Isnin, 22 April 2013

SAPE YANG KENA HUMBAN KEDALAM NERAKA TENTU LAH IBLIS DAN PENGIKUTNYA

Anak Bulan

Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir, 21 Apr 2013
ANAK BULAN...Adik Nik Ahmad Fauzan Aziem, 1 tahun 5 bulan menjadi perhatian apabila kanak-kanak berkenaan memakai baju Melayu hijau berlambangkan bulan purnama pada penamaan calon P.020 semalam.

Anak bongsu dari enam adik beradik merupakan cucu ke 23 kepada Pencadang Calon PAS N.06 Chempaka, Nik Abdullah Raja Ahmad.

Fauzan yang lahir dalam keluarga besar itu juga merupakan anak saudara kepada Penyokong Calon PAS N.06 Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah.

Baju berkenaan yang dijahit sendiri ibunya sebagai simbolik menuntut hak demi untuk kecemerlangan generasi di masa hadapan.

Kanak-kanak  yang dijangka bakal menjadi pemimpin di zamannya itu merupakan anak kepada pasangan suami isteri Nik Asmawi, 38 dan Salmi Othman, 33.
Tempoh 24 jam untuk calon Bebas DAP berundur
 
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu tidak akan bertolak ansur dengan tindakan anggota yang melanggar disiplin dengan bertanding sebagai calon Bebas apabila tidak dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Oleh yang demikian, beliau memberi tempoh 24 jham kepada calonnya yang bertanding Bebas – Jenice Lee (DUN Teratai) dan Sim Tong Him (Parlimen Kota Melaka dan) – 24 jam untuk memohon maaf dan berundur dari pertandingan.

Jika tidak, kedua-dua calon berkenaan akan dipecat daripada parti, katanya.

"Ini ada satu perbuatan melanggar disiplin yang serius. Ianya tidak boleh diterima, tidak boleh dimaafkan dan melampau,” katanya dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Selain itu, tindakan juga akan dikenakan ke atas para penyokong kedua-dua calon berkenaan.

 KANTOI lagi nak fitnah Ustaz Azhar
Posted on Monday, April 22 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: dukunpasir

"

Sebelum penulis  tunjukkan bukti FITNAH YANG KANTOI ke atas Ustaz Azhar Idrus ini, penulis nak kongsikan satu tips kepada semua BAKAL BAKAL PENGUNDI kedua dua belah pihak.....


Jika kita terbaca satu Status atau artikel melalui Facebook atau Twitter......kita perlu baca semua komen yang diberi kerana ada kalanya PEMBERI KOMEN ITU DAPAT MEMBERIKAN KITA MAKLUMAT yang tepat tentang apa yang dilaporkan.

Jika kita terus membaca SAJA status @ artikel mereka, takut kita TERMAKAN FITNAH . JANGAN MALAS MEMBACA dan mencari fakta atau sumber yang tepat,nanti penulis tunjukkan buktinya.

Macam yang penulis sebut sebelum ini, jika ada pihak yang tidak SEHALUAN dan menentang mereka, mereka akan MEREKA FITNAH ...tak kira walau anda SEORANG USTAZ yang dikenali sekalipun.

LIHAT FITNAH yang dibuat keatas Ustaz Azhar dalam bentuk sindir dan perli......




Ini pula komen komen yang diberi.....sekali imbas kita NAMPAK SEOLAH OLAH  USTAZ AZHAR  MEMILIKI KERETA FERRARI YANG MEMBUKTIKAN KEMEWAHAN BELIAU.


Tapi jika dicari dan diselidik satu persatu ANDA AKAN TEMUI apa yang penulis katakan KANTOI TADI........
INI PENJELASAN yang diberi untuk MEMATIKAN FITNAH yang dibuat!



BAYANGKAN APA JADI KALAU TIADA SIAPA NAK MENCARI FAKTA DALAM fitnah?? 



 Hamzah & `Umar Dalam Parti Gerakan Islam
Posted on Monday, April 22 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: al-bahanj

"
Budaya samseng ala Abu Jahal sentiasa mengacau perjuangan kebenaran yang diperjuangkan oleh hamba-hamba ALLAH yang komited untuk memperjuangkan Islam.  Dengan akhlaq yang buruk, tidak tahu malu dan keras hati, mereka menggangu dengan penuh zalim.  Memang menyakitkan hati!


Sebab itulah kehadiran Hamzah dan `Umar radhiAllahu `anhuma dalam fasa awal dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam benar-benar membantu memperlahankan kesamsengan puak-puak asabiyyah 1Quraisy ketika itu, seterusnya menguatkan semangat perjuangan Islam.
Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditarik baju dan diludah oleh `Utaybah bin Abu Lahab, tetapi ludahan itu tidak mengena muka mulia Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Pernah juga Baginda dipijak lehernya ketika sedang sujud oleh `Uqbah bin Abi Mu`ayyat.  Abu Jahal pernah mengangkat seketul batu yang besar untuk dihempap ke atas Baginda ketika sedang sujud.  Tetapi dia tidak meneruskan niatnya kerana ketakutan apabila terlihat seekor unta jantan yang sangat garang menghalangnya.  Abu Jahal juga pernah memukul Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dengan seketul batu hingga berdarah kepala Baginda.  Pernah juga Baginda dikepung dan dicekik oleh sekumpulan lelaki, namun diselamatkan oleh Abu Bakar as-Siddiq.  Samseng betul mereka kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan pejuang-pejuang Islam yang lain ketika itu.
Dalam keadaan yang genting di mana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam selalu diancam akan keselamatan nyawanya, pada ketika itulah ALLAH Ta`ala telah mentaqdirkan 2 orang yang gagah perkasa serta digeruni oleh seluruh kaum Quraisy memeluk Islam.  Hamzah bin `Abd al-Muttalib radhiAllahu ‘anhu telah memeluk Islam pada bulan Zulhijjah tahun ke-6 kenabian.  Manakala `Umar al-Khattab radhiAllahu `anhu telah memeluk Islam 3 hari selepas Hamzah radhiAllahu `anhu memeluk Islam. 
Gagah dan berani untuk Islam!
 
Dengan keIslaman 2 individu ini, maka Islam telah dikuatkan.  Ummat Islam semakin berani untuk beribadah secara terang-terangan dan malah ada yang beribadah di sisi Ka`bah.  Mereka tidak takut lagi untuk berkumpul dan duduk berhalaqah di sekitar Ka`bah dan bertawaf mengelilinginya.  KeIslaman 2 individu ini memberikan keuntungan yang besar kepada perjuangan dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
Setelah Hamzah bin `Abd al-Mutallib dan `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhuma memeluk Islam, pembesar-pembesar Makkah mula mengambil pendekatan diplomasi dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Tidak berani lagi hendak bertindak sewenang-wenangnya kepada Rasulullah dan orang-orang Islam yang lain.
Mengambil ibrah dari kisah tersebut, parti gerakan Islam mesti disertai lelaki-lelaki seperti Hamzah dan `Umar yang gagah badannya, berani jiwanya, tahan lasak dan garang.  Sifat-sifat itu ada manfaatnya untuk perjuangan Islam.  Dan akan dibalasi dengan hasanah jika betul niat dan caranya.
Kehadiran lelaki-lelaki perkasa dan berani sebegini bukanlah untuk mereka berlaku zalim kepada orang lain, tetapi sebagai tenaga kekuatan kepada perjuangan Islam.  Kesamsengan puak-puak yang menentang perjuangan Islam bisa diredupkan oleh keperkasaan lelaki-lelaki gagah dalam parti atau gerakan Islam.  Merekalah Hamzah dan `Umar zaman ini.
Moga-moga ramai lelaki-lelaki ala Hamzah dan `Umar radhiAllahu `anhuma yang besar tubuhnya, kuat tenaganya, berani sifatnya, samseng rupanya, ringan tangannya dan seumpamanya masuk ke dalam perjuangan Islam.  Mengimbas situasi Hamzah dan `Umar, walaupun mereka masuk dalam perjuangan Islam, panas baran mereka masih kekal ada, garang mereka tetap ada.  Tetapi dalam baran-baran itu, hati mereka semakin lembut akibat taqwa yang sedikit demi sedikit menyubur di hati mereka.  Mereka mulai rasional.  Mulai sabar.  Mulai taqwa.
Itulah yang kita harapkan terjadi sama kepada lelaki-lelaki perkasa, berani, tahan lasak, samseng dan kuat yang masuk dalam perjuangan Islam.  Kekuatan mereka digunakan untuk Islam kerana ALLAH.  Memanfaatkan kekuatan, kebaranan dan kegarangan itu untuk Islam.  Mengendurkan kesamsengan pihak yang menentang perjuangan Islam.
Di lapangan mereka mujahid.  Di tempat sujud mereka `abid.
ALLAHU AKBAR!

*SUMBER:  http://muzir.wordpress.com/2013/04/21/hamzah-umar-dalam-parti-gerakan-islam/


 Terowong PAS di Kampung Hujung Bandar, SIK
Posted on Monday, April 22 @ 00:24:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh ALBA



Kreativiti penduduk Kampung Hujung Bandar (KAHUBA) di SIK menghasilkan terowong dengan menggunakan bendera PAS.



Paparan lebih jelas



Sebagai rakyat kita berhak humbankan Pakatan Rakyat

Posted on Sunday, April 21 @ 23:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"Semalam, 20hb April 2013; Hari Penamaan Calon bagi pilihan raya umum ke-13 dan secara resminya gendang perang PRU-13 bermula. Sejumlah 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi rebutan dua gabungan parti politik terbesar tanah air; Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional selain beberapa parti kecil dan Calon Bebas(Pecahan jumlah kerusi parlimen dan DUN)



kuasa rakyat
Selama 56 tahun Malaya, kemudiannya Malaysia ditakbir-urus oleh Umno Perikatan dan kemudiannya Umno BN telah membawa pelbagai perubahan yang sukar dinafikan. Membaca tulisan Kerajaan Rakyat, pembaca harus fahami; "perubahan" bukan bermaksud "kemajuan" dan perubahan juga tidak tidak sama sekali sama ertinya dengan "Tranformasi" yang diuar-uarkan oleh Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

Dalam kontek tadbir-urus sesebuah negara, perubahan Nusa dan Rakyat tadbirannya harus diukir dalam dua aspek induk; Perubahan Insaniah dan Perubahan Lahiriah. Kededua perubahan tersebut pula harus sejajar dengan tuntutan masa dan seimbang dengan aliran dana perolehan nusa.

Dalam bahasa mudah, perubahan lahiriah dari bermotorsikal ke berkereta, tidak bermakna itu sebagai kemajuan mutlak andai ianya tidak seiring dengan perubahan sifat insani mithali. Perubahan mutlak seharusnya sejajar antara material dan akhlak. Perubahan material hasil peningkatan perolehan dana nusa seharusnya seiring, malah wajib mengangkat bersamanya karamah insaniah.



Selama 56 tahun Malaysia di bawah tadbir-urus Umno BN telah berjaya membawa perubahan material, malangnya perubahan yang dibawa adalah 'Perubahan Tempang' kerna ia tidak seimbang dalam banyak perkara utama.

Perolehan dana nusa bertambah, malangnya perolehan rakyat marhean tidak seiring. Benar, ada rakyat yang semakin kaya, tetapi lebih ramai rakyat yang kekal, malah semakin miskin. Hal ini terjadi kerna perubahan lahiriah telah gagal disulam sama dengan perubahan insaniah oleh pentadbir negara. Lantaran ramainya pemimpin yang tiada harga diri, unsur insani mithali, hambar, justeru dana negara disendiri-punyakan dan hak rakyat marhean dimilik-kronikan.

Tanpa menafikan sumbangan yang tidak seberapa pimpinan negara di bawah kerajaan Umno BN, rakyat seharusnya bijak menggunakan peluang memilih kerajaan baru agar 'Perubahan Tempang' oleh kerajaan Umno BN dapat dilurus-telus-uruskan.

Lima tahun selepas pilihan raya umum ke-12 telah membuktikan betapa kelantangan pemimpin Pakatan Rakyat menegur kesilapan dan ketempangan kerajaan Umno BN telah memberi faedah dan manfaat yang bukan sedikit kepada rakyat marhean. Lima tahun selepas pilihan raya umum ke-12 juga telah membuktikan ketelusan serta kebijaksanaan tadbir-urus kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang juga telah berjaya membawa Perubahan Insaniah dan Perubahan Lahiriah yang jauh lebih seimbang dibandingkan 56 tahun Malaysia secara keseluruhannya di bawah pentadbiran Umno BN.

Demi berlaku adil kepada diri kita sendiri sebagai rakyat marhean, amatlah wajar dalam pilihan raya umum ke-13 ini kita buat pertama kalinya memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati ketelusan dalam pentadbiran negara bagi mengangkat karamah insaniah yang dimanifestokan oleh Pakatan Rakyat. Ini Kali Lah, berilah undian kita kepada Pakatan Rakyat.

Seandainya selepas peluang diberikan, mereka gagal, sebagai rakyat kita berhak humbankan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-14.

Negara kita, hak kita. Undi kita, kuasa kita.
Kerajaan Rakyat
 http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/04/pru-sebagai-rakyat-kita-berhak.html

Tiada ulasan: