Anwar: 'Kami tambah yakin ke Putrajaya'
29 April 2013
Bahkan menurut Anwar, keyakinan sama turut dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada beliau.
"Dulu tahun 2008, mereka kata PKR dikatakan berpecah, kalau menang pun mungkin di Permatang Pauh. Itu pun 50-50. Makin dekat pilihan raya, 60-40," ujar Anwar.
"Tapi saudara, Insya-ALLAH, kali ini kita tawan Putrajaya. Kita yakin.
"Tok guru beritahu saya, kali ini betul doh kita tawan Putrajaya," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Keramat Wangsa di sini, malam tadi diringi tepukan ribuan yang hadir.
Walaupun hujan renyai, para hadirin tidak berganjak menantikan ketibaan Anwar.
Anwar yang tiba kira-kira jam 11.40 malam menyampaikan ucapan kira-kira 20 minit kepada penduduk di sini.
Sambil melahirkan harapan agar pengundi Parlimen Setiawangsa mengundi calon PKR untuk berkhidmat di kawasan ini, Anwar mahu rakyat berfikir sejenak dan membuat keputusan bijak.
"Calon di Setiawangsa ini bantu saya secara sukarela daripada tahun 2007.
"Dia memang tak petah berkata-kata tapi dia kerja," ujar Anwar.
Calon PR bagi kerusi Parlimen Setiawangsa ialah Ibrahim Yaacub. Beliau merupakan anak kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Menurut Anwar, beliau yakin Ibrahim boleh memberi khidmat terbaik di kawasan itu.
Anwar dalam ucapannya turut menyentuh hasil siri jelajahnya di Sabah dan Sarawak.
"Sabah dan Sarawak akan cipta sejarah pada pilihan raya kali ini," ujar Anwar yakin.
Zaid Ibrahim terima jadi penasihat PR di Johor
Posted on Monday, April 29 @ 07:30:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Roketkini
SANDAKAN: Calon Pakatan Rakyat Gelang Patah, Lim Kit Siang mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana menerima jemputan untuk menjadi penasihat kepada Pakatan Rakyat dalam pertarungan di Johor untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) mentadbir di Putrajaya selepas PRU-13, 5 Mei ini.
“Saya juga berterima kasih kepada Zaid kerana berceramah menyokong pencalonan saya di Gelang Patah ketika berceramah di Taman Nusantara, Gelang Patah, malam tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kit Siang juga meminta Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kempen BN di seluruh negara supaya bertindak bersih, adil dan jujur, tidak dicemari oleh politik wang.
“Saya bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat menyampaikan mesej ini kepada Najib supaya PRU-13 ini berjalan secara paling bersih, bebas dan adil, dan bukannya yang paling kotor, tidak bebas dan tidak adil dalam sejarah 56 tahun negara.
“Selepas menunggu empat tahun, rakyat Malaysia menaruhkan satu harapan baru tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban kepada pemerintahan politik baru melaksanakan perubahan secara aman dan demokratik,” katanya.
Menurutnya, atas sebab itu beliau dan Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub sanggup meninggalkan kerusi agak selamat di Ipoh Timur, Perak dan Kubang Kerian, Kelantan bersama Jen (B ) Tan Sri Hashim Yahya (PKR), kembali ke Johor untuk mencetuskan tsunami politik bermula dari selatan sampai ke utara dan menyeberangi Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak bagi melengkapkan tsunami politik pada PRU 2008.
Katanya, pemimpin DAP dan PR bertindak berani untuk mencapai impian walaupun Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menuduh sebagai tidak masuk akal apabiola sanggup meninggalkan kerusi selamat Ipoh Timor ke Gelang Patah, sebagai kubu kuat BN yang memenangi dengan hampir 9,000 undi majoriti pada 2008 dan 31,666 undi pada 2004.
Selain itu, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak pernah menuduh bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “perkauman” kerana percaya dia bukan seorang “perkauman” seperti pemimpin UMNO lain.
Katanya, atas sebab itu juga Abdul Ghani dipelawa bersama beliau pada persaingan di Gelang Patah dan Johor secara bersih, adil dan sopan dan visi tanpa sentimen agama, kaum dan mengamalkan politik wang
Pengerusi Barisan Nasional Johor yang juga calon BN di Gelang Patah itu dilaporkan menyatakan kekecewaan beliau apabila mendakwa dituduh bermain isu perkauman.
“Saya tidak tahu di mana Abdul Ghani mendapat maklumat itu dan turut hairan kerana saya tidak pernah kata Abdul Ghani adalah rasis. Saya juga tidak percaya Abdul Ghani rasis.
“Calon BN Gelang Patah adalah seorang lelaki Melayu klasik yang dihormati kerana pandangannya yang sederhana dan rasional. Saya tidak mempunyai masalah untuk memberi kredit kepadanya yang membawa pembangunan dan kemajuan kepada Johor dalam tempoh 18 tahun sebagai Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kit Siang berkata, Abdul Ghani tidak seperti dua pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin kerana Abdul Ghani seorang pemimpin politik yang sederhana dan rasional dan terbuka.
Sumber: roketkini.com
Silap tu Husam....
Posted on Monday, April 29 @ 08:11:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
"Dr Mahathir suruh Husam balik Kelantan dan Husam balas balik suruh Mahathir balik Kedah.
Salah tu... Husam, sepatutnya demo suruh Tun bungkus cepat beg pakaian. Lari ke India atau Argentina atau Zimbabwe.
Jika negara tidak terima beliau, suruh Tun cuba mula kehidupan baru di Pulau Solo.Warga di sana masih ingat jasa Mahathir bagi IC kepada mereka. "
BERASAP! Norman Kru diserang Faizal Tahir dan Ahmad Idham
Posted on Monday, April 29 @ 08:14:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: DUKUNPASIR
"
Sebagai Islam , kita diingatkan ....rezeki itu dari Allah dan kita cuma boleh berusaha sambil memohon pada Allah diberikan rezeki......bukan pada manusia,bukan pada pokok juga bukan pada INDUSTRI.....cuma pada Allah!
Norman
Kru memang penulis kagum dengan pencapaian beliau dalam industri
hiburan dan perniagaan.....memang Norman antara usahawan yang penulis
sanjung.........TAPI .......itu tidak bermakna penulis bersetuju dengan
KENYATAAN BELIAU INI.....
Jangan
menidakkan kemampuan dan rezeki dari Allah.....Adakah bukti kerajaan
PAS di Kedah dan Kelantan TIDAK BENARKAN ARTIS KESANA?? Tidak benarkan
artis buat pertunjukan disana....Yang bukti benar dan nyata ialah PIHAK
DISANA yang tidak benarkan artis buat persembahan dinegeri tersebut
sebab POLITIK sempit pihak disana.....
Itu
satu fakta...Fakta kedua, nak buat persembahan di Kelantan dan Kedah
perlu JAGA IMEJ ISLAM......adakah salah saranan untuk mengajak orang
menutup aurat ini?? Kita hendak kembali dan mendidik orang ke arah islam
atau ke arah barat??
Lihat
contoh di Iran ......apakah industri hiburan mereka mati bila dasar
dasar islam digunakan?? Oklah malas nak cerita panjang...kita panjangkan
isu ni dengan pemberi pendapat tentang isu ini.....
Khairy hanya tumpu kempen di DUN Paroi
Posted on Monday, April 29 @ 08:09:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Posted on Monday, April 29 @ 08:09:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Nampakya
KJ hanya menumpukan kempen di DUN Paroi. Adakah dia begitu yakin akan
mendapat undi yang begitu banyak dari penyokong tegar Umno di
kampung-kampung terutamanya di DUN Chembong, Kota dan Rantau?
Sumber jadual KJ di http://p131-rembau.blogspot.com
Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke N.Sembilan 30 Apr 2013
Posted on Monday, April 29 @ 08:08:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Posted on Monday, April 29 @ 08:08:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Tarikh : 30 April 2013 (Selasa)
JADUAL JELAJAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT
3.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi : Pekan Tanjong Ipoh, Seri Menanti
4.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Simpang Pertang
6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi: Dataran Niaga, Palong 8, Gemas
7.15 mlm – Masjid Nurul Huda Jelai 3
8.00 mlm – Jamuan Bersama Rakyat ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Felda Jelai 3, Gemas
9.30 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Rembau, Chembong
11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat ; Lokasi: Betaria Business Centre, Jln Dato’ Siamang Gagap, Seremban
Sumber http://anwaribrahimblog.com
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan