Isnin, 22 April 2013

ISLAM UNTUK SEMUA...PAS JUGA UNTUK SEMUA

Muhasabah 3 Syarat Agar Kempen Diterima Amalan Soleh
Posted on Sunday, April 21 @ 15:37:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"Saya sangat jarang bercakap tentang politik walaupun politik itu sebahagian daripada urusan ummat Islam yang sangat penting.  Di blog ini sangat jarang. 

Di Facebook sangat jarang.  Di luar juga sama.  Namun, sempena musim pilihanraya ini, saya selalu bercakap tentangnya terutama di blog dan di Facebook.  Maaf jika sahabat-sahabat tidak selesa.  Saya tidak mahu ketinggalan berkempen sama.

Saya berharap dengan bercakap tentangnya, akan timbul kesedaran dan semangat untuk kita sama-sama mengubah landskap politik negara.  Dari buruk kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik, in shaa’ ALLAH.  Dan mudah-mudahan ada pahala di sisi ALLAH atas usaha kerdil ini, amin…
Marilah sama-sama kita memainkan peranan.  Sebarkan kesedaran di kalangan kita dan ahli keluarga kita serta sahabat-sahabat kita bahawa negara kita ada peluang untuk memperolehi kesejahteraan yang merata kepada semua masyarakat, bukan hanya kepada kelompok tertentu sahaja.  Kemakmuran negara ini boleh tersebar luas menyentuh setiap kulit dan hati rakyatnya, bukan hanya kepada kumpulan atau keluarga tertentu sahaja.  Dan mudah-mudahan ke arah keredhaan ALLAH, amin…
Kita kempen cara kita.  Cara muslim.  Cara baik berakhlaq.  Cara yang boleh memungkinkan kita dapat pahala dari sisi ALLAH.  Cara yang ALLAH suka dan redha.
Berlumba-lumbalah buat kebaikan!
Berlumba-lumbalah buat kebaikan!
Tiga (3) syarat sesuatu amalan seseorang itu dikira soleh di sisi Islam ialah:
  1. Beriman kepada ALLAH.
  2. Niatnya baik ikhlas kerana ALLAH.
  3. Caranya baik menepati syariat Islam, tidak bercanggah dengannya.
Berimanlah kepada ALLAH dengan sepenuh hati.  Bulatkan hati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan hanya ALLAH.  Jangan sekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.  DIA lah Penjaga dan Pentadbir semuanya.  Hendaklah juga beriman dengan MalaikatNYA, Kitab-KitabNYA, Rasul-RasulNYA, Hari Akhirat dan beriman juga dengan ketentuanNYA iaitu qadar dan qadha’NYA.  ALLAH harapan dan tempat bergantung kita semua.
Kemudian luruskanlah niat kita kerana ALLAH dan bulat teguh pengharapan kepada ALLAH akan balasan baik daripadaNYA.  Bukan mengharapkan selain daripadaNYA.  Dan hati hendaklah sentiasa bertawakkal kepadaNYA iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.
Seterusnya, dari segi cara hendaklah jangan sampai melanggar batas-batas syara`.  Ambillah nasihat-nasihat para `ulama bagaimana untuk berkempen kerana mereka faham akan sejarah bagaimana dulu Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan para sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in pernah berjuang.  Tiada lain melainkan contoh Nabi lah yang mesti kita ikuti dan ibrahi.  Berakhlaqlah dengan akhlaq yang baik sepanjang berkempen.  Menfitnah, menipu, mengutuk, mencaci, mengeji, melaknat, merasuah, mengadu-domba, bermuka dua dan memutuskan persaudaraan bukanlah cara yang dibenarkan Islam.  Hendaklah taqwa iaitu sedar akan dosa dan pahala ketika melakukan kempen.
Mudah-mudahan dengan tulisan ini, kita mulai sedar bahawa semua usaha yang kita lakukan tidak akan sia-sia selagi memenuhi syarat penerimaan amal menurut Islam.  Semoga usaha kempen kita diterima oleh ALLAH Ta`ala sebagai amalan soleh dan bisa menjadi sebab untuk mendapat rahmat ALLAH pada Hari Akhirat nanti, amin…
Ayuh berkempen!
Fastabiqul khairaat!
- muzir.wordpress.com

*SUMBER:  http://muzir.wordpress.com/2013/04/21/3-syarat-agar-kempen-dikira-amalan-soleh/
Baca juga:
 Kempen DAP Johor bermula dengan sorakan Cina untuk PAS
Posted on Sunday, April 21 @ 15:09:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Leslie Lau



JOHOR BARU, 21 April — Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.

Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.

Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS.

“Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.

“Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan,” katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina.

Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

“Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.

“Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.”

PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.

Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.

Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.

“Kita membuat sejarah malam ini,” katanya.

“Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.

“Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh.”

Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.

Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.

Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS.

Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS.

Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.

Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti. 


 Apa yang anda boleh kata pada gambar ini?
Posted on Sunday, April 21 @ 15:35:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh FS


Sehari dua ini kita berbicara DAP guna simbol PAS, PAS bawa bendera DAP. DAP pakai baju PAS. Suatu yang tidak pernah terfikir sudah menular dan paling ketara di Johor negeri kelahiran UMNO.

Tapi yang ini lain?



Kanak-kanak yang meningkat dewasa harus disedarkan dengan politik yang sihat dan mantang. Berikan kefahaman tentang demokrasi berpelembagaan.

Jangan menyambung hayat bagaimana UMNO @ BN lakukan kononnya tak ada UMNO tak ada pembangunan. Jangan menyambung perilaku buruk UMNO @ BN diskriminasi dalam semua hal terhadap orang yang tidak menyokong UMNO @ BN sehingga masyarakat menjadi berpecah belah.

UMNO @ BN harus ditinggalkan sebagai kenangan sejarah untuk anak-anak kita. Mungkin menjadi simpanan berharga di mezium. 


 PRU 13: Memilih Yang Terbaik
Posted on Sunday, April 21 @ 14:55:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: IbnuSabah

"Mengundi untuk pilih pemimpin adalah satu kewajipan yang fardu bagi rakyat. Ia bukan sekadar pilih asal ada pemimpin cukuplah. Atau sekadar melaksana rutin demokrasi 5 tahun sekali. Atau bukan kerana umno/BN bagi duit poket RM30, RM50 atau lebih.

Mesti mau ingat, salah pilih pemimpin binasalah Negara, rugilah rakyat dalam banyak perkara. Banyak bukti bagaimana akibat kesilapan rakyat memilih umno/BN memerintah begitu lama hingga mereka tidak lagi menghormati undang-undang, peraturan, lebih dahsyat lagi mereka juga bertambah sombong dan angkuh dengan kuasa yang ada pada mereka, kuasa yang kita bagi kepada mereka melalui undi kita.

Di antara tanda mereka tidak hormat kepada undang-undang:
1. Mereka tidak patuh kepada konsep federalisme dengan meminggirkan kuasa kerajaan negeri yang bukan umno/BN seperti Kelantan, Selangor, PP dan Kedah.
2. Agihan peruntukan untuk parlimen dan DUN, mereka hanya bagi kawasan yang diwakili umno/BN.
3. Agihan peruntukan ke kawasan parlimen dan DUN pembangkang pula diberikan kepada ketua bahagian umno/BN, yang sepatutnya diagih melalui jabatan kerajaan BUKAN melalui organisasi parti.
4. Perlantikan JKKK ia sepatutnya bidang kuasa negeri. Tetapi umno/BN tidak dapat bezakan hal sekecil ini.
5. Jabatan Persekutuan ditubuhkan di negeri yang umno/BN tiada kuasa, pada hal jabatan persekutuan lain sudah ada apa perlu lagi Jabatan Persekutuan, kalau mereka faham peraturan dan hormat undang-undang perkara ini tak akan berlaku.
6. Royalti minyak seperti kes Terengganu dulu semasa PAS perintah dan kes Kelantan, dalam undang-undang amat jelas tentang royalty 5% kepada negeri yang ada minyak dikeluarkan di negeri itu. Inipun umno/BN langgar.
Banyak lagi, maka itu umno/BN tidak layak untuk memerintah negeri dan Negara ini lagi. Rakyat mesti tamatkan kuasa politik umno/BN dalam PRU 13 ini untuk kembalikan kedaulatan undang-undang dapat dilaksana dengan semangat undang-undang demi menegakkan keadilan dan amanah.
Malah kekadang mereka buat undang-undang ditepi longkang pun mereka patuh untuk kepentingan diri, anak beranak dan krooni-krooni mereka.
Mereka buat peraturan semata-mata yang menguntungkan mereka sahaja. Percayalah inilah yang terjadi dan berlaku hingga sekarang seperti dulu di Sabah sistem KM bergilir mana ada dalam perlembagaan negeri, tetapi kerana ia keluar dari mulut jahat Mahathir ia jadi peraturan yang memperbodohkan semua ahli politik umno/BN di Sabah, tanpa satu patah perkataan membantah. Sepatutnya ia perlu dibawa ke dalam DUN dahulu.
Itu satu contoh betapa bobroknya para pemimpin umno/BN. Mereka tiada wibawa langsung dalam soal mendaulatkan undang-undang.
Lagi satu contoh Tanah rezab Melayu, Tanah adat di Sabah dan Sarawak, semua peraturan mereka langgar yang penting mereka dapat untung dan laba yang membuncitkan perut mereka. Tunggulah siksanya kelak menanti mereka akibat khianat dan tidak amanahnya mereka.
Lagi contoh pengurniaan IC kepada warga asing terutama di Sabah secara jenayah dan khianat demi untuk mendapatkan undi umno/BN di Sabah. Perkara berlaku di zaman Mahathir menjadi PM. Itulah jahatnya Mahathir dan umno/BN.
Sabah tidak seaman dulu
Kesan daripada pemberian IC secara jenayah dan tidak terkawal ini, warga asing terutama dari Filipina seperti merajalela di banyak daerah di Sabah. Warga asing sudah boleh jadi wakil rakyat, pegawai kerajaan, peniaga ada yang kaya raya dapat projek juta-juta yang diberikan oleh umno/BN. Bukan itu saja warga asing ini juga telah menguasai banyak sector utama seperti perniagaan, pembinaan dan lain-lain.
Hinggakan tukang sapu di KKIA pun dikuasai oleh mereka. Siapakah ampunya angkara semua ini, kalau bukan para pemimpin umno/BN yang gila kuasa.
Rakyat Malaysia di Sabah jika tidak menyedari keadaan ini, tunggu nanti 10, 20, 30 tahun lagi akan akan jadi kepada anak cucu kita.
Rakyat Sabah sebenarnya dirundung kebimbangan, apa lagi ketika kes pencerobohan Lahad Datu baru-baru ini benar-benar menggugat keamanan. Kerana warga asing yang diberikan IC secara jenayah oleh Mahathir itu ada kesannya kepada keselamatan dan ketenteraman rakyat Malaysia di Sabah.
Kita berterima kasih kepada anggota-anggota keselamatan Negara yang bergadai nyawa mempertahankan negeri dan Negara.
Kita tidak membenci sesiapa
Hubungan kekeluargaan dan persaudaraan penduduk di pantai timur Sabah dengan penduduk Filipina di kawasan selatan Filipina, sebagaimana hubungan keluarga penduduk Tawau di Sabah dengan penduduk Indonesia di Tarakan, Sulawesi dan hubungan keluarga sebahagian penduduk di Sipitang, Papar, Labuan dan lain-lain daerah dengan penduduk di Brunei Darussalam.
Tetapi hubungan yang baik ini, bukanlah syarat mudah hingga melanggar perundangan Negara untuk memberikan IC secara jenayah kepada warga asing kerana untuk menambah pengundi umno/BN semata-mata.
Apakah untuk umno/BN semua TIDAK SALAH. Inilah akibatnya bila pemimpin yang memimpin tidak amanah.
Ini Kali lah, rakyat Malaysia mesti mengubah dan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP untuk menyelamatkan negeri dan Negara kita dari terus dirosakkan oleh para pemimpin umno/BN yang tidak amanah.
UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DI TEMPAT ANDA. UNDI ANDA BUKAN BERHARGA RM50 ATAU RM500. LEBIH MAHAL DARI ITU, UNDI ANDA AKAN MENYELAMATKAN ANAK CUCU KITA, UNDI ANDA AKAN MENYELAMATKAN WANG RAKYAT, HARTA DAN KHAZANAH NEGERI DAN NEGARA DARI TERUS MENERUS DIRATAH DAN DIREBUT OLEH UMNO/BN, UNDI ANDA AKAN MENYELAMATKAN NEGERI DAN NEGARA KITA DARI MERAJALELANYA WARGA ASING.
Sekian, ini kali lah...........

 GEMPAR: Mamat BAKAR bendera PAS sambil enjoy bergambar disebar...
Posted on Sunday, April 21 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Shalehudin



Ni budak mana yang terlepas dari kandang neh...! Takkan budak-budak dari PKR atau DAP kot sampai sanggup bakar-bakar bendera parti lawan...!

Aku tak menuduh, tapi dalam keadaan negara sedang hangat menghadapi pilihanraya camni, semua pihak kena berhati-hati. Tak peduli dari mana parti tapi kita semua bertanggungjawab menjauhkan diri dan masyarakat dari sikap suka provoke pihak yang lagi satu demi mengelakkan sesuatu yang tak diingini berlaku...

Ikut maklumat dari sini, budak neh bernama MOHD FADHULHADI BIN ZAM AZMAN..! Isk..!! Bertuah sungguh laa sapa yang jadi mak bapak budak cacat akal neh yerk...

Sumber: shalehudin.blogspot.com


  KANTOI lagi....Zulkifli Nordin nak menipu kita
Posted on Sunday, April 21 @ 13:42:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Dalam artikel ini nanti anda akan temui dua penipuan yang dilakukan kerana bercakap tanpa bukti.Bila bercakap tanpa bukti yang sahih itu dikira TIDAK LEBIH cuma "cakap politik" yang maksudnya dengar dan baca boleh...percaya JANGAN!


 Zulkifli Nordin yang mungkin kini dibenci oleh presiden Perkasa sendiri kerana TUTUP peluang Ibrahim Ali untuk jadi calon telah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.

Inilah penipuan pertama yang penulis maksudkan kerana Zulkifli tidak berkata bersama bukti . Penulis telah merujuk di Twitter beliau DAN TIDAK ADA SATU PUN ucapan tahniah kecuali Tweet syok beliau sendiri ...

Mungkin twitter beliau tidak dipublickan sama seperti PAPAGOMO yang menyebabkan orang tak boleh membalas atau memberi komen...jadi dimana bukti dakwaan beliau itu?? Jika anda lihat tarikh Twit dibuatpun pada 11APRIL....

DIFACEBOOK?? Memang ada ucapan tahniah tapi ...tak la seramai mana yang penulis lihat melalui timeline beliau ini.......DAN TIADAPUN ANTARA NAMA NAMA YANG MEMBERIKAN UCAPAN TAHNIAH ITU DARI PEMIMPIN PARTI PAS seperti yang didakwanya diatas.

Dalam blog beliau pula cuma posting yang ditemui dan yang akhir dibuat ialah pada 13April......

Di hp? Miahaha...sebab beliau tahu tiada siapa berani GODEK HP beliaulah MAKA beliau buat kenyataan ADA BERJUTA JUTA SMS ....

PENIPU seterusnya ialah blogger yang memaparkan kenyataan Zulkifli Nordin ini.........DARI MANA DATANGNYA NAMA DATO HARUN DIN?? Atau Dato Harun Din yang telefon blogger ini beritahu seperti didakwa ini?

NASIB BAIK TAK DITUDUHNYA DATO IBRAHIM ALI YANG UCAPKAN TAHNIAH!!

 Amalkan solat hajat dan Qunut Nazilah
Posted on Sunday, April 21 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rosa

"
KLIK


Saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan untuk mengamalkan solat hajat dan QUNUT Nazilah bersempena dengan PRU 13 ini.

Moga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar...

Aminnn"

 Zul Nordin, katak gomok naik kereta UMNO!
Posted on Sunday, April 21 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: notan

"

Assalamualaikum,,..

Semalam, ada sedikit kekecohan di pusat penamaan calon Shah Alam apabila Sdr ir. Khalid Samad membantah pengarah pilihanraya kerana pengumuman nama beliau sebagai calon PAS tidak didengari kebanyakan penyokongnya.

Tindakan Khalid Samad adalah haknya tetapi sikap yang ditunjukkan oleh lawannya Zul Nordin didepan kamera TV amat meloyakan.

Zul Nordin seharusnya tidak perlu mempersoalkan tindakan Khalid apatah lagi mengambil kesempatan untuk berkempen. Zul Nordin berkata kalau ketika pengumuman calon PR untuk DUN boleh didengari penyokong mereka, kenapa nama Khalid tidak didengari? Mungkin itu maknanya penyokong khalid tidak mahu beliau lagi? Faham faham sendirilah! Bongok Zul Nordin!

Zul Nordin dikatakan kadok naik junjung dalam satu artikal tetapi kali ini Zul Nordin bukan lagi kadok tetapi katak gomok yang dibeli oleh Najib dan dibawa naik kereta UMNO.

Zul Nordin sudah menonjolkan dirinya lebih dari orang UMNO sendiri yang ada di antara mereka sudah keluar UMNO kerana bertanding bebas dan ada pula calon menghilangkan diri semata mata untuk memberi peluang kepada ketua segala katak bertanding!

Zul Nordin ingat rakyat bodoh atau boleh diperbodohkan. Kelicikan UMNO melalui Jabatan Penerangan yang menyediakan semua kemudahan audio di dewan penamaan calon sudah lama diketahui. Jabatan Penerangan Malaysia antara yang paling cekap dalam menghilangkan kejelasan suara dan menghilangkan perkara perkara tertentu seperti nama Khalid dari didengari oleh pengunjung. Sudah menjadi perkara biasa kepada Jabatan Penerangan melakukannya.

Khalid tahu pasal ini dan Zul Nordin juga tahu, tetapi dia masih mahu ambil kesempatan berkempen kononnya Shah Alam terima dia dan tolak Khalid. Ingat Shah Alam tu dalam hutan ker? Rakyat tak ada informasi, terima bulat bulat kata kata kaki klentong yang pernah dibuang oleh PAS dan PKR?

Zul Nordin ditolak oleh kaum India tetapi di hari penamaan calon, Zul Nordin dicium dengan penuh mesra oleh seorang India menandakan dia diterima oleh kaum India di Shah Alam tetapi malangnya gambar tersebut boleh disalahtafsirkan sebagai aksi permulaan pasangan gay. Atau mungkin gambar itu cuma super impose?

Zul Nordin memang katak gomok yang dibeli dan dibawa naik kereta UMNO oleh Najib supaya suara enaknya boleh melembutkan hati pengundi Shah Alam. "

Kalimah Allah Di Langit Labuan Hari Penamaan Calon
Posted on Sunday, April 21 @ 13:41:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ustaznik

"

Pelbagai gambar menarik boleh disaksikan pada hari penamaan calon PRU 13. Di sebalik sekeping gambar ada seribu cerita yang mampu ditafsirkan.

Namun ada sekeping gambar yang barangkali sudah agak tersebar di media baharu ini yang bukan sahaja mencuit hati saya, tetapi beberapa kali melihat gambar itu di internet, rasa sedikit ‘meremang’ di bulu roma. Apa ertinya?

WallahuA’lam.

Ada beberapa klip video yang pernah saya lihat dalam situasi lain di tempat lain yang berlaku demikian juga pada diri saya. Kalimah Allah tergambar dengan terang di langit Labuan selepas solat hajat di hari penamaan calon 20 Apr 2013 bagi Parlimen Labuan. Calonnya dari PAS. Seperti yang saya katakan, sekeping gambar menceritakan seribu makna. Apa makna gambar ini?"

Kenali Calon PAS N08 Sungai Burong - Ustaz Mohamad Judi Sarjo
Posted on Sunday, April 21 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog PKM Sungai Burong
Latar Belakang

Ustaz Mohamad Judi Sarjo, 57, dilahirkan pada 2 Julai 1955 di Kampung Batu 11 Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada dua orang adik-beradik seibu dan sebapa. Manakala adik beradik yang lain pula ialah, adik beradik seibu dan berlainan bapa seorang, manakala adik beradik sebapa berlainan ibu pula ialah 6 orang.

Bapanya Sarjo Bin Ronoderio dan bekerja sendiri sebagai petani manakala ibunya, Siti Aminah Binti Paimin, adalah merupakan seorang suri rumahtangga.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada tahun 1962 sehingga 1967. Manakala pada tahun 1968 sehingga tahun 1972 beliau telah belajar di Sekolah Arab Sungai Burong sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang (KIK) pada tahun 1973 sehingga 1974 dan telah mendapat Rabi’ Thanawi di kolej tersebut.

20130312_113428Selepas itu beliau telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara persendirian sewaktu masih bekerja sebagai anggota polis pada tahun 1980., sebelum menyambung pelajar di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Selangor pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1990.

Rumahtangga

Telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik Hamidah binti Idris pada tahun 1988 hasil perkongsian hidup selama 24 tahun, beliau telah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai konstabal polis sebaik sahaja menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Gerney, Kuala Lumpur pada tahun 1975 dan mula berkhidmat sebagai anggota keselamatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selama dua tahun sebelum ditukar ke Balai Polis Ulu Tembeling, Kuala Tembeling, Batu Balai dan Bandar Jengka sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1982.

285264_428837020525984_1600178850_nManakala pada tahun 1983 beliau telah berkhidmat sebagai pendidik dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Batu 12 Sungai Burong sehingga tahun 1984. Selepas itu beliau telah berkhidmat sebagai guru di SRA Sungai Terap sehingga tahun 1997.

Beliau kemudiannya, telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Kampung Parit Serong mulai tahun 1997 sehingga tahun 2001, sebelum di pindahkan ke SRA Kampung Medan, Petaling Jaya, atas arahan politik sehingga tahun 2003.

Selepas itu, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Batu Arang, Gombak pada tahun 2003 sehingga tahun 2004. Manakala pada tahun 2004 sehingga tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1 SRA Block S Sungai Burong. Dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Guru Besar di SRA Bukit Belimbing sebelum bersara pada tahun tahun 2007 selepas 28 tahun berkhidmat sebagai guru.

Mula Bergiat Aktif Dalam Politik

Mula bergiat aktif dengan PAS mulai tahun 1983 sebagai Setiausaha PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 1986. Selepas itu beliau telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri524582_413364705406549_372661197_n dan pada tahun 2009 beliau diamanahkan pula sebagai Ketua PAS Cawangan sehingga tahun 2011.

Pernah telibat secara aktif dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dan telah diamanahkan sebagai AJK DPP Kawasan pada tahun 1984 sehingga tahun 1986. Kemudian beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DPP Kawasan pada tahun 1986 sehingga tahun 1989 sebelum dipilih sebagai Ketua DPP Kawasan pada tahun 1989 sehingga tahun 1991.

Manakala di peringkat kawasan pula beliau telah diamanahkan beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan dan AJK PAS Kawasan, sebelum diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan pada tahun 2009 dan dilantik sebagai Pemangku YDP PAS Kawasan pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan sebagai YDP PAS Kawasan Tanjong Karang.

Sebaik sahaja PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Bendahari Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong pada tahun 2008 dan Timbalan Pengarah JPD tahun 2009 sebelum dilantik sebagai sebagai Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong pada tahun 2011 sehingga sekarang

Selain itu, beliau pernah diamanahkan oleh parti sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 / 2010 selama sepenggal.

Aktiviti Masyarakat

P1020430Selain terlibat dengan parti, Ustaz Judi, juga terlibat secara aktif dengan masyarakat dan pernah dilantik sebagai Nazir Masjid pada tahun 2008 sehingga tahun 2011. Beliau juga telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka mulai tahun 2008.

Penghargaan

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah banyak dicurahkan kepada parti dan kerajaan beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena dengan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun ini

Sumber: sgburong.wordpress.com

 

Tiada ulasan: