Ahad, 28 April 2013

SEMUA KAUM ADALAH MANUSIA ...JUGA SEMUA MAKHLUK ALLAH SWT....YANG ADA AKAL DAN FIKIRAN JUGA PERASAN....JANGAN TAK SEIMBANG...BAHAYA

MCA marah DAP utamakan Melayu

Harakahdaily, 28 Apr 2013
PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu, lapor laman web Free Malaysia Today.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.

Soi Lek: Jamil khir tak berani, Shabudin senyap

Mohd Sabri Said, 28 Apr 2013
TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tamrin Tun Ghafar (gambar) menganggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir bacul kerana sampai hari ini tidak berani menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan Jamil kena belajar lagi tentang Hudud.

Katanya lagi, sikap itu menunjukan ketidak pedulian kepimpinan Umno walaupun di hinakan sebegitu rupa.

"Mana dia Jamil Khir dan Setiausahanya Shabudin Yahya kononnya banyak ilmu diam membisu bila Chua Soi Lek mengatakan Jamil tidak faham tentang Hudud, " jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Shabudin yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihanraya Umum ke 13 ini patut dikalahkan kerana dayus berhadapan dengan Presiden MCA.

Mereka tidak berani menegur sebaliknya sanggup berpeluk tubuh dan melihat kelakuan Chua Soi Lek yang semakin melampau menghina Islam.

Kekalahannya di Parlimen Tasek Gelugor akan mengajarnya supaya jangan bercakap pandai sedangkan penghinaan tidak diambil tindakan.

Lagi pun beliau bukannya seorang pemimpin Umno yang mampu melahirkan pelapis tetapi banyak memecah belahkan antara kumpulan Umno sendiri.

"Kalahkan BN, itu yang penting kerana selagi Umno berkuasa rakyat akan menderita," terangnya.

Hishammuddin cuba tutup malu kerajaan, kata Husam

Mohd Rashidi Hassan, 28 Apr 2013
PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang mendakwa beliau tidak sensitif dan biadab dalam isu pembunuhan pegawai tinggi kastam dua hari lepas.

Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri) ditembak mati dua penjenayah dalam perjalanannya ke pejabat, Jumaat lepas.

Selain menyantuni anggota keluarga allahyarham di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan Masjid Besi, Husam menunggu ketibaan jenazah Shaharuddin sejak sebelum solat asar dan turut sama menghantar jenazah ke kubur sehingga hampir maghrib.

Sepanjang waktu itu Husam mendakwa tiada seorangpun wakil kerajaan yang hadir ke masjid atau ke tanah perkuburan.

Husam  yang juga calon PAS bagi Parlimen Putrajaya menegaskan, kenyataan Hishamudin tersebut hanyalah untuk menutup malu apabila kerajaan interim gagal menunjukkan kebersamaan mereka dengan tidak mewakilkan walau hanya seorang menteri dari 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri sewaktu solat dan pengebumian.

"Saya menyentuh perkara ini untuk menyatakan kesedihan terhadap kejadian yang menimpa arwah, iaitu pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan.

"Kedua, saya mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang tidak berperikemanusiaan. Saya bertegas mahu Kerajaan khususnya Menterinya bertindak cepat mengesan penjenayah yg melakukan heinous crime ini. Adakah ini menjadikan saya insensitive dan biadab?" Soal beliau dengan tegas.

Menurut Husam rakyat dan warga kastam dan anggota agensi penguatkuasaan juga tertunggu tindakan segera kerajaan bagi menangani jenayah yang mengejutkan apabila ia berlaku di Putrajaya.

Harakahdaily difahamkan calon BN, Tengku Adnan Mansor turut hadir di masjid, namun beliau hanya berada di saf belakang.

Manakala berbeza dengan Husam, selepas selesai majlis, anggota keluarga mangsa, datang menemui calon PAS mengucapkan terima kasih dan penghargaan anggota keluarga terhadap keprihatinan calon PAS tersebut.

Fitnah: Samransak timbang saman fecebooker Umno

Harakahdaily, 28 Apr 2013
(Gambar: Samransak ditemani Ketua Pemuda PAS Padang Terap Nasir Zakaria dan penyokong ketika membuat laporan polis semalam)


KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Samransak Kram semalam telah membuat laporan polis terhadap seorang facebooker Umno, yang didakwa telah mengeluarkan satu kenyataan memfitnah beliau.

Laporan itu dibuat terhadap pemilik akuan ‘Aktivis Umno Pekan Naka II’ yang mendakwa Samransak dibayar Parti Keadilan Rakyat sebanyak  RM50 ribu untuk menarik diri sebagai calon KITA dari bertanding pada hari penamaan calon lalu.

Samransak yang juga Duta Dewan Himpunan Penyokong Pas Padang Terap berkata, tuduhan tersebut adalah satu fitnah yang berniat jaht serta cuba menjatuhkan nama baiknya.

"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan jahat “Aktivis Umno Pekan Naka II” terhadap diri saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap dan menyatakan bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah dan hasutan menjatuhkan maruah dan nama baik saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap.

Salahguna dewan: PAS Perak gesa undang-undang dipatuhi

Muhammad Faeez Azahar, 28 Apr 2013

(Zamri ketika bercakap kepada media semalam)

IPOH:"Semua pihak termasuk SPR digesa menghormati serta mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan.”

Demikian tegas Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak, Zamri Ibrahim mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalalkan tindakan Umno menyalahgunakan dewan orang ramai serta premis awam untuk dijadikan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Katanya, walaupun pihak SPR menyatakan bahawa Umno telah mendapat kebenaran daripada pemilik dewan untuk menggunakannya bagi tujuan kempen pilihanraya, namun dokumentasi penyewaan serta surat kebenaran kegunaannya tidak dikemukakan.

“PAS Perak menggesa pasukan penguatkuasa pilihanraya yang ditubuhkan di bawah seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihanraya1954 bertindak berdasarkan perkara 8 Tataetika Pilihanraya oleh SPR.

“SPR perlu membuat lawatan ke premis-premis yang berkenaan dan meminta pihak BN menunjukkan dan seterusnya memberikan salinan dokumentasi penyewaan atau surat kebenaran menggunakan dewan orang ramai tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Salman Saleh.

Peguam muda itu menjelaskan, ianya bagi meleraikan kekeliruan serta rasa sangsi dan tidak puas hati orang ramai yang masih mempersoalkan penggunaan orang ramai oleh BN khususnya Umno.

Menyentuh berkenaan pasukan penguatkuasa, beliau berkata, PAS Perak menggesa peranan dan tugas anggota pasukan penguatkuasa dihormati oleh SPR itu sendiri.

Katanya, berdasarkan seksyen 27C Akta Kesalahan Pilihanraya1954, anggota pasukan terdiri masing-masing seorang daripada pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh SPR, wakil daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil parti politik yang dilantik oleh calon atau ejen pilihanrayanya.

Berdasarkan peruntukan tersebut, Zamri berkata, Pegawai Pengurus Pilihanraya tidak termasuk dalam anggota pasukan penguatkuasa.

“PAS mendapat maklumat yang diperolehi, ada Pegawai Pengurus Pilihanraya yang membuat arahan kepada pasukan ini.

“Terdapat juga maklumat wakil parti tidak dijemput dalam perbincangan untuk membuat keputusan berhubung bahan kempen," katanya.

Tegas Zamri, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan seksyen 27G Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Saya dengan ini memberi masa 48 jam kepada ‘Aktivis Umno Pekan Naka II’ memohon maaf dan menarik balik semua tuduhan tersebut, sekiranya beliau gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diteruskan terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kenyataan tersebut disiarkan facebooker Umno itu pada 24 April lalu di laman facebook miliknya.

Katanya, tuduhan itu juga sengaja untuk merosakkan reputasinya sebagai bekas pemain bolasepak negeri dan kebangsaan yang mempunyai reputasi baik.

Facebooker itu katanya telah membuat tohmahan tanpa asas, bukti kukuh dan menghasut pembaca kepada akaun tersebut dan pengundi di kawasan parlimen ini mempunyai persepsi buruk, negatif dan prasangka jahat terhadap dirinya.

“Aktivis Umno Pekan Naka II berniat jahat membuat tuduhan Pakatan Rakyat parti rasuah dan menghasut pembaca akaun tersebut, pengundi di kawasan ini bersangka buruk terhadap Pakatan Rakyat," tegasnya.

2,000 mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno

Harakahdaily, 28 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 mahasiswa dan anak muda dari seluruh Malaysia semalam berarak ke bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, bagi menyatakan penolakan anak muda terhadap parti itu khususnya untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Perarakan anjuran Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) tersebut bermula jam 2.30 petang dengan himpunan di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke bagunan Umno kira-kira 3.15 petang melalui Jalan Putra.

Sepanjang perarakan, mereka yang rata-rata memakai baju hitam sebagai lambang penolakan turut menyanyikan lagu tolak Umno, bersorak dan melambai kepada rakyat yang menyusuri jalan disamping mengedarkan risalah 'Mengapa Anak Muda Tolak Umno BN'.

Kemuncak perarakan itu, mereka telah menyerahkan kain sepanjang 50 meter mengandungi tandatangan rakyat khususnya anak muda yang menyokong gerakan tolak Umno BN, kepada wakil ibu pejabat parti itu.

Mereka juga turut mengadakan bacaan ikrar janji setia Anak Muda Tolak Umno BN yang dipimpin oleh Ahmad Afif sebagai jurucakap gerakan tersebut.

Sebelum ini, Tolak telah menjelajah ke seluruh Malaysia mengadakan kempen besar–besaran bermula pada 15 Mac hingga 15 April lalu.

Kempen tersebut sebagai memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa rakyat Malaysia wajib menolak Umno BN.

Tolak turut mendapat sokongan lebih 30 NGO termasuk Bersih.

Rayuan kepada pengundi Melayu

Anak Perantau, Doha,

Sejak hari pembubaran Parlimen Malaysia baru-baru ini saya memerhatikan perkembangan politik tanah air dengan lebih teliti apatah lagi apabila disebut-sebut yang Pilihanraya Umum kali ini akan menyaksikan pertarungan paling sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sebagai seorang Melayu Islam sudah tentu saya tidak boleh lari dari perasaan yang inginkan Islam dan Melayu megah di tanahair. Kuasa politik Melayu Islam seharusnya menjadi kuasa  dominan  ataupun paksi tunjang dalam sesuatu kerajaan yang dibentuk.

Selama ini Umno merupakan pemegang paksi tunjang tersebut didalam kerajaan Malaysia. Kita harus memberi  kepujian pada Umno yang memegang amanah ini semenjak Merdeka lagi dengan megahnya. Walaubagaimanapun, kita juga tidak dapat lari dari fakta yang semenjak tahun 2008, dominasi ataupun paksi tunjang Melayu  yang diterajui oleh Umno ini semakin terhakis didalam kerajaan.

Walaupun kemenangan diperolehi semasa PRU-12 pada 2008, apa yang dilihat Umno tidak lagi mewakili majoriti umat Melayu disebabkan kekalahan sebegitu banyak kerusi  dan Umno dilihat semakin hari semakin lemah dengan sokongan yang telah mula beralih kepada kepimpinan Melayu dari PAS dan PKR.

PRU-12 yang lalu juga menyaksikan peralihan  Paksi tunjang bagi kaum Bukan Melayu dengan kadar yang lebih pantas. MCA/MIC yang selama ini menjadi  jagoan bagi kaum Bukan Melayu telah pun ditinggalkan oleh Bukan Melayu dengan memilih DAP. PRU-13 ini bakal menyaksikan parti MCA/MIC dikuburkan terus oleh kaum Bukan Melayu. Mereka dilihat telah sepakat untuk memilih DAP sebagai parti yang akan memegang paksi tunjang kaum mereka.

Untuk pilihnraya umum kali ini. Dari segi jumlah calon pula, saya tidak dapat lari dari memberi pujian kepada Pakatan Rakyat kerana meletakkan lebih ramai calon Melayu dari Barisan Nasional. Jumlah calon Melayu/Bukan Melayu adalah seperti  berikut:


Berdasarkan data di atas, zahirnya tidak perlu wujud sebarang kerisauan tentang dominasi kaum bukan Melayu di dalam  Parlimen atau di dalam Kabinet Malaysia. Akan tetapi kalau kita renung balik secara lebih mendalam, dengan kecondongan pengundi bukan Melayu pada Pakatan Rakyat yang ada sekarang, tidak mustahil Pakatan Rakyat boleh memenangi 65 dari 80 kerusi calon bukan Melayu yang dipertandingkan.
Untuk kerusi calon Melayu pula kecondongan buat ketika ini mengatakan bahawa 35% atau pun lebih kurang satu pertiga dari orang-orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.  Ini bermakna Pakatan Rakyat boleh memenangi lebih kurang 47 kerusi dari 142 kerusi Melayu yang dipertandingkan. Dengan jumlah kerusi Melayu 47 dan Bukan Melayu 65 itu, Pakatan Rakyat boleh membentuk kerajaan Malaysia dengan majoriti mudah.

Akan tetapi perlu diingat yang kerajaan yang dibentuk itu bukanlah Melayu sebagai paksi tunjangnya!! Paksi tunjang Melayu/Islam yang terdiri dari ahli Parlimen Umno pada ketika itu akan berada di kerusi pembangkang di Parlimen Malaysia.

Oleh itu untuk memastikan perkara atas tidak berlaku adalah sewajarnya kekuatan atau kemenangan diberikan kepada calon-calon Melayu dari Pakatan Rakyat. Kemenangan besar calon Melayu didalam Pakatan Rakyat akan memastikan paksi tunjang politik Malaysia akan terus berada di tangan orang Melayu/Islam  baik di dalam Parlimen ataupun di Kabinet Malaysia. Undi anda adalah penentu kekuatan nadi politik orang Melayu/Islam di Malaysia.

Orang-orang Bukan Melayu telah pun membuat keputusan, bagaimana anda?



Dari,
Pengundi Melayu yang prihatin, Doha

Orang Umno jangan menangis, terhangat

Harakahdaily, 28 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Artikel blog naimnikmat bertajuk “Orang Umno jangan menangis lepas baca ni...” menjadi artikel paling diminati pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-16, 2013.
Di tempat kedua di artikel blog ekeleh yang menceritakan kesudian TV Thailand memaparkan keputusan UMCEDEL yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mendahului saingan jawatan perdana menteri berbanding Datuk Seri Najib Razak, yang tidak tergamak disiarkan TV3.

Dakwaan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli bahawa Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai dua saman AES tertunggak pula berada di tempat ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi 21 hingga 27 April.

1

Orang Umno jangan menangis lepas baca ni...
2

TV Thailand siar apa yang tak gamak TV3 siarkan!!
3

AES: Saman tertunggak Rosmah, apa kata Najib
4

Berprinsipnya calon BN Shah Alam
5

Pengakuan terbuka yang membuatkan Umno bertambah duka
6

Lepas makan, pengundi blahhh gitu je
7

Selepas dicium India, 104 ahli MIC Shah Alam keluar parti
8

TV3 dan Muhyidin sebar berita palsu
9

Kamilia: Sudah ditimpa tangga, dihentak bata pula
10

Putrajaya: Gelabah, Muhyiddin mula serang Husam

Aziz akan dedah siapa Dr Mazlan

Mohd Sabri Said, 28 Apr 2013
PULAU PINANG: Bekas Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang,  Haji Abdul Aziz Shafiee (gambar) bertekad akan mendedahkan siapa sebenarnya calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr.Mazlan Ismail.

Sewaktu dirinya sebagai Setiausaha PAS Negeri,  Dr . Mazlan merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya,  banyak cerita yang boleh dikongsikan dengan masyarakat tentang Dr. Mazlan kerana pendedahan itu pastinya mencemaskan kedudukannya sebagai calon yang kononnya mahu menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas ini katanya,  beliau sendiri akan naik pentas PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Permatang Pauh sebagai siri penjelasan wajah sebenar Dr. Mazlan Ismail.

"Selepas pengisytiharan nama calon BN saya rasa syukur kerana akhirnya Dr. Mazlan masuk Umno. Kemasukan beliau tidak mencemaskan PAS terutamanya tetapi merupakan titik permulaan kekecohan dalaman Umno," terangnya.

Menurut Aziz, beliau tahu, banyak rakan taulan Mazlan masih dalam PAS namun beliau yakin mereka tidak termakan dakyah palsu yang dipelajari dari Umno itu.

Tiada ulasan: