Isnin, 29 April 2013

ADA JUGA KURANG AKAL ATAU NAMPAKKAN DIRI KURANG CERDIK

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah" - Dr Mahathir

29 April 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA PILAH - "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat. - Bernama
Pejabat PAS Semporna didakwa diserang
 
Suatu kekecohan didakwa berlaku di perkarangan pejabat PAS Semporna apabila sekumpulan lelaki dikatakan menyerang dengan membawa objek seperti kayu besbol, topi keledar, gergaji, besi dan tukul.

Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian serangan itu.

MNONEenurutnya, serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau.

Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti.

Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan.

Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat.
NONE"Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan.

Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu.

Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka.

Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna.

Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima.

"Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya.

NONEFirdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian.

"Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus.

Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh.

BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu
Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini.

Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak.

"Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya.
Jabatan cukai Australia buru adik Taib Mahmud
5:57PM Apr 29 2013  
Adik kepada ketua menteri Sarawak, Datuk Onn Mahmud dilaporkan sedang melarikan dari bekas rakan kongsi perniagaan dan juga jabatan cukai Australia.
Laporan akhbar harian The Age menyebut, Onn yang digelar rakyat Malaysia kedua paling kaya selepas Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dituduh mengelak daripada cukai berjumlah "puluhan juta dollar" dalam bentuk keuntungan dari urusniaga hartanah di Australia sejak dua dekad lalu.

Menurut laporan tersebut, seorang bekas rakan niaga Onn mendakwa ahli perniagaan tersebut tidak membayar cukai hartanah yang membolehkannya mendapat keuntungan sebanyak AU$10.8 juta (RM33.863 juta).

Seorang bekas Onn  yang berjaya membuat tuntutan sebanyak AU$3.8 juta (RM11.914 juta) pada 2006 memberitahu The Age bahawa hasil daripada urusniaga tersebut dipindahkan kepada satu akaun amanah di Cayman Islands.

"Kesemua operasinya disusun dengan teliti untuk memastikan beliau tidak membayar cukai di Australia," kata Farouk.

Onn didakwa melucuthak kesemua portfolia hartanahnya yang besar di Australia sekitar tahun 2007 ekoran perhatian masyarakat dunia ke atas aset keluarga Taib.

Satu syarikat bernama Crone Partners juga mendakwa Onn masih belum membayar lebih AU$500,000 daripada mereka untuk kerja-kerja rekabentuk dan senibina bagi lebih 10 projek.
Polis siasat pengendali blog 'Milo Suam'
 
Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

"RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.

Syed Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

- Bernama
 
Nurul kena kerja 2 kali ganda, kata papa Anwar
 
Diibaratkan umpama mentimun melawan durian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya anak perempuannya Nurul Izzah berhadapan dengan pertarungan sukar dengan menteri penuh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

NONE"Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya," kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Anwar yang juga bapanya mendakwa, dengan segala dana dan jentera kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan digunakan untuk membantu menteri yang secara peribadinya memang sudah kaya.

Bagaimanapun, beliau percaya anak sulungnya itu bersedia dengan cabaran mempertahankan kerusi itu atas sikap realistik dan kerja kerasnya.

Sebagai penyandang anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berdepan dengan Raja Nong Chik yang juga menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar.
Kickdefella diperintah jawab saman Husam selewat-lewatnya 22 Mei

29 April 2013
Husam Musa
Datuk Husam Musa
KUALA LUMPUR - Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz diberi tempoh hingga 22 Mei untuk menjawab saman fitnah yang difailkan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa berhubung dakwaan beliau telah menyalahgunakan kuasa semasa menjadi anggota Exco Kelantan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong memerintah penulis blog itu, yang dikenali sebagai Kickdefella, supaya memfailkan kenyataan bela dirinya sebelum 22 Mei selepas mengadakan perjumpaan dengan pihak terbabit di dalam kamarnya.

Anis Afiqah Che Rahim, peguam yang mewakili Syed Azidi, memberitahu pemberita bahawa mahkamah juga menetapkan 5 September sebagai tarikh untuk mendengar saman itu.

Pada 21 Februari tahun ini, Husam, yang menyandang jawatan naib presiden Pas, memfailkan saman terhadap penulis blog itu kerana menyiarkan satu kenyataan fitnah dalam akhbar Sinar Harian edisi Kelantan bertarikh 25 Julai tahun lepas.

Dalam kenyataan tuntutannya, Husam berkata kenyataan itu disiarkan dengan niat jahat dan merosakkan maruah, kredibiliti dan nama baiknya.

Husam menuntut ganti rugi RM10 juta, perintah yang menghalang defenden daripada memberi komen atau menyiarkan kenyataan bersifat memfitnah terhadapnya dan permohonan maaf oleh defenden dalam akhbar Sinar Harian. - Bernama

Niat pembangkang ambil alih pentadbiran negara tidak munasabah

29 April 2013
Rais Yatim
Datuk Seri Dr Rais Yatim
JELEBU - Niat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara ialah sesuatu yang tidak munasabah atau masuk akal, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana pembangkang menghadapi beberapa masalah dalaman yang dilihat boleh menggagalkan mereka untuk mencapai apa yang diharapkan selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Pertama, mereka berbalah antara satu dengan lain, kedua mereka tidak mengetahui atau menyebut lagi apa yang mereka manifestokan dan ketiga mereka masing-masing cuba menunjukkan sifat 'hero' atau kegagahan dan tidak menonjolkan kesepakatan.

"Jadi, berasas kepada permerhatian ini, saya tidak yakin langsung bahawa sama ada PKR atau Pas mahu pun DAP akan dapat memerintah Negeri Sembilan atau kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rais yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais ditemui dalam siri kempen calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali di Bilik Ggerakan Dun Sungai Lui, Air Hitam, dekat sini. 

Katanya justeru rakyat diingatkan untuk tidak menggadai masa depan dengan membuat perhitungan mengikut nafsu politik semata-mata dan memilih pembangkang pada PRU13 ini.

Rais yang merupakan penyandang kerusi parlimen Jelebu dan tidak bertanding pada PRU13 ini berkata kemampuan pembangkang yang kabur selain perancangan mereka yang 'kusut' tidak mampu menandingi apa yang dilaksanakan kerajaan.

"Dalam keadaan sedemikian apa yang telah kita peroleh dalam BN, dirasai oleh rakyat dan kita akan tunjukkan bahawa bukti janji ditepati ini akan menjadi realiti terus menerus," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan dari pihak luar bagi menghadapi PRU ini, Rais berkata jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pembangkang di negara ini amat lemah dan tidak mampu 'berdiri di atas kaki sendiri'.

Dalam hal ini Rais menuntut rakyat agar berfikir secara rasional tentang kesan dan akibat terhadap negara ini jika pembangkang yang disokong pihak luar mengambil alih pentadbiran negara. - Bernama
 
MB: Pengundi luar mula didaratkan di Selangor
4:15PM Apr 29 2013  
Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

NONE"Dari pemantauan terdapat penerbangan khusus yang dibuka bagi maksud tersebut dan pendaratan dilakukan bukan di lokasi biasa seperti KLIA dan LCCT tetapi di kawasan tertentu," katanya tanpa menjelaskan lanjut dakwaan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid berkata, Pakatan Selangor masih khuatir tentang 130,000 pengundi yang didakwa masih tidak dapat dikesan melalui "projek pendemokrasian" Selangor.

Dakwanya, mereka sudah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi untuk bekerjasama mengesan pengundi itu tetapi ditolak dan diberitahu ia bukan kuasa kerajaan negeri.

"Kita harap SPR akan membuat pemantauan agar membanteras kejadian yang mana mereka yang tidak layak mengundi di PRU akan datang," katanya.

Selain itu, Khalid juga mendakwa, masalah pengeluaran kad pengenalan segera kepada warga asing Indonesia, Burma dan Bangladesh telah "dipertingkatkan oleh Umno".

Malah tambahnya, Pakatan mempunyai maklumat dari kumpulan tersebut bahawa kad pengeluaran itu dikeluarkan dengan syarat mereka mengundi BN.

"Pakatan Rakyat Selangor akan memberi peringatan kepada mereka adalah satu kesalahan bagi pendatang ini mengganggu sistem demokrasi di Malaysia dan melanggar peruntukkan undang-undang negara," kata Khalid dengan nada amaran.
Kes p'raya: Empat akan didakwa esok
 
Empat lelaki akan didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di Alor Setar, Gerik dan Bukit Mertajam esok berhubung kesalahan berkaitan dengan pilihan raya, kata Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, seorang lelaki akan didakwa berhubung tuduhan melakukan khianat dengan api menyebabkan kebakaran ke atas 15 bendera parti politik.

Seorang lagi lelaki akan didakwa di Bukit Mertajam, Pulau Pinang terhadap tuduhan menakutkan secara jenayah terhadap mangsa manakala dua orang lagi akan didakwa di Gerik, Perak kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan menggunakan kayu.

Bercakap pada sidang media di Jabatan Peguam Negara di sini hari ini, Tun Abdul Majid berkata sebanyak 262 kes diarahkan siasatan lanjut.

Mengenai kejadian letupan bom di ceramah anjuran Barisan Nasional di Nibong Tebal, Pulau Pinang 24 April lepas, beliau berkata siasatan awal tidak menunjukkan apa-apa kaitan antara tiga suspek dengan kejadian itu.

Tiga lelaki berumur antara 25 dan 41 tahun yang ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu, telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Mengulas pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, Jumaat lepas di sini, Tun Majid berkata Jabatan Peguam Negara belum menerima kertas siasatan berhubung kejadian itu kerana kes itu baru berlaku.

- Bernama
 
Noh cabar pembangkang umum nilai harga minyak yang akan diturunkan

29 April 2013
Datuk Seri Noh Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar
PARIT BUNTAR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar pakatan pembangkang untuk mengumumkan nilai harga minyak yang akan diturunkan jika berjaya mentadbir negara.

Beliau berkata dalam manifesto pembangkang, mereka hanya menyebut akan menurunkan harga minyak namun tidak pernah menyebut jumlah yang akan diturunkan.

"Dalam manifesto pembangkang dia kata kalau pakatan menang, dia hendak turunkan harga minyak tapi kita hendak tahu berapa harga minyak yang hendak diturunkan.

"Adakah dia ada umumkan? berapa? Ini menunjukan mereka terus hendak menipu rakyat kerana dia tidak bagi tahu berapa nilai penurunanya. Sama ada percuma atau pun hendak bagi turun 50 sen," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama rakyat di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata pakatan pembangkang perlu menyatakan jumlah yang akan diturunkan bagi membolehkan pengiraan dibuat untuk melihat kos yang perlu ditanggung kerajaan.

"Kalau betul pakatan pembangkang hendak turunkan harga minyak untuk 28 juta penduduk Malaysia, berapa sen dia hendak turunkan dan kementerian boleh tolong kira berapa yang mereka akan belanja, sebab kita ada pengalaman mengenai perkara ini," katanya.

Katanya kerajaan telah memberi subsidi minyak kepada nelayan di mana mereka boleh membeli bahan itu untuk tujuan operasi menangkap ikan pada kadar RM1.25 berbanding harga industri sebanyak RM1.85 iaitu dengan subsidi sebanyak 60 sen.

"Bagi tujuan tersebut kerajaan telah membelanjakan RM600 juta setahun bagi memberi kemudahan kepada 60,000 nelayan di seluruh negara. - Bernama

pakatan rakyaat menang..pagi kita gi kat tol berhampiran rumah kita, suruh merka buka besi pengadang tol..BOLEH SEMUA..undilah PAS
Sedang makan tengah hari saya melihat orang mengisi minyak motor dan kereta. 

Saya merenung, melihat dan cuba memahami bersama manifesto satu parti yang ingin menurunkan harga minyak tetapi ada yang tidak menyokong bahkan menentang.

Saya tidak faham mengapa ditentang? Mungkin mereka orang yang sangat baik seolah-olah tidak mahu bebankan kerajaan sedangkan diri sendiri juga terasa bebanannya.

Setelah merenung agak lama, saya berpendapat golongan yang ingin harga minyak turun adalah orang-orang macam saya. Golongan sederhana dan yang lebih susah.

Bagi orang kaya, mereka tidak kisah. Apalah sangat dengan harga harga minyak yang mahal, harga tol yang tinggi dan harga barang yang mahal. Mereka sememangnya mampu membayar semua harga yang mahal itu. Tapi kalau harga minyak dan tol turun, lagilah mereka suka.

Saya teringat alasan mereka yang tidak mahu harga minyak turun. Alasannya nanti subsidi juga dirasai oleh golongan kaya. Seharusnya subsidi itu diberikan kepada yang sederhana atau yang miskin.

Mari kita fahami tentang cukai. Siapa yang membayar cukai? Sudah pasti mereka yang layak membayar cukai. Orang kaya pasti layak bayar cukai kecualilah ada sesuatu yang tidak kena sehingga mereka dikecualikan cukai. 

Saya tidak tahu mengapa "nanti untungkan orang kaya dengan turunnya harga minyak dan tol" dijadikan alasan yang seolah-olah konkrit. Alasan itu begitu dengki dengan orang kaya yang menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Orang miskin tidak membayar cukai. Orang kaya membayar cukai. Lalu apalah salahnya jika subsidi minyak itu diterima lebih oleh orang kaya yang membayar cukai lebih dari orang miskin yang menggunakan motosikal tetapi tidak membayar cukai.

Orang miskin tidak bayar cukai. Maka logika kita mampu menerima bahawa mereka menggunakan minyak tidak sebanyak minyak yang digunakan oleh orang kaya.

Yang kasihan adalah orang sederhana. BAYAR CUKAI TETAPI MINYAK DAN TOL MAHAL. Hidup cukup-cukup sahaja jadinya. Menjadi mangsa dengan alasan rendah akal tersebut.

Mari kita bercerita terus mengenai cukai.

Cukai yang wajib adalah cukai yang diambil bagi tujuan menangani masalah kemaslahatan rakyat. Maka dahulukan masalah yang utama dahulu dan kemudian barulah memikirkan pembangunan yang lain. 

Harga minyak dan tol yang tinggi menyebabkan harga barang menjadi tinggi. Maka selesaikan puncanya iaitu turunkan harga minyak dan jika dapat hapuskan tol. Jika kita beri duit kepada golongan miskin, berapalah sangat yang kerajaan mampu dan tidak semua layak memilikinya. 

Golongan kaya tidak layak memiliki BR1M tetapi mereka tidak kisah kerana kaya. Golongan miskin menerima wang BR1M. Golongan sederhana? TIDAK KAYA TETAPI TIDAK LAYAK MENERIMA BR1M. 

Oh! kasihannya menjadi orang sederhana.

Sebenarnya dalam hal ini, lupakanlah dengki kita pada orang kaya. Mereka ditakdirkan murah rezeki. Mengapa perlu berkira-kira walhal dengan harga minyak dan tol yang mahal, orang kaya tidak kisah sedikit pun. Mahal atau murah, mereka tetap mampu. 

Kerana alasan yang sempit ini, yang merana adalah golongan sederhana dan miskin.

Tentang penghapusan tol, saya tahu mereka yang bekerja dengan sektor lebuhraya mulai risau. Silap-silap tidak jadi menyokong PR disebabkan risau bila tol dihapuskan, kerja pun tidak ada. 

Saya yakin pemimpin PR tidaklah sebodoh yang difikirkan. Mereka pasti ada rancangan yang hebat yang lebih menguntungkan pekerja-pekerja lebuhraya. 

Maka janganlah beralasan jahat kepada orang kaya. Mereka bayar cukai yang tinggi dan mereka berhak untuk mendapat lebih subsidi atau saya lebih suka kata dividen. Cukai itu perlaburan dan pemberian balik oleh kerajaan dalam pelbagai bentuk adalah dividen. 

Dengan turunnya harga minyak dan tol, maka pastilah harga barang juga akan turun. Semua akan merasainya. Orang kaya, sederhana dan miskin. Tidak perlulah dengki pada orang kaya. Mereka bayar cukai lebih banyak. 

Alasan diteruskan lagi dengan alasan yang lain. Daripada mana dapat duit untuk turunkan harga minyak dan tol? Nanti hutang negara bertambah pula kalau tidak cukup duit nak kurangkan harga minyak dan tol?

Biarlah nanti pemimpin yang fikirkan. Lagipun mereka sudah ada rancangannya sendiri. Mereka bukan orang yang tidak ada pengalaman dalam pengurusan.

Sahabat saya kata, "yang ada sekarang ni pun HUTANG MAKIN BANYAK tapi minyak dan tol MAHAL juga. Lainlah kalau hutang banyak, tapi harga minyak dan tol murah atau negara tidak berhutang dengan harga minyak dan tol mahal."

Saya balas,"betul...betul....betul".

Pakdo Dey shared Normala Umar's photo.
INFO !!! Orang Islam wajib baca !! 
YANG BUKAN ISLAM MAAF !!! 

Pesan terakhir dan dakwah beliau, Ustadz Jefry Al-Bukhori. 

Ciri-Ciri Kiamat Besar Menurut Agama Islam Ditandai Dengan: 
- Kemunculan Imam Mahdi 
- Kemunculan Dajjal 
- Turunnya Nabi Isa (AS) 
- Kemunculan Yajooj dan Majooj 
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur 
- Pintu pengampunan akan ditutup 
-Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-               benarnya 
- Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda Kiamat lainnya 
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan 
- Pemusnahan/runtuhnya Ka'bah 
- Tulisan dalam Al-Qur'an akan lenyap 
- Tiupan sangkakala yang pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa kaget dan ketakutan 
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat makhluk hidup mati 
- Dan tiupan sangkakala yang ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di surga baginya pada hari penghakiman kelak.
" Allah berfirman: "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu, maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu." 
Itulah yang dimaksud Dajjal bermata satu: 
Artinya hanya memikirkan duniawi daripada akhirat. 
Kerugian meninggalkan shalat: 
Subuh :> Cahaya wajah akan pudar. 
Dzuhur :> Berkah pendapatan akan hilang. 
Ashar :> Kesehatan mulai terganggu. 
Maghrib :> Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti. 
Isya' :> Kedamaian dalam tidur sulit didapatkan. 

Tolong Sebarkan Dengan Ikhlas Maaf bagi yang bukan Islam....

Tiada ulasan: