawawi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Perak diletakkan kecpercayaan sebagai calon  DUN Gunung Semanggol.

Begitu juga di kerusi Alor Pongsu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Rosli Ibrahim dengan calon BN Sham Mat Sahat dan calon bebas Ahamsul Amir Ramly.

Di kerusi Selinsing, PAS berhadapan dengan Umno. Calon PAS Husin Din yang merupakan penyandang kerusi itu pada pilihanraya umum ke 12 ditentang oleh calon BN Shaharuddin Ahmad.

Di Parlimen Bagan Serai, Pengerusi PKR Negeri Perak, Dr Mohammad Nor Manuty ditentang juga tiga penjuru antara calon BN Noor Azmi Ghazali dan seorang calon Bebas, Abdul Latif Masud, 

Tiada ulasan: