Isnin, 29 April 2013

AGAMA KURANG DIAMALKAN...DIJADIKAN PERKARA@KERJA SAMPINGAN ATAU TAK AMBIK BERAT....JAHIL TENTANG HALAL HARAM...AGAMA KENA DIBUAT FULL TIME

Faizal Tahir belasah Norman KRU

http://addin77.blogspot.com, 29 Apr 2013
Posted by at 4/28/2013

Faizal Tahir hari ini telah membelasah Norman KRU apabila, Norman KRU yang dipercayai telah menulis di twitternya, seolah tidak percaya kepada rezeki yang datang dari Allah S.W.T tetapi dari pemerintah Umno.
Inilah keruntuhan akidah yang dialami oleh sesetengah penyokong tegar Umno BN yang mempercayai rezeki dari mereka tetapi bukan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Buat Norman, semoga insaf dan bertaubat kerana masih belum terlambat. Kepada Faizal Tahir tahniah kerana berani menyatakan kebenaran.

ALLAHU AKBAR!!


Petugas BN berbalah upah tampal poster

http://www.kedahlanie.info, 29 Apr 2013

Petugas BN dok berbalah bab upah tempek poster & pasang bendera..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaDOZlRQWXoGIGRScibRf1C3iqZwGU-WrKjQcJCDHtrEpR2zPMyTBmrotwUvR-PdhgPKt3X-r98rC59JVteE-F1y_gV0yZyJhY1wIuE9a2oL18gDG94U_80clL9t2yjsP8T44TndvtOBMx/s1600/Picture+011.jpg
dari maklumat kami dapat :
Kos Tampal Poster dan Bendera sehari semalam di..
Pendang - RM30
Jerlun - RM100
Jerai - RM30
Alor Setar - RM25
Pokok Sena - RM30
Sg Petani - RM20
Kulim - RM25
Langkawi - RM50
Kawasan lain nanti kita korek tengok...
Admin - maklumat ni kami dapat dari hasil survey sahabat sahabat yang berlegaran di PDM (Pusat Derah Mengundi) milik BN.. jika mereka bohong maka bohong lah kami...!!

Sambutan luar biasa TG Abdul Hadi...Chegu Bard, Ustaz Yusni hadir

http://kachipemas.blogspot.com, 29 Apr 2013

Sambutan Luar Biasa Sambut Tuan Guru Abdul Hadi Awang Di Pulau Pinang. .Cikgu Bard / Ustaz Yusni Turut hadir

Tuan Guru Abdul Hadi Awang..dan Tamrin Sebelah..manakala Ustaz Yusni Mat Piah Sedang Berucap di Taman Desa Sena ..Tasek Gelugor Pulau Pinang.


TG Abdul Hadi Awang Berucap

Tamrin Ghafar Turut Hadir
TG Abdul Hadi Dan Dato Rahman Maidin Makan Tengah Hari
Chegu Bard Turut Hadir

Kelab Penyokong PAS

Nukilan Abu Luqman...

Isteri Exco Kelantan meninggal dunia

Salmah Mat Husain, 29 Apr 2013
KOTA BHARU: Isteri anggota Exco Kerajaan Kelantan, Datin Fahimah Mahmod, 49, meninggal dunia jam 10.35 malam tadi di Hospital Pakar Perdana, di sini kerana mengidap barah paru-paru.

Datuk Abdul Fattah Mahmood yang juga calon PAS bagi Dun Bukit Panau bersama keluarga terdekat termasuk ibu allahyarham berada di sisi isterinya itu di saat akhir.

Menurut Pegawai Khas Abdul Fatah, Azhar Mohammad, allahyarham tidak sedarkan diri sejak dua hari lalu selepas melakukan pembedahan.

Jelas Azhar lagi, masalah penyakit berkenaan mula disedari lebih dua bulan lalu, bagaimanapun ianya telah berada di tahap empat.

Katanya lagi, dalam tempoh itu allahyarham bertarung dengan penyakit yang bahaya itu.

“Namun allahyarham seorang yang kuat, seorang isteri dan muslimat yang hebat apabila sentiasa memberikan sokongan pada  suami di saat akhir hidupnya.

“Bukan hanya sewaktu datin sihat, sebaliknya ketika allahyarham sakitpun sentiasa memberikan semangat dan dorongan pada Datuk,” ujarnya.

Azhar menambah kata, Sabtu lalu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah menziarahi allahyarham yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya bagi pihak datuk mengucapkan terima kasih kepada semua  yang telah membantu allahyarham sama ada secara langsung atau tidak termasuk menziarahi serta mendoakan kesembuhan allahyarham,” ujarnya.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Kira-kira jam 12.30 malam tadi, jenazah allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Chica.

Allahyarham merupakan seorang guru berijazah dan mengajar di Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin Pasir Pekan.

Jenazah allahyarham akan disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongor, Kota Bharu.

Sebelum itu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Ada hantu di bilik itu

Tuan Ibrahim Tuan Man, 25 Apr 2013


Masa kita kecil, ada cikgu ketika ingin melarang kita pergi ke sesuatu tempat, contohnya seperti 'Bilik khas' yang menyimpan pelbagai peralatan bahaya - mereka kadang-kala menggunakan pendekatan hantu.

"Ada hantu di bilik itu. Jangan pergi sana. Nanti hantu tangkap." - itu adalah kata-kata biasa yang digunakan cikgu dulu.

Sebenarnya hantu tiada. Cikgu cuma menggunakan helah - menanamkan ketakutan pada pelajar supaya mereka tak berani ceroboh tempat di bilik khas.

Prinsipnya - "Manusia bimbang pada perkara yang mereka tidak tahu."

Hantu mereka tidak kenal - maka takut.
Betul ke tak, itu persoalan kedua. Kerana apa yang penting, jangan terserempak dengan hantu. Walaupun sememangnya di sana tiada hantu.

Apabila kita menjadi dewasa... kita sedar dengan teknik cikgu menakutkan kita.

Di medan politik negara juga, perkara yang sama dengan berlaku, terutamanya di kalangan orang Melayu dan orang Cina.

Mereka yang berkuasa sekarang bimbang orang Melayu dan orang Cina akan masuk ke satu bilik khas - ialah "Bilik Perubahan."

Pelbagai cerita dicanangkan untuk menanamkan rasa takut pada orang Melayu.

Siapa yang dijadikan hantu? DAP dan PAS.

Di depan orang Cina, DAP ialah kuda PAS. Satu undi adalah untuk PAS berkuasa seterusnya kehidupan mereka akan terjejas.

Alhamdulilah orang Cina dah sedar siapa hantu sebenar. Bukan PAS mahupun DAP, tapi orang berkuasa yang menjerit hantu.

Di kalangan orang Melayu juga, perkara yang sama berlaku. Mereka ditakutkan dengan hantu-hantu bernama ‘Kekuasaan Orang Cina’, ‘Kehilangan kuasa orang Melayu’ dan ‘PAS ialah kuda DAP’.

Alhamdulilah orang Melayu muda yang berinternet kini tahu siapa hantu sebenar - bukan DAP dan PAS tapi orang yang menjerit hantu tersebut. Tapi ada sebilangan lagi yang tak sedar dan masih terkena "teknik cikgu menakutkan kita."

Sharelah kepada kawan-kawan yang memerlukannya supaya mereka mengenali hantu sebenar.

Senyum

Alkisah seekor kuda…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 27 Apr 2013


Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…

Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur jika Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…”

Pencipta membalas, “Saya sedia menjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”

Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…”

Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat…

30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…

Kuda terkejut… siapa unta itu?

Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”

Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”

Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”

Pencipta itu menjawab:

“Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.

Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”

Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.

Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…

Senyum

Tiada ulasan: