Surat buat pengundi awal daripada Presiden PAS
Abdul Hadi Awang, | 29 Apr 2013 |
Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian,
Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013.
Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila.
Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua.
Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini.
Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini.
Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan.
Sekian terima kasih.
Wassalam.
“PAKATAN HARAPAN RAKYAT”
“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Kenapa 5 pegawai Najib dapat jadi calon?
Salmiyah Harun, | 29 Apr 2013 |
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib memberi laluan kepada lima pegawai di pejabatnya itu supaya mereka membawa haluan masing-masing selepas ini.
"Saya percaya tindakan ini adalah kerana Najib tidak yakin dia akan jadi Perdana Menteri selepas PRU, sama ada BN kalah atau BN tidak mendapat 2/3 majoriti," katanya kepada Harakahdaily.
Mahfuz membayangkan Najib mengambil langkah awal ini kerana kelima-lima pegawainya mungkin tidak ada tempat dipejabatnya selepas ini.
"Aku pilih kamu jadi calon, untung nasib kamulah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kamu pandai-pandailah bawa diri, aku tidak mampu jadi PM," ujar Mahfuz sinis.
Dalam PRU kali ini, Najib mencalonkan empat setiausaha politiknya iaitu Datuk Mohd Fatmi Salleh di parlimen Kota Baru, Datuk Shahlan Ismail (Pokok Sena), Datuk Mohd Suffian Awang (Kuantan) dan Datuk Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju), manakala seorang lagi Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Latt Shahriman yang bertanding di kerusi Dun Kubang Rotan, Kedah.
Mohd Fatmi yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru bertanding untuk kali kedua setelah kalah pada 2008.
Manakala, Mohd Shafie, Shahlan, Mohd Suffian dan Latt Shahriman membuat percubaan yang pertama.
Dalam pada itu, pencalonan kesemua mereka juga didakwa turut menimbulkan kekecohan dalam umno.
Ini kerana kerusi-kerusi tersebut secara tradisinya untuk pemimpin Umno tempatan tetapi mereka terpaksa beralah untuk calon pilihan Najib tersebut.
Lebih 36,000 pengundi ragu bakal banjiri Selangor
Selangorku, | 29 Apr 2013 |
SHAH ALAM:
Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk
membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara
besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu
ini.
Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.
PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.
Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.
“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.
“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.
“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.
Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.
Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.
Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.
“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.
Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.
SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.
“Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini,” tegas Jaafar.
JOHOR BAHRU: Walaupun berkali-kali Lim Kit Siang
menegaskan beliau tidak ada di Lembah Kelang ketika tercetusnya
peristiwa 13 Mei, namun Umno tetap menyebarkan fitnah menuduh beliau
menjadi perancang tragedi berdarah tahun 1969 itu.
Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah fitnah berhubung tragedi berdarah itu disebar termasuk di pasar malam di Taman Universiti, Skudai dengan mengaitkan penasihat DAP itu.
Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang dilaporkan turut diedar di kampung-kampung Melayu.
Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di Skudai memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Lim bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.
Dakwaan itu bertentangan dengan penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.
ARAU:
Pimpinan tertinggi PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama di dalam
Pakatan Rakyat adalah berteraskan kepada dasar bersama atau manifesto
Pakatan Rakyat yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan
perjuangan Adil Untuk Semua mengikut Perlembagaan Malaysia oleh DAP.
Perkara ini dipertegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang dalam kenyataan bersamanya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, perbezaan PAS dengan DAP hanyalah setakat lima peratus berbanding dengan 95 peratus lagi persetujuan untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.
"Untuk itu, manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau menolak hak mana-mana bangsa, agama atau jantina.
"Marilah kita bersatu melawan kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam negara yang berlarutan lebih 50 tahun. Kami merayu rakyat Malaysia sokonglah Pakatan Rakyat pada 5 Mei 2013.
"Tengok bulan pangkah bulan, tengok mata pangkah mata, tengok roket pangkah roket, Selamatkan Malaysia," kata kenyataan itu.
Kenyataan ini diedarkan kepada wakil media pada program kenduri rakyat di Dun Guar Sanji hari ini yang dihadiri oleh Abdul Hadi.
Program yang diadakan di Markas Pemuda Arau itu turut dihadiri oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta calon-calon Pakatan Rakyat parlimen Arau.
KOTA BHARU: Mungkinkah Umno sudah benar-benar
terdesak apabila ada ketua-ketua jabatan dikatakan mengarah pengundi pos
dalam kalangan kakitangannya membuang undi di hadapannya.
Beberapa pengundi pos dalam aduan kepada Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Dewan Pemuda PAS Kelantan mendakwa mereka dipaksa berbuat demikian.
Pengerusi LUHAM, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya pengundi pos memangkah kertas undi di hadapan ketua jabatan.
“Malah ada juga pengadu memberitahu ketua jabatan mereka mengarahkan kertas undi pos tersebut diserahkan kepada boss untuk dipungut.
“Tindakan dan arahan yang dikeluarkan ketua jabatan tersebut adalah tidak sah dan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini.
Esok merupakan proses pengundian awal bagi pengundi pos yang akan dijalankan di seluruh negara.
Menurut Abd Rashid juga pengundi pos yang membuat aduan tersebut datang daripada beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri di Kelantan.
“Saya dengan ini menegaskan tindakan tersebut menyebabkan undi tidak lagi menjadi rahsia. Ia juga menyekat kebebasan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan terhadap warganegara Malaysia mengundi sesiapa sahaja calon disukai,” ujarnya.
Oleh beliau mengingatkan semua ketua jabatan tidak berbuat demikian kerana LUHAM sedang mengumpulkan bukti untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu terbabit.
Menurutnya ia juga bagi menjamin ketelusan dan hak warganegara sebagai pengundi.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia difahamkan memasuki beberapa kem di sini bagi mempengaruhi pengundi pos.
Satu sumber memberitahu hari ini perjumpaan dengan anggota-anggota tentera diadakan di Kem Desa Pahlawan dalam kawasan parlimen Ketereh.
Calon PAS Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, tidak sepatutnya pegawai kanan tentera menggunakan kuasa yang pada mereka ada bagi mempengaruhi anggota tentera.
Seorang anggota tentera pula yang enggan namanya didedahkan berkata, tidak sepatutnya pegawai kanan tentera mempengaruhi anggota bawahannya mengundi mana-mana parti kerana ia hak mereka.
Manakala di Pengkalan Chepa isteri calon BN juga difahamkan dibenar memasuki kawasan kem bagi mengadakan perjumpaan dengan isteri-isteri anggota tentera.
Menurutnya pada perjumpaan itu baru-baru ini isteri calon dikatakan cuba mempengaruhi isteri anggota tentera supaya menyokong BN.
Surat terbuka ini saya tujukan khas kepada semua kaki tangan yang
terlibat secara langsung mengurus dan mengendalikan proses pilihan raya
ke-13 (PRU13). Setelah mengikuti berita-berita dan kenyataan-kenyataan
daripada pemimpin Barisan Nasional (BN), Keadilan (PKR) dan
pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR), deria ke enam
saya mengatakan wujudnya ketidak telusan yang nyata. Saya tidak
berhasrat untuk menyenaraikan segala kepincangan, ketidaktelusan,
usaha-usaha penipuan dan cobaan untuk menegakkan benang basah oleh pihak
SPR sendiri untuk mengjustifikasikan segala tindakan mereka.
SPR perlu faham. Anda memegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Apabila masyarakat memperkatakan kepincangan anda, bermakna memang ada kepincangan yang serius bagaimana cara anda menguruskan PRU13.
Kepada semua kakitangan SPR, ingatlah, maruah dan integriti kita adalah apabila orang ramai mengiktiraf dan memuji kita. Jawatan yang kita pegang adalah sementara. Akan tiba juga saat untuk kita bersara. Jangan sampai masyarakat mengeji anda dan anak cucu sebagai bekas kakitangan SPR yang khianat. Kejujuran kita dalam menjunjung amanah akan menentukan keberkatan hidup. Ingat, kita orang Islam. Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala tanggungjawab dan tindakan kita.
Jika kita Jujur dan Amanah, Allah SWT akan limpahkan keberkatan dan rahmat bukan sahaja di dunia, malah pada hari pengadilan di Yaumil Mahsyar. Allah akan lindungi orang-orang yang beriman daripada ancaman api Neraka dan Insya-Allah kita akan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Dalam saki baki masa yang ada, berazamlah untuk memperbetulkan segala kepincangan. Selamatkan saki baki integriti SPR yang masih ada. Allah akan bersama kita. Cegahlah segala penipuan yang cuba dilakukan oleh pemimpin yang korup dan khianat. Ingat, mereka mendapat dunia yang sementara walaupun Akhirat yang yang abadi penuh penderitaan untuk mereka. Jika anda bersekongkol, berbaloikah? Di dunia, hasil kekayaan daripada korupsi tidak akan dikongsi dengan anda, malah diakhirat anda akan terlepas daripada segala rahmat yang dijanjikan.
Bantulah aspirasi masyarakat untuk melakukan perubahan dengan cara bersikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai kakitangan SPR. Laporkan segala kepincangan yang berlaku. Jika anda diambil tindakan kerana bersikap jujur, banyak NGO yang bersedia untuk membela anda.
Jika perubahan gagal dilakukan disebabkan oleh penipuan oleh SPR, bermakna bencana untuk Negara. Setiap dari anda akan dikutuk zaman berzaman dan ia tidak habis begitu sahaja. Di Akhirat, dihari pengadilan, tiada apa yang boleh melindungi anda daripada dakwaan dan tuntutan oleh jutaan rakyat yang terananya. Penipuan, walaupun sebesar zarah akan diberikan pengadilan yang saksama. Oleh itu fikirkan dan tolonglah!!! Bersikap amanahlah untuk kali ini.
Sekian, semoga saya tidak perlu menuntut dan mendakwa anda dihadapan Allah kelak.!!!
Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.
PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.
Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.
“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.
“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.
“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.
Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.
Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.
Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.
“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.
Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.
SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.
“Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini,” tegas Jaafar.
Saya tiada di KL semasa tragedi 13 Mei - Kit Siang
Abdul Aziz Mustafa, | 29 Apr 2013 |
Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah fitnah berhubung tragedi berdarah itu disebar termasuk di pasar malam di Taman Universiti, Skudai dengan mengaitkan penasihat DAP itu.
Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang dilaporkan turut diedar di kampung-kampung Melayu.
Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di Skudai memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Lim bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.
Dakwaan itu bertentangan dengan penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.
Kerjasama berteraskan dasar bersama, beza hanya 5 %
Bashir Ishak, | 29 Apr 2013 |
Perkara ini dipertegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang dalam kenyataan bersamanya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, perbezaan PAS dengan DAP hanyalah setakat lima peratus berbanding dengan 95 peratus lagi persetujuan untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.
"Untuk itu, manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau menolak hak mana-mana bangsa, agama atau jantina.
"Marilah kita bersatu melawan kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam negara yang berlarutan lebih 50 tahun. Kami merayu rakyat Malaysia sokonglah Pakatan Rakyat pada 5 Mei 2013.
"Tengok bulan pangkah bulan, tengok mata pangkah mata, tengok roket pangkah roket, Selamatkan Malaysia," kata kenyataan itu.
Kenyataan ini diedarkan kepada wakil media pada program kenduri rakyat di Dun Guar Sanji hari ini yang dihadiri oleh Abdul Hadi.
Program yang diadakan di Markas Pemuda Arau itu turut dihadiri oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta calon-calon Pakatan Rakyat parlimen Arau.
Pengundi pos diarah mengundi di hadapan boss?
Aslani M, | 29 Apr 2013 |
Beberapa pengundi pos dalam aduan kepada Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Dewan Pemuda PAS Kelantan mendakwa mereka dipaksa berbuat demikian.
Pengerusi LUHAM, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya pengundi pos memangkah kertas undi di hadapan ketua jabatan.
“Malah ada juga pengadu memberitahu ketua jabatan mereka mengarahkan kertas undi pos tersebut diserahkan kepada boss untuk dipungut.
“Tindakan dan arahan yang dikeluarkan ketua jabatan tersebut adalah tidak sah dan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini.
Esok merupakan proses pengundian awal bagi pengundi pos yang akan dijalankan di seluruh negara.
Menurut Abd Rashid juga pengundi pos yang membuat aduan tersebut datang daripada beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri di Kelantan.
“Saya dengan ini menegaskan tindakan tersebut menyebabkan undi tidak lagi menjadi rahsia. Ia juga menyekat kebebasan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan terhadap warganegara Malaysia mengundi sesiapa sahaja calon disukai,” ujarnya.
Oleh beliau mengingatkan semua ketua jabatan tidak berbuat demikian kerana LUHAM sedang mengumpulkan bukti untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu terbabit.
Menurutnya ia juga bagi menjamin ketelusan dan hak warganegara sebagai pengundi.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia difahamkan memasuki beberapa kem di sini bagi mempengaruhi pengundi pos.
Satu sumber memberitahu hari ini perjumpaan dengan anggota-anggota tentera diadakan di Kem Desa Pahlawan dalam kawasan parlimen Ketereh.
Calon PAS Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, tidak sepatutnya pegawai kanan tentera menggunakan kuasa yang pada mereka ada bagi mempengaruhi anggota tentera.
Seorang anggota tentera pula yang enggan namanya didedahkan berkata, tidak sepatutnya pegawai kanan tentera mempengaruhi anggota bawahannya mengundi mana-mana parti kerana ia hak mereka.
Manakala di Pengkalan Chepa isteri calon BN juga difahamkan dibenar memasuki kawasan kem bagi mengadakan perjumpaan dengan isteri-isteri anggota tentera.
Menurutnya pada perjumpaan itu baru-baru ini isteri calon dikatakan cuba mempengaruhi isteri anggota tentera supaya menyokong BN.
Pesanan Untuk Kakitangan SPR
Mohd Nizam Badaruddin, |
SPR perlu faham. Anda memegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Apabila masyarakat memperkatakan kepincangan anda, bermakna memang ada kepincangan yang serius bagaimana cara anda menguruskan PRU13.
Kepada semua kakitangan SPR, ingatlah, maruah dan integriti kita adalah apabila orang ramai mengiktiraf dan memuji kita. Jawatan yang kita pegang adalah sementara. Akan tiba juga saat untuk kita bersara. Jangan sampai masyarakat mengeji anda dan anak cucu sebagai bekas kakitangan SPR yang khianat. Kejujuran kita dalam menjunjung amanah akan menentukan keberkatan hidup. Ingat, kita orang Islam. Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala tanggungjawab dan tindakan kita.
Jika kita Jujur dan Amanah, Allah SWT akan limpahkan keberkatan dan rahmat bukan sahaja di dunia, malah pada hari pengadilan di Yaumil Mahsyar. Allah akan lindungi orang-orang yang beriman daripada ancaman api Neraka dan Insya-Allah kita akan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Dalam saki baki masa yang ada, berazamlah untuk memperbetulkan segala kepincangan. Selamatkan saki baki integriti SPR yang masih ada. Allah akan bersama kita. Cegahlah segala penipuan yang cuba dilakukan oleh pemimpin yang korup dan khianat. Ingat, mereka mendapat dunia yang sementara walaupun Akhirat yang yang abadi penuh penderitaan untuk mereka. Jika anda bersekongkol, berbaloikah? Di dunia, hasil kekayaan daripada korupsi tidak akan dikongsi dengan anda, malah diakhirat anda akan terlepas daripada segala rahmat yang dijanjikan.
Bantulah aspirasi masyarakat untuk melakukan perubahan dengan cara bersikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai kakitangan SPR. Laporkan segala kepincangan yang berlaku. Jika anda diambil tindakan kerana bersikap jujur, banyak NGO yang bersedia untuk membela anda.
Jika perubahan gagal dilakukan disebabkan oleh penipuan oleh SPR, bermakna bencana untuk Negara. Setiap dari anda akan dikutuk zaman berzaman dan ia tidak habis begitu sahaja. Di Akhirat, dihari pengadilan, tiada apa yang boleh melindungi anda daripada dakwaan dan tuntutan oleh jutaan rakyat yang terananya. Penipuan, walaupun sebesar zarah akan diberikan pengadilan yang saksama. Oleh itu fikirkan dan tolonglah!!! Bersikap amanahlah untuk kali ini.
Sekian, semoga saya tidak perlu menuntut dan mendakwa anda dihadapan Allah kelak.!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan