Posted on Thursday, April 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohd Yusof Hadhari
Ketika
ICT mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990an, tidak ramai
orang yang melihatnya sebagai satu senjata yang boleh merubah gerak
kerja penerangan ahli parti yang sebelum itu banyak bergantung kepada
ceramah dan media cetak sebagai bahan penerangan.
Kita
ketahui globalisasi sebenarnya cukup serasi dengan Islam. Islam itu
sendiri adalah agama sejagat dari segi sifat kesyumulan ajaranNya sama
ada dari aspek masa, tempat, bangsa dan setiap bidang kehidupan.
Pas
hari ini sudah melangkah jauh dalam survival politiknya dan kini Pas
merupakan Gerakan Islam yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru
sebagai satu “alat” memperkasakan kerja-kerja penerangan dan dakwah
dalam dunia moden sekarang ini.
Kesemua
parti politik sedar akan bilangan pengundi di bawah umur 40 tahun
menghampiri 48 peratus jumlah pengundi dalam pilihan raya ke 13 ini.
Jumlah ini mungkin akan meningkat kepada 52 peratus menjelang pilihan
raya.
Secara
umumnya boleh dirumuskan parti yang menguasai minda anak muda akan
menentukan parti mana yang akan menang dalam pilihan raya umum ke 13
ini. Hampir 70 peratus dari pengundi muda ini dipengaruhi oleh media
baru. Ini bermakna, media baru bakal menjadi faktor penting dalam
pilihan raya umum kali ini.
Oleh
itu jentera parti perlu perlu memberi perhatian khusus dalam menguasai
media baru , di samping ceramah dan media cetak sebagai bahan
penerangan. Disamping rancak kita berkempen dan sebarkan bahan-bahan
penerangan menggunakan media baru. Perlu di ingatkan tentang bahan dan
kebenaran fakta dan isu yang di sebarkan. Kita bimbang, ahli-ahli yang
ikhlas bekerja siang dan malam bagi memenangkan gerakan Islam ini,
terpedaya dengan mainan musuh dengan menyebarkan isu dan artikel-artikel
berbentuk fitnah dan di reka-reka pihak lawan.
Oleh
itu, saya sarankan supaya bahan-bahan penerangan di ambil dari sumber
yang di ketahui ianya benar dan sahih. Selain Harakahdaily, kita
mempunya page facebook pemuda pas Malaysia yang mengumpulkan perbagai
isu dan artikel-artikel kempen yang di tapis sebelum di paparkan di
media baru. Saya menyeru kepada semua untuk pergi ke laman facebook DPP
Malaysia [Official] dan menjadi antara individu yang sentiasa
menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan facebook masing-masing, supaya
penyebaran maklumat yang tepat dan benar dapat di buat dengan lebih
meluas.
Disebabkan
5 mei sudah amat hampir, maka kita sebagai petugas dan pendokong PAS
untuk menegakkan Islam di negara kita harus melipat gandakan usaha
mengenengahkan ICT dan Media Baru sebagai alat dan media penerangan yang
berkesan dalam perang siber yang berlaku dalam dunia maya sekarang ini.
Di sediakan oleh :
Mohd Yusof Hadhari
Exco Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia
Mat Taib: PR boleh jadi kerajaan lebih baik
24 April 2013
Sehubungan itu kata beliau, PR boleh menjadi kerajaan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat telah memberi mandat sejak negara merdeka.
"... saya nak sokong Pas untuk sama-sama bantu, PKR dan DAP tubuhkan kerajaan di Putarajaya menggantikan Umno-BN.
"Biar PR pula ambil alih kerajaan di Malaysia kerana saya tahu mereka boleh lakukan yang lebih baik daripada Umno yang memerintah hampir setengah abad tapi masih ada masalah kemiskinan," kata beliau.
Beliau yang turut dikenali sebagai Mat Taib berkata demikian ketika berceramah membantu Datuk Husam Musa di Persint 9, Putrajaya malam tadi.
Husam, Naib Presiden Pas, mencabar penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Muhammad juga berkata, Putrajaya di bawah pimpinan Husam akan mendapat manfaat luas jika menawan kerusi itu.
Menurutnya, Husam mempunyai kriteria yang cukup untuk menjadi pemimpin yang berpandukan prinsip Islam sekali gus membawa perubahan kepada rakyat menjadi lebih baik berbanding BN.
Beliau juga berkata, kemunculan pemimpin Pas yang cerdik dan pandai dalam pelbagai bidang akan membantu negara maju selaras dengan prinsip Islam.
"Saya pernah jumpa dia (Husam) sebelum ini, dia kacak, badan boleh tahan tinggi pada saya, dia sangat bijak, warak, tegas... tuan-tuan pilihlah beliau menjadi ahli Parlimen Putrajaya.
"Pas sekarang sudah mempunyai ramai ahli cerdik pandai, Pas boleh buat lebih baik, biar Pas perintah negara," katanya.
Kesal ceramah Ustaz Azhar batal
25 April 2013
Difahamkan, pembatalan program tersebut gara-gara campur tangan pihak tertentu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial facebook 'Kami peminat Ustaz Azhar Idrus', program tersebut dipindahkan lokasinya ke padang awam Taman
Mahkota Jengka apabila ada ‘tangan ghaib‘ sedaya upaya menghalang penganjurannya.
Seorang belia, Haikal Izrall Mohammad, 27, berkata, dakwaan ‘tangan ghaib’ dimaksudkan itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan parti politik yang mendakwa Ustaz Azhar Idrus mahu menyampaikan ceramah politik walaupun sudah mendapat jaminan Pejabat Agama Islam Daerah Maran.
Menurutnya, umum sedia maklum bahawa ceramah disampaikan penceramah terkenal itu tiada kaitan dengan politik.
“Sudah lama kami di sini menunggu kehadiran Ustaz Azhar Idrus untuk menyampaikan ceramah agama tetapi lain pula jadinya.
"Sebelum ini kami hanya melihat Ustaz Azhar Idrus di 'you tube' dan melalui CD yang dibeli di pasar malam. Inilah peluang untuk kami bersua muka.
“Di kawasan lain orang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendengar ceramah yang disampaikan Ustaz Azhar," katanya.
Sinar Harian difahamkan program ceramah itu dipindahkan ke Masjid Bandar Tun Abdul Razak Jengka pada saat akhir setelah padang awam Teman Jengka Mahkota ditakungi air akibat hujan lebat.
Sementara itu, calon Bebas Dun Luit, Khairul Nizam Abdul Majid turut menyatakan kekesalan terhadap insiden tersebut.
Muhyiddin: Tolak calon 'tumpang semangkuk' di Gelang Patah
Menteri
Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman dipilih menjadi calon bagi kerusi
Parlimen Gelang Patah kerana rekod cemerlang beliau sebagai menteri
besar selain keupayaannya dalam memastikan pembangunan, pelaksanaan dan
kejayaan projek Iskandar Malaysia di negeri ini, khususnya di Gelang
Patah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu menolak calon luar yang cuba 'tumpang semangkuk' hasil kejayaan yang dikecapi daripada pembangunan berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap di majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Raya, Taman Universiti, Skudai malam ini.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Abd Ghani dan Pengerusi BN Gelang Patah Datuk Aziz Sapian.
Timbalan perdana menteri berkata Gelang Patah merupakan kawasan Parlimen yang memiliki wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, iaitu lokasi paling membangun di negara ketika ini.
Muhyiddin berkata sejarahnya bermula ketika beliau masih menjadi Menteri Besar Johor, iaitu kerajaan mengenal pasti potensi kawasan berkenaan untuk dibangunkan dalam keadaan penduduk yang tidak begitu ramai ketika itu.
"Proses ambil alih memang mendapat tentangan dan rasa tidak puas hati. Biasalah, waktu mana kerajaan mempunyai benda nak dirancang, ia perlu dilakukan.
"Tetapi rakyat tak faham visi dan matlamatnya, namun lama-kelamaan, terutama apabila Abd Ghani dilantik menjadi Menteri Besar, dan didokong oleh (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi dan (Datuk Seri) Najib (Tun Abdul Razak), kawasan hijau kini jadi projek pembangunan pesat, yang menjadi paksi pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata ramai penduduk setempat berjumpa dengannya ketika menghadiri majlis di Gelang Patah beberapa tahun lepas dan mengucapkan terima kasih kerana kawasan mereka kini pesat membangun, yang menyaksikan harga tanah juga meningkat sehingga RM1 juta seekar.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua MCA Gelang Patah Jason Teoh kerana memberi laluan kepada Abd Ghani untuk bertanding di kawasan berkenaan.
Katanya, rakyat perlu membuat keputusan yang tepat dan tidak perlu mengubah kemakmuran serta keamanan yang dikecapi kerana PRU13 adalah penentu bagi halatuju Malaysia untuk lima tahun akan datang, selaras matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.
- Bernama

Hadi: PAS tak paksa DAP terima hukum Hudud
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa
DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan
hukum hudud.
Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit dekat Setiu malam tadi, Abdul Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris ayat Al-Quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam agama'.
"Dalam perkara yang bersama, kita bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah PAS melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang.
"Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan," katanya.
Abdul Hadi berkata masyarakat bukan Islam kini mula buka mata dengan menerima pucuk pimpinan utama negara dengan syarat pentingnya ialah beragama Islam.
Katanya parti itu mensasarkan kemenangan terlebih dahulu bersama sekutunya PKR dan DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan kemudian barulah akan melaksanakan aspirasi PAS secara berperingkat.
"Kita nak menangkan dulu pakatan rakyat ini, biar rakyat pilih kita dulu. Nak tunaikan amanah buku jingga negara berkebajikan yang sama dengan PAS.
"Jangan bimbang kalau pakatan rakyat menang, perdana menteri (tetap) orang Islam. Kalau orang takut saya jadi PM tak apa, saya (turun) ke laut pun tak apa. Saya (boleh) jadi wakil rakyat pantau PM sama ada dia buat betul ke tidak," kata Abdul Hadi.

Bilik gerakan Umno Sg Besar pula ditutup
Muhammad Faizal, | 25 Apr 2013 |
SUNGAI BESAR:
Bilik gerakan Umno cawangan Simpang 5 di sini ditutup sejak semalam
dipercayai akibat pergeseran yang berlaku di antara sesama ahli.
Tinjauan Harakahdaily mendapati pintu bilik gerakan tersebut direntang dengan tali keselamatan, sementara di pintunya terdapat sekeping notis.
Notis tersebut bertulis "Bilik gerakan ini ditutup dan dibuka semula pada 5 Mei".
Presiden Kelab Bekas Ahli Umno (Kebab), Mohd Maskom Ramli (gambar) yang ditemui berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku pergeseran dalam seteruk ini di kalangan Umno di sini.
Beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku kerana ada ahli Umno datang bertemu beliau serta meminta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib datang berceramah di Parlimen Sungai Besar.
"Pertemuan mereka dengan saya diketahui ahli-ahli lain sehingga menyebabkan timbul tidak puas hati dan hilang kepercayaan.
"Pergeseran ini bertambah teruk menyebabkan mereka terpaksa menutup bilik gerakan," jelas beliau.
Tambahnya lagi, Kebab akan menarik seberapa ramai ahli-ahli Umno untuk menyertai PAS dan sebagai bekas ahli beliau akan memberi penerangan yang betul mengenai perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat agar mereka sedar untuk membuat perubahan.
"Sebagai bekas ahli kita mengetahui kepincangan di dalam Umno dan saya menerima mereka datang bertanya serta berbual dengan saya.
"Mungkin penerangan yang kita berikan tepat menyebabkan mereka menyokong kita, itu yang menimbulkan ahli-ahli Umno tidak berpuas hati sehingga menyebabkan pergolakkan ini timbul," sambung beliau.
Katanya lagi, ada di antara mereka telah memberi sumbangan secara senyap bagi memastikan kempen jentera PAS berjalan dengan lancar.
Muhammad dijangkakan hadir memberi ceramah di sini pada 3 Mei nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan