Ahad, 28 April 2013

BEZA DAP DENGAN MCA....MCA SEMUA CINA...DAP ADA MELAYU DAN INDIA DLL

Kenapa PAS berkawan dengan DAP tolak Umno?

Time For Change, 28 Apr 2013

Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno...

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya.

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

MCA marah DAP utamakan Melayu

Harakahdaily, 28 Apr 2013
PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu, lapor laman web Free Malaysia Today.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.

Soi Lek: Jamil khir tak berani, Shabudin senyap

Mohd Sabri Said, 28 Apr 2013
TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tamrin Tun Ghafar (gambar) menganggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir bacul kerana sampai hari ini tidak berani menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan Jamil kena belajar lagi tentang Hudud.

Katanya lagi, sikap itu menunjukan ketidak pedulian kepimpinan Umno walaupun di hinakan sebegitu rupa.

"Mana dia Jamil Khir dan Setiausahanya Shabudin Yahya kononnya banyak ilmu diam membisu bila Chua Soi Lek mengatakan Jamil tidak faham tentang Hudud, " jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Shabudin yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihanraya Umum ke 13 ini patut dikalahkan kerana dayus berhadapan dengan Presiden MCA.

Mereka tidak berani menegur sebaliknya sanggup berpeluk tubuh dan melihat kelakuan Chua Soi Lek yang semakin melampau menghina Islam.

Kekalahannya di Parlimen Tasek Gelugor akan mengajarnya supaya jangan bercakap pandai sedangkan penghinaan tidak diambil tindakan.

Lagi pun beliau bukannya seorang pemimpin Umno yang mampu melahirkan pelapis tetapi banyak memecah belahkan antara kumpulan Umno sendiri.

"Kalahkan BN, itu yang penting kerana selagi Umno berkuasa rakyat akan menderita," terangnya.

PRU13: Seloka Ekonomi Rakyat

MS Fateh, 28 Apr 2013

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah mohon izinkan,

PR budak baru belajar,

Rasuah salah jangan amalkan.



Jika ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi,

Jika ada rakyat yang datang,

Boleh ringankan beban sara diri.



Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan janji dilupakan.



Siakap senohong gelama ikan duri

Bercakap bohong, tak layak jadi menteri.



Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang negara perlu dibayar,

Kelak cucu yang akan warisi.



Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Dua tiga BR1M dijanji,

Mana nak sama cincinku yang hilang.



Sudah gaharu cendana pula,

Apa ditunggu ubah segera!



5 Mei, Jom Mencorak Masa Depan!


 

Mohd Nasir ada kelebihan pertahan Padang Terap

Harakahdaily, 28 Apr 2013

Mohd Nasir menyampaikan khutbah di sebuah masjid dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

PADANG TERAP: Kawasan Parlimen Padang Terap mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N.7 Kuala Nerang dan N.8 Pedu.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, calon PAS yang bertanding di P.007 itu, Ustaz Mohd Nasir Zakaria yang mendapat 15,003 undi menewaskan calon BN, Datuk Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.

Kemenangan itu boleh dianggap sebagai suatu ‘keajaiban’ kepada beliau kerana kedua-dua Dun berkenaan dimenangi oleh calon BN. Syed Sobri Syed Hashim yang mendapat 7,856 undi memenangi Dun Kuala Nerang dengan majoriti 805 undi, sementara Dun Pedu dimenangi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan majoriti 2,733 undi.

Jika diukur daripada keputusan PRU12 itu, Mohd Nasir mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum kali ini yang diamanahkan oleh PAS untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.

Anak kepada penebang tebu sementara ibunya adalah penoreh getah amat memahami suasana kehidupan masyarakat di Padang Terap terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau yang mempunyai hubungan erat dengan anak-anak muda di kawasan Parlimen Padang Terap tidak bermasalah untuk melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti mereka.

Bahkan, penglibatan beliau dengan enam badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan golongan belia dan beliawanis memberi kelebihan kepada Mohd Nasir untuk mendapat sokongan pada PRU13 ini.

Dengan kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), memudahkan beliau bergiat dalam persatuan dan pertubuhan yang membabitkan golongan korporat.

Tambahan pula, beliau yang pernah menjadi pensyarah kontrak Kolej Kewangan dan Perbankan Islam, Bank Islam dapat menggunakan pengalaman itu untuk dikongsi dengan mereka.

Hubungan baik dengan golongan berkenaan dan penglibatan beliau dalam program anjuran mereka menambahkan lagi kekuatan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap.

Mohd Nasir yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya langsung tidak mempunyai masalah untuk menjayakan program keagamaan yang melibatkan masyarakat Islam.

Beliau banyak menyampaikan kuliah, berkhutbah, menguruskan jenazah dan lain-lain yang sekaligus dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat Islam dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

Selain itu, beliau sering turun padang dan menziarahi rakyat yang ditimpa musibah menjadikan hubungannya dengan masyarakat tempatan bertambah erat.

Biarpun pada PRU13 ini berdepan dengan calon BN, Mahdzir Khalid dan Muhammad Bazli Abdullah (Bebas), namun Mohd Nasir tetap menaruh harapan yang tinggi mempertahankan kemenangan yang sekaligus menyumbang kerusi kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Dengan jumlah pengundi seramai 42,045 orang yang melibatkan Melayu (92.68%), Cina (1.4%), India (0.2%) dan lain-lain (5.72%), beliau selaku anak tempatan dilihat mempunyai kelebihan untuk terus menabur bakti kepada masyarakat selaku Ahli Parlimen Padang Terap yang bakal direalisasikan oleh para pengundi pada 5 Mac nanti.

Sokongan meningkat, PR Perak optimis menang 38 Dun

Johari Jaafar, 28 Apr 2013
TAIPING: Pakatan Rakyat Negeri Perak optimis kembali mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 mei ini, melihat kepada sokongan dan kebangkitan rakyat di negeri itu.

Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Dengan kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily.

Nizar yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang selesa berbanding 2008 lalu.

"Kali ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan melompat parti," ujar beliau.

Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu.

Selain itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu.

Pelbagai kaum penuhi ceramah Mazlan Aliman di Kulaijaya

Harakahdaily, 28 Apr 2013


(Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, mendengar ceramah PAS di Kulaijaya)

KULAI: Orang ramai pelbagai kaum memenuhi perkarangan Pasti Bandar Putra, Kulaijaya malam tadi bagi menyertai ceramah perdana bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Mereka memenuhi perkarangan tadika PAS itu dan mendengar ucapan para pemimpin Pakatan dengan penuh minat.

Selain Mohamad Sabu, turut berucap adalah Mazlan Aliman calon PAS Bukit Permai serta calon Parlimen DAP Kulai,  Teo Nie Ching.

Turut serta adalah Wan Rohimi Wan Daud, Peguam PAS yang mengendalikan isu Felda.

Mazlan dalam ucapannya mengingatkan rakyat Johor, pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka mencuba kerajaan baru yang menawarkan manafaat lebih baik untuk mereka.

Beliau yakin, masyarakat Felda khasnya jenerasi kedua akan bersama Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.

Berikut gambar-gambar menarik sekitar program ini.


(Mohamad Sabu disambut meriah)

(Teo Nie Ching calon Parlimen Kulai)


(Sebahagian lagi orang ramai yang hadir)

Tiada ulasan: