Calon Bebas: Azizan bakal berpeluh, Phahrolrazi lega
Berbeza
di Jerlun dan DUN bawahnya dengan pertembungan satu lawan satu,
beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah bakal berdepan dengan
pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru di kawasan yang mereka
wakili.
Hal demikian, tidak terkecuali kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal berdepan cabaran getir dan bakal 'berpeluh' untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 2004 lagi.
Selepas selesai penamaan calon pagi ini, Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri bakal berdepan dalam saingan empat penjuru dengan lawannya iaitu sepupunya Fadzilah Mohd Ali mewakili BN, serta dua calon bebas Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.
Pada pilihan raya umum lalu, Azizan menewaskan lawannya dengan majoriti 3,212 undi. Sebanyak
27,287 pemilih yang layak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini.
Dalam parlimen Alor Setar, pemimpin PAS dan PKR masing-masing berdepan dengan perlawanan tiga penjuru dalam DUN Alor Mengkudu dan Bakar Bata.
Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya yang mewakili PAS di Alor Mengkudu bakal berdepan dengan bekas exco Kedah berkelulusan agama Datuk Fadzil Hanafi yang bertanding atas tiket Bebas dan Sharifah Maznah Syed Kassin Barakbah mewakili BN.
Alor Mengkudu sebelum ini diwakili Yang Dipertua Alor Setar Dr Ismail Saleh yang kini berpindah dan bertanding di parlimen Jerlun. Pada pilihan raya umum lalu, beliau menang dengan majoriti 2,247 undi.
Sementara di Bakar Bata, bekas setiausaha akhbar kepada ketua umum PKR Mohd Eekmal Ahmad turut berdepan tugas berat apabila beliau akan bersaing dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan calon parti Bersama Jawahar Raja Abdul Wahid.
Datuk Amiruddin Hamzah turut berdepan situasi yang sama apabila kerusi DUN Anak Bukit ditentang oleh calon BN Hashim Jahaya dan calon Bebas Abd Samat Che Noh.
Hal demikian berlakunya pertandingan tiga penjuru di kerusi yang ingin dimenangi beliau sejak 2004. Pada pilihan raya umum lalu, Amiruddin menang bergaya dengan majoriti 3,806 undi dengan pertandingan dua penjuru.
Di Tokai, Pendang, exco kerajaan negeri Mohamad Taulan Rasul juga akan ditentang dalam pertarungan tiga penjuru dengan calon BN Najmuddin Darus dan Abu Bakar Abdullah.
Mohamed Taulan perlu mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak 2004. Pada 2008 beliau menang dengan peningkatan jumlah majoriti kepada 6,578 undi berbanding pada 2004 hanya 4,179 undi.
Bagaimanapun, Datuk Phahrolrazi Zawawi boleh menarik nafas lega apabila beliau hanya berdepan satu lawan satu dalam misinya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kundor.
Phahrolrazi yang juga bekas exco kerajaan negeri akan ditentang oleh Norhasnita Mat Isa yang mewakili BN. Pada 2008, Phahrolrazi menang dengan majoriti 3,122 undi.
Sementara itu, di peringkat parlimen, penyandang kerusi Padang Terap Mohd Nasir Zakaria bakal menghadapi serangan dua penjuru apabila ditentang bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan calon Bebas Muhammad Bazli Abdullah.
Di Sungai Petani, penyandangnya Datuk Johari Abdul akan ditentang tiga calon iaitu Syamsul Anuar Che Mey @ Ismail yang mewakili BN, Suhaimi Hashim (KITA) dan Ong Wei Sin sebagai calon Bebas.
Seorang lagi calon PKR N Surendran yang akan bersaing dalam pertarungan lima penjuru. Beliau akan ditentang empat calon iaitu bekas timbalan menteri Heng Seai Kie (BN), N Gobalakrishnan dan Othman Wawi sebagai calon Bebas serta Hamidi Abu Hassan sebagai calon Berjasa.
Di Alor Setar, calon PKR Gooi Hsiao Leung akan ditentang tiga calon iaitu menteri kabinet Datuk Seri Chor chee Heung mewakili BN, Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Abdul Wahid daripada parti Bersama.

Isa Samad: Saya dengar 60-an saja, tak kisah Aishah
Calon
BN di Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata pencabarnya
penyanyi Aishah yang popular dalam industri seni tanah air tidak akan
merencatkan kempennya dalam hari-hari yang akan datang.
Ini kerana, beliau akan memberi tumpuan kepada persaingan yang dilihatnya berlangsung di antara BN yang menentang seteru politiknya iaitu PAS - sebuah "parti yang banyak masalah".
"Saya tak ada kisah sangat sama ada dia (Aishah) penyanyi, ustaz, guru atau peguam kerana yang itu memang profesion dia.
"Cuma kita berlawanan dari segi parti, maknanya kita berlawan dengan PAS dan kita tahu PAS sedang menghadapi banyak masalah," katanya sambil menambah bahawa keyakinan orang ramai terutamanya umat Islam dan ahli parti sendiri terhadap PAS semakin berkurangan.
Ditanya sama ada beliau sendiri ada meminati Aishah sebagai seorang penghibur, Isa ketawa kecil dan menjelaskan beliau hanya mendengar lagu-lagu 60-an sahaja.
"Saya lagu-lagu baru tak ada (dengar). Saya (dengar) semua lagu-lagu 60-an sahaja," katanya sewaktu satu wawancara ringkas bersama beberapa media, termasuk Malaysiakini di Jempol pagi tadi.
Isa sebelum ini adalah ahli dewan undangan negeri (ADUN ) Bagan Pinang dan sekarang bertanding merebut kerusi parlimen Jempol yang sebelum ini disandang Datuk Lilah Yasin.
Mahu sapu bersih semua DUN di Jempol
Lilah sekarang ini bertanding di kerusi DUN Palong bagi memberi laluan kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mencuba nasib untuk menjadi ahli Parlimen.
Mengulas peluangnya, Isa yakin BN mampu menang bersih di semua kerusi yang ditandingi di Jempol.
Keyakinan itu disandarkan Isa kepada rekod lima tahun Pakatan di Negeri Sembilan yang menurutnya hanya tahu "mengolah isu" tetapi pada masa yang sama belum menampakkan "idea yang luar biasa".
"Pakatan Rakyat ini hidup dengan isu sahaja. Masa penawaran pertama saham (IPO), mereka kata kita jual minyak pada Israel. Itu tidak betul.
"Mereka juga pernah dakwa Felda bankrap," kata Isa yang juga merupakan pengerusi badan pelaburan Felda, Felda Global Venture (FGV).
Jika beliau menang kerusi Jempol, Isa dijangka akan dilantik sebagai menteri memandangkan beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sewaktu memenangi kerusi yang sama pada pilihan raya tahun 2004.
Beliau terpaksa melepaskan jawatan itu pada tahun 2005.
Pengarah Pilihan Raya Yusni Ismail mengesahkan calon bertanding di Parlimen itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya - Seberang Jaya, Permatang Pasir and Penanti - kira-kira jam 11.30 pagi.
"Bu! Pungkok (punggung)," sebahagian penyokong BN yang bersemangat melaungkan perkataan itu berulang-ulang dan calon-calon lain Pakatan Rakyat ketika nama mereka disebut.
Anwar dan calon-calon Pakatan - Dr Afiff Bahardin (Seberang Jaya), Norlela Ariffin (Penanti) dan Salleh Man (Permatang Pasir) - menyerahkan borang mereka pada jam 9.20 pagi.
Anwar dicabar oleh bekas Pengarah Telekom Malaysia Mazlan Ismail dan Dr Abdullah Zawawi Shamsuddin dalam persaingan tiga penjuru.
Tetapi kali ini di Kuantan kali ini lain gayanya apabila sebahagian penyokong BN di Kuantan mengibarkan seluar dalam putih bersama bendera parti.
Babak itu berlaku pada jam 10.20 pagi di Dewan Wisma Sri Pahang di mana proses penamaan calon mengambil tempat dan ketika sebahagian penyokong BN mula beredar daripada tempat itu.
Ia kemudian menjadi bahan ejekan penyokong Pakatan Rakyat yang mengibarkan wang kertas RM50, secara tidak langsung menyarankan bahawa kumpulan itu "disewa" kerana tidak mampu menahan panas mentari pagi.
"Nak pergi dah sebab tak cukup duit ke?" tanya seorang penyokong Pakatan.
Soalan itu disambut dengan tampilnya beberapa penyokong BN menunjukkan seluar dalam lelaki berwarna putih yang disangkut di buluh, yang dilihat memperli Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang didakwa terlibat dalam skandal seks sebelum ini.
Selain itu, kelihatan juga seorang lelaki memakai seluar dalam di kepalanya.
Ini kerana, beliau akan memberi tumpuan kepada persaingan yang dilihatnya berlangsung di antara BN yang menentang seteru politiknya iaitu PAS - sebuah "parti yang banyak masalah".
"Saya tak ada kisah sangat sama ada dia (Aishah) penyanyi, ustaz, guru atau peguam kerana yang itu memang profesion dia.
"Cuma kita berlawanan dari segi parti, maknanya kita berlawan dengan PAS dan kita tahu PAS sedang menghadapi banyak masalah," katanya sambil menambah bahawa keyakinan orang ramai terutamanya umat Islam dan ahli parti sendiri terhadap PAS semakin berkurangan.
Ditanya sama ada beliau sendiri ada meminati Aishah sebagai seorang penghibur, Isa ketawa kecil dan menjelaskan beliau hanya mendengar lagu-lagu 60-an sahaja.
"Saya lagu-lagu baru tak ada (dengar). Saya (dengar) semua lagu-lagu 60-an sahaja," katanya sewaktu satu wawancara ringkas bersama beberapa media, termasuk Malaysiakini di Jempol pagi tadi.
Isa sebelum ini adalah ahli dewan undangan negeri (ADUN ) Bagan Pinang dan sekarang bertanding merebut kerusi parlimen Jempol yang sebelum ini disandang Datuk Lilah Yasin.
Mahu sapu bersih semua DUN di Jempol
Lilah sekarang ini bertanding di kerusi DUN Palong bagi memberi laluan kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mencuba nasib untuk menjadi ahli Parlimen.
Mengulas peluangnya, Isa yakin BN mampu menang bersih di semua kerusi yang ditandingi di Jempol.
Keyakinan itu disandarkan Isa kepada rekod lima tahun Pakatan di Negeri Sembilan yang menurutnya hanya tahu "mengolah isu" tetapi pada masa yang sama belum menampakkan "idea yang luar biasa".
"Pakatan Rakyat ini hidup dengan isu sahaja. Masa penawaran pertama saham (IPO), mereka kata kita jual minyak pada Israel. Itu tidak betul.
"Mereka juga pernah dakwa Felda bankrap," kata Isa yang juga merupakan pengerusi badan pelaburan Felda, Felda Global Venture (FGV).
Jika beliau menang kerusi Jempol, Isa dijangka akan dilantik sebagai menteri memandangkan beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sewaktu memenangi kerusi yang sama pada pilihan raya tahun 2004.
Beliau terpaksa melepaskan jawatan itu pada tahun 2005.
Penyokong BN bu Anwar di Permatang Pauh
Calon
PKR Permatang Pauh Anwar Ibrahim hari ini disorak dan dibu setiap kali
namanya disebut oleh Pegawai Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
pada hari penamaan di Institut Kemahiran Belia Negara Berapit.Pengarah Pilihan Raya Yusni Ismail mengesahkan calon bertanding di Parlimen itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya - Seberang Jaya, Permatang Pasir and Penanti - kira-kira jam 11.30 pagi.
"Bu! Pungkok (punggung)," sebahagian penyokong BN yang bersemangat melaungkan perkataan itu berulang-ulang dan calon-calon lain Pakatan Rakyat ketika nama mereka disebut.
Anwar dan calon-calon Pakatan - Dr Afiff Bahardin (Seberang Jaya), Norlela Ariffin (Penanti) dan Salleh Man (Permatang Pasir) - menyerahkan borang mereka pada jam 9.20 pagi.
Anwar dicabar oleh bekas Pengarah Telekom Malaysia Mazlan Ismail dan Dr Abdullah Zawawi Shamsuddin dalam persaingan tiga penjuru.
Bendera, ejekan dan seluar dalam di Kuantan
Hari penamaan calon biasanya penuh warna-warni yang memperlihatkan pelbagai bendera, slogan dan gimik.Tetapi kali ini di Kuantan kali ini lain gayanya apabila sebahagian penyokong BN di Kuantan mengibarkan seluar dalam putih bersama bendera parti.
Babak itu berlaku pada jam 10.20 pagi di Dewan Wisma Sri Pahang di mana proses penamaan calon mengambil tempat dan ketika sebahagian penyokong BN mula beredar daripada tempat itu.
Ia kemudian menjadi bahan ejekan penyokong Pakatan Rakyat yang mengibarkan wang kertas RM50, secara tidak langsung menyarankan bahawa kumpulan itu "disewa" kerana tidak mampu menahan panas mentari pagi.
"Nak pergi dah sebab tak cukup duit ke?" tanya seorang penyokong Pakatan.
Soalan itu disambut dengan tampilnya beberapa penyokong BN menunjukkan seluar dalam lelaki berwarna putih yang disangkut di buluh, yang dilihat memperli Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang didakwa terlibat dalam skandal seks sebelum ini.
Selain itu, kelihatan juga seorang lelaki memakai seluar dalam di kepalanya.
Ansari tak tanding, tapi anak gadisnya
Persoalan
sama ada Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah akan membuat kejutan
dengan bertanding atas tiket bebas atau parti lain akhirnya terjawab
pagi tadi setelah beliau tidak menghantar borang pencalonan ketika
proses penamaan calon.
Sebaliknya, anaknya, Erveana Ansari yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) yang bertanding sebagai calon bebas bagi merebut jawatan ahli parlimen kawasan tersebut.
Isu pencalonan Ansari sebagai calon PKR di Tuaran menjadi hangat baru-baru ini setelah beliau diketepikan daripada menjadi calon.
Malahan, daripada tujuh nama yang dikemukan beliau, hanya seorang yang terpilih iaitu Jonathan Yassin yang akan bertanding di parlimen Ranau.
Pada pilihan raya 2004 dahulu, Ansari telah memperoleh 8,555 undi walaupun tewas kepada pencabar beliau ketika itu, Datuk Wilfred Madius Tangau.
Sokongan terhadap beliau semakin meningkat apabila berjaya mendapat sebanyak 11,023 undi pada 2008 tetapi tewas kepada Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang ketika itu merupakan calon BN.
Bagaimanapun, tindakan anak gadisnya itu bertanding dilihat oleh sesetengah pihak akan memecahkan undi PKR, kerana pengaruh Ansari.
Empat orang diumumkan sebagai calon bertanding bagi merebut parlimen Tuaran. Mereka ialah Datuk Wilfred Madius Tangau dari Barisan Nasional (Upko), Datuk Seri Panglima Mojilip Bumburing@Wilfred (PKR), Samin @ Jasmin Dulin (Star) dan Erveana (Bebas).
"Beliau calon bebas sementara saya dalam BN," kata bekas presiden MCA dalam sidang media hari ini.
Walaupun tidak diberikan madat mempertahankan kerusi, beliau berkata sedia berkempen untuk BN jika ada yang memintanya.
Bagaimanapun beliau percaya tiada yang akan melakukannya kerana tidak mahu dikaitkan dengan pihak yang tidak terpilih.
BN meletakkan Gary Lim sebagai calon MCA di Pandan berdepan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Lim, Ong tidak memberikan jawapan jelas. Diminta kepastian oleh pemberita, Ong menjawab akan mempertimbangkan.
Bagaimanapun beliau berkata, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek lebih sesuai untuk tugas itu kerana beliau melihatnya sebagai calon boleh menang.

Tee Keat: Dia Bebas, saya BN
Penyandang
kerusi Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, belau tidak
akan berkempen untuk bekas pembantunya Allan Tan yang bertanding kerusi
itu sebagai calon Bebas."Beliau calon bebas sementara saya dalam BN," kata bekas presiden MCA dalam sidang media hari ini.
Walaupun tidak diberikan madat mempertahankan kerusi, beliau berkata sedia berkempen untuk BN jika ada yang memintanya.
Bagaimanapun beliau percaya tiada yang akan melakukannya kerana tidak mahu dikaitkan dengan pihak yang tidak terpilih.
BN meletakkan Gary Lim sebagai calon MCA di Pandan berdepan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Lim, Ong tidak memberikan jawapan jelas. Diminta kepastian oleh pemberita, Ong menjawab akan mempertimbangkan.
Bagaimanapun beliau berkata, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek lebih sesuai untuk tugas itu kerana beliau melihatnya sebagai calon boleh menang.
Najib: Surat pecat ahli BN tanding bebas Isnin ini
Datuk
Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan
anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai
calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan
dikeluarkan pada Isnin.
Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.
"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.
"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di Pekan hari ini.
Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).
Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS manakala Mohd Shariff mencabar Shabudin Yahaya (BN) dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS).
Najib berkata bukan menjadi kesalahan kepada BN memecat anggota dan pemimpinnya yang belot kerana tindakan itu perlu dan penting bagi menjaga disiplin parti.
Beliau berkata jika disiplin BN tidak dijaga, ia boleh merosakkan parti berkenaan.
"Kalau ada satu dua yang terpaksa kita korbankan, lebih baik kita korbankan mereka daripada kita korbankan parti yang kita kasihi," katanya.
- Bernama

Anggota polis meninggal di pusat penamaan calon
Seorang
koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon
Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu
masuk pusat itu di Melaka hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin.
"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila
tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.
"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sewaktu berada dalam ambulans," katanya kepada pemberita di pusat penamaan itu.
Allahyarham antara 150 anggota polis dari seluruh Jasin yang bertugas pada hari penamaan calon bagi parlimen Jasin di pusat itu.
Beliau meninggalkan balu Norhayati Nordin, 48, dan dua anak lelaki iaitu Mohammad Saifuddin, 13, dan Muhammad Riduan, 16.

Mukhriz hadapi satu lawan satu di Ayer Hitam
Di
kala banyak tempat lain menyaksikan pertembungan lebih daripada dua
penjuru, berlainan pula jadinya di kerusi parlimen Jerlun dan dua DUN
dalamnya apabila kesemua kerusi berlakunya pertembungan satu lawan satu.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz bakal ditentang oleh bekas exco Kedah Abdul Ghani Ahmad dalam pertembungan dua penjuru di DUN Ayer Hitam dalam pilihan raya umum akan datang.
Manakala kerusi parlimen Jerlun pula, Yang Dipertua PAS Alor Setar Dr Ismail bakal ditentang oleh setiausaha Umno Kedah Datuk Othman Aziz.
Sementara satu lagi kerusi DUN - Kota Siputeh - penyandangnya Datuk Abu Hasan Sharif ditentang oleh Ismail Wan Teh. Kedua-duanya juga melibatkan perlawanan dua penjuru.
Ini bermakna tiga calon Umno bakal menentang tiga calon PAS bagi merebut kerusi tiga kerusi yang dipertandingkan.
Ditemui Malaysiakini selepas sah diumumkan menjadi calon, Othman berkata beliau dan dua lagi pemimpin bersyukur terpilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen dan DUN.
"Saya berharap penyokong BN akan terus bekerja selama 15 hati untuk memastikan keyakinan penyokong atas pagar menyokong BN. Saya yakin itu tidak menjadi masalah kepada BN," katanya.
Menurutnya lagi, dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong BN pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk menang di semua kerusi dalam kawasan itu.
Sementara itu, dalam amanatnya kepada penyokong Ismail Wan Teh meminta kerusi DUN Ayer Hitam dipertahankan, merampas kerusi Kota Siputeh dan memenangkan calon PAS Jerlun.
Selain itu, beliau memberi semangat kepada penyokong akan bekerja kuat dan tidak menoleh belakang untuk memastikan BN tumbang dalam pilihan raya umum.
"Saya berpesan kepada petugas PAS, kerajaan Kedah tidak akan menjadi baik kalau tampuk pemerintahannya ditukar," katanya sambil diiringi laungan takbir dan "Hidup Islam".
Sementara menunggu keputusan penamaan calon, penyokong BN dan Pakatan saling berbalas laungan sambil mengibarkan bendera masing-masing.
PAS melaungkan "Hidup Islam" dan "Ini Kalilah" yang kemudiannya BN membalas "Hidup Melayu, Hidup BN" dan bersorak.
Kemudian penyokong PAS melaungkan takbir, reformasi sambil mengibarkan bendera. Manakala kem BN pula melaungkan "Hidup Barisan", "BN menang Kedah senang" sambil menyanyikan lagi "Inilah Barisan Kita".
Kedua-dua kumpulan juga turut bersorak apabila calon masing-masing terpilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN dan Pakatan yang sah bertanding pada 5 Mei ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan