Posted on Sunday, April 21 @ 22:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: tokpepijat
"
Pertembungan 7 kerusi antara PAS dan PKR sesuatu yang amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.
Soal pucuk pimpinan PAS Pusat membuat keputusan Isnin ini itu soal kedua.
Mengapa ianya berlaku? Bukankah sepatutnya sudah selesai seusai PRU 12 berlangsung. Dari tahun 2008 hingga 2012 , apa yang kita buat untuk selesaikan isu kerusi ?
Apabila ianya berlaku (Hari Penamaan Calon) , barulah kita gelabah. Mahu buat mesyuarat dan berbincang. Masa kita sudah terbuang di situ.
Di kala musuh sudah fokuskan sasaran, kita baru bermesyuarat untuk bincang di mana mahu letak posisi senjata dan askar kita!
Sepatutnya semalam Hari Penamaan Calon, PR sudah menang pusingan pertama jika berlangsung pertandingan satu lawan satu. Tetapi kita sengaja cari "bala" !
Dikala ramai calon UMNO dan BN pilih mahu jadi calon Bebas, PR pula"seronok sakan" bertarung sesama sendiri !
Satu soalan, adakah di peringkat Pusat PAS dan PKR masih timbul curiga dan mahu membolot kerusi tanpa pedulikan perasaan rakyat yang berjuang untuk jatuhkan HANYA UMNO dan BN ?
Soal "lawan sesama sendiri" sepatutnya tidak berlaku jika pimpinan atasan mengambil satu ketetapan yang tegas dan patut. Ahli bawahan akan akur. Lebih-lebih lagi ahli PAS yang terkenal dengan ,"Kami dengar dan kami patuh".
Ingat PRU 13 ini adalah pertarungan antara hidup dan mati. Jangan disia-siakan harapan rakyat. Jangan kita ubah slogan kita dari Pakatan Harapan Rakyat kepada Pakatan Hampakan Rakyat!
Ingat! Musuh yang kita hendak jatuhkan bukan JKKK tetapi kerajaan. Oleh itu kesatuan dan kerjasama amatlah dituntut di peringkat maksima.
PRU 13 : Kita sengaja tolak rezeki?
Kata Madey...Dah 5 tahun...Sudahlah...Cukuplah
Posted on Sunday, April 21 @ 21:34:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: Iqbal
"Malaysiakini melaporkan dari Alor Setar , madey berkata ,dah lima tahun, sudahlah ,cukuplahlah. Kata-kata ini dia tujukan kepada PR Kedah yang diterajui oleh PAS.Semua orang sedar bahwa madey sebenarnya sedang menghitung hari ( berdasarkan usianya). Sebenarnya dia nak sangat tengok zuraitnya nya jadi ketua negeri Kedah. Andainya BN bungkus sekali lagi dalam PRU ini , sudah pasti hajatnya nak tengok anaknya jadi BOS di Kedah tak kesampaian.
Baik lah, kita setuju dengan saranan madey kepada rakyat Kedah agar menolak PR yang (baru) memerintah 5 tahun tapi madey kata....CUKUPLAH....SUDAHLAH.
Kalau begitu diperingkat pusat , umno/BN dah perintah 55 tahun apa saranan yang patut kita berikan kepada rakayat ?
Bolehlah kita sarankan begini....
Dah 55 tahun...
Dah monopose....
Dah mamai.....
Dah nyanyuk...
Oleh jangan pilih umno/BN lagi.
MUNGKIN ADA YANG LAGI TERUK DIKUDAKAN OLEH SYAITAN
Di Terengganu UMNO kata PAS kuda DAP, di Johor MCA kata DAP kuda PAS,mana betul
Posted on Sunday, April 21 @ 21:31:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: senik
"Kata UMNO di Terengganu PAS kuda Tunggangan PAS, kata kata ini menjadi bahan kempen yang utama bagi UMNO Terengganu.Khabar dari Johor pula mengatakan MCA berkempen secara besar besaran menuduh DAP membantu agenda Islam PAS, atau dengan kata kata lain, DAP kuda Tunggangan PAS.Timbul persoalan, mana satu betul ni? UMNO atau MCA?
Mungkin kedua duanya betul! sebab UMNO berkempan di kalangan orang melayu dan MCA di kalangan orang cina, harapan kedua duanya semua pengundi melayu di Terengganu dan pengundi cina di Johor masih hidup di bawah tempurung!
Inilah kaedah berkempen BN yang tiada nilai kerakyatan langsung.Kempen sebegini tidak akan membantu rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik dan sekaligus menafikan dakwaan BN sendiri bahawa mereka yang telah membawa banyak kejayaan kepada negara.Ianya berbau perkauman dan tidak sedikitpun mampu membawa keharmonian kepada kehidupan majmuk negara.
UMNO turut menyalahkan LIM KUAN YEW kerana mengeluarkan Singapora dari Malaysia dan menuduh DAP adalah proksi PAP Singapora yang bertujuan mengambil alih pentabdiran negara.Contoh yang sering diberi ialah DAP menang lebih banyak kerusi dari PAS dan PKR melayu yang menyebabkan kerajaan dikuasai oleh orang Cina.Tetapi mereka tidak perasan satu perkara, kalau DAP menang lebih banyak kerusi, ini bermakna PAS dan PKR melayu kalah banyak kerusi kepada UMNO.Sebab itulah kerajaan akan dikuasai oleh orang Cina, dan orang melayu yang masih memberi kepercayaan kepada UMNO akan mewakili pembangkang.Tetapi kalau pembangkang kuat, tidak semestinya DAP boleh melakukan sewenang wenangnya.Tetapi mampukah UMNO menjadi pembangkang yang kuat?
Malah apa yang berlaku di Singapora dulupun menyaksikan kelemahan UMNO untuk mempertahankan orang melayu Singapora walaupun mereka berada dalam kerajaan.Kesilapan orang melayu Singapora ialah kerana mereka percaya kepada UMNO yang akhirnya mengkianati mereka tetapi hari ini UMNO menyalahkan orang Cina atas kehilangan Singapora sedangkan yang nyata salah ialah mereka kerana sibuk mencuri wang rakyat, tidak memperdulikan nasib orang melayu Singapora.
Kini BN berkempen untuk menakut nakutkan orang melayu dan Cina.Orang melayu ditakutkan dengan kemungkinan menjadi seperti Singapora sedangkan orang melayu Singapora hari ini hidup lebih selesa dari orang melayu Malaysia.Orang Cina pula ditakutkan dengan negara Islam yang kononnya akan menyebabkan mereka tertindas.
Semuanya mengarut dan bohong.Tidak siapa tahu apa yang berlaku esok dan apa yang kita lakukan hari ini ialah untuk membaiki keadaan dengan harapan esok akan lebih baik dari hari ini dengan memberi pertimbangan kepada pilihan yang ada hari ini.Siapa pemimpin yang lebih baik, antara Najib dan DSAI siapa yang lebih berkarisma dan boleh dipercayai? antara LKS dan CSL siapa yang lebih baik? dan seterusnya.......
Suara lunak dua ekor katak panggil hujan berjaya cairkan UMNO!
Posted on Sunday, April 21 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Dua ekor katak. sekor katak puru dan sekor katak gomok jenama perkasa berjaya memanggil hujan dengan suara lunaknya dan membuatkan UMNO basah kuyup dan cair. Lagu bangau oh bangau berkumandang lagi di kem UMNO dan akhirnya ular yang disalahkan kerana dua ekor katak yang berada di hujung lagu bangau oh bangau itu.
Ketika katak katak lain gagal berbuat demikian dua ekor katak ini cukup bergaya menempatkan dirinya di celah celah rumah yang hampir roboh yang dikenali dengan nama BN.
Sekor berlagu di Shah Alam dan sekor lagi di Pasir Mas.Katak di Pasir Mas lagi hebat dari yang di Shah Alam kerana berjaya memanggil hujan yang menyebabkan calon Tok Pa tidak sempat hadir ke tempat penamaan calon kerana sudah cair tetapi katak yang di Shah Alam juga menunjukkan kehebatannya mendapat restu dari orang India dengan penonjolan seorang pemuda India menciumnya dengan penuh ghairah.
Hebat engkau katak katak tetapi bagaimana katak katak lain terutama yang bernama jati tu? Kemana hilangnya suara lunak memanggil hujannya?
Kini ular disalahkan kerana nak makan katak, dan kerana marahkan ular ramai penyokong BN melarikan diri, ada di antara mereka tampil dengan berani kerana kecewa untuk bertanding sebagai calon bebas dan ada di antara mereka sudah mengambil langkah sabotaj BN.Markaz ditutup dan undi pula mungkin tidak berpihak kepada BN.
Cuma yang mahu dilihat ialah kehebatan BN/UMNO mengembalikan undi mereka ini.Selalunya UMNO akan gunakan duit rakyat untuk membeli semula undi mereka tetapi kali ini, sama samalah kita lihat berjaya atau tidak UMNO melakukannya.
Berjaya atau tidak, sekor katak puru dan sekor katak gomok sudah berada di celah celah calon BN yang menyebabkan ramai ahli UMNO/BN berlagu menyalahkan ular."
Ahli UMNO Muar SUMBANG 2000 Air Mineral Kepada PAKATAN? Apa Sudah Jadi!?
Posted on Sunday, April 21 @ 15:45:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Pulakdah
Banyak perkara yang menarik dalam pilihanraya umum ke-13 di Johor. Jika sebelum ini kita mendegar pergolakan UMNO Bakri. Nampaknya pergolakan di dalam UMNO/BN itu turut berlarutan sehingga kepada UMNO Muar.
Pergolakan UMNO Bakri mencapai kemuncaknya selepas Md. Ghazali Salamon semalam disahkan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri itu akan bertanding menggunakan lambang kunci sekaligus menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN tersebut. Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk Saipolbahri Suib manakala, Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh Abdul Aziz Muhammad. Md.
Usaha UMNO Muar untuk merampas DUN Maharani daripada Dr Mohamad Tasli (PAS) pula kelihatan semakin sukar kerana pemberontakan turut berlaku apabila Dato Mohd Ismail Mohd Shah tidak tercalon sekali lagi dalam pilihanraya kali ini. Tindakan UMNO mencalonkan Datuk Zulhairi Ahmad untuk menentang Dr Mohamad Taslim menimbulkan kemarahan penyokong UMNO umumnya dan Dato Mohd Ismail khususnya yang sudah membuat pelbagai kerja di kawasan Dun Maharani.
Walaupun penolakan terhadap calon 'winnable candidate' UMNO itu tidaklah sehingga membuatkan berlakunya pertembungan tiga penjuru seperti di DUN Bukit Naning, namun sumbangan lebih 2000 air mineral kepada petugas Pakatan Rakyat di Markas PAS Parit Bakar, Muar daripada Dato Mohd Ismail itu cukup menunjukkan apa yang berlaku di dalam UMNO Muar.
Satu tugas besar kepada Dato Razali Ibrahim untuk mempertahankan kemenangan di Parlimen Muar selepas sekadar memenangi Parlimen Muar pada 2008 dengan majoriti 4,661 berbanding majoriti 13,415 pada PRU 2004. Semoga pada pilihanraya kali ini, Parlimen Muar akan berjaya dimenangi oleh Pakatan Rakyat melalui calon muda Nor Hizwan Ahmad. Ini kalilah! Tukar. #Hizwan4Muar.
Sdr Nor Hizwan Ahmad mendengar keluhan salah seorang penduduk India di Muar yang masih tidak mendapat IC biru walaupun sudah lama bekerja dengan MIC.
.....
http://pulakdah.blogspot.com/

Dato Mohd Ismail Mohd Shah

Md. Ghazali Salamon
Usaha UMNO Muar untuk merampas DUN Maharani daripada Dr Mohamad Tasli (PAS) pula kelihatan semakin sukar kerana pemberontakan turut berlaku apabila Dato Mohd Ismail Mohd Shah tidak tercalon sekali lagi dalam pilihanraya kali ini. Tindakan UMNO mencalonkan Datuk Zulhairi Ahmad untuk menentang Dr Mohamad Taslim menimbulkan kemarahan penyokong UMNO umumnya dan Dato Mohd Ismail khususnya yang sudah membuat pelbagai kerja di kawasan Dun Maharani.
Datuk Zulhairi Ahmad
Walaupun penolakan terhadap calon 'winnable candidate' UMNO itu tidaklah sehingga membuatkan berlakunya pertembungan tiga penjuru seperti di DUN Bukit Naning, namun sumbangan lebih 2000 air mineral kepada petugas Pakatan Rakyat di Markas PAS Parit Bakar, Muar daripada Dato Mohd Ismail itu cukup menunjukkan apa yang berlaku di dalam UMNO Muar.
Satu tugas besar kepada Dato Razali Ibrahim untuk mempertahankan kemenangan di Parlimen Muar selepas sekadar memenangi Parlimen Muar pada 2008 dengan majoriti 4,661 berbanding majoriti 13,415 pada PRU 2004. Semoga pada pilihanraya kali ini, Parlimen Muar akan berjaya dimenangi oleh Pakatan Rakyat melalui calon muda Nor Hizwan Ahmad. Ini kalilah! Tukar. #Hizwan4Muar.
Sdr Nor Hizwan Ahmad mendengar keluhan salah seorang penduduk India di Muar yang masih tidak mendapat IC biru walaupun sudah lama bekerja dengan MIC.
.....
http://pulakdah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan