Menangis tiga hari kerana Kamilia
Jentera
Wanita Umno Kuala Kangsar kini telahpun dapat menerima tindakan Datuk
Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan parlimen
tersebut, namun tetap menganggap naib ketua Wanita Umno itu mementingkan
diri sendiri.Anggota Wanita Umno yang ditemui Malaysiakini, dengan berlinangan air mata juga menyatakan mereka tidak menjangkakan Kamilia akan bertindak sedemikian.
Anggota cawangan Talang Hilir, Nor Suraidah Murad, 43, tindakan Kamilia itu mengecewakan ramai pihak lebih-lebih lagi Wanita diperingkat akar umbi.
"Saya rasa keputusan dia pentingkan diri dan tak mementingkan parti. Saya memang kecewa sangat. Tetapi sekarang, kami semua dah boleh terima dan menjalankan aktiviti macam biasa.
"Kita juga akan pergi rumah ke rumah untuk terangkan situasi sebenar kepada orang ramai mengenai perkara ini," katanya dengan nada sedih.
Seorang lagi anggota berkenaan dari cawangan Bukit Chandan, Wan Bidah Wan Yusoff, 50, berkata mereka turut "berkabung" selama tiga hari sejak hari penamaan calon.
Menurut Wan Bidah, ramai Wanita yang menangis dan bersedih dengan keputusan yang diambil Kamilia.
"Ramai menangis. Masa dalam perjumpaan jentera pun, ramai menangis. Tapi sekarang dah OK. Tiga hari sahaja menangis. Lepas itu semua dah kembali macam biasa.
"Memang terkejut sangat dengan tindakan dia (Kamilia). Tapi kita pun dah buat banyak perjumpaan dan lepas Datuk Shahrizat (Abd Jalil) datang, kita sekarang dah OK dan akan buat kerja," katanya.
Anggota jentera berkenaan ditemui selepas pertemuan tertutup dengan Shahrizat di Kuala Kangsar semalam.
Kenyataan Wan Bidah itu mengesahkan tinjauan Malaysiakini di sekitar Kuala Kangsar sejak beberapa hari lalu yang mendapati tidak banyak aktiviti berlangsung dan bilik gerakan BN di kawasan itu juga kelihatan suram.
Jentera Wanita itu juga bersimpati dengan Kamilia yang menjalankan kempen sebagai calon Bebas dengan hanya dibantu oleh anggota keluarga, kata setiausaha Wanita Umno bahagian, Aishah Halid.
"Ada kami nampak Datuk berkempen. Tapi dia dengan anak dia je. Anak lelaki dan anak perempuan. Kami ada juga nampak dia bagi risalah dekat orang. Ada juga yang nampak dia bagi risalah dekat bangsal panas PAS.
"Datuk pernah cakap dekat saya dia tak akan kacau orang Umno. Jadi sasaran Datuk ialah pengundi atas pagar, golongan muda. Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini.
"Kami tengok dia kami kesian. Dia jalan sorang-sorang dengan anak-anak dia," katanya kepada Malaysiakini.
Kamilia ketika dihubungi petugas media sehari selepas penamaan calon lalu meminta agar wartawan menyemak tulisannya di Facebook untuk mendapatkan kenyataan terkini.
Tulisannya yang terakhir di laman tersebut bertarikh 21 April.
Bekas laksamana dihalang berkempen di pengkalan Lumut
PERAK
Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang bertanding di
Parlimen Lumut atas tiket PKR kini tidak lagi dibenarkan masuk untuk
berkempen di pengkalan laut Lumut selepas 37 tahun menghuni pengkalan
berkenaan.Bekas ketua staf logistik markas Armada Tentera Laut itu semalam berhajat untuk menunaikan solat di masjid yang terletak dalam pengkalan berkenaan, namun tidak dibenarkan masuk kerana memakai baju parti.
Ekoran itu, beliau terpaksa mengubah haluan dan makan tengahari di satu restoran yang terletak kira-kira 1 km dari pintu utama pengkalan laut tersebut.
Beliau mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan pengunjung restoran berkenaan, yang rata-ratanya terdiri dari pegawai tentera laut manakala pasukannya pula mengedarkan risalah kempen.
“Saya boleh masuk jika saya tukar (baju), tetapi (identiti saya akan diketahui) kerana (mereka kenal) wajah saya... Jika saya masuk, saya akan diekori. Itu semua sebab saya menyertai satu parti politik yang menentang BN, itu saja,” katanya.
“(Tetapi) saya ada pengaruh dan pengalaman. Saya sering menjaga pegawai (tentera laut). Saya harap boleh guna pengaruh saya. Kira-kira 50 hingga 60 peratus (pegawai menyokong saya),” katanya.
DAP: Kehadiran 10,000 di Seremban tanda keyakinan
Kumpulan
jentera BN di Seremban yang membantah pemilihan Datuk Dr Yeow Chai Tiam
Chai sebagai calon mereka dilihat mula beralah apabila bahan kempen
pilihan raya parti itu mula dikesan di bandar tersebut sejak dua hari
lalu.
Tinjauan Malaysiakini di bandar ini hanya mengesan bendera BN dinaikkan selepas kempen masuk hari ketiga, di kawasan strategik seperti jalan yang menghubungkan plaza tol Seremban ke pusat bandar tersebut.
Jentera berkenaan bagaimanapun perlu bekerja lebih keras untuk menyaingi DAP – yang banyak memenuhi sudut utama di bandar tersebut dengan kain rentang dan wajah pemimpin parti DAP.
Antara yang menjadi perhatian adalah kain rentang dengan wajah calon parlimen Rasah, Teo Kok Seong, penyandang kerusi Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, dan calon parlimen Seremban, Anthony Loke.
Antara bahan kempen BN lain yang dikessan adalah beberapa papan iklan gergasi dengan wajah menteri besar sementara, Datuk Mohamad Hassan di samping wajah perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.
Ironinya, kedua-dua kawasan parlimen Rasah dan Seremban yang menjadi tumpuan penduduk bandar di ibu negeri tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.
Lima daripada enam kawasan DUN dalam parlimen Seremban dikuasai Pakatan dan hanya DUN Lenggeng dikuasai BN dalam pilihan raya umum 2008.
Namun DUN Lenggeng juga bermasalah bagi BN ekoran tentangan dari kalangan pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon sehingga ada di kalangannya bertanding sebagai calon Bebas.
Empat daripada lima DUN di bawah parlimen Rasah juga dikuasai DAP. Satu lagi DUN, Labu, dimenangi BN dalam pilihan raya tersebut.
Jika jumlah kehadiran peserta ke ceramah menjadi ukuran, DAP nampaknya lebih ke hadapan.
Seramai kira-kira 10,000 orang hadir ke ceramah anjuran parti tersebut di depan pasar besar Seremban pada malam Isnin lalu.
Jumlah hadirin tersebut memenuhi memenuhi keseluruhan kawasan tapak ceramah sehingga ke kaki lima jalan dalam keadaan hujan renyai.
Loke yang merupakan pengerusi DAP negeri berkata, kehadiran berkenaan menggambarkan keyakinan bahawa Pakatan bukan sahaja mampu menguasai Seremban dan Rasah, malah turut mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.
"Ia petanda perubahan yang akan berlaku di Negeri Sembilan. Malam ini malam bersejarah kerana dalam masa 20 ke 30 tahun ini, inilah kali pertama kita adakan ceramah raksasa di depan pasar besar Seremban,” katanya dalam ceramah tersebut.
Pakatan bagaimanapun tetap perlu berwaspada di dua kerusi majoriti Melayu – DUN Sikamat dan DUN Ampangan yang dimenangi PKR dengan majoriti tipis pada 2008.
Sikamat dimenangi Aminuddin Harun dengan majoriti hanya 499 undi dan Ampangan pula dimenangi Rashid Latiff dengan majoriti 165 undi.
Beberapa bilik gerakan PKR di Ampangan juga dilaporkan ditutup ekoran bantahan terhadap pencalonan pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Penyandang kerusi Sikamat Aminuddin Harun kali ini perlu berdepan dengan calon muda dan jelita dari Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah.
24 April 2013
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) yakin memperoleh mandat yang lebih
besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekali gus menawan Putrajaya.
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya bukan sahaja yakin kekal di Selangor, malah boleh memenangi beberapa negeri lain.
"Kita ada keupayaan untuk lakukan perubahan. Insya-ALLAH boleh kerana rakyat berada dalam mood itu (ubah). Ini kalilah," kata beliau ketika ditemui pada program 'walkabout' bersama calon PKR Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketika ditanya mengenai potensi dan peluang calon PKR menang dalam pilihan raya kali ini terutamanya di Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah memberitahu, keyakinan itu tinggi berikutan mendapat maklum balas yang baik daripada pengundi.
"Saya rasa kita mendapat sokongan yang lebih baik, kerana maklum balas yang diterima positif," katanya.
Di peringkat Parlimen, PKR bertanding di 99 kerusi manakala 73 Pas dan 51 kerusi DAP.
Di peringkat Dun, Pas mendahului dengan 236 kerusi, PKR 172 dan 102 DAP.
24 April 2013
HULU TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi
pendiriannya bahawa jawatan Perdana Menteri hanya layak dipegang oleh
orang beragama Islam.
Menegaskan demikian ketika berceramah di Kuala Berang di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata bagaimanapun soal menteri, tidak kira individu itu Islam atau tidak, masih boleh menjadi menteri seandainya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
"Memerintah negeri (bukan Islam) boleh dengan orang Islam, syaratnya, nombor satu, Perdana Menteri adalah orang Islam, yang jaga dasar negara mestilah orang Islam di negara Islam. Kalau bukan Islam, suruh dia masuk agama (Islam).
"Tetapi (contohnya) kalau (jawatan) Menteri Kerja Raya, kalau dia bukan Islam tapi dia mahir bab jalan raya boleh buat bangunan, kita lantik dia.
Tapi kalau nak lantik dia jadi Menteri Jaga Masjid memang tidak boleh," katanya.
Malah calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu turut memperlekeh dan menyifatkan usaha kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) membangunkan Tasik Kenyir sebagai zon pulau bebas cukai serta pembinaan Zoo Kemaman di negeri ini sebagai suatu pembaziran wang rakyat.
Selain Hadi, beberapa pemimpin Pas turut berceramah dan mereka hanya mengupas isu lapuk yang pernah dimainkan sebelum ini serta menjadikan pentas ceramah sebagai tempat mengkritik pemimpin tertinggi BN pusat selain pemimpin negeri seperti Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said secara terbuka. - Bernama
24 April 2013
KUALA LUMPUR - Kertas undi pos mula diterima secara berperingkat oleh
pengamal media bagi membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum
(PRU) ke-13.
Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Sabri Said memberitahu Bernama sampul keutamaan yang mengandungi kertas undi bagi calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mula dikeluarkan sejak 22 April lepas oleh Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya di tempat mereka didaftarkan dan mengundi.
"Sampul-sampul keutamaan itu dihantar kepada pengundi melalui surat berdaftar oleh Pos Malaysia Berhad," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kertas undi itu perlu dikembalikan kepada RO pilihan raya melalui pos tanpa setem selewat-lewatnya 5 Mei ini, sebelum 5 petang.
"Bagaimanapun, bilangan sebenar pengamal media yang akan menggunakan kemudahan ini hanya akan diketahui selepas SPR menerima statistik daripada RO setiap negeri," katanya.
Berdasarkan laporan Bernama sebelum ini, kira-kira 10,000 petugas media bakal menggunakan kemudahan itu.
Pada PRU kali ini, buat pertama kalinya, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar layak mengundi secara pos.
Selain pengamal media, turut layak mengundi pos ialah anggota tentera dan polis yang bertugas di luar kawasan, pengundi tidak hadir (PTH) iaitu penjawat awam yang berkhidmat di perwakilan luar negara serta pelajar sepenuh masa di luar negara dan pasangan masing-masing, rakyat Malaysia yang berdaftar serta bermastautin di luar negara dan petugas SPR.- Bernama
Tinjauan Malaysiakini di bandar ini hanya mengesan bendera BN dinaikkan selepas kempen masuk hari ketiga, di kawasan strategik seperti jalan yang menghubungkan plaza tol Seremban ke pusat bandar tersebut.
Jentera berkenaan bagaimanapun perlu bekerja lebih keras untuk menyaingi DAP – yang banyak memenuhi sudut utama di bandar tersebut dengan kain rentang dan wajah pemimpin parti DAP.
Antara yang menjadi perhatian adalah kain rentang dengan wajah calon parlimen Rasah, Teo Kok Seong, penyandang kerusi Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, dan calon parlimen Seremban, Anthony Loke.
Antara bahan kempen BN lain yang dikessan adalah beberapa papan iklan gergasi dengan wajah menteri besar sementara, Datuk Mohamad Hassan di samping wajah perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.
Ironinya, kedua-dua kawasan parlimen Rasah dan Seremban yang menjadi tumpuan penduduk bandar di ibu negeri tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.
Lima daripada enam kawasan DUN dalam parlimen Seremban dikuasai Pakatan dan hanya DUN Lenggeng dikuasai BN dalam pilihan raya umum 2008.
Namun DUN Lenggeng juga bermasalah bagi BN ekoran tentangan dari kalangan pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon sehingga ada di kalangannya bertanding sebagai calon Bebas.
Empat daripada lima DUN di bawah parlimen Rasah juga dikuasai DAP. Satu lagi DUN, Labu, dimenangi BN dalam pilihan raya tersebut.
Jika jumlah kehadiran peserta ke ceramah menjadi ukuran, DAP nampaknya lebih ke hadapan.
Seramai kira-kira 10,000 orang hadir ke ceramah anjuran parti tersebut di depan pasar besar Seremban pada malam Isnin lalu.
Jumlah hadirin tersebut memenuhi memenuhi keseluruhan kawasan tapak ceramah sehingga ke kaki lima jalan dalam keadaan hujan renyai.
Loke yang merupakan pengerusi DAP negeri berkata, kehadiran berkenaan menggambarkan keyakinan bahawa Pakatan bukan sahaja mampu menguasai Seremban dan Rasah, malah turut mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.
"Ia petanda perubahan yang akan berlaku di Negeri Sembilan. Malam ini malam bersejarah kerana dalam masa 20 ke 30 tahun ini, inilah kali pertama kita adakan ceramah raksasa di depan pasar besar Seremban,” katanya dalam ceramah tersebut.
Pakatan bagaimanapun tetap perlu berwaspada di dua kerusi majoriti Melayu – DUN Sikamat dan DUN Ampangan yang dimenangi PKR dengan majoriti tipis pada 2008.
Sikamat dimenangi Aminuddin Harun dengan majoriti hanya 499 undi dan Ampangan pula dimenangi Rashid Latiff dengan majoriti 165 undi.
Beberapa bilik gerakan PKR di Ampangan juga dilaporkan ditutup ekoran bantahan terhadap pencalonan pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Penyandang kerusi Sikamat Aminuddin Harun kali ini perlu berdepan dengan calon muda dan jelita dari Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah.
Wan Azizah: 'Rakyat dalam mood nak ubah kerajaan pusat'
24 April 2013
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya bukan sahaja yakin kekal di Selangor, malah boleh memenangi beberapa negeri lain.
"Kita ada keupayaan untuk lakukan perubahan. Insya-ALLAH boleh kerana rakyat berada dalam mood itu (ubah). Ini kalilah," kata beliau ketika ditemui pada program 'walkabout' bersama calon PKR Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketika ditanya mengenai potensi dan peluang calon PKR menang dalam pilihan raya kali ini terutamanya di Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah memberitahu, keyakinan itu tinggi berikutan mendapat maklum balas yang baik daripada pengundi.
"Saya rasa kita mendapat sokongan yang lebih baik, kerana maklum balas yang diterima positif," katanya.
Di peringkat Parlimen, PKR bertanding di 99 kerusi manakala 73 Pas dan 51 kerusi DAP.
Di peringkat Dun, Pas mendahului dengan 236 kerusi, PKR 172 dan 102 DAP.
Hadi: Jawatan PM hanya layak untuk orang Islam
24 April 2013
Menegaskan demikian ketika berceramah di Kuala Berang di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata bagaimanapun soal menteri, tidak kira individu itu Islam atau tidak, masih boleh menjadi menteri seandainya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
"Memerintah negeri (bukan Islam) boleh dengan orang Islam, syaratnya, nombor satu, Perdana Menteri adalah orang Islam, yang jaga dasar negara mestilah orang Islam di negara Islam. Kalau bukan Islam, suruh dia masuk agama (Islam).
"Tetapi (contohnya) kalau (jawatan) Menteri Kerja Raya, kalau dia bukan Islam tapi dia mahir bab jalan raya boleh buat bangunan, kita lantik dia.
Tapi kalau nak lantik dia jadi Menteri Jaga Masjid memang tidak boleh," katanya.
Malah calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu turut memperlekeh dan menyifatkan usaha kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) membangunkan Tasik Kenyir sebagai zon pulau bebas cukai serta pembinaan Zoo Kemaman di negeri ini sebagai suatu pembaziran wang rakyat.
Selain Hadi, beberapa pemimpin Pas turut berceramah dan mereka hanya mengupas isu lapuk yang pernah dimainkan sebelum ini serta menjadikan pentas ceramah sebagai tempat mengkritik pemimpin tertinggi BN pusat selain pemimpin negeri seperti Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said secara terbuka. - Bernama
Pengamal media mula terima kertas undi pos
24 April 2013
Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Sabri Said memberitahu Bernama sampul keutamaan yang mengandungi kertas undi bagi calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mula dikeluarkan sejak 22 April lepas oleh Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya di tempat mereka didaftarkan dan mengundi.
"Sampul-sampul keutamaan itu dihantar kepada pengundi melalui surat berdaftar oleh Pos Malaysia Berhad," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kertas undi itu perlu dikembalikan kepada RO pilihan raya melalui pos tanpa setem selewat-lewatnya 5 Mei ini, sebelum 5 petang.
"Bagaimanapun, bilangan sebenar pengamal media yang akan menggunakan kemudahan ini hanya akan diketahui selepas SPR menerima statistik daripada RO setiap negeri," katanya.
Berdasarkan laporan Bernama sebelum ini, kira-kira 10,000 petugas media bakal menggunakan kemudahan itu.
Pada PRU kali ini, buat pertama kalinya, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar layak mengundi secara pos.
Selain pengamal media, turut layak mengundi pos ialah anggota tentera dan polis yang bertugas di luar kawasan, pengundi tidak hadir (PTH) iaitu penjawat awam yang berkhidmat di perwakilan luar negara serta pelajar sepenuh masa di luar negara dan pasangan masing-masing, rakyat Malaysia yang berdaftar serta bermastautin di luar negara dan petugas SPR.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan