Jumaat, 26 April 2013

ADAKAH KITA SELAMAT....ADAKAH SELAMAT DIAKHIRAT...KEADILAN TETAP SAMPAI...MEREKA YANG JAHAT NAK LARI KEMANA

Timbalan KP Kastam ditembak mati
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Shaharuddin Ibrahim
Shaharuddin Ibrahim. - Foto Ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.
Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.

Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.
Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia.

 Pengarang Utusan: Di Sebelah Sana, di Sebelah Sini
Posted on Friday, April 26 @ 10:16:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



"Di sebelah sana, mereka bekerja atas dasar fisabilillah". Pengakuan pengarang Utusan, Dato' Zaini Hassan. Nilaikan sendiri, dan fikirkan yang mana satu pilihan terbaik untuk anak cucu anda di PRU 13.



Paparan lebih Jelas


Isu Pengurusan Balak di Terengganu
Posted on Friday, April 26 @ 10:07:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA



Dr Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi menjelaskan bahawa bukan satu tuduhan kepada Mat Said (MB), yang menyibuk untuk sumpah laknat kononnya dia tak makan rasuah balak. Tapi kebocoran dan ketirisan pengurusan Mat Said. Jangan pusing cerita nak selamatkan penyelewengan!!!


Paparan Lebih Jelas

 



 Pakatan menang PTPTN hapus
Posted on Friday, April 26 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Apakah perasaan anda apabila tengok perkataan pakatan rakyat menang PTPTN hapus. Sudah tentu ada yang rasa lega tetapi tak kurang juga yang tak boleh percaya.

Ibu Bapa yang anak anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA dan IPTS meminjam PTPTN pasti lega, kerana dapat ringankan satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

Cuba bayangkan mereka yang selama ini terbeban dengan pinjaman yang kena tanggung akan dihapuskan bayaranya. Lebih lebih lagi bagi mereka yang belum dapat kerja, tetap dan kena bayar pinjaman PTPTN sekarang ini.

Jika tak bayar balik pinjaman,mereka telah diberi surat akan kenakan tindakan undang undang ke mahkamah dan didakwa.

Sekarang ini seramai 80 ribu lepas IPTA menanggung beban kerana terpaksa bayar balik pinjaman miskipun belum dapat kerja.

Jadi, apabila ada tawaran pakatan rakyat menang PTPTN di hapus dan pendidikan di Negara ini adalah pendidikan percuma sepertimana janji manifesto Jingga.

Profesor Di Raja Engku Aziz pernah berkata, Cuma RM 8 bilion setahun untuk membiayai pendidikan percuma satu satu tahun.

Jika RM 8 bilion satu tahun, bermakna 4 tahun baru RM 32 bilion berbanding Najib habiskan duit rakyat dikatakan sejumlah RM 58 bilion untuk pertahankan umno/BN PRU 13.

Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos beli undi yang dilakukan Datuk Najib Razak sejumlah RM 58 bilion sepanjang dia jadi perdana menteri.

Jika beli undi boleh dilakukan dengan seweng wenangnya, masakan jadi beban RM 8 bilion untuk melabur dalam bidang eset Negara.(modal insan)

Kalau untuk menang piliharaya umum ke 13 kerajaan sanggup menghabiskan wang sejumlah RM 58 bilion masakan untuk pendidikan Negara tak boleh.

Mana lebih utama membeli undi atau menghabiskan wang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi."


 Najib pertahan haramkan ‘Allah’, tolak debat pilihan raya
Posted on Friday, April 26 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"PM Najib pada wawancara Al-Jazeera dengan Veronica Pedrosa. — Gambar ihsan Al-Jazeera

KUALA LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak telah mezahirkan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengharamkan pengunaan perkataan Arab untuk tuhan, “Allah”, oleh bukan Islam di Malaysia, menurut wawancaranya bersama saluran berita antarabangsa Al –Jazeera.

Perdana menteri kerajaan sementara itu turut memberitahu Veronica Pedrosa dalam wawancara yang akan disiarkan pada Ahad, beliau tidak berminat untuk berdebat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya 5 Mei.

“Konsep Allah berbeza dalam Islam berbanding dalam Kristian, kita tidak seharusnya mengecewakan orang Islam dan orang Islam tidak seharusnya mengecewakan orang Kristian, kita tinggal secara harmoni selama bertahun-tahun dan ianya seharusnya berterusan,” kata beliau dipetik dari petikan wawancara yang diedarkan oleh Al-Jazeera versi bahasa Inggeris.

Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 perkataan “Allah” boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.

Pada 2007, kerajaan menghadkan penggunaan terma tersebut hanya kepada konteks orang Islam sahaja. Ini dibatalkan olah Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian oleh kerana hakim mengatakan ianya tidak mengikut perlembagaan. Putrajaya membuat rayuan mengenai keputusan tersebut dan pelaksanaan singkat keputusan mahkamah 2009 sejak itu telah digantung.

Selepas keputusan mahkamah, terdapat beberapa siri letupan dan pembalingan batu terhadap beberapa rumah ibadat di Kuala Lumpur. Sebahagian daripada pesalah didakwa dan kemudiannya dihukum tetapi kes itu terus terpendam di hati.

Komuniti Kristian berjumlah kurang daripada10 peratus daripada populasi 28 juta di Malaysia akan tetapi kedua-dua Najib dan Anwar telah lama mula menarik mereka sebelum Pilihan Raya 2013

Najib juga mengatakan beliau lebih berminat melibatkan diri orang ramai secara langsung daripada berdebat dengan lawan politiknya.

“Terdapat pelbagai cara untuk sampai kepada rakyat, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… Kita tidak akan berdebat.. kita perlu melibatkan diri dengan rakyat, pembangkang akan melibatkan diri dengan rakyat,” kata Najib kepada Al-Jazeera.

Wawancara Najib akan disiarkan buat pertama kali di seluruh dunia pada 27 April, 12.30 tengah hari (waktu tempatan). Wawancara boleh dilihat melalui Saluruan Astro 513. Ulangan wawancara 30 minit itu akan disiarkan hari Ahad pada pukul 4.40 petang, Isnin 3.30 pagi dan 10.30 malam.

Beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya umum ke 13 dan telah dijadikan pengarah pilihan raya Selangor yang dikuasai oleh PR.

Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri untuk dimenangi pada pilihan raya 5 Mei dan pemerhati menjangkakan BN akan terus menjadi kerajaan dengan majoriti lebih kecil.

Pilihan raya ini dijangka sengit kerana BN yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan, telah memerintah negara semenjak negara Merdeka pada 1957 telah berkempen untuk beberapa inisiatif reformasi yang diperkenalkan oleh Najib yang mula berkhidmat empat tahun lalu.

sumber"



Terima Pelawaan Debat Jika Berani Pertahankan Kampung Bharu
Posted on Friday, April 26 @ 08:05:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI

Saya membaca sepanduk UMNO Bahagian Titiwangsa yang digantung di mana-mana sekitar Kampung Bharu mulai semalam. Banner tersebut tertulis "UMNO Bahagian Titiwangsa tidak akan membiarkan tanah Kampung Bharu diambil walau seinci pun".

UMNO Bahagian Titiwangsa kelihatan tersepit sehingga terpaksa menggantung banner tersebut dalam sekelip mata. Setelah saya respons, Taskforce Kampung Bharu juga respons, dan ramai penduduk Kampung Bharu merungut mengenai masa depan mereka yang tidak keruan, baharu Datuk Johari memberikan responsnya.


Mengapa sekarang beliau memberikan responsnya tatkala parlimen telah dibubar dan pilihanraya umum ke 13 sedang berlangsung. ? Yang dikesalkan rakyat adalah di mana suara-suara lantang UMNO Titiwangsa mahu mempertahankan kampung ini ketika rakyat gegak gempita dan kecoh mahu supaya tanah tersebut dipertahankan selama ini? Siapakah yang sebelum ini mencadangkan supaya 40% tanah Kampung Bharu diberikan kepada bukan bumiputera dan hanya 60% dikekalkan kepada pemilik bumiputera, bukankah itu cadangan daripada UMNO sendiri?Jika Datuk Johari Abdul Ghani, calon BN Titiwangsa menafikan bahawa beliau bersekongkol dengan penyerahan tanah berharga tersebut kepada Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu, mengapa beliau tidak mengkritik serta membantah partinya sendiri yang meluluskannya di Parlimen pada tahun 2011 dahulu? Apakah beliau dan Datuk Raja Nong Chik berada di dua kem yang berlainan dan sedang bergaduh sakan sehingga melibatkan prinsip partinya terhadap kampung tersebut?
Walau apapun, saya mengalu-alukan respons spontan beliau. Sekurang-kurangnya baharu beliau sedar bahawa penduduk dan pewaris Kampung Bharu mempunyai maruah dan harga diri untuk dipertahankan. Penduduk kampung Bharu bukan golongan yang boleh diperdaya begitu mudah.
Taskforce Kampung Bharu telah mencadangkan suatu debat atau dialog antara saya selaku calon PAS di Parlimen Titiwangsa bersama Datuk Johari Abdul Ghani, calon BN di parlimen ini. Tarikh yang diberikan mereka adalah pada 28 April 2013, bertempat di dataran Khatib Koyan, Kampung Bharu. Saya memberikan jawapan dengan segera bahawa saya sanggup bersemuka dengan Datuk Johari dengan jemputan ini di atas isu Kampung Bharu. Saya juga mencabar Datuk Johari agar menerima pelawaan debat ini supaya penduduk Kampung Bharu dapat menilai wakil rakyat yang bakal mereka pilih sebagai pemimpin di Parlimen kelak. Saya berharap beliau menerima pelawaan debat ini setelah 3 kali sebelum ini beliau tidak melayan pelawaan saya berdebat.
Kepada beliau, saya nasihatkan supaya jangan hanya bermain di sebalik sepanduk, poster dan bunting kononnya berani mempertahankan kampung ini tetapi kecut apabila diajak berbincang, berdialog atau berdebat.
"SELAMATKAN TANAH KAMPUNG BARU"

AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI
Calon PAS Parlimen Titiwangsa

 MESTI TONTON: Skandal Yg Melingkupkan Bank Bumiputra -The Banker Who Knew Too Much
Posted on Friday, April 26 @ 08:02:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog wrlr


Video: 49 Minit

Untuk paparan yang lebih jelas





Sumber: wrlr.blogspot.com



Tiada ulasan: