Isnin, 29 April 2013

KITA TUNGGU KEPUTUSAN DARI ALLAH....KITA TUNGGU AJE

Dakwat Kekal Pilihan Raya: Tatacara, Simulasi & Fatwa
Posted on Sunday, April 28 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: al-bahanj

"Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, in shaa’ ALLAH dakwat kekal akan digunakan sebagai kaedah untuk mengelakkan penipuan di dalam pilihan raya, iaitu penipuan dari sudut pengundian lebih dari sekali.  Ia salah satu tuntutan BERSIH yang dipenuhi dan diterima baik oleh SPR. Tahniah BERSIH dan SPR.

Kaedah ini adalah baru bagi saya dan menimbulkan beberapa persoalan kepada saya. Jadi, catitan ringkas ini adalah pencerahan kepada saya sendiri. Saya harap ia juga bermanfaat buat tuan/puan yang sudi singgah dan baca.

TATACARA

Proses pengundian akan dilakukan seperti biasa seperti PRU dan PRK yang pernah dijalankan sebelum ini. Cuma yang berbeza dari segi proses pengundian ialah akan ada tambahan calitan dakwat kekal kepada jari pengundi/pemilih.

Jari pengundi akan diperiksa terlebih dahulu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dibenarkan untuk mengundi. Jika tiada sebarang tanda calitan dakwat, pengundi tersebut seterusnya akan ditandakan dengan dakwat kekal dan dibenarkan untuk mengundi. Dakwat kekal adalah sebagai bukti bahawa pengundi tersebut telah melakukan pengundian dan tidak dibenarkan lagi untuk mengundi.

Di poster terbitan SPR ada disenaraikan tatacara bagaimana calitan akan dilakukan, iaitu:

  • Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi; atau
  • Dakwat kekal dicalitkan pada mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri; atau
  • Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri; atau
  • Dakwat kekal dicalitkan pada mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan; atau
  • Dakwat kekal dicalitkan pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

Elakkan dari jari yang berdakwat menyentuh kertas undi!

SIMULASI

Sila tonton video simulasi proses pengundian menggunakan dakwat kekal - klik sini

FATWA

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa telah diadakan bagi membincangkan isu penggunaan dakwat kekal dan berikut adalah fatwa tersebut:

fatwa edible ink

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

Keterangan/Hujah:
  1. Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .
  2. Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.
  3. Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.
  4. Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.
  5. Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.
  6. Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.
  7. Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah :

    تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح

    Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-indelible-ink-dalam-pilihanraya-malaysia

Jadi, berdasarkan perkongsian mengenai tatacara, simulasi dan fatwa mengenai dakwat kekal seperti di atas, moga-moga tuan/puan yang bakal mengundi tidak berasa ragu-ragu untuk melakukan kewajiban yang besar tersebut. Jangan terpengaruh dengan momokan sesetengah pihak yang bertujuan menghalang tuan/puan untuk turun mengundi. Laksanakan hak dan tanggungjawab tuan/puan sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah.

Sebarang pertanyaan mengenai isu ini bolehlah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya di 03-8885 6565.

Selamat mengundi.

Bismillahi tawakkalna `ala ALLAH.

- muzir.wordpress.com


*Sumber: muzir.wordpress.com"


 PRU13: Surah 5 Ayat 55.. dan 5hb. 5... Di manakah kita?
Posted on Sunday, April 28 @ 14:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: adi_jagat

"

Alhamdulillah sepanjang tempoh berkempen yang berlalu setakat ini boleh dikatakan keseluruhannya berjalan dengan baik walaupun terdapat insiden2 kecil di sana sini.


 Kita sangat berharap dihari-hari mendatang ini semuanya berada dalam kawalan dan penuh etika. Semangat cintakan keamanan perlu ada pada kita  kerana menang kalah itu bukan ketentuan kita tapi ketentuan ALLAH. Yang Kalah tak semestinya kalah semua dan begitu juga sebaliknya. Sebagai renungan kita hayati sama-sama Surah al-Maidah ini, InsyaAllah.

Tak kiralah dipihak mana kita, asal apa yang kita lakukan dengan rasa takut dan takwa pada Allah dan sentiasa mencari keredhaan Allah, dan kita juga mesti patuh dan akur dengan ketentuanNya.
wallahu a'lam

 BENARKAH Pelakon Azhar Sulaiman takut disambar petir terpaksa kata.....
Posted on Monday, April 29 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: DUKUNPASIR

"

Penulis pun sebenarnya malas nak ambil tahu tentang pelakon Azhar Sulaiman yang kita pun dah tahu dia dipihak mana. Tapi apa bila terbaca KEKECOHAN dan KEGEMPARAN beliau dan rakan rakan blogger BAHAWA FB NYA DIHACK penulis ingin berkongsi FAKTA tentang kebenaran akaun FB anda boleh dihack....

Hack ini lebih kurang CEROBOH atau diambil alih oleh orang lain tanpa kebenaran.... Ok dah faham... kita teruskan.



BETULKAH FACEBOOK MILIK AZHAR SULAIMAN INI DIHACK?? Ini yang penulis nak jelaskan....memang penulis bukan seorang hackers ...tapi penulis berkecimpung lagi berkecamuk dalam bidang komputer dan internet ni lebih 20 tahun.....Inshaa Allah penulis cuba kongsikan apa yang penulis tahu dan faham.

Macam mana boleh dihack?? Ada 2 cara saja yang boleh digunakan untuk hack FB atau lain lain akaun media sosial...iaitu

1) Memberi email dan password pada orang lain....

2) TIPU MUSLIHAT Si hackers akibat kedanggalan ilmu kita sendiri.

Akaun FB ini ibarat seperti rumah kita. Kita memegang kunci rumah dan MEMANG SILAP KITA jika memberikan kunci pada orang lain...tapi penulis tak rasa Azhar berikan kuncinya pada orang lain.....

Cara kedua ialah melalui tipu muslihat seorang hackers...TETAPI, NAK JALANKAN TIPU MUSLIHAT INI MEMERLUKAN PEMILIK SEBENAR AKAUN TERSEBUT ...atau pemilik rumah tersebut ,Maksudnya TANPA KERJASAMA DARI PEMILIK SANGAT MUSTAHIL akaun FB anda DIHACK.

Apa itu tipu muslihat?? Kita diperdaya untuk klik satu link yang dihantar...link yang dihantar ini pula biasanya menarik minat kita seperti GAMBAR LUCAH, SKANDAL PANAS, DUIT MUDAH...... ini semua link yang digunakan untuk memperdaya kita... bila kita klik dan IKUTI ARAHAN MEREKA seperti memasukkan ID dan password Facebook , MAKA BARULAH MEREKA DAPAT HACK FB ANDA.....

Isunya disini..... DENGAN bantuan anda sendiri FB BARU BOLEH DIHACK dengan mudah.Contoh mudah, anda nak curi sebiji kereta mewah BMW...mustahil anda boleh pergi ke kereta tersebut,pecahkan cermin dan bawa lari...tak kan kereta tu tak ada ALARM yang akan berbunyi ianya telah diceroboh...Sama jugalah dengan FB, FB akan minta kita no telefon untuk kawalan keselamatan jika berlaku sebarang pencerobohan dan fungsinya kan sama macam alarm tadi...

Jika anda hendak juga curi kereta itu anda mesti JUMPA PEMILIK KERETA TERSEBUT....UGUT DAN CEDERAKAN ATAU gunakan tipumuslihat untuk memperdaya pemilik kereta tersebut...Faham dah kan.

Ada juga berpendapat boleh dihack melalai email yang digunakan di Facebook.....TAPI MACAM MANA PULA JIKA KITA HIDEKAN EMAIL KITA DIFACEBOOK....boleh ke mereka tahu email kita gunakan??

Senang cerita...facebook dihack disebabkan SALAH KITA SENDIRI...

Itulah saja teknik yang boleh digunakan kerana Facebook MEMANG ADA KAWALAN KESELAMATAN MEREKA SENDIRI YANG DIPERTINGKATKAN DARI MASA KE SEMASA.....dan jika anda rajin rujuk,memang ada laman web yang membolehkan kita hack akaun orang...tetapi......ITU SEMUA TRICK untuk membuat duit ...anda tak percaya anda cuba link ini

KLIK SINI

Secara logiknya......

Kenapa dituduh Pakatan Rakyat yang punya angkara...jika PR nak hack lebih baik HACK FACEBOOK DS Najib atau Anwar Ibrahim dibandingkan dengan kedudukan Azhar Sulaiman , betul??

Tak kan lah semudah itu Facebook boleh dihack ? Jika ia mudah dihack MAKA RAMAILAH ORANG MERUNGUT tentang kelemahan sistem keselamatan FB, tak kan Mark Gombek nak rugii...dia bisnes mestilah dia nak jada periuk nasi Facebook dia ni... Fikirlah bro....

Jika ada soalan bertanya, KALAU TIDAK KENA HACK, macam mana akaun Azhar Sulaiman ini tidak dijumpai seperti gambar diatas tadi?? Jawapannya mudah saja....

ANDA DEAKTIVATE AKAUN macam gambar dibawah....



Jangan terkandas dengan kelemahan sendiri MAKA ORANG LAIN DISALAHKAN.....tidak semua pengguna FB di negara kita ni TIDAK CERDIK DAN MUDAH TERPEDAYA.....ATAU MUNGKINKAH AZHAR SULAIMAN TAKUT DISAMBAR PETIR seperti dalam posting beraninya sebelum ini??



KLIK TERKINI - UNTUK KENYATAAN BERANI BELIAU"


 Ha, memang agak dah! Muhyidin Nujum Pak Belalang pecah tembelang!
Posted on Sunday, April 28 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,

Kejadian bom markas BN akhirnya terjawab, sah kerja BN.Ini diakui sendiri oelh Muhyidin ketika berkempen di Arau.Katanya pembangkang mahu cetuskan huru hara kerana bimbang sokongan rakyat kepada BN sudah meningkat.Ramalan Nujum Pak Belalang yang tidak boleh ditunjukkan oleh air P.Ramlee.Taktik lama yang mudah dibaca.Muhyidin berkata lagi ada risalah yang pihak sana akan melakukan huru hara di hari mengundi, mungkin merujuk kepada seruan rakyat agar memantau dan menghalang pengundi hantu di hari mengundi.Muhyidin ingat rakyat semuanya bodoh dan mudah dilembukan seperti Nujum Pak Belalang yang terjumpa lembu yang dicuri kerana sakit perut.


Sungguh malang bagi Muhyidin yang langsung tidak menyebut kejadian bom di rumah anak calon PKR yang menyebabkan keretanya terbakar.Muhyidin ingat rakyat tidak tahu keganasan terhadap PR sudah lama berlaku sehingga ada yang cedera lebih parah dari petugas BN di markas yang dibom.
Muhyidin mereka skrip kejadian bom itu sebagai tidakan pembangkang yang tidak waras tetapi sepanjang kempen, yang kelihatan yang tidak waras ialah BN. Rakyat memberi amaran supaya jangan menipu, tetapi BN meningkatkan penipuannya semakin hampir dengan 505.Rakyat meminta ruangan yang sama rata di media kepada pembangkang tetapi BN hanya memberi ruangan itu kepada kempen BN sahaja.Sambil itu satu demi satu pembongkaran pengundi hantu dari kalangan warga asing terdedah.Apakah Muhyidin mahu rakyat mendiamkan diri dengan dakwaan kononnya pembangkang mahu melakukan huru hara di hari mengundi tanpa sebab, Muhyidin mahu rakyat terima sahaja tindakan pengkianatan BN itu.
Muhyidin tahu rakyat tidak akan berdiam diri dan rakyat menyeru anggota polis  yang ada senjata di tangan agar menyebelahi rakyat kali ini, polis tidak lagi menjadi pengiring pengundi hantu seperti tahun 2004 dan 2008 di Terengganu, sebaliknya menolong rakyat menghalang pengundi hantu.Ini adalah penting untuk keamanan dan untuk mengelakkan rakyat turun memprotes di jalanraya kerana pengkianatan BN.Cukup polis menyebelahi rakyat, saya percaya BN tidak akan mampu melakukan apa apa.
Biarlah Muhyidin mahu menjadi nujum Pak Belalang tetapi polis tidak pula menjadikan ramalannya satu kenyataan.Ayuhlah wahai anggota polis, masa untuk membela rakyat dan menghapuskan pengkianat sebenar.Jadikan peristiwa Lahad  Datu sebagai peringatan agar negara tidak lagi  terdedah oleh pencerobohan.
Untuk anggota polis semua "ANDA MAMPU MENGUBAHNYA" 

 Ceramah USTAZ Azhar Idrus Membuatkan Calun BN ..Tak dapat Tidur Lena
Posted on Sunday, April 28 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: abuluqman

"

Puluhan Ribu yang hadir di Ceramah UAI di Putrajaya... Ini yang menyebabkan .Tok Nan Tetekan..dan mungin UAI di beri amaran keras oleh..Pihak tertentu..





Nukilan Abu Luqman ..Ada lagi Berita dan gambar menarik..KLIK SINI 

Tiada ulasan: