Posted on Tuesday, April 23 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Truckster
"Disebalik kebangkitan besar rakyat Kelantan menuntut hak Royalti dan Pendaratan Petroleum, nun di tengah laut Perairan Negeri mereka kerja-kerja awal Eksplorasi dan Pengeluaran baru untuk mengeluarkan gas di Medan PM301, PM302 dan PM325 sedang giat dijalankan.
Lebih menyedihkan Projek Pembangunan Bersepadu bernilai RM16 Bilion untuk jangkamasa 5 tahun bermula 2013 di Medan Gas yang hanya berjarak 150km dari Pantai Kelantan akan didaratkan di Kerteh Terengganu.
Pada Jun 2012 PETRONAS telah memeterai perjanjian Kontrak Pembangunan Bersama melalui anak syarikatnya PETRONAS Carigali Sdn Bhd & Hess Exploration untuk Projek Pembangunan Gas Bersepadu di Lembangan North Malay di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Tender Pembangunan dianugerahkan melalui Kontrak Pengeluaran Bersama (Production Sharing Contract – PSC) untuk Blok PM302 yang 100% berada di perairan Kelantan. Perjanjian PSC adalah permbahagian 50:50 antara PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Hess Exploration & Production BV. Mengikut Laporan AM Securities (Sebuah entiti AMBank Bhd) dianggarkan US$5.2 bilion (Rm16 bilion) akan dilaburkan PETRONAS di Medan North Malay Basin melalui beberapa fasa pembangunan dalam jangkamasa 5 tahun.
Maklumat kami mendedahkan Hess Exploration telah memulakan tender pertama daripada tiga kontrak bagi kerja-kerja fasa pembangunan di sembilan medan gas & kondesat di Lembangan North Malay. Enam medan adalah 100% di perairan Kelantan(berjarak 140km dari pantai) iaitu di Blok PM 301 – Gajah, Melati, Kamelia, Zetung, Anggerik dan Kesumba. Dua medan Bunga Dahlia & Teratai di blok PM 302 yang juga milik Kelantan. Manakala medan Bergading di Blok PM 325, adalah di Blok pertindihan Kelantan – Terengganu.
Antara pemain utama yang mengambil bahagian adalah Syarikat SapuraKechana Petroleum, Bumi Armada, MMC Oil & Gas, MMHE dan Alam Maritim.
PEMBANGUNAN MEDAN GAS BERSEPADU.
Projek akan menyaksikan pembangunan dan mengkormesial sembilan Medan Gas bersama-sama pembangunan Pusat Pengumpulan Gas, Pemprosesan dan Hub Pemindahan. Ianya merangkumi pembinaan 300km paip gas tengah laut yang akan didaratkan ke Kerteh Terengganu. Paip gas menggunakan teknologi sistem pengasingan gas asid (acid gas removal) dengan teknologi membrane yang pertama kali digunakan oleh PETRONAS.
Maklumat kami juga mendedahkan projek akan dijalankan melalui dua fasa, pertama melalui Sistem Pengeluaran Awal (Early Production System (EPS)) dan diikuti Pembangunan di Keseluruhan Medan Gas (Full Field Development (FFD)). Dijangka pengeluaran awal fasa EPS adalah pada suku pertama 2013 sebanyak 100 mmscfd (million metric standard cubic feet per day).
*100mmscfd adalah bersamaan 100 juta kaki padu gas sehari.
Manakala bagi fasa FFD pula gas akan dikeluarkan pada kadar sekitar 300 juta kaki padu gas sehari menjelang 2015. Keseluruhan kawasan ini anggaran simpanan gas adalah sebanyak 1.7 trilion kaki padu.
PERANAN SAPURA KENCHANA DI PM301.
Sebelum ini, SapuraKenchana telah dianugerahkan projek awal bernilai Rm836 juta untuk memulakan kerja-kerja awal pengeluaran gas di Medan Bunga Kamelia.
Maklumat kami mendedahkan Platform Telaga Gas (Wellhead Platform) untuk Projek Pembangunan Gas Bersepadu ini sedang giat dibina di Pengkalan Industri SapuraKenchana di Lumut Perak. Sebuah Kapal FPSO (Floating, Production, Storage and Offloading ) untuk kerja pengeluaran awal sedang disiapkan di tempat yang sama.
Pada November lepas SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada Bursa Saham – Pertama mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.
Pemakluman kedua yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration.
Seperti yang diketahui umum Syarikat SapuraKechana milik bersama anak Tun Mahathir iaitu Datuk Mokhzani, beliau bertindak sebagai Naib Pengerusi SapuraKencana, setelah penggabungan Syarikat Kenchana Petroleum miliknya dan Sapura Crest membentuk entiti antara yang terbesar di rantau ini. Ini membangkitkan persoalan umum kerana Tun Mahathir adalah Penasihat kepada PETRONAS.
Pada November lepas Negara dikejutkan dengan jawapan Tun Mahathir ketika ditanya portal Malaysiakini mengenai hal ini, iaitu:
“Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
“Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.
“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.
“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”
Kami meragui bagaimana PETRONAS menganugerahkan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang mana anak kepada Penasihat PETRONAS terlibat secara langsung. Beliau seolah-olah amat berkuasa dan menjawab persoalan mengenai soal ”kebertanggungjawaban” dengan angkuh.
HAK PENDARATAN TERUS DINAFIKAN.
Kelantan terus dinafikan Hak Pendaratan setelah pendaratan gas dari Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand(MTJDA). Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan Kelantan) platform bersepadu telah beroperasi di Medan Telaga Cakerawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Kerteh.
Dengan Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan gas didaratkan ke Songkla yang jaraknya 260km dari JDA (berbeza jarak 110km dari Kelantan).
Dengan projek terbaru di Blok PM301, PM302 dan PM325 hak Kelantan terus dinafikan walaupun telah disediakan seluas 4000 ekar tanah di Bachok untuk pembangunan Kompleks Industri Petroleum.
Kami menjunjung Titah KDYMM Sultan Muhammad ke-V pada Sidang Ke-12 Dewan Undangan negeri Kelantan yang bertitah supaya mendaratkan Gas dari PM301 ke Kelantan kerana Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak sejak 1990-an lagi.
Kami ingin menyatakan kepada rakyat Kelantan bahawa mereka masih mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, dengan menggunakan kuasa UNDI pada Pilihanraya Umum 13 pada 5 Mei nanti, menumbangkan Kerajaan yang menafikan hak Kelantan untuk mendaratkan gas ke Kelantan. Insyallah seperti yang telah dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat, Hak Royalti & Pendaratan Gas akan direalisasikan. Gunakan kuasa UNDI dan maklumkan segala maklumat kepada ahli keluarga, jiran, sahabat-handai dan seluruh kenalan.
Pantai Timur Semenanjung akan dibangunkan sebagai Hub Pengeluaran dan Industri Petroleum antara yang terbesar di rantau Asia. Dengan impak ekonomi serta peluang pekerjaan daripada Industri akan mensejahterakan keseluruhan rakyat, segala pembangunan serta kemudahan dapat menyaingi Pantai Barat Semenanjung.
“UNDI UNTUK ROYALTI & PENDARATAN PETROLEUM”
Ikuti kami di:
Website: www.royaltikelantan.com
FB Pages: http://www.tranungkite.net/v12/www.facebook.com/ngo.royalti
——————————————————–
Hasani Mohamed, seorang Jurutera Muda yang komited meletakkan PERUBAHAN terhadap negaranya, Seorang Aktivis ROYALTI – sebuah Gerakan NGO Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan."
Jangan Terlalu Yakin.... Perang Saraf Jadi Penentu.
Posted on Tuesday, April 23 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: adi_jagat
"Tempoh kempen baru masuk hari ke-3. Setelah mengharungi kejutan akibat penamaan calon yang bercelaru, dan tindakan perlu diambil oleh semua parti2 yang bertanding dengan memecat ahli2 parti yang engkar, kini kita akan memasuki fasa baru berkempen, iaitu mendekati rakyat dan menerangkan kebaikan manifesto masing-masing untuk menarik sebanyak undi yang mungkin menjelang 5hb. Mei nanti.
Kalau ditinjau secara rambang dan mengambil kira sambutan rakyat diperhimpunan kempen seluruh negara sememangnya jelas PR mungkin akan menambahkan penguasaan kerusi2 yang ditandingi. Dan tentunya akan diterjemahkan bertambahnya negeri2 yang sebelum ini dibawah BN akan bertukar tangan.
Sekurang-kurangnya Terengganu dan Negeri Sembilan akan di bawah PR selepas pru13 nanti. Pun demikian negeri2 lain seperti Pahang, Johor dan Perlis persaingan agak seimbang.
Pertembungan di Serawak dan Sabah masih kabur kerana BN akan melakukan apa saja untuk mempertahankan penguasaan mereka di kedua-dua negeri fixed deposit ini. Logistik dan Lokaliti menjadi faktor penting untuk memenangi kerusi2 di Bumi Kenyalang dan Di Bawah Bayu tersebut.
Bagaimana dengan status quo negeri2 di bawah PR sebelum ini? 3 negeri iaitu Kelantan, Perak dan PP dijangka sukar ditembusi pihak BN. Yang menjadi kebimbangan di Selangor dan Kedah. Usaha gigih dan perancangan teratur BN yang dibuat sejak tumbang dalam pru12 lalu tak boleh dipandang ringan oleh PR.
Tak mustahil kedua-dua negeri ini bertukar tangan kalau satu usaha yang jitu dan berkesan tidak dibuat menjelang hari pengundian nanti. Segala gerak saraf yang dijalankan oleh BN setakat ini dalam isu2 tertentu dilihat begitu bersungguh sunguh untuk merampas kembali negeri berkenaan. Persefahaman dengan Hindraf baru-baru ini juga tentu membawa petanda awal undi kaum India akan kembali kepada BN. Ini tentu merugikan PR sendiri.
PR perlu memberi message yang lebih jelas bagaimana nasib kaum India ini pada masa akan datang. Program peningkatan taraf hidup dan pendidikan mereka patutnya dah lama diadakan dengan berkesan. PR tidak boleh mengharapkan semata-mata pada sentimen nasional seperti korupsi, moral dan lain-lain.
Perjalanan PR ke Putrajaya masih penuh liku, meskipun tidak mustahil berlaku. Percaturan dan strategi perlu diperkemaskan pada semua peringkat. Jangan ada nanti Musang Berbulu Ayam yang menyebabkan apa saja yang dilakukan menjadi tempang dan gagal. Masalah yang sama juga sebenarnya dihadapi oleh BN. Pemecatan 61 keahlian kerana bertanding bebas dll bukan kecil efeknya.
Pun begitu tindakan berani tersebut memberi signal bahawa BN serius dengan prinsip yang diamalkan selama ini demi mengukuhkan peluang untuk menang. Pr juga jangan lupa dalam sejarah mana-mana pru sebelum ini, BN dan pengkaji strateginya bekerja siang malam untuk merangka dan bertindak secara efektif untuk mendapat undi. Penggunaan media massa dan TV sangat luas dan mempengaruhi pengundi. Tidak keterlaluan dikatakan kalau kita berada di depan TV selama 1 jam sehari sudah cukup untuk reverse psychology memangkah BN.
Inilah yang tidak ada pada PR. Kebergantungan pada kehebatan pada alam maya termasuk forum2 online dan laman2 sosial hanya berkisar pada kelompok muda yang belum tentu pun boleh mengundi. Perlu diingat pengundi didesa2 dan pendalaman tidak banyak akses pada fasiliti ini. Jika satu pukulan maut berlaku disaat akhir dengan menyebarkan isu2 tertentu, pola pengundian boleh berubah sehingga 10-20%!!
Pengalaman semasa Angkatan Perpaduan Ummah (Gandingan Semangat 46/Pas/Dap) suatu masa dulu masih segar dalam ingatan kita. Apakah PR sudah bersedia dalam hal ini atau masih tercari-cari alternatif dan strategi mendekati pengundi2 tegar di kampung2, di tanah2 rancangan apa lagi di pendalaman Sabah dan Serawak? Selamat Mengundi......"
Memang betoi2 haram jd la puak2 ni ...hampa tengok la
Posted on Tuesday, April 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Mimpi Senja
Ada ka depa pi tunjuk video lucah ni kat Mak Aji Pak Aji, Mak cik Pak Cik di kampong -kampong ....tak dak akai ka???
sian Mak Aji Pak Aji Mak Cik Pak Cik tu, free-free je dosa kering....
tapi apa nak buat kerja-kerja macam ni bagi puak-puak haram jadah ni dah biasa sangat dah mampuih cepat UMNO lagi baik la
Sumber: mimpi-senja.blogspot.com
PRU ke-13 - Pertandingan di antara UMNO dengan Rakyat
Posted on Tuesday, April 23 @ 08:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh B Chendren Balakrishnan
Dalil
BN akan tewas terlalu banyak. Kali ini kita sebut sebahagiannya sahaja.
Yang paling menonjol ialah tiga Presiden parti-parti dalam BN tidak
bertanding, iaitu Chua Soi Lek dari MCA, Peter Chin dari SUPP dan Koh
Tsu Khoon dari Gerakan. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mencari
jawapannya kerana kepada siapa yang memahami keadaan sebenar... di dalam
BN itu mereka akan mudah mengetahuinya.
Sebenarnya BN itu hanyalah UMNO dan saya telah menyebutnya setahun yang lalu. Pilihanraya kali ini adalah di antara UMNO dengan Pakatan Rakyat kerana parti-parti dalam BN sudah boleh dianggap tidak wujud lagi...MCA, Gerakan, MIC dan PPP boleh kita anggap hanya tinggal pada namanya sahaja.
Parti-parti komponen dalam BN ini hanya membebankan UMNO yang mempunyai masalah besarnya sendiri. UMNO sedang berhadapan dengan krisis keyakinan dari orang Melayu yang paling ketara. Tetapi dalam politik UMNO terpaksa juga mencari jalan untuk ‘survival’nya sendiri. Tindakan UMNO mengambil kembali banyak kerusi yang sebelum ini diagihkan kepada parti-parti komponen itu membuktikan yang UMNO sendiri menganggap rakan komponen mereka itu sebagai beban besar kepada BN.
Kawasan Kuantan dan Gerik telah pasti kembali ketangan UMNO dan UMNO sedang berusaha mengambil kembali Gelang Patah dan Wangsa Maju. Semuanya ini tidak sepatutnya dilakukan oleh UMNO jika BN mengambil berat tentang setiakawanan dalam BN itu. Tetapi apa lagi yang UMNO perlu lakukan jika tidak mengambil kembali kawasan ini? Pendeknya BN sedang berhadapan masalah yang paling besar dalam sejarah kewujudannya. Mengambil kembali kerusi yang telah diagihkan kepada MCA dan Gerakan itu merupakan 'vote of no confindence' UMNO terhadap rakan komponennya sendiri.
Semuanya ini membuatkan rakyat tidak lagi berkeyakinan kerana sesebuah parti atau ‘coalition’ yang bermasalah sampai ke tahap ini secara ‘natural’nya akan tidak diyakini oleh rakyat yang mengundi itu. Acapkali saya menyebut tentang isu ‘legitimacy’ dalam blog ini. Ramai di antara pimpinan UMNO sendiri tidak mangambil kira isu ‘legitimacy’ ini dengan serius. Mereka mengutamakan kedudukan sahaja dan mereka lakukan dengan berbagai-bagai cara untuk menaiki tangga kepimpinan melalui cara dan kaedah yang tidak menjamin ‘legitimacy’ itu.
Saya sudah lama menyedari yang memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ sekarang ini tidak memberikan ‘legitimacy’ terhadap kepimpinan negara. Seseorang Presiden UMNO itu secara automatik menjadi PM yang diamalkan hari ini tidak lagi berkesan untuk kestabilan negara ini dalam jangka panjang. Selama ini dengan otot yang ada pada seseorang PM itu digunakan sepenuhnya untuk menguasai perwakilan UMNO yang tidak melebihi daripada lima ribu orang.
Seorang Presiden UMNO hanya memerlukan undi 51% daripada lima ribu orang ini untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu lebih kurang 2,600 orang sahaja. Oleh itu nasib negara hanya ditentukan oleh 2,600 orang Melayu yang boleh dibeli dengan wang ringgit dan janji untuk jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan. Rakyat negara yang berjumlah hampir 30 juta orang ini tidak mempunyai peranan untuk melakukan pemilihan terhadap seorang Perdana Menteri itu.
Itulah masalah hiliran politik memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ ini. Peruntukan perlembagaan untuk memilih seorang Perdana Menteri secara betul itu ada tetapi tidak pernah dilakukan. Dalam Perlembagaan kita, telah diperuntukan yang sesiapa di kalangan ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti itulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Peruntukan itu ada tetapi tidak pernah terpakai dan dipakai. Perdana Menteri sekarang ini sesungguhnya tidak mempunyai 'legitimcy' yang kuat untuk mengaku sebagai PM pilihan rakyat.
Dalam keadaan terdesak sekarang ini, UMNO telah menggunakan media massa perdana untuk mencari kesalahan pihak pembangkang seperti orang mencari kutu. Media massa dipergunakan untuk memberi ruang kepada orang yang tidak mempunyai ‘purity of mind’ seperti memberikan ruang kepada Tunku Aziz, seorang ‘political novice’ yang telah meninggalkan DAP oleh kerana perselisihan peribadi yang kecil di dalam parti itu. Tunku Aziz telah memilih untuk melayani ego beliau yang besar dan tidak lagi bertindak seperti seorang yang kanan yang mempunyai 'wisdom' kepimpinan.
Tunku Aziz pula mengambil kesempatan untuk membelasah DAP seolah-olah parti itu tidak pernah ada jasa membawa beliau dikenali ramai seperti sekarang ini. UMNO menggunakan isu Tunku Aziz untuk membelasah DAP sedangkan DAP tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap beliau kerana memberikan reaksi terhadap tuduhan Tunku Aziz itu adalah tindakan yang membuang masa sahaja. Masalah beliau (Tunku Aziz) itu merupakan masalah peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan perjuangan parti.
Isu perkauman yang dimainkan oleh Dr Mahathir sekarang ini adalah tanda-tanda dan dalil awal yang UMNO itu akan gugur dalam pilihanraya ini. Kini rakyat mahukan perpaduan kaum dan tidak mahu lagi hidup bermusuh-musuhan. Pilihanraya kali ini merupakan titik tolak untuk penentuan samada ‘ultimate’ kita untuk mencapai perpaduan kaum itu tercapai.
Jika kita mendengar hasutan Dr Mahathir maka kita akan menghadapi masalah perkauman yang berpanjangan. Jika rakyat mengambil dan menerima nasihat pihak lain yang mengutamakan perpaduan kaum dengan lebih tekun itu maka berbahagialah kita hidup dalam suasana muhibbah.
UMNO sudah tidak lagi mempunyai nilai-nilai untuk kerukunan hidup bersama dalam masyarakat majmuk negara ini. Mereka sanggup membeli hati rakyat degan berbagai-bagai cara dan membeli pimpinan yang tidak stabil pemikiran seperti Tunku Aziz dan lain-lain lagi.
Hidup mereka sentiasa hendak bergaduh dan tidak lagi tunduk kepada tuntutan agama dan adat yang sentiasa melarang kita bergaduh sesama sendiri. Kali ini, kita lakukan apa yang perlu dalam pilihanraya yang akan sampai hanya beberapa hari sahaja lagi.
Pastikan permuafakatan di antara kaum ini kita perkayakan dan tidak lagi terkongkong dengan ‘communal politics’ yang tidak berpenghujungan itu.
Pilihlah di antara kemahuan UMNO dengan kemahuan rakyat.
Tumbangkah BN pada PRU 13 ini
Posted on Tuesday, April 23 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"Pakatan begitu yakin boleh dan memerintah Malaysia pada PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 (Ahad) ini.
Barisan nasional tetap yakin dapat mempertahankan kerajaan yang diperintah lebih 50 tahun ini dengan majoriti lebih 2/3.
Pru 12 (2008) Barisan nasional walaupun menang tetapi dinafikan 2/3 parlimen iaitu kurang 8 kerusi dari 140 yang diraih.
Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yakin rakyat akan beri undi kepada BN lebih besar berbanding PRU 12.
Alasannya, BRIM RM 500 yang diberi kepada isi rumah seramai 4.2 juta kepala serta janji BRIM yang akan dinaikan pada angka RM 1,200 bermula tahun 2014.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat memberi undi pakatan rakyat, atas alasan janji pendidikan percuma, turun harga minyak petrol dan hapus TOL.
Janji BN janji yang sebahagiannya sudah jadi realitinya, manakala janji pakatan belum dapat dirasai oleh rakyat dan diserang bertubi kali.
Janji Bn dan janji pakatan rakyat telah dijual kepada rakyat jelata menerusi manifesto masing masing agar dbeli tanpa sebarang keraguan.
Persoalan yang timbul sekarang 63.06 peratus rakyat Negara ini masih yakin dengan BN dan membeli produk yang dijualnya pada PRU 12.
Bermakna 36.93 peratus rakyat jelata percaya dengan pakatan rakyat dan membeli produk yang dijualnya punca lima negeri jatuh pada PRU 12 lepas.
Kini pakatan rakyat menyatakan 45 peratus sokongan rakyat jelata pada pakatan rakyat. Bermakna naik 8 peratus berbanding PRU 12.
Jika betul apa yang dinyatakan itu, bermakna sokongan terhadap BN turun dan tinggal 55 peratus yang masih boleh menang tetapi tipis.
Justeru iyu, harapan Pakatan rakyat untuk tawan Putrajaya masih samar samar. Kecuali sokongan rakyat dapat di naikkan 5 peratus lagi jadi 50 peratus sepanjang kempen 21 April hingga 4 Mei Jam 12 Malam.
Nisbah 50-50 baru boleh memberi jaminan kepada pakatan rakyat untuk menduduki putrajaya dan sah BN dapat ditumbangkan."
Ceramah Husam di tepi Putrajaya
Posted on Tuesday, April 23 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Warta Shubhi
Berita sambutan ceramah di Desa Pinggiran Putrajaya dah aku tulis sebelum ini. Oleh kerana nak cepat aku hanya ambil gambar dari FB kepunyaan Haji Husam.
Disebabkan itu ada yang komen bahawa gambar yang aku paparkan adalah gambar cut&paste lalu timbul keraguan samada gambar tersebut benar-benar 'real' punya suasana. No problem, tiada paksaan dalam nak percaya atau tidak.
Hanya mereka yang hadir sendiri tahu sambutan malam itu. Mereka yang tak hadir sudah tentu ada hak untuk pertikaikan gambaran yang diberikan.
Malam tu aku hadir bersama tubuh badan dan juga akal fikiran yang waras aku dan aku juga ada ambil gambar sendiri. Tapi disebabkan sibuk sedikit, aku tak sempat nak load.
Jadi kali ini aku paparkan koleksi aku sendiri untuk tatapan mereka yang tak pergi. Tapi terpulang pada hangpa samada nak percaya pada gambar atau tidak percaya. Apa saja bergantung pada diri sendiri, jika anda percaya, jadi betul dan jika tak percaya jadi tak betul...
Pakcik ni kyusuk mengaminkan doa TG Haji Hadi
Mahasiswa umum sokong tanpa berbelah bagi PR. Ini bakal pejuang politik negara, Insyallah
Husam ada potensi jadi Menteri jika PR menang PRU-13
Mereka bertiga di atas akan berusaha menawan Putrajaya dan juga Sepang...Insyallah berjaya.
Sumber: wartashubhi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan