Ahad, 28 April 2013

INGAT DAN SEDARLAH...ALLAH MAHA BERKUASA...ALLAH BOLEH MENENTUKAN SAPE PEMBANGKANG LEPAS 5 MEI

Anak Rembau tawarkan RM10 juta di Kota, Chembong dan Rantau jika Pakatan menang
Posted on Sunday, April 28 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Saya dihubungi melalui e-mel oleh seseorang Melayu yang tidak saya kenali. Katanya dia adalah merupakan anak Rembau.Dia mempunyai sekumpulan kawan-kawan dan rakan-rakan yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Katanya kumpulan mereka ini inginkan PAS dan PKR menang di Parlimen Rembau, DUN Kota, DUN Chembong dan DUN Rantau.

Kata penulis e-mel ini , kumpulan dia akan melabur sekurang-kurangnya sebanyak RM 10 juta dalam setiap DUN di Kota, Chembong dan Rantau dalam pelbagai projek yang boleh menjana peluang pekerjaan untuk anak tempatan sekiranya Pakatan Rakyat menang di sini.

Dan katanya ada ramai orang luar Rembau yang akan melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat memenangi DUN dan Parlimen di Rembau, kerana karenah birokrasi yang sedia ada menyulitkan mereka untuk membuat pelaburan.

Saya cubalah siasat siapa orang yang mengirim e-mel ini, mana tahu , dia hanya main-main atau sengaja memberi isu yang memerangkap saya sendiri.

Setelah disiasat rupanya dia ada menulis sebelum ini satu artikel yang mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat. Saya tanya dia, adakah dia yang menulis artikel tersebut. Dan dia mengakuinya, kerana itu ialah pandangan beliau terhadap pemimpin berkenaan.

Dan dia masih memberikan komitmen untuk melabur di Rembau dan memanggil lagi rakan-rakannya untuk melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat menang di Parlimen dan DUN di Rembau.

Saya beritahu pada dia, saya tidak memusuhi orang-orang Umno di kampung-kampung. Saya sayang orang Umno di kampung saya, kerana mereka orang kampung saya, waris saya. Tapi saya kesian mereka tak senasib seperti saya. Apabila tanah mereka diambil, tanah adat, tanah rizab Melayu untuk tujuan pembangunan kerajaan seperti projek laluan paip gas, projek landasan keretapi berkembar, projek pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja, projek empangan air dekat Lubok China dengan pampasan yang tidak masuk akal , saya amat simpati. Mereka adalah penyokong tegar Umno, tiada tempat untuk mengadu, hanya sekadar boleh meluahkan perasaan kepada kita.

Semoga DUN Kota, Chembong, Rantau dan Parlimen Rembau kali ini ada perubahan untuk kebaikan orang-orang kampung.

Saya tiada apa-apa kepentingan dalam apa-apa projek pelaburan atau politik. Kalau nak ikutkan saya rasa selesa dengan rezeki yang saya ada sekarang ini, buat apa saya nak susah-sudah dengar rintihan orang-orang kampung yang rata-ratanya menyokong Umno.

Yakinlah, rezeki kita, Allah yang beri, bukan Umno, bukan PAS, bukan PKR."


 PRU 13 - Lihat Apek ni buat lawak - lagi power dari Saleh Yaakob
Posted on Sunday, April 28 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Manjung Mari



Sebelum ni heboh kisah Saleh Yakob dengan Nabil buat lawak perli dan menyindir pakatan rakyat...

Tapi yang ini aku terjumpa seorang Apek lagi hebat dan power berlawak seara slenga...

Layannn..






Sumber: manjongmari.blogspot.com



 [Gambar] Yang Cacat, Kurang Upaya, Bukan Islam Gagahkan Diri Bantu PAS.
Posted on Sunday, April 28 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Dunia Cacamarba

Yang Cacat, Kurang Upaya, Bukan Islam Gagahkan Diri Bantu PAS, Anda yang Sihat, Islam, Buat Apa?


KLIK


Sumber gambar di sini.

Kalau sokong UMNO, selamat berkongsi saham nanti. Selamat menganiaya saudara anda dengan AES, GST, kenaikan harga barang, kos hidup, PTPTN, dan segala macam bebanan yang lain.

P/s: Alhamdullilah, sejak kecil sehingga dewasa tiada setitik pun peluh TM jatuh demi UMNO dan BN!

Sumber: duniacacamarba.blogspot.com


 Inilah sebab Najib takut berdebat.....
Posted on Sunday, April 28 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tokpepijat

"Apabila Najib Razak mengatakan BN tidak akan turunkan harga minyak kerana yang untung adalah orang kaya, pelancong, warga asing.

Adakah ini hujah yang logik, bagus?

Melihat kepada jawapan Najib ini, barangkali inilah sebab penasihat Najib menasihatkan Najib agar tidak berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Hujah Najib adalah hujah bodoh, memperbodohkan rakyat dan bertaraf pendidikan KEMAS.

Cumanya tinggi satu inci dari JKKK !

Inikah jawapan dan hujah pemimpin Malaysia?

Ini menunjukkan Najib masih diulit dengan perangai bangsawan dan elitis. Tidak turun ke gelanggang mendengar rintihan rakyat.

Masih percaya dengan penasihat-penasihat beliau, " Semua okey, Dato Sri "

Apabila harga minyak naik, semua barang akan naik. Dan ianya berjalan berterusan dan harian. Berbanding dengan BR1M yang diberikan sekali setahun.

Kehidupan rakyat tidak terjejas dengan kenaikkan minyak jika BR1M diberikan setiap bulan sebanyak RM1,000 kepada yang layak.

Malangnya Najib tidak nampak masalah rakyat marhein. Yang difikirkan Najib ialah tas tangan, projek kroni, C4, Mongolia, Kapalselam.

Itulah wirid dan zikir Najib diambang kemusnahan UMNO dan BN dalam PRU 13.

Inilah sebab Najib takut berdebat.....


 Projek Hospital Rembau, sekadar tukar papan tanda baru
Posted on Sunday, April 28 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"

27 April 2013 – Cadangan projek hospital Rembau yang majlis perasmian perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan pada 7 Mac 2008 telah menunjukkan perkembangan baru.

Hari ini tinjauan mendapati papan tanda projek hospital Rembau telah diganti dengan papan tanda yang baru dengan gambaran rupa bentuk hospital tersebut.

Untuk maklumat, hospital Rembau ini hanya akan mula dibina dalam tempoh 3 tahun dari sekarang walaupun majlis perletakan batu asasnya telah dibuat lebih 5 tahun yang lalu.

Gambar papan tanda lama dan papan tanda baru cadangan projek hospital Rembau di rembau-hari-ini.blogspot.com"


  Zahid, siapa pembangkang selepas PRU 13?
Posted on Sunday, April 28 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tokpepijat

"Zahid Hamidi mendakwa kononnya ada 3 orang pimpinan pembangkang bakal didakwa atas tuduhan terlibat dengan pencerobohan Sulu.

Beliau juga berkata kesemua mereka akan didakwa "selepas" PRU 13 untuk elakkan dikatakan motif politik.

Timbul pertanyaan, selepas PRU 13, siapa jadi pembangkang ?
Jika BN menang, tentunya Anwar Ibrahim antara yang didakwa.

Tetapi jika Pakatan Rakyat menang, siapa pula bakal didakwa?

Yang pasti Dr Mahathir antara orangnya. Zahid orang kedua dan Musa Aman orang ketiga?

Zahid, siapa pembangkang selepas PRU 13?"


 Pengundi Profesional & Fitnah saat akhir
Posted on Sunday, April 28 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: HishamAhmad

"5 Mei 2013 semakin menghampiri. Anda semua dan saya ada beberapa hari sahaja lagi. Untuk menganalisa dan mengkaji. Untuk mengundi. Siapakah calon wakil rakyat pilihan hati. Natijah undian boleh membawa negara ke arah kemakmuran, tetapi kalau tersalah, merisikokan negara ke arah kerosakan yang berterusan. Justeru, jangan sekali ambil ringan, jangan sekali tersilap keputusan.

Nasihat saya ini khusus dituju kepada generasi muda. Juga buat mereka yang dikatakan atas pagar dan dari kalangan orang biasa yang tidak mendalam ilmu agama khusus dalam soal yang sedang dibicara.

Undilah kerana (mencari keredaan) Allah, yang maha berkuasa. Parti dan calon manakah yang diredai-Nya. Syaratnya! Syaratnya! Jadilah bijaksana supaya tidak mudah terpedaya. Hanya pilihan orang berilmu dan diberi hidayah akan membuat pilihan yang hak dan benar. Analisa dengan ilmu dan mohonlah hidayah untuk memilih ‘permata’ bukan ‘kaca’. Inilah pengundi professional yang berprinsipkan:-

”..dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah –al-Israa’ : 36) dan “ … yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan mengikut yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah –al-Zumar : 18)

Logik mudah, orang Islam yang baik dan beriman perlu diundi berbanding orang Islam yang tidak baik dan tidak amanah. Faham,kan. Tapi pada perkara yang susah dan mengelirukan kita mesti mendapatkan pandangan dua atau lebih ilmuan yang dipercayai. Contoh dalam isu calon orang islam vs. calon bukan Islam, calon bukan Islam vs. calon bukan Islam. Contoh

(1) bagaimana kalau calon bukan Islam yang ada kerjasama dengan parti Islam yang baik vs. calon orang Islam dari parti yang kemungkarannya banyak diketahui dan kesungguhannya untuk Islam telah diragui.

(2) Calon bukan Islam yang bekerjasama dengan parti yang Islam tidak dicintai vs. calon bukan Islam yang bekerjasama dengan parti orang Islam yang Islam dicintai, yang al-Quran dan al-sunnah adalah perlembagaan parti. Begitu juga dalam isu-isu sensitif seperti isu kalimah Allah dan lain-lain. Sekiranya parti yang sekian lama beriltizam dengan Islam telah dipertikaikan oleh parti yang tidak serius dalam menegakkan Islam, menyebabkan anda terkeliru, maka anda perlu dapatkan penjelasan daripada ulama parti itu.

Contoh; rujuklah kepada penjelasan Dato Prof. Dr. Haron Din dan sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan keterangan dari ilmuan bersifat wasatiyah dan popular seperti Dr. Zaharuddin, Dr. Zahazan, Dr. Zulkifli al Bakri. Kredebiliti yang diketahui dan dikenali.

Ini dia nak cerita! Hari itu 24 April (Rabu) berlaku sesuatu yang mendesak saya untuk menulis perkara ini. Mengapa? Rumah bapa saya di sebuah kampung kecil di Melaka telah dicampakkan sebuah bungkusan. Ingatkan bungkusan hadiah, rupanya bungkusan fitnah. Saya percaya rumah-rumah orang kampung yang lain menerima bungkusan yang sama. Bukti, terdapat bungkusan yang sama (belum dikutip) didepan sebuah rumah kayu kecil yang serba kekurangan (bertutup-penghuni keluar).

Bungkusan ini mengandungi nota-nota layang dan 4 keping VCD yang tentulah tidak lain melainkan memburukkan pihak satu lagi. 1 VCD mengenai Mat Sabu pengkhianat negara. 1 VCD tentang ustaz Fathul Bari, 1 VCD pula pada gambar luarnya kelihatan berunsur lucah, apa tidaknya, ditulis juga ‘skandal seks’.

Mungkin fitnah berkaitan tokoh pembangkang. Hanya vcd ustaz UMNO ini yang saya berminat untuk bicarakan, yang lain lebih baik terus dibuang. Ustaz muda UMNO ini membicarakan tentang antaranya isu doa melaknat UMNO dan memberikan hujahnya dalam menafikan kewajaran doa itu.

Saya suka melihat beliau merujuk kepada ayat Quran, hadith serta kisah sahabat tetapi persoalannya kefahaman dia dan usaha mengaitkan dengan realiti semasa, kejujuran dan keadilan dia dalam memfokus masalah sebenar, itu yang menjadi isu dan pertikaian.

Manakala nota-nota layang pula kebanyakannya memburukkan DAP di kaca mata umat melayu, orang kampung. Biasalah tektik sebegini iaitu orang melayu ditakutkan dengan kecinaan, orang cina ditakutkan dengan kemelayuan. Sedangkan banyak kes kerugian projek berkaitan harta kerajaan (atau sebenarnya harta rakyat) bukankah menyaksikan adanya hubungan kerjasama antara kaum berbeza dalam politik, meniaga dan kuasa?

Saksikan juga video menarik di youtube (the banker who knew too much) tentang siasatan tragedi pembunuhan al-marhum Jalil Ibrahim dan skandal kerugian sgt besar berkaitan Bank Bumiputera, puluhan tahun yang lalu.

Pada pandangan saya, logik mudah ialah terdapat kemungkinan munasabah bahawa orang-orang biasa yang tidak jelas atau masih keliru dalam isu-isu tertentu boleh menjadi lebih terkeliru dan terpedaya lalu percaya. Ini kerana 3 sebab mudah,

(1) Isikandung nota dan VCD itu telah disunting , diadun dan direka bagi tujuan memburukkan pihak yang ditentang

(2) Pihak yang di’kenakan’ itu tidak berpeluang menjawab dan mempertahankan diri atau menyerang kembali

(3) boleh menyebabkan orang menjadi keliru, lalu terpedaya untuk membuat pilihan yang salah dan apabila kebenaran diperolehi, semuanya sudah terlambat. Kekallah apa yang tidak diingini. Sepenggal lagi. Jelas, orang-orang kampung cuba diperdaya dengan cara yang tidak adil dan saksama.

Sebenarnya dalam isu ini, untuk kita buat analisa tidaklah susah. Kalau kita relaks sekejap , dan benarkan otak kita berfungsi secara fitrah. Kita akan mendapat jawapannya dengan menggunakan kaedah ‘logik-mudah’. Logik mudah menyatakan :-

(1) Penyebaran mencampak bungkusan ini adalah tektik kotor dan hina. Cubaan mengelirukan dan memperdayakan manusia. Cara yang salah dan mengundang dosa.

(2) Kos buat ini berapa? Kalau kata orang satu VCD cetak rompak berharga RM5.00, kos printing bagi nota sebesar A4 size, bercetak depan belakang, berwarna, lebih 12 helaian. 1 bungkusan ada 2 buku nota ini. Kalau 1 bungkusan boleh mencapai kos RM30-00. Bayangkanlah kalau dibuat 500 bungkus. Sendiri kiralah.

(3) Sukar dikata manusia yang menyebarkan ini yang mengeluarkan kos melainkan mereka dipercayai dibayar. Maka, ada peruntukan atau pembiaya. Persoalannya adakah ia dilakukan dengan biayaan, dengan arahan, dengan kebenaran atau dengan keredaan calon tertentu berkenaan? Kalau dilakukan oleh pihak pembiaya yang kaya , untuk apa, untuk siapa, untuk manfaat bagaimana? Semua boleh menjawab dengan mudah dengan kaedah logik mudah. Just let your brain work in its natural course, all will be crystal clear.

(4) Satu kesilapan besar yang memakan diri dalam penyebaran bungkusan fitnah ini ialah bila mereka mencampuradukkan dan menyatukan antara VCD berunsur agama (yang ada nas alQuran dan al-Sunnah/hadis nabi) oleh ustaz mereka dengan VCD yang bersifat fitnah dan VCD yang berunsur lucah. Tidakkah ia suatu kejahilan, kekotoran dan kebatilan yang telah digaulkan bersekali dengan perkara agama? Asal boleh punya kerja.

(5) Manakala bagi isu agama yang dibangkitkan oleh ustaz muda itu biarlah para ilmuan yang menjawab. Saya percaya mereka telah menjawab. Dapatkan jawapan berkualiti, berhujah nas dan dalil al- Quran dan al-sunnah daripada ilmuan-ilmuan Islam yang lain. Rujuklah ‘professor’ Google dan carilah di youtube.

Cuma satu lagi sahaja. Hairannya kini banyak kepelikan dan kekeliruan dalam isu-isu agama dibangkitkan termasuk oleh beberapa manusia yang dipanggil ‘ustaz’. Isu Islam ditindas, isu kalimah Allah tidak diperjuangkan, isu murtad yang berleluasa, isu keruntuhan akhlak generasi muda, isu hukum hudud yang dilupa dan tidak dilaksana.

Hairannya, hairannya, hairannya kesalahan ditujukan kepada pihak yang tidak memerintah atau yang tidak memegang kuasa. Saya nak tanya satu sahaja, ni semua, semua-semua ini, (isu-isu agama di atas) -

Ini semua, semua ini berlaku dalam zaman siapa? Zaman pemerintahan siapa? Siapa yang ambil tampuk kuasa dari penjajah dan diberi amanah sehingga kini untuk memerintah? Tak cukup lama kah? Jadi kegagalan ini, kegagalan siapa? Sebenarnya?

(6) Kini, setelah sekian lama. Salahkah seseorang itu, kalau dirinya yang telah lama kecewa, dengan layanan yang diberi kepada agama kecintaannya, seperti merasa benar terhadap apa yang kini begitu popular dikata.

….Cukuplah! Ini kali lah! Kerana-Nya, ini kali-lah!

hisham-ahmad.blogspot.com/ Wallahu taala a’lam."


 

Tiada ulasan: