Mahathir sedia berdepan lembaga disiplin Umno
Tun
Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membela Che Johan Che Pa
jika beliau dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana tidak
menyerahkan borangnya sebagai calon BN bagi Parlimen Pasir Mas pada hari
penamaan calon, 20 April lepas.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedia berbuat demikian kerana mengagumi pengorbanan dan perjuangan Che Johan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Bebas dan PAS, yang boleh menyebabkan kerusi itu jatuh ke tangan pembangkang.
"Saya peguam yang tidak ada kelulusan tapi kalau nak berhujah boleh juga. Saya berpendapat bahawa bukan sahaja dia (Che Johan) tidak salah, bahkan saya hendak tengok lebih ramai orang lagi berkorban demi kebaikan parti bukan untuk diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di Pasir Mas hari ini.
Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, dicabar Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan kira-kira 500 penduduk, Dr Mahathir berkata ramai yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon dan terus melupakan jasa parti serta membuat tindakan tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya, Che Johan masih meneruskan usaha untuk memastikan kerusi parlimen Pasir Mas tidak terlepas ke tangan PAS, katanya.
"Apa yang kita tengok sekarang ini, banyak yang berkorban demi kepentingan diri sendiri. Tidak dapat satu, mereka korbankan semuanya," katanya.
Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ibrahim serta calon-calon BN bagi DUN Tendong Datuk Hanapi Mamat, DUN Pengkalan Pasir Tuan Anuwa Tuan Mat dan DUN Chetok Aimi Jusoh.
- Bernama
Ketua Pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Mohd Khairil yang juga calon PAS bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.
"Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di Seremban hari ini.
Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah.
- Bernama
BN Kelantan tidak mustahil menang 30 kerusi Dun
Posted on Sunday, April 28 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"Sebelum ini Datuk Mustafa Mohamad ketua badan perhubungan umno Kelantan pernag berkata, Barisan Nasional (BN) Kelantan boleh menang 23 kerusi DUN pada PRU 13 ini.
Hari ini selepas satu minggu masa berkempen dia (Mustafa) berkata, tidak mustahil membuat kejutan lebih besar kemungkinan memenangi 30 kerusi dewan undangan negeri (Dun) pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Faktanya, ia di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi Dun yang akan dimenangi memandangkan sambutan positif rakyat diluar dugaan sejak hari penamaan calon Sabtu lepas..
Fakta itu ialah berlakuknya perubahan amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota Pas dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka..
Beliau berkata perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal Pas' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.
Fakta kedua ialah mengenai pengundi yang berada di luar Kelantan berpendirian mereka juga banyak yang sudah berubah memihak kepada (BN) hasil kerja kuat Umno setiap bahagian yang lebih tersusun dengan mengadakan perjumpaan bagi mendekati mereka.
Perkataan tidak mustahil umno menang dan memerintah semula Kelantan juga kedengaran di Terengganu bahawa PAStak musstahil boleh memerintah semula Terengganu pada PRU 13 5 Mei 2013 ini.
Faktanya lebih kurang sama, iaitu sambutan rakyat pada majlis ceramah dimana sahaja begitu ramai. Memang diluar jangkaan.
Ceramah presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang di DUN batu Rakit 24 malam April 2013 sambutan rakyat boleh dikatakan luar biasa, memang tidak pernah berlaku, hatta Pada PRU 10 (1999) dahulu.
25 April malam ceramah ustaz Azhar Idrus, Bok Lokman dan Eby Abadi di Pekan Batu Enam sangat luar biasa tidak pernah berlaku sebelum.Pendek kata cipta rekod kehadiran rakyat paling ramai.
Pada pilihan raya umum 2008, di Kelantan Pas menang 38 kerusi Dun, BN (enam) dan PKR (1) namun pada pilihan raya kecil Galas 2010, BN memperoleh satu lagi kerusi ada harapan boleh menang dan memerintah semula setelah pas memerintah selama 23 tahun.
Manakala di Terengganu PAS menang 8 kerusi dan umno menang 24 kerusi DUN dan menang parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil jadi dua kerusi satu parlimen Marang barangkali punya harapan untuk menang dan memerintah semula selepas kalah teruk pada PRU 11 (2004).
Ada persamaan yang mana BN menang dua kerusi parlimen di Kelantan pada PRU 12 sepertimana yang di milki PAS Terengganu.
Jika BN boleh menang dan memerintah semula Kelantan pada PRU 13 5 Mei ini, tidak mustahil Terengganu juga PAS boleh menang dan memerintah semula, faktanya sambutan rakyat sangat luar biasa berbanding sebelum ini.
Kebanyakan penyokong PAS berbisik bisik, bahawa PAS boleh memang 18 kerusi DUN dan memerintah semula Terengganu.
Perubahan itu bukan sahaja berlaku di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan setiu sahaja, Hulu Terengganu,Dungun dan Kemaman turut berubah, malah diseluruh pelosok Terengganu sambutan rakyat sangat luar biasa. Lebih lebih lagi ramai calon umno telah dicantas punca penyokong marah dan protes.
Inilah yang penulis dengar selepas membuat rondaan dari Kuala Neus Kuala Terengganu Hulku Terengganu, Dungun dan Kemaman pada 27 April 2013. Sebelum ini penulis ke Setiu dan Besut kelihatan ada perubahan yang begitu ketara."
28 April 2013
SEREMBAN - Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lenggeng,
di sini Zulkefly Mohamad Omar dilapor dimasukkan ke hospital selepas
dikatakan mendapat serangan angin ahmar, semalam.
Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Mohd Khairil yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.
"Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah. - Bernama
28 April 2013
PKR berasa bangga dengan angka survei dari Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan bahawa usaha
berterusan parti untuk menjanakan perubahan yang bermakna kini menjadi
kenyataan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum Umcedel. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji Umcedel pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum Umcedel memihak kepada pihak BN.
Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik merupakan barometer yang releven dan boleh dipercayai. Namun, kami akan menghormati keputusan pilihanraya seperti yang diputuskan oleh rakyat pada 5 Mei.
Pihak kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43 peratus orang Malaysia yang ditemubual antara April 3-20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk negara) percaya kepada kebolehan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39 peratus untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Adalah menggembirakan bahawa 54 peratus daripada pihak orang Melayu yang ditemubual yakin kepada Datuk Seri Anwar. Hal ini jelas menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang Melayu.
Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang teguh kepada kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh sehingga hari pengundian.
Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR
28 April 2013
PUTRAJAYA - Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein menghentikan 'serangan' yang tidak berasas
terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim
kelmarin.
Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.
"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.
"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.
Semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup.
Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.
Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah.
Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.
"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.
Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.
"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi.
28 April 2013
PUTRAJAYA – “Tarikh 5 Mei pastikan calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dikalahkan habis-habisan.'
"Lagipun, apakah sumbangan Husam dan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kepada Putrajaya? Kita bina dengan sempurna tiba-tiba datang nak tawan,” demikianlah ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pengundi di sini.
Menurut Dr Mahathir, rakyat dan pengundi di Putrajaya tidak boleh mempercayai individu dan pakatan seperti ini sepatutnya beliau (Husam) pulang ke Kelantan dan perbetulkan negerinya terlebih dahulu sebelum dia berangan-angan ingin merampas kota pentadbiran negara, Putrajaya.
“Saya datang ke sini kerana pernah bekerja di sini (Putrajaya) sebagai Perdana Menteri. Saya datang malam ini sebab saya ingin berusaha bersungguh-sungguh supaya Putrajaya ini tidak terlepas ke tangan orang yang tidak layak.
“Nak jaga dan tadbir Kelantan pun tidak tahu. Kelantan itu tempat kamu betulkan dulu tempat kamu, tirulah presint-presint di Putrajaya dahulu , bina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam di sana dahulu, bila dah berjaya buktikan bolehlah minta diberi peluang untuk bekerja di sini tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri, “ katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Ramah Mesra bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya’, malam tadi.
Sementara itu, Dr Mahathir tegas menyatakan relevan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) menempatkan Naib Presiden Pas itu di Putrajaya kerana menjangkakan beliau akan bertading di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
“Husam ini datang ke Putrajaya kerana mereka percaya saya akan bertanding di sini. Tetapi seluruh dunia dah tahu saya telah bersara dan tidak pernah berniat untuk bertanding semula walau dengan sesiapa pun.
“Husam juga pernah tawarkan diri untuk berdebat dengan saya, orang seperti ini bukannya tahu untuk berdebat yang dia tahu hanya membuat bising. Dan kalau dia salah pun tidak akan mengaku," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mempertikaikan siapa Husam sekitanya dibandingkan dirinya yang jauh lebih berusia dan berpengalaman.
“Kalau banding umur saya dan umurnya, dia masih budak-budak. Pergilah berdebat dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kau, tak usahlah nak cabar-cabar orang,” katanya.
Dr Mahathir turut menempelak dakwaan yang dikeluarkan pakatan pembangkang sebelum ini yang menyifatkan pembinaan Putrajaya sebagai pembaziran duit kerajaan dan meniru bangsa asing kerana wujud perkataan ‘presint’.
“Sebenarnya Putrajaya bukanlah satu pembaziran pembinaanya bertujuan menyediakan kemudahan untuk sebuah negara yang kian maju. Mereka juga pernah menyatakan untuk melelong Putrajaya.
“Saya dah belikan loceng untuk Nik Aziz supaya dia boleh duduk di hadapan masjid dan lelong, pada saya masjid di sini cukup sesuai untuk dijadikan pusat beli-belah. Tetapi sekarang mereka kata tidak mahu lelong Putrajaya sebab nak datang ke sini untuk dirikan kerajaan persekutan,” katanya.
Beliau berkata, sememangnya Putrajaya dibangunkan untuk mendirikan kerajaan tetapi bukan untuk Nik Aziz, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sudah tentunya bukan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka tidak layak untuk berada di sini menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Dr Mahathir beberapa kali mengingatkan pengundi dan rakyat di Putrajaya yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam memastikan Putrajaya kekal sebagai tempat di mana negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.
28 April 2013
RAWANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sebagai
karut satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti
Malaya (Umcedel), dan menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN)
berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian Umcedel itu yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan.
"Saya yakin kita boleh memenangi PRU13," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di sini hari ini.
Najib mengulas tinjauan itu dibuat awal April melibatkan 1,407 responden yang tinggal di Semenanjung Malaysia.
Tinjauan itu menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara 24 peratus tidak setuju dan selebihnya tidak pasti.
Sementara bagi Najib, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri sementara 31 peratus tidak setuju dan 30 peratus selebihnya tidak pasti. - Bernama
28 April 2013
ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah yakin akan dapat menawan
semula negeri ini daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) 5 Mei ini, paling kurang dengan majoriti mudah.
"Kita yakin 'simple majority' sudah ada dalam tangan. Sekarang kita sedang berusaha untuk mendapatkan dua pertiga majoriti," kata Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang media di sini hari ini.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Untuk menang dengan majoriti mudah memerlukan 19 kerusi manakala majoriti dua pertiga pula 24 kerusi. Ahmad Bashah berkata keyakinan itu turut didorong oleh 'kepulangan' pengundi Cina ke pangkuan BN setelah kecewa dengan pemerintahan kerajaan Pas selama lima tahun.
Katanya beliau dapat melihat sendiri sokongan yang luar biasa oleh masyarakat Cina Kedah, terutamanya daripada kalangan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN pada PRU13 ini.
"Mereka memberikan sokongan penuh kepada kita (kerajaan BN) supaya kita yakin dengan mereka. Orang Melayu juga sepatutnya sudah nampak, Pas telah terlalu jauh menyimpang daripada perjuangan mereka. Orang Melayu juga patut dah lama tolak Pas," katanya.
Ahmad Bashah berkata pengundi Melayu Kedah harus memberi pengajaran kepada Pas atas kegagalan membawa perubahan kepada negeri Kedah dengan mengundi BN pada PRU kali ini.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat calon BN Kedah yang bertanding bagi kerusi Dun dan parlimen pada PRU13, bagi membincangkan perjalanan kempen BN.
Ahmad Bashah berkata kempen BN di negeri Kedah menunjukkan peningkatan positif dengan perubahan baik dilaporkan di beberapa kawasan hitam di Kedah.
"Muka-muka baharu dalam pencalonan kali ini juga sudah dapat diterima, baik oleh pengundi mahupun jentera parti itu sendiri dan lawatan dari rumah ke rumah sudah pun bermula. Gerak kerja juga sudah semakin pantas, dari segi kerjasama juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan," katanya.- Bernama
SAPE YANG BENAR2 DESAK NI
28 April 2013
KUALA LUMPUR - Pendedahan surat kononnya tokoh ulama Islam Prof Dr
Yusuf Al-Qardawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon
perdana menteri dilihat sebagai langkah terdesak ketua pembangkang itu
untuk membentuk persepsi masyarakat.
Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pengeluaran dan penyebaran surat yang belum dapat disahihkan keasliannya mempamerkan opsyen terakhir Anwar untuk melonjakkan sokongan kepadanya dengan menggunakan pengaruh yang ada pada Pengerusi Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds itu.
"Apa yang telah dilakukan sehingga munculnya surat yang kononnya membuat pengisytiharan terbuka mengiktiraf Anwar sebagai manusia paling layak menerajui Malaysia sangat sukar diterima.
"Mana mungkin seseorang yang berada lebih 10,000 kilometer (dari negara ini) dan tidak pernah bergelumang dalam kancah kehidupan masyarakat di Malaysia apalagi dalam arena politik yang begitu pelbagai Dapat membuat suatu rumusan bagi pihak 27 juta rakyat negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pada Jumaat lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan risalah yang didakwa mengandungi surat terbuka dari Al-Qardawi yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.
Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, bertanya bagaimana seorang pemikir di negara ini mampu mengeluarkan surat memperakui seorang pemimpin di negara luar dan apakah rakyat negara itu mampu juga menerima dan mengakui kesahihan surat berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata keputusan Majlis Syura Pas pada Februari lepas juga jelas menolak Anwar sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pusat.
Beliau yakin rakyat di negara ini lebih mengenali Anwar berbanding pemimpin negara luar.- Bernama
Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedia berbuat demikian kerana mengagumi pengorbanan dan perjuangan Che Johan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Bebas dan PAS, yang boleh menyebabkan kerusi itu jatuh ke tangan pembangkang.
"Saya peguam yang tidak ada kelulusan tapi kalau nak berhujah boleh juga. Saya berpendapat bahawa bukan sahaja dia (Che Johan) tidak salah, bahkan saya hendak tengok lebih ramai orang lagi berkorban demi kebaikan parti bukan untuk diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di Pasir Mas hari ini.
Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, dicabar Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan kira-kira 500 penduduk, Dr Mahathir berkata ramai yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon dan terus melupakan jasa parti serta membuat tindakan tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya, Che Johan masih meneruskan usaha untuk memastikan kerusi parlimen Pasir Mas tidak terlepas ke tangan PAS, katanya.
"Apa yang kita tengok sekarang ini, banyak yang berkorban demi kepentingan diri sendiri. Tidak dapat satu, mereka korbankan semuanya," katanya.
Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ibrahim serta calon-calon BN bagi DUN Tendong Datuk Hanapi Mamat, DUN Pengkalan Pasir Tuan Anuwa Tuan Mat dan DUN Chetok Aimi Jusoh.
- Bernama
Calon PAS Lenggeng dimasukkan ke hospital
Calon
PAS bagi kerusi DUN Lenggeng, di Seremban Zulkefly Mohamad Omar dilapor
dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mendapat serangan angin ahmar,
semalam.Ketua Pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Mohd Khairil yang juga calon PAS bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.
"Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di Seremban hari ini.
Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah.
- Bernama
BN Kelantan tidak mustahil menang 30 kerusi Dun
Posted on Sunday, April 28 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"Sebelum ini Datuk Mustafa Mohamad ketua badan perhubungan umno Kelantan pernag berkata, Barisan Nasional (BN) Kelantan boleh menang 23 kerusi DUN pada PRU 13 ini.
Hari ini selepas satu minggu masa berkempen dia (Mustafa) berkata, tidak mustahil membuat kejutan lebih besar kemungkinan memenangi 30 kerusi dewan undangan negeri (Dun) pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Faktanya, ia di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi Dun yang akan dimenangi memandangkan sambutan positif rakyat diluar dugaan sejak hari penamaan calon Sabtu lepas..
Fakta itu ialah berlakuknya perubahan amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota Pas dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka..
Beliau berkata perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal Pas' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.
Fakta kedua ialah mengenai pengundi yang berada di luar Kelantan berpendirian mereka juga banyak yang sudah berubah memihak kepada (BN) hasil kerja kuat Umno setiap bahagian yang lebih tersusun dengan mengadakan perjumpaan bagi mendekati mereka.
Perkataan tidak mustahil umno menang dan memerintah semula Kelantan juga kedengaran di Terengganu bahawa PAStak musstahil boleh memerintah semula Terengganu pada PRU 13 5 Mei 2013 ini.
Faktanya lebih kurang sama, iaitu sambutan rakyat pada majlis ceramah dimana sahaja begitu ramai. Memang diluar jangkaan.
Ceramah presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang di DUN batu Rakit 24 malam April 2013 sambutan rakyat boleh dikatakan luar biasa, memang tidak pernah berlaku, hatta Pada PRU 10 (1999) dahulu.
25 April malam ceramah ustaz Azhar Idrus, Bok Lokman dan Eby Abadi di Pekan Batu Enam sangat luar biasa tidak pernah berlaku sebelum.Pendek kata cipta rekod kehadiran rakyat paling ramai.
Pada pilihan raya umum 2008, di Kelantan Pas menang 38 kerusi Dun, BN (enam) dan PKR (1) namun pada pilihan raya kecil Galas 2010, BN memperoleh satu lagi kerusi ada harapan boleh menang dan memerintah semula setelah pas memerintah selama 23 tahun.
Manakala di Terengganu PAS menang 8 kerusi dan umno menang 24 kerusi DUN dan menang parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil jadi dua kerusi satu parlimen Marang barangkali punya harapan untuk menang dan memerintah semula selepas kalah teruk pada PRU 11 (2004).
Ada persamaan yang mana BN menang dua kerusi parlimen di Kelantan pada PRU 12 sepertimana yang di milki PAS Terengganu.
Jika BN boleh menang dan memerintah semula Kelantan pada PRU 13 5 Mei ini, tidak mustahil Terengganu juga PAS boleh menang dan memerintah semula, faktanya sambutan rakyat sangat luar biasa berbanding sebelum ini.
Kebanyakan penyokong PAS berbisik bisik, bahawa PAS boleh memang 18 kerusi DUN dan memerintah semula Terengganu.
Perubahan itu bukan sahaja berlaku di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan setiu sahaja, Hulu Terengganu,Dungun dan Kemaman turut berubah, malah diseluruh pelosok Terengganu sambutan rakyat sangat luar biasa. Lebih lebih lagi ramai calon umno telah dicantas punca penyokong marah dan protes.
Inilah yang penulis dengar selepas membuat rondaan dari Kuala Neus Kuala Terengganu Hulku Terengganu, Dungun dan Kemaman pada 27 April 2013. Sebelum ini penulis ke Setiu dan Besut kelihatan ada perubahan yang begitu ketara."
Calon Pas Dun Lenggeng masuk ICU akibat angin ahmar
28 April 2013
Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Mohd Khairil yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.
"Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah. - Bernama
PKR bersikap positif kajian Umcedel
28 April 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum Umcedel. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji Umcedel pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum Umcedel memihak kepada pihak BN.
Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik merupakan barometer yang releven dan boleh dipercayai. Namun, kami akan menghormati keputusan pilihanraya seperti yang diputuskan oleh rakyat pada 5 Mei.
Pihak kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43 peratus orang Malaysia yang ditemubual antara April 3-20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk negara) percaya kepada kebolehan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39 peratus untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Adalah menggembirakan bahawa 54 peratus daripada pihak orang Melayu yang ditemubual yakin kepada Datuk Seri Anwar. Hal ini jelas menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang Melayu.
Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang teguh kepada kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh sehingga hari pengundian.
Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR
Husam jawab Hisham: Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah
28 April 2013
Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.
"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.
"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.
Semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup.
Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.
Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah.
Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.
"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.
Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.
"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi.
Siapa Husam untuk rampas Putrajaya, soal Mahathir
28 April 2013
"Lagipun, apakah sumbangan Husam dan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kepada Putrajaya? Kita bina dengan sempurna tiba-tiba datang nak tawan,” demikianlah ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pengundi di sini.
Menurut Dr Mahathir, rakyat dan pengundi di Putrajaya tidak boleh mempercayai individu dan pakatan seperti ini sepatutnya beliau (Husam) pulang ke Kelantan dan perbetulkan negerinya terlebih dahulu sebelum dia berangan-angan ingin merampas kota pentadbiran negara, Putrajaya.
“Saya datang ke sini kerana pernah bekerja di sini (Putrajaya) sebagai Perdana Menteri. Saya datang malam ini sebab saya ingin berusaha bersungguh-sungguh supaya Putrajaya ini tidak terlepas ke tangan orang yang tidak layak.
“Nak jaga dan tadbir Kelantan pun tidak tahu. Kelantan itu tempat kamu betulkan dulu tempat kamu, tirulah presint-presint di Putrajaya dahulu , bina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam di sana dahulu, bila dah berjaya buktikan bolehlah minta diberi peluang untuk bekerja di sini tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri, “ katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Ramah Mesra bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya’, malam tadi.
Sementara itu, Dr Mahathir tegas menyatakan relevan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) menempatkan Naib Presiden Pas itu di Putrajaya kerana menjangkakan beliau akan bertading di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
“Husam ini datang ke Putrajaya kerana mereka percaya saya akan bertanding di sini. Tetapi seluruh dunia dah tahu saya telah bersara dan tidak pernah berniat untuk bertanding semula walau dengan sesiapa pun.
“Husam juga pernah tawarkan diri untuk berdebat dengan saya, orang seperti ini bukannya tahu untuk berdebat yang dia tahu hanya membuat bising. Dan kalau dia salah pun tidak akan mengaku," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mempertikaikan siapa Husam sekitanya dibandingkan dirinya yang jauh lebih berusia dan berpengalaman.
“Kalau banding umur saya dan umurnya, dia masih budak-budak. Pergilah berdebat dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kau, tak usahlah nak cabar-cabar orang,” katanya.
Dr Mahathir turut menempelak dakwaan yang dikeluarkan pakatan pembangkang sebelum ini yang menyifatkan pembinaan Putrajaya sebagai pembaziran duit kerajaan dan meniru bangsa asing kerana wujud perkataan ‘presint’.
“Sebenarnya Putrajaya bukanlah satu pembaziran pembinaanya bertujuan menyediakan kemudahan untuk sebuah negara yang kian maju. Mereka juga pernah menyatakan untuk melelong Putrajaya.
“Saya dah belikan loceng untuk Nik Aziz supaya dia boleh duduk di hadapan masjid dan lelong, pada saya masjid di sini cukup sesuai untuk dijadikan pusat beli-belah. Tetapi sekarang mereka kata tidak mahu lelong Putrajaya sebab nak datang ke sini untuk dirikan kerajaan persekutan,” katanya.
Beliau berkata, sememangnya Putrajaya dibangunkan untuk mendirikan kerajaan tetapi bukan untuk Nik Aziz, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sudah tentunya bukan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka tidak layak untuk berada di sini menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Dr Mahathir beberapa kali mengingatkan pengundi dan rakyat di Putrajaya yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam memastikan Putrajaya kekal sebagai tempat di mana negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.
PM tak setuju tinjauan Umcedel, yakin BN menang PRU13
28 April 2013
Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian Umcedel itu yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan.
"Saya yakin kita boleh memenangi PRU13," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di sini hari ini.
Najib mengulas tinjauan itu dibuat awal April melibatkan 1,407 responden yang tinggal di Semenanjung Malaysia.
Tinjauan itu menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara 24 peratus tidak setuju dan selebihnya tidak pasti.
Sementara bagi Najib, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri sementara 31 peratus tidak setuju dan 30 peratus selebihnya tidak pasti. - Bernama
Ahmad Bashah: BN yakin tawan semula Kedah
28 April 2013
"Kita yakin 'simple majority' sudah ada dalam tangan. Sekarang kita sedang berusaha untuk mendapatkan dua pertiga majoriti," kata Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang media di sini hari ini.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Untuk menang dengan majoriti mudah memerlukan 19 kerusi manakala majoriti dua pertiga pula 24 kerusi. Ahmad Bashah berkata keyakinan itu turut didorong oleh 'kepulangan' pengundi Cina ke pangkuan BN setelah kecewa dengan pemerintahan kerajaan Pas selama lima tahun.
Katanya beliau dapat melihat sendiri sokongan yang luar biasa oleh masyarakat Cina Kedah, terutamanya daripada kalangan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN pada PRU13 ini.
"Mereka memberikan sokongan penuh kepada kita (kerajaan BN) supaya kita yakin dengan mereka. Orang Melayu juga sepatutnya sudah nampak, Pas telah terlalu jauh menyimpang daripada perjuangan mereka. Orang Melayu juga patut dah lama tolak Pas," katanya.
Ahmad Bashah berkata pengundi Melayu Kedah harus memberi pengajaran kepada Pas atas kegagalan membawa perubahan kepada negeri Kedah dengan mengundi BN pada PRU kali ini.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat calon BN Kedah yang bertanding bagi kerusi Dun dan parlimen pada PRU13, bagi membincangkan perjalanan kempen BN.
Ahmad Bashah berkata kempen BN di negeri Kedah menunjukkan peningkatan positif dengan perubahan baik dilaporkan di beberapa kawasan hitam di Kedah.
"Muka-muka baharu dalam pencalonan kali ini juga sudah dapat diterima, baik oleh pengundi mahupun jentera parti itu sendiri dan lawatan dari rumah ke rumah sudah pun bermula. Gerak kerja juga sudah semakin pantas, dari segi kerjasama juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan," katanya.- Bernama
SAPE YANG BENAR2 DESAK NI
Hasan Ali: Dedah surat Qardawi, langkah terdesak Anwar
28 April 2013
Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pengeluaran dan penyebaran surat yang belum dapat disahihkan keasliannya mempamerkan opsyen terakhir Anwar untuk melonjakkan sokongan kepadanya dengan menggunakan pengaruh yang ada pada Pengerusi Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds itu.
"Apa yang telah dilakukan sehingga munculnya surat yang kononnya membuat pengisytiharan terbuka mengiktiraf Anwar sebagai manusia paling layak menerajui Malaysia sangat sukar diterima.
"Mana mungkin seseorang yang berada lebih 10,000 kilometer (dari negara ini) dan tidak pernah bergelumang dalam kancah kehidupan masyarakat di Malaysia apalagi dalam arena politik yang begitu pelbagai Dapat membuat suatu rumusan bagi pihak 27 juta rakyat negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pada Jumaat lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan risalah yang didakwa mengandungi surat terbuka dari Al-Qardawi yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.
Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, bertanya bagaimana seorang pemikir di negara ini mampu mengeluarkan surat memperakui seorang pemimpin di negara luar dan apakah rakyat negara itu mampu juga menerima dan mengakui kesahihan surat berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata keputusan Majlis Syura Pas pada Februari lepas juga jelas menolak Anwar sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pusat.
Beliau yakin rakyat di negara ini lebih mengenali Anwar berbanding pemimpin negara luar.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan