Kenapa anda perlu kekalkan pemerintah sekarang?
Ahmad Baei Jaafar, | 22 Apr 2013 |
“Ingatlah dahulu kita susah sebagai setinggan, berebut untuk mendapat air pada setiap pagi. Kerajaan telah menempatkan kita semua ke sini dengan harga yang terendah,” kata pemimpin tersebut.
Pada rakyat, itu bukan sumbangan tetapi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Sememangnya rakyat berhak duduk dengan aman di dalam negara. Rakyat seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana demikian itu adalah sebahagian daripada Islam.
Cuma persoalannya, tidakkah mengungkit hal ini termasuk dalam membesarkan perkara yang kecil. Yalah soal penempatan kalaupun kerajaan tidak bantu, rakyat boleh usaha sendiri. Maka hal ini bukan besar kerana nilaian besar itu adalah sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh rakyat walaupun dia seorang kaya iaitu keamanan dan keselamatan.
Demikian suasana politik Malaysia pada hari ini, pemimpin sedia turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat hasil pemerintahannya selama ini. Mereka menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar seluruh kepimpinan BN turun padang bertemu rakyat bagi menjelaskan kenapa mereka perlu diberi peluang memerintah negara ini sekali lagi.
Najib dalam seruan itu berharap BN diberi kemenangan dengan majoriti kukuh kerana banyak lagi perancangan untuk membangunkan negara belum selesai. Dengan mandat baru itu nanti banyak lagi projek dapat dilaksanakan.
Saya percaya pengakuan Perdana Menteri di atas adalah ikhlas daripada hatinya. Malah kesungguhan pemimpin BN hendak turun padang dilihat mereka serius dalam usaha menyelesaikan projek yang masih belum terlaksana. Cuma dalam hal ini, tidak dinafikan ada kemungkinan rakyat akan menilainya secara terbalik iaitu; pengakuan bahawa banyak lagi perancangan yang belum dibuat, memberi erti bahawa banyak lagi janji kerajaan yang tidak ditepati. Sekali gus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam merealisasikan slogan kerajaan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
Di sini saya teringat pada satu kisah yang dipaparkan dalam al-Quran di mana penghuni neraka yang menyedari bahawa neraka itu benar-benar wujud lalu segera membuat rayuan kepada Allah minta dikeluarkan semula ke dunia untuk seketika. Hal ini supaya membolehkan mereka membuat kebajikan sebanyak-banyaknya.
Bayangkan setelah tempoh yang panjang diberikan kepada mereka di dunia tetapi peluang itu diabaikan, lalu setelah dimatikan dan sampai masa untuk diadili, masih bolehkah Allah mahu memberinya peluang kali kedua?
Kalau begitu sikap Allah, bagaimana dengan rakyat terhadap pemerintah negara ini? Tepuk dada tanya iman. Maka terpulanglah kepada rakyat untuk menentukan sama ada hendak diberi kuasa semula atau diberikan kepada pihak yang lain dalam pilihan raya akan datang.
Pilih Pemimpin
Sememangnya sebagai rakyat biasa, kita sukar untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat untuk mentadbir negara. Hal ini kerana kebanyakan calon dalam piliharan tidak dikenali secara benar. Kita hanya mampu melihat wajahnya pada poster, tetapi kemampuannya dalam mentadbir belum dikenal pasti. Lainlah kalau kita berpeluang melihat dan mendengar ucapannya dalam sesi kempen, itupun kita hanya sekadar mendengar janji mereka namun belum tahu kemampuan sebenarnya.
Mungkin pemimpin yang sedia ada sudah dikenali kerana selalu kita dengar dan menonton tv. Dengan mengenali mereka tentu kita dapat menilai mereka sama ada mereka boleh terus memimpin atau tidak. Namun tidak dinafikan sesetengah mereka membuatkan kita tidak suka kepada mereka. Mungkin tindakan sesetengah mereka yang membuatkan rakyat menyampah kepada politik negara.
Walau bagaimanapun dalam PRU13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 nanti, saya berharap semua rakyat Malaysia keluar untuk mengundi dan memilih pemimpin yang berkualiti dan berwibawa. Pemimpin yang sedemikianlah yang boleh mengurus negara ini dengan sempurna. Ingatlah mengundi dalam konteks ini adalah wajib aradhi.
Sebenarnya dalam pilihan raya rakyat dikehendaki mengundi dua calon untuk dua kategori; Parlimen dan DUN. Kerusi Parlimen untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan pesekutuan. Manakala DUN untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri. Untuk kedua-dua kategori itu parti yang bertanding perlu mendapat sekurang-kurangnya lebih satu kerusi daripada separuh kerusi Parlimen dan DUN. Tetapi untuk kedudukan kerajaan yang selesa, parti tersebut perlu menguasai 2/3 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.
Berdasarkan itu rakyat bertanggungjawab membentuk kerajaan Malaysia yang selesa agar kedudukannya sukar dicabar oleh pembangkang. Jadi, rakyat perlu mengundi calon yang mewakili parti yang mempunyai wawasan yang jelas iaitu untuk menyelamatkan negara daripada muflis, menyelamatkan negara daripada dicerobohi musuh, mampu membangunkan negara selaras dengan kehendak Islam dan mampu meletakkan Islam di puncak keagungan.
Begitu juga dalam membentuk kerajaan negeri, rakyat perlu memilih calon yang mewakili parti yang mampu menyelamatkan negeri daripada hutang, menyelamatkan negeri daripada miskin, dapat membawa negeri maju dan meyakinkan pelabur. Dan yang paling penting kemajuan kerajaan itu boleh memberi keselesaan kepada rakyat yang berteduh di bawahnya.
Untuk mencapai apa yang dijelaskan di atas rakyat Malaysia mahupun rakyat negeri-negeri dalam Malaysia boleh menentukan siapa dan parti apa yang boleh memerintah Malaysia dan negeri-negeri seluruh Malaysia. Kuasanya pada tangan rakyat iaitu memangkah pada kertas undi. Ingatlah, mengundi dengan niat untuk memilih pemimpin yang baik untuk negara dinilai sebagai ibadah.
Pilih Kerajaan
Rakyat berhak memilih semula parti yang memerintah di peringkat pusat kini jika mereka berpuashati dengan gaya dan cara mereka mentadbir politik negara. Sebaliknya mereka juga boleh memilih untuk mengubah atau menukar parti yang memerintah sekarang kepada parti baru jika selama ini didapati gaya dan cara mengurusnya kurang memerangsangkan atau tadbir urus yang kurang berkualti.
Dalam hal ini rakyat perlu diberi kebebasan mutlak dalam menentukan parti yang akan memerintah Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat tidak boleh dimomokkan dengan cerita karut marut semata-mata untuk menakutkan rakyat. Hal ini kerana rakyat kini sudah cerdik dan bijak dalam menilai pencapaian kerajaan yang ada.
Mungkin pencapaian kerajaan pusat sehingga kini tidak boleh dibandingan dengan mana-mana kerajaan kerana kerajaan pusat sekarang belum pernah tercabar. Tetapi bagi rakyat kerajaan Selangor tentu mereka boleh membandingkan dengan kejayaan kerajaan dahulu. Boleh juga membandingkan dengan kejayaan kerajaan Perak atau Pahang yang diperintah oleh parti yang berlainan pada hari ini.
Manakala rakyat negeri Pulau Pinang, mereka boleh membuat pilihan bijak dengan mengembalikan pemerintahan kepada parti yang memerintah sekarang jika mereka mendapati kerajaan ini lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Sebenarnya kerajaan Pulau Pinang telah diperintah oleh tiga ketua menteri yang berbeza perwatakannya iaitu yang mewakili MCA, Parti Gerakan dan DAP. Saya percaya rakyat Pulau Pinang dapat menilai mana yang lebih baik dalam pengurusan kewangan dan lain-lain.
Cuma pada saya, kalau rakyat Pulau Pinang selesa dengan keadaan pemerintah sekarang, sebaiknya semua orang Melayu harus bersatu hati dan tangan dalam memberi undi kepada calon dalam kalangan orang Melayu sama ada daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Hal ini kerana dengan meramaikan wakil rakyat orang Islam dalam kerajaan PR boleh mengimbangkan kepimpinan dan pembangunan di negeri tersebut. Dengan cara ini orang Melayu dan Islam akan terbela dengan adil.
Walau bagaimanapun tidaklah salah kalau orang Melayu memberi sokongan kepada wakil daripada UMNO asalkan mereka juga boleh menjadi pembangkang yang berkesan, boleh memberi idea yang baik kepada kerajaan demi menyelamatkan orang Melayu dan Islam. Maknanya mereka akan menyokong keputusan kerajaan dalam usaha membangunkan orang melayu tetapi kalau terdapat yang tidak kena dalam pemerintahan perlu dibetulkan segera, malah jika perancangan itu boleh merugikan orang Melayu perlulah dibantah segera.
Begitu juga dengan negeri Kelantan, kalau rakyat Kelantan masih rasa selesa dengan pembangunan sekarang, eloklah kekalkan pemerintah sebelum ini. Rakyat Kelantan sudah pernah rasai pemerintah lain beberapa tahun dahulu. Tentu mereka dapat menilai kemampuan pemerintah tersebut. Rakyat Kelantan banyak bertebaran di seluruh negara, tentu mereka nampak kebaikan atau keburukan kerajaan Kelantan waktu ini. Tegasnya mereka lebih arif dalam hal ini.
Cuma dalam ruang singkat ini ingin saya ingatkan rakyat Malaysia terutama Kelantan bahawa mereka perlu tahu dan sedar bahawa dalam sesebuah negeri ada hak dan tanggungjawab kerajaan pusat selain kerajaan negeri. Sebenarnya semua jalan raya persekutuan dan Lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membinanya. Makanya, walaupun kerajaan negeri berlainan parti, Kerajaan pusat mesti buat jalan tersebut apatah lagi setelah kerajaan negeri meminta atau mereka sendiri yang berjanji untuk itu.
Adapun jalan kampung dan dalam Bandar berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Namun projek membuat jalan ini mesti dilaksanakan oleh kerajaan negeri bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan. Perlu diingat wang tersebut datangnya daripada peruntukan kerajaan pusat. Jadi, jika peruntukan itu disekat, maka pembangunan kerajaan negeri akan tersekat juga.
Sebenarnya di sudut undang-undang peruntukan kerajaan pusat kepada negeri tidak boleh disekat selagi kerajaan itu masih di dalam Malaysia. Jadi, parti lain yang memerintah bukanlah menjadi sebab wang itu tersekat.
Selain itu semua sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan berada di bawah kuasa kerajaan pusat. Kerajaan negeri tidak dibenarkan masuk campur dalam sekolah tersebut. Manakala sekolah agama diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Begitu juga dengan urusan tanah dan air akan diurus tadbir oleh kerajaan negeri.
Bagi rakyat negeri Kedah pula, mereka juga berhadapan dengan dua pilihan yang penting. Rakyat Kedah tentu ada pengalaman diperintah oleh kerajaan pusat, maka mereka kini tahu kemajuan yang telah mereka kecapi. Mereka juga tahu apa yang menguntungkan mereka dan apa pula yang merugikan mereka. Pada masa yang sama, rakyat boleh menilai kerajaan baru yang memerintah selama lima tahun, apakah lebih baik atau bagaimana. Yang penting, apakah kerajaan negeri itu banyak buat hutang atau tolong membayar hutang lapuk.
Bagi rakyat negeri Selangor tentu mereka lebih arif tentang siapa yang layak menguasai negeri mereka. Hal ini kerana rakyat Selangor lebih ramai yang intelek, ramai yang berpendidikan. Mereka tahu membezakan kemajuan kerajaan sekarang dengan kerajaan sebelumnya. Rakyat tentu tahu isu yang dimainkan pada hari ini apakah realiti atau sekadar mainan politik untuk pilihan raya.
Sebenarnya sebagai rakyat kita perlukan sebuah negara atau negeri yang aman dan selamat, maju dan damai, membangun dan ceria. Semua itu hanya boleh diperoleh melalui penghayatan Islam baik dalam pemerintahan mahupun rakyat jelata.
Bagi negeri-negeri lain, rakyat negeri tersebut bolehlah membuat sedikit kajian tentang parti yang memerintah apakah mereka telah membuat kejayaan seperti yang saya sebut di atas. Kalau mereka melakukan sesuatu yang memuaskan hati kita, berilah kepercayaan kepada mereka lagi. Tetapi kalau terdapat kekurangan yang perlu dibaikpulih, buatlah sesuatu untuk kebaikan bersama.
Cuma dalam mencari jawapan, bolehlah kita secara profesional menghadiri penjelasan daripada parti dan calon yang bertanding. Penjelasan dan keterangan mereka penting untuk dinilai. Ketika itu kita boleh menilai sama ada mereka ikhlas atau tidak. Kita boleh menilai sama ada mereka mampu atau tidak.
Beberapa panduan untuk tindakan pengundi:
1. Waktu pilihan raya rakyat boleh memilih dan mengundi pemimpin yang berkelayakan. Kita pada waktu itu bukan lagi menentang pemerintah kerana kerajaan sudah dibubar. Memang dalam Islam menentang sesebuah kerajaan yang sedang memerintah adalah haram.
2. Pemimpin yang berkelayakan ada empat sifat; berkemampuan (qawi) dan berintegriti (amin), amanah menjaga harta (hafiz) dan berpengetahuan (alim).
3. Untuk mengundi kita bukan saja perlu lihat berasaskan orang dan sifatnya tetapi juga melihat parti dan pakatan yang telah dipersetujui sebagai dasar.
4. Apabila negara tidak aman, berlaku kecurian dan seumpamanya, itulah tanda kepimpinan terdapat masalah yang perlu dirawat.
5. Politik sebahagian daripada Islam dan termasuk dalam persoalan muamalat. Berpolitik dalam sesebuah negara adalah untuk maslahah umum.
6. Politik yang diperjuangkan itu mestilah tidak bertentangan dengan nas al-Quran dan hadis.
7. Politik yang dibawa adalah idealism untuk kebaikan dan keamanan negara bukan perkauman yang mengenepikan suatu kaum. Jadi, mengundi adalah untuk menolak kemungkaran.
8. Apabila kita berhadapan dengan parti bukan Islam kita perlu lihat kepada mana yang kurang mudarat, maka kita boleh menyokong parti tersebut.
Kita tidak boleh memilih pemimpin atau wakil rakyat yang bermasalah iaitu:
1. Minta dikenangkan jasa mereka kerana yang demikian menunjukkan mereka tidak ikhlas.
2. Pemimpin yang gagal menjalankan tugas semasa diberikan amanah.
3. Suka membuat andaian salah terhadap lawannya.
“Mempolitikkan Islam berbeza dengan mengislamkan politik. Orang yang bercakap tentang Islam tetapi realitinya tidak begitu sebaliknya pada masa yang sama melakukan yang bercanggah dengan Islam. Berbeza dengan mengIslamkan politik, perjuangan politiknya berlandaskan Islam dan ingin meletakkan Islam di atas segala-galanya.”
http://baei.blogspot.com/
20 tahun dulu saya doakan dia masuk PAS - TG Haron Din
Salmiyah Harun, | 22 Apr 2013 |
Haron Din pernah mengenali Muhammad berpuluh tahun lalu ketika beliau berkhidmat di Tabung Haji sebagai pegawai yang mengendalikan kursus haji.
(Ustaz Haron Din dan Muhamad Mohd Taib dalam sidang media hari ini)
"Waktu itu saya mengadakan kursus haji yang kebetulan waktu itu beliau (Muhamad) turut serta dalam kursus itu," katanya.
Dalam sidang media penyerahan borang keahlian PAS Muhammad, Haron Din menceritakan bagaimana beliau mula-mula mengenali Ajk Tertinggi Umno itu.
"Kita buat umrah sama-sama, dapat bas biasa. Bas itu mati di tengah-tengah terowong, tidak ada pilihan terpaksalah tolak bas itu. Orang pertama yang turun tolak Muhamad Taib ketika itu dia MB Selangor.
"Pulang ke Malaysia selepas itu, saya dijemput bagi ceramah bulanan di rumah MB. Tan Sri minat pada ceramah agama sampai sanggup buat ceramah di rumahnya," katanya.
Ekoran itu, Haron Din sentiasa mendoakan pasti suatu hari nanti Muhamad akan menyertai PAS.
"Saya pernah mendoakan supaya Allah bukakan hati dan hidayahnya untuk agama yang suci ini, saya mengalu-alukan beliau pada pagi ini," kata Haron Din.
Jelas Haron Din, Muhammad pernah datang ke rumahnya sebelum ini sebagai seorang teman lama dan tidak lebih dari untuk bersembang.
Bagaimanapun Haron Din terkejut apabila kehadiran Muhammad untuk menyatakan kesediaannya menyertai PAS.
"Ketika itu, saya terus menyediakan borang keahlian PAS, maka disinilah bermulanya dan akhirnya beliau masuk PAS," ujarnya.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengisytiharan Muhammad dilakukan selepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan bahawa mereka yang menyertai PAS bukan untuk menjadi calon.
"Muhammad sudah bersama kami setahun yang lalu, dan sengaja (isytihar masuk PAS) dibuat selepas penamaan calon. Kerana kita tidak dapat menguasai media dengan sepenuhnya.
"PAS mengalu-alukan penyertaan Tan Sri. Ini adalah sokongan dan dokongan yang sangat kuat yang pernah memimpin Umno di peringkat pusat dan kerajaan negeri," katanya.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.
Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mhafuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Muhammad Taib orang baru dalam PAS
Subky Latif, | 22 Apr 2013 |
Maka semua bertanya, siapa?
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Idris Jusoh dari Terengganukah? Tun Khalil Yaakob yang jadi Gabenor Melakakah? Shahidan Kassim dan Tan Sr Hamid Pak Wan Tehkah?
Sekarang telah terjawab. Sehari selepas penamaan calon Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai jamuan rakyat anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh yang dihadiri oleh calon dan penyokong Pakatan Rakyat. Esoknya dia mengumumkan di Pejabat Agung PAS menyertai PAS.
Dia boleh mengumumkan tindakannya itu beberapa minggu dulu, tetapi dia tidak mahu dilihat menyertai PAS kerana hendak bertanding. Biar selesai penamaan calon, baru ia diumumkan.
Kemasukannya tidak sama dengan kemasukan 100 orang ahli UMNO cawangan yang berlaku di sana sini. Tetapi kemasukan orang sepertinya, calon Timbalan Presiden yang tidak terpilih, selain dari bekas Menteri Besar sekian lama adalah Naib Presiden UMNO dalam team wawasan untuk beberapa penggal bersama dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib. Dari tiga itu dia seorang yang tidak jadi Perdana Menteri. Kemasukannya amat besar ertinya.
Mungkin tidak sama dengan kemasukan Umar al-Khatab dan Khalid Ibni Walid ke dalam Islam, tetapi gemanya dekat seperti itulah.
Dipercayai banyak untungnya bagi PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebulan sudah anak saya memberitahu, Tan Sri Muhammad ada perubahan besar. Dia ada menyumbangkan sesuatu kepada sebuah sekolah tahfiz Paya Jaras. Dia bercakap kepada guru-guru dan murid sekolah itu.
Dia bercakap tentang pentingnya kembali kepada kehidupan Islam sebenar dan dia memuji PAS sebagai wadah pejuangan Islam yang istiqamah.
Kata anak saya, cakapnya positif dan nampak sebagai sikap baru seseorang Islam.
Saya tidak menyangka dalam masa sebulan kemudian dia berada di Pejabat Agung PAS mengumumkan dirinya menyertai PAS.
PAS adalah sebuah parti yang bukan sekadar untuk semua orang Islam tetapi dalam penamplan barunya ia adalah Islam Untuk Semua. Jika pada PAS kemasukan seorang penganggur atau seorang buruh biasa dianggap suatu yang penting besar ertinya, maka apa lagilah seorang yang pernah memegang sebuah kerajaan di negeri yang termaju iaitu Selangor, tentulah amat besar kesan tempiasnya.
Kemasukkan bukan sekadar memberi untung besar kepada PAS tetapi ia men guntungkan diri bekas menteri besar itu sendiri dan keluarganya serta orang-orang yang bersamanya. Kita tidak tahu apa kuntungan untuknya, tetapi tahulah Allah untuk memberi sesuatu kepada orang yang bekerja untuk Islam dan memberikan baki hidupkan kepada Islam.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhinya untuk menyertai PAS. Dia telah berada dalam UMNO di bawah sikit daripada kadudukan Dr. Mahathir dan setara dengan Tun Abdullah dan Najib. Dia tahu apa yang dibuat dan tiada orang boleh mencelah fikirannya.
Jika dia menang bertanding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO, maka dia adalah Timbalan Perdana Menteri selepas itu.
Dari seorang yang begitu tinggi dalam UMNO dulu, kini dia menjadi ahli PAS biasa. PAS yang belum berkuasa tidak menjanjikan apa-apa untuknya. Dan dia pun tidak mengharapkan apa-apa. Dia datang untuk bersama-masa berkongsi pahit maung perjuangan PAS tidak berduit dan tidak berkuasa. Yang ada pada PAS yang dipilih oleh Muhammad Muhd Taib ialah nama dan satu wadah yang suci untuk umat dan rakyat.
Saya masuk bukan untuk calon atau jawatan - Muhamad Taib
Harakahdaily, | 22 Apr 2013 |
(Tan Sri Mohamad menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)
KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.
Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.
Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.
Pagi ini juga Muhamad menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bagi memaklumkan dia telah meninggalkan Umno mulai dari tarikh surat ini iaitu 22 April 2013.
Salinan surat itu dihantar kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.
"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.
"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.
Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.
"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam," katanya.
Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.
"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini," tegas Mohamad.
Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu.
Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.
Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.
"Ketika itu bas kami rosak...dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.
"Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor," kata Ustaz Haron.
BN gagal selesai isu tanah di Lenggong
Johari Jaafar, | 22 Apr 2013 |
Calon PAS bagi Parlimen Lenggong Razman Zakaria berkata, antara janji yang gagal ditepati BN termasuk menyelesai masalah tanah yang dihadapi penduduk.
Antaranya Tanah Bagan Ragut di kampung Cherakoh yang dijanjikan untuk diberikan kepada penduduk Kampung Raban, Kampung Kuak dan Changkat Berangan tetapi akhirnya tanah tersebut diambil untuk tapak membina kolej.
"Apa yang menyedihkan lagi tanah yang selebihnya dipecah menjadi tanah lot banglo dan dijual kepada golongan kaya, hingga kini tidak diganti", katanya lagi.
Begitu juga Tanah Warisan Desa penempatan orang melayu kampung tradisional tidak mempunyai status hak milik sehingga kini masih tidak diselesaikan.
Ladang teh Lenggong yang diperuntukan hasil dana Perbadanan Kemajuan Negeri Perak telah mengalami kerugian sehingga kilang terpaksa ditutup,
Malah lebih malang lagi tanah ladang teh itu juga tidak dapat memberi manfaat kepada rakyat yang lebih memerlukan, sebaliknya, beratus ekar ladang terlepas kepada syarikat yang didalangi oleh pihak berkepentingan.
Pembalakan Hutan simpan banjaran Korbu merentasi kampung Bukit Sapi, Chepor, Luat dan kampung Beng telah menyebabkan ganguan kepada bekalan air bukit kepada empat buah kampung pada setiap kali hujan.
Tanah hutan simpan banjaran Korbu sudah mula diteroka, bermula di air Karah sehingga ke hutan Lasah di sungai Siput, kononnya untuk mewujudkan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM.) tetapi Sayangnya manfaat untuk rakyat tidak berlaku.
"Apa yang berlaku keatas ladang teh suatu masa dulu akan berulang kembali ke atas tanah hutan simpan banjaran Korbu ini" ujar beliau.
Menurut beliau lagi tiada sebarang agenda atau rangka penyelesaian dilakukan oleh wakil rakyat BN untuk menjamin masa depan golongan anak kampung termasuk golongan anak muda yang mahu tinggal di kampung halaman sendiri.
Jesteru itu beliau mengingatkan sekali lagi rakyat tidak seharusnya terpesona dan termakan janji janji manis BN, sedangkan mereka akan terus menjadi mangsa BN buat selama lamanya.
Pulangkan RTM kepada rakyat
Muhammad Ismi Mat Taib, | 22 Apr 2013 |
Namun, tidak cukup dengan ilmu menawarkan manifesto, Umno BN juga perlu belajar bagaimana ingin melaksanakan manifesto tersebut. Jika kaedah urustadbir sedia ada yang diteruskan oleh BN, maka manifesto tersebut tidak akan dapat memberikan kesan yang dimahukan oleh rakyat.
Manifesto Pakatan Rakyat wujud disebabkan oleh keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan.
Inilah mesej utama dalam manifesto Pakatan Rakyat. Jika konsep ini gagal difahami oleh Umno BN, maka negara akan tetap terus mundur dan keadaan ekonomi negara akan semakin teruk terjejas.
Mangsa utama kepada risiko ini adalah rakyat. Justeru, Rakyat perlu bijak dalam memilih “pagar”. Jangan sampai, harapkan pagar, pagar yang makan padi.
Bukti utama kegagalan Umno BN ialah mengembalikan fungsi Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada fungsi asalnya iaitu menjadi jentera penerangan Kerajaan.
Sebaliknya RTM terus menjadi jentera penerangan Umno BN seolah-olah mereka sahaja yang bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) kali ini.
Kegagalan fungsi ini sudah jelas menunjukkan bahawa Umno BN tidak mahu berubah dan sentiasa akan berlaku zalim kepada harta dan hak rakyat.
Saya, sebagai rakyat Malaysia yang dijamin hak untuk memilih dan dipilih dalam PRU13, mencabar RTM dan Umno BN sendiri untuk mengembalikan fungsi media yang bertanggungjawab membekalkan maklumat yang cukup kepada rakyat untuk membuat penilaian.
Monopoli media oleh Umno BN hanya akan menimbulkan perasaan jelek rakyat yang kini sudah tidak lagi mahu dipermainkan.
*Penulis adalah Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat dan juga Calon Parlimen Parit.
Nik Aziz: Harap DAP terima konsep negara Islam
22 April 2013
"Dia (DAP) terima maknanya dia tidak Islamofobia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
DAP, yang disiasat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, sebelum ini merancang menggunakan simbol parti Pas dan PKR tetapi akhirnya menggunakan simbol parti sendiri semasa penamaan calon Sabtu lepas.
Nik Abdul Aziz mengulas laporan akhbar pada Sabtu mengenai kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang tetap menolak dasar Islam Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu berhasrat bertanding menggunakan lambang Pas. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan