Posted on Saturday, April 20 @ 19:20:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Bernama
Calon-calon kerusi Parlimen Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan antara lapan kerusi panas yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13. — Gambar oleh Boo Su-LynKUALA LUMPUR, 20 April — Kerusi Parlimen Gelang Patah (Johor), Putrajaya (Wilayah Persekutuan), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan Permatang Pauh (Pulau Pinang) adalah antara kerusi panas daripada 222 kawasan Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pertembungan di Cameron Highlands (Pahang), Segamat (Johor), Arau (Perlis) dan Shah Alam (Selangor) yang juga termasuk dalam kelompok kerusi panas menjadi tumpuan masyarakat dan pemerhati politik kerana ditandingi beberapa veteran politik selain membabitkan pertandingan lebih daripada tiga penjuru.
Kerusi Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 106,864 pengundi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Kerusi itu disandang Tan Ah Eng daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 8,851 undi.
Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian dalam temu bualnya bersama TV3 hari ini berkata kedua-dua tokoh politik gergasi itu mempunyai kelebihan masing-masing di mana Abdul Ghani dilihat lebih dominan di Johor berbanding Kit Siang yang popular di peringkat kebangsaan.
“Saya melihat pemilihan Abdul Ghani adalah tepat dan tidak harus dilihat mewakili satu kaum. Beliau juga diterima seluruh masyarakat setelah menumpahkan khidmat sepanjang menjadi calon BN berbanding Kit Siang yang kerap bertukar lokasi,” katanya.
Selain Gelang Patah, saingan tiga penjuru juga disaksikan di Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penyandang kerusi itu dicabar Dr Mazlan Ismail (BN) dan Dr Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai akan ditentang Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan calon Bebas Rusli Baba.
Pada pilihan raya 2008, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi manakala anaknya Nurul Izzah memperoleh majoriti 2,895 undi.
Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel juga akan mengharungi persaingan sengit di Parlimen Cameron Highlands apabila ditentang calon DAP M. Manogaran dan tiga calon Bebas.
Kerusi itu dimenangi BN menerusi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K.Devamany dengan majoriti 3,117 undi pada PRU12.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama dua penggal sejak 2004 akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Pada 2008 beliau memperoleh majoriti 2,734 undi.
Pertembungan buku dengan ruas antara calon rakan BN Datuk Zulkifli Nordin dan penyandang Khalid Abdul Samad di Parlimen Shah Alam juga bakal menghangatkan PRU13.
Selain itu pertembungan dua rakan baik iaitu Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan bekas menteri kesihatan yang juga Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Ming di Parlimen Segamat.
Khalid menang dengan majoriti 9,314 undi manakala Subramaniam memperoleh majoriti 2,991 undi.
Turut mencuri perhatian ialah pertandingan tiga penjuru antara bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Zainudin Yom (Bebas) di Parlimen Arau.
Kerusi Arau dimenangi Datuk Ismail Kasim, yang juga adik Shahidan daripada BN, menewaskan Haron dengan majoriti 300 undi pada 2008.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 15 hari dengan 5 Mei adalah tarikh pengundian manakala tarikh pengundian awal, ditetapkan pada 30 April ini. — Bernama
Umno pecat bekas Exco Fadzil Hanafi serta merta kerana tanding bebas di Alor Mengkudu
Posted on Saturday, April 20 @ 20:43:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Bernama
Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi (baju merah), yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.
"Kami
berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila
bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama
daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Beliau
berkata BN Kedah dan Dun Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan
berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi Dun Alor
Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan
oleh pengundi.
Sementara
itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin
yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi Dun
Alor Mengkudu.
"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.
Sebelum
ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal
selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco
kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004. - Bernama
Kalau ini berlaku pada Anwar Ibrahim???
Posted on Saturday, April 20 @ 20:01:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh FS
Kalau ini berlaku pada Dato Seri Anwar Ibrahim di penamaan calon. Agaknya apa yang akan ditulis pencacai UMNO @ BN? Mesti akan kata Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT). Tapi sekarang juara LBGT pula melakukannnya untuk menunjukkan kaum India sayang dia!
Mana pencacai umno yang selalu menyiarkan gambar ini??
Mana ulasan kamu??

Disisi Najib, Menjadi Ibrahim Ali Dan Zul Nordin Lebih Dihargai Berbanding Kamilia
Posted on Saturday, April 20 @ 20:59:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Shahbudin
Diantara semua calon Bebas yang mengemukakan kertas pencalonan hari ini, Kamilia Ibrahim yang paling menonjol kerana kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau yang sebelum ini melahirkan kekecewaan kerana tidak dipilih sebagai calon dan menyifatkan ianya sebagai penghinaan kepada Wanita UMNO, akhirnya memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar sebagai jalan keluar kepada sengsara yang ditanggungnya.
Sebaik mengesahkan bertanding, Kamilia bukan saja mengumumkan beliau keluar daripada UMNO dan melepaskan semua jawatannya, tetapi tentunya menjadikan jiwanya bertambah tenang selepas ini.
Jika beliau terus kekal di dalam UMNO, batinnya pasti lebih menderita lagi.
Keberanian beliau menunjukkan taringnya yang selama ini disembunyikan dengan bertanding Bebas, sekurang-kurangnya haruslah diberi pujian, lebih-lebih lagi di ketika yang sama UMNO dan BN memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada orang yang lain yang pernah menghina, menentang dan mempersenda UMNO.
Sebelum ini, Zulkifli Nordin yang melompat daripada PKR, diberi penghormatan oleh Najib bertanding atas tiket BN di Shah Alam kerana beliau dianggap rakan mesra kepada BN. Pemilihan beliau, walaupun tidak berapa mengejutkan melihat kepada tindakannya yang kerap membodek dan mengampu Najib serta aktif menyerang Anwar Ibrahim sejak keluar PKR, turut juga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti protes dan tutup bilik gerakan di Shah Alam yang ditandinginya itu.
Tetapi oleh kerana Najib begitu menyanjung dan menghargainya, malah Muhyiddin pula menyifatkan Zul Nordin sebagai calon yang "winnable", segala protes itu dibiarkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja. Zul kekal bertakhta di hati Najib walaupun rekod lamanya menyerang dan mencerca UMNO begitu dahsyat sekali, termasuk tindakannya mengubahsuai lagu UMNO untuk mempersenda UMNO dan Mahathir.
Ramai ahli UMNO marah dan menganggap tindakan Zul Nordin mempersenda lagu UMNO itu perbuatan yang yang biadap dan kurang ajar, malangnya disisi Najib beliau tetap dianggap mulia. Berbanding dengan Kamilia yang mencurahkan khidmat dan pengorbanan sejak puluhan tahun lalu dengan penuh setia dan jujur bersama UMNO, beliau tidak dianggap mulia dihati Najib berbanding Zul Nordin.
Begitu juga dengan Ibrahim Ali yang bertanding Bebas di Pasir Mas. Semua orang tahu rekod dan kelakuannya selama ini. Beliau telah melompat beberapa kali dan tindakannya keluar masuk UMNO umpama pergi ke tandas saja. Ketika di luar UMNO pula, serangan dan hentamannya terhadap UMNO bukan kepalang lagi. Bukan saja UMNO, semua pemimpin UMNO juga diserang dan dicaci-makinya.
Ibrahim walaupun tidak dipilih bertanding menggunakan tiket BN tetapi tindakan calon BN Pasir Mas, Johan Che Pa yang tidak mengemukakan borang penamaan calon untuk memberi laluan kepada Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Pas, jelas membuktikan calon BN itu memang diarahkan berbuat demikian.
Sejak seminggu lalu bila Ibrahim tidak dinamakan sebagai calon BN, sudah bertebaran SMS dan khabar angin yang mengatakan akan berlaku wayang kulit di Pasir Mas pada hari penamaan calon nanti iaitu dengan sebab-sebab tertentu calon BN dikatakan akan hilang kelayakan bertanding dan akhirnya Ibrahim akan menjadi calon Bebas yang disokong oleh BN. Alasannya wayang kulit sedemikian terpaksa direka kerana kononnya Najib tidak mahu dilihat BN dikaitkan secara langsung dengan Ibrahim yang juga merupakan Presiden Perkasa demi menjaga hati pengundi Cina di seluruh negara.
Dengan terbukti wayang kulit itu menjadi kenyataan dan kekecewaan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN hanyalah sandiwara saja, sekali lagi disisi Najib, watak seperti Ibrahim ini lebih bernilai dan menyentuh hatinya berbanding kesetiaan Kamilia terhadap UMNO selama ini.
Walaupun UMNO Kelantan dilaporkan kecewa dengan tindakan Johan Che Pa itu tetapi jika tiada arahan daripada Najib, mustahil beliau berani berbuat demikian. Tidak syak lagi Najib memberi arahan kepada Johan supaya jangan menyerahkan borang pencalonan demi untuk memberi laluan karpet merah kepada Ibrahim Ali.
Di mata kasar, tindakan Kamilia bertanding Bebas tidak menguntungkan dirinya. Meskipun sudah mengumumkan keluar UMNO, beliau pasti akan dipecat sekali lagi, selain kehilangan ramai kawan-kawan dan jika ada kontrak atau perniagaan dengan kerajaan, ia juga mungkin terjejas.
Untuk menang sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar juga tampak sukar tetapi dengan rekod 2008 di mana BN hanya menang dengan 1400 undi, perjuangan calon BN di kawasan itu menjadi lebih sukar lagi. Dengan penyertaan Kamilia sebagai calon Bebas, BN hampir pasti akan kehilangan kerusi Kuala Kangsar itu pada kali ini.
Namun sisi yang lain, tindakannya Kamilia ini memberi mesej yang jelas kepada pengundi, bukan saja di Kuala Kangsar tetapi juga di seluruh Malaysia tentang hodohnya wajah UMNO dan tidak beretikanya Najib dalam mengemudi UMNO dan BN. Kesetiaan dan kepatuhan kepada pemimpin dan parti tidak akan mampu mengatasi kehebatan membodek, mengampu dan mencium tangan pemimpin. Mesej ini jika mudah difahami akan memberi kesan penolakan yang besar kepada BN dalam pilihanraya kali ini.
Kamilia mungkin pemimpin kerdil dan tidak ternama tetapi sejarah di Tunisia telah membuktikan bahawa punca utama yang merangsang kebangkitan rakyatnya sehingga kerajaan Ben Ali tumbang ialah bila seorang penjual buah-buahan yang terasa dianiaya oleh kerajaan telah membakar dirinya sebagai tanda protes. Kematian pemuda yang tidak dikenali itulah akhirnya yang menyebabkan rakyat bangkit dan menolak kerajaan Ben Ali.
Kamilia juga sedang membakar dirinya sekarang, dan marilah kita sebagai pengundi yang akan membuat penentuan pada 5 Mei ini, sama-sama bangun menyambut keberanian beliau itu. (SH 20/042013)

PAS, PKR bertembung di 8 kerusi
Posted on Saturday, April 20 @ 17:23:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Ubahsuai oleh FS
PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di lapan kerusi - dua Parlimen dan enam DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.
Kerusi Parlimen tersebut ialah Labuan dan Dungun manakala enam kerusi DUN itu ialah Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara (Selangor) serta empat lagi DUN di Terengganu - Kota Putera, Bukit Besi, Rantau Abang dan Seberang Takir.
Di Dungun PAS meletakkan Wan Hassan Mohd Ramli manakala AJK PKR telah bertanding sebagai calon bebas Mazlan Harun. Mereka melawan BN Rosli Mat Hassan.
Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad.
Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari Umno. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari Umno dengan majoriti yang besar.
Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain.
Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit.
Ibrahim, merupakan salah seorang rekrut baru PKR dengan latar belakang korporat, yang juga bertanding kerusi DUN Bongowan di bawah Parlimen Kimanis.
Di Pulau Pinang, PKR dan PAS akan bertembung di Sungai Acheh.
PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai ChuguBard manakala PAS meletakkan Mohd Yusni Mat Piah.
Kerusi itu disandang oleh Mahmud Zakaria dari Umno, yang menang pada 2008 dengan majoriti nipis 250 undi.
di Kota Putera, Adam Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) akan berdepan dengan Mohd Mahdi Musa (BN).
Di Bukit Besi pula, PAS dan PKR turut meletakkan calon masing-masing iaitu Roslan Islam (PAS) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR). Mereka akan berdepan dengan calon BN, Roslee Daud.
Kerusi Rantau Abang pula bertembung 3 iaitu Alias Harun (PAS), Mazlan Harun (Bebas - AJK PKR) dan Zaabar Mohd Adib (BN)
Kerusi Kota Damansara pula akan ditandingi enam calon, termasuk dari PAS dan PKR. Mereka ialah Ridzuan Ismail (PAS), Halimaton Saadiah Bohan (BN), Mohd Nasir Hashim (PKR-penyandang), Halmi Omar (Bebas), Edros Abdullah (Bebas) dan Suppiah a/l Anandan (Bebas).

Kecoh Kerusi Di Parlimen Perlis, Ini Jawapannya.
Posted on Saturday, April 20 @ 17:34:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Sinar Harian
BEBERAPA soalan Kepada Dr Juanda Jaya:
1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?
2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi?
3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku?
4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok?
1. Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat.
2. Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu.
Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain.
3. Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini.
4. Kejutan? Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka.
Dr Juanda Jaya,
Mufti Perlis

Jenice Lee tanding atas tiket bebas, sedia dipecat DAP
Posted on Saturday, April 20 @ 17:15:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Bernama
KUALA LUMPUR, 20 April — Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Teratai Jenice Lee akan mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket Bebas berikutan pengguguran namanya daripada senarai calon DAP pada pilihan raya umum ke-13.
Justeru, Lee berkata beliau sedia dipecat daripada DAP. “Niat saya cuma mahu memenuhi hasrat penduduk Teratai untuk terus berkhidmat kepada mereka. Wang deposit pencalonan saya hasil kutipan derma jawatankuasa penduduk di sekitar kawasan Teratai,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya hari ini.
Lee tidak menolak kemungkinan beliau digugurkan daripada senarai calon DAP berikutan dakwaan penyelewengan oleh pemimpin DAP terhadapnya.
“Saya bertanding kerana mahu membuktikan saya tidak bersalah dan tidak pernah melakukan sebarang penyelewengan sepanjang saya menjadi anggota DAP. Pada 15 Mac lepas.”
Jawatankuasa Disiplin DAP memanggil Lee bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang.
Anggota Jawatankuasa Displin parti Tan Kok Wai dilaporkan berkata Suan Ba didakwa menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM32,000 bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras pada 2011. — Bernama
Sungai Achec PAS lawan PKR lawan BN
Posted on Saturday, April 20 @ 17:08:02 MYT

Oleh: mohdnoorawang
"
DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, salah satu DUN yang cukup pakatan rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13.
Tahun 2008 barisan nasional hanya menang dengan majoriti tipis. Namun dalam pilihnaraya umum ke-13 mega mendung berarak di langit Dun Sungai Acheh.
PAS dari pakatan rakyat meletakan calunnya, PKR dari pakatan rakyat meletakan calunnya di DUN Sungai Acheh melawan calun BN/UMNO.
Sehingga kini tiada sesiapa pun dari pakatn rakyat menarik diri dari pencalunannya. Jika tempuh seminggu dari hari mengundi 5/5/2013 jika tidak salah seorang dari pakatan rakyat menarik diri dari bertanding, berlakulah tiga penjuru.
Dari segi sokongan memang hebat dari pengundi di DUN Sungai Aceh, peluang pakatn rakyat cukup cerah. Tetapi apabila dua watak dari paktan rakyat bertanding menentang calun BN, JELAS DUN SUNGAI ACHEC MENJADI MILIK BN/UMNO SELEPAS 5/5/2013 JAM 12 MALAM .
Kami berharap pemimpin pakatan rakyat PAS dan PKR mencari jalan damai sebelum diwartakan oleh SPR. Masih ada masa dan waktu salah seorang calun dari PAS atau PKR menerik diri dari bertanding.
Kita mengharap ada pakatan yang baik, kalautidak pakatan rakyat terlepas kerusi kepada BN/UMN.
Janji pakatn rakyat untuk tidak bertemu dan berlawan di DUN atau parlimen yang sama. Mana janji mereka ?.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan