PAS desak SPR pantau salah laku waktu kempen
Hazayani Zakaria, | 24 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis sengaja menyukarkan parti itu untuk berkempen apabila mengenakan pelbagai prosedur terhadap mereka.
Calon PAS bagi P.119 Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, polis sendiri seolah-olah tidak faham undang-undang baru apabila meminta pihaknya memohon permit di bawah Seksyen 27 Akta Polis sebelum mengadakan ceramah atau program yang menghimpunkan orang awam.
Sedangkan jelasnya, di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 27 Akta Polis telah dimansuhkan.
Tambah beliau, Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak terpakai sewaktu kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Kalau polis suruh minta permit, ini bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seolah OCPD sendiri tidak faham undang-undang.
"Program kami bersama Ustaz Azhar Idrus dua hari lepas mendapat gangguan apabila polis dan SPR datang dan menyuruh kami memberhentikan program kerana tidak memohon permit.
"Padahal pada malam itu hanya program kuliah agama, tetapi polis kata tak boleh. Jadi nampak tekanan mula dikenakan ke atas PAS," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) pada sidang media di Pusat Media Parlimen Titiwangsa, Kampung Baru hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap mempersoal tindakan Umno Titiwangsa menjadikan dewan orang ramai di Keramat dan Desa Pandan sebagai bilik gerakan mereka.
"Umno guna kedudukan mereka untuk guna dewan orang ramai dan tindakan ini menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan dewan untuk aktiviti harian," katanya.
Sehubungan itu katanya, PAS Titiwangsa akan menyerahkan memorandum kepada SPR Wilayah Persekutuan di Menara Yayasan Selangor jam 10 pagi esok bagi membantah penyalahgunaan harta awam sepanjang kempen dan tindakan SPR dan polis yang dilihat berat sebelah.
"Esok kami akan serah memorandum kepada SPR membantah sikap mereka yang berat sebelah dan membantah tindakan Umno yang salah gunakan harta awam," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Jangan fitnah polis sudah undi awal semalam
24 April 2013
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohammed Yoosuf berkata, individu yang menyebarkan berita tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Ada sebuah blog yang memulakan fitnah tersebut dan sudah dikongsi di laman sosial yang lain. Ini menyebabkan kekeliruan sehingga menyebabkan orang ramai salah tafsir.
"Jika ada individu yang menyebarkan berita palsu tersebut, mereka boleh diambil keterangan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Katanya, perbuatan tersebut seharusnya tidak berlaku kerana boleh menimbulkan suasana tidak sihat.
Dalam pada itu katanya, polis menerima 245 laporan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 632 sejak penamaan calon, Sabtu lalu.
Katanya, antara yang dilaporkan adalah edar risalah berkaitan kempen PRU13 di sebuah klinik kesihatan di Perlis; merosakkan papan iklan gergasi di Kuala Nerang,
Kedah; letupan yang menyebabkan seorang cedera di Nibong Tebal: dan tikam serta hiris perut di Johor.
"Adakah ini sifat harmoni yang ada dalam diri kita semua? Jika ada sifat harmoni, insiden khianat, serang, tikam dan menyebarkan fitnah tidak akan berlaku. Kita perlu tanya diri kita sendiri," katanya.
Katanya, tujuh individu juga ditahan semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan sebanyak 22 orang.
PKR mahu SPR beri penjelasan kertas undi awal polis
24 April 2013
Sedangkan dakwa beliau, kertas undi tersebut sepatutnya diedarkan hari ini.
"Persoalannya sekarang, mengapa SPR mengeluarkan kerta undi itu lebih awal kepada pihak polis?
"Kami juga mendesak SPR memberi penjelasan apabila kertas undi dikeluarkan, bagaimanakah ia disimpan, siapa yang menjaganya dalam memastikan kertas undi itu tidak dimanipulasikan?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, haei ini.
Ketika ditanya media mengenai maklumat mengenai edaran kertas undi itu, Dr Wan Azizah mendakwa beliau mendapati maklumat itu dikeluarkan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu, dalam sidang media di Bukit Aman pagi tadi, pihak polis telah memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan fitnah mengatakan pasukan keselamatan itu mengundi awal semalam, bukan pada tarikh yang ditetapkan iaitu 30 April.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohammed Yoosuf berkata, individu yang menyebarkan berita tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
'Umno sudah hilang konsentrasi'
24 April 2013
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno tidak dinafikan telah berjasa membawa kemajuan, tetapi sudah tiba masanya pemerintahan berubah untuk kerajaan yang lebih bermakna.
Menurutnya, kesatuan Pas bersama DAP dan PKR mampu memberi erti sebenar makna sebuah gabungan yang sekian lama diinginkan rakyat di negara ini.
“Umno bukan tiada jasa, tetapi sampai masanya dia macam dah tak boleh dah... dah hilang upaya, dah mula jadi kurang upaya.
“Barangkali dah lama sangat, dah letih, jadi konsentrasi di pelbagai tempat itu sudah tiada lagi,” katanya ketika Ceramah Perdana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PR, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, kelmarin.
Beliau berkata, Pas sebuah parti yang mempunyai perancangan dengan meletakkan tokoh-tokoh tertentu khususnya di Shah Alam, Putrajaya, Pulau Pinang dan beberapa bandar lain seluruh negara.
Pernah berkhidmat 11 tahun sebagai Menteri Besar, Muhammad berkata, kini sudah tiba masanya beliau membantu PR untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu membawa perubahan secara menyeluruh.
Khususnya di Selangor katanya, Bandaraya Shah Alam memerlukan perubahan kerana disifatkan seperti tidak lagi mempunyai jiwa dan sama seperti bandar - bandar lain.
“Selangor sudah dibangunkan dan Shah Alam berjaya diwujudkan sebagai bandar Melayu dahulu akan tetapi, lama kelamaan ia kelihatan tiada isinya.
“Objektif nak bangunkan Shah Alam sebagai pusat membudayakan Melayu dan Islam masih belum kesampaian dan saya percaya Pas bersama komponen PR lain mampu merealisasikannya dengan kredibiliti yang dapat dilihat sekarang ini,” katanya.
Aisah: Lawan MB bukan tugas mudah
24 April 2013
Ini kali kedua Aisah, 56, menentang Mohamad kerana pada PRU12 lalu, beliau tewas dengan majoriti 3,783.
Pilihan raya kali ini dianggap sebagai misi menebus kembali kekalahan, namun calon yang dianggap 'wanita besi' Pakatan Rakyat itu sedikit pun tidak gentar atau patah semangat melihat lawannya satu nama besar serta berpengaruh dalam bidang politik.
Aisah yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan sudah berkecimpung dalam politik sejak 15 tahun lalu berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan Mohamad.
Katanya, selain berkempen menerangkan manifesto PR, beliau akan mengupas kembali janji dilontarkan menteri besar kepada rakyat sebelum ini.
“Kita akan ungkap balik apabila ada janji-janji menteri besar pada pilihan raya umum lalu masih tidak ditunaikan,” kata ibu kepada lima orang anak itu.
Graduan dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu bagaimanapun mengakui tugasnya bukanlah mudah kerana Dun Rantau merupakan kubu kuat BN.
“Nampak peluang menang tetap ada walaupun tipis dan sebab itu, saya melipat gandakan gerak kerja jentera dalam usaha menarik sokongan,” katanya.
Calon dakwa poster dibuang, diganti gambar Najib
Bagi
Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) - parti Sabah yang pertama kali
mencuba nasib di semenanjung - bukan sahaja bertanding pilihan raya,
menggantung posternya sudah begitu mencabar.
Di Alor Setar, calon Parlimen itu dan DUN Bakar Bata Jawahar Raja Abdul Wahid mendakwa poster yang ditampal lebih awal dibuang dan digantikan dengan poster gambar Datuk Seri Najib Razak.
Selain di pokok dekat pondok panasnya di berdekatan pasar sehari Taman Wira dalam DUN Bakar Bata, beliau mendakwa sekurang-sekurangnya 10 keping poster calonnya menjadi mangsa di kawasan itu dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 5 pagi tadi.
Kayu bendera partinya yang dipacak di sekitar pondok panas juga telah dikepak, tambahnya dengan nada kecewa.
"Saya tidak mahu menuduh siapa. Saya menyerahkan kepada polis untuk menyiasatnya," katanya sambil menambah beliau akan membuat laporan polis hari ini.
Sementara itu, Jawahar juga mendakwa kain rentang yang membaluti pondok pasal ditemui mempunyai kesan terbakar sehingga berlubang.
Jawahar dilihat bakal menghadapi tugas sukar menentang penyandang Datuk Seri Chor Chee di Alor Setar dan Pengerusi Undang-undang PKR Gooi Hsiao Leung.
Bagi Dun Bakar Bata pula, BN mencalonkan penyandang Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan akan ditentang bekas pegawai akhbar ketua pembangkang, Mohd Eekmal Ahmad.
Di Alor Setar, calon Parlimen itu dan DUN Bakar Bata Jawahar Raja Abdul Wahid mendakwa poster yang ditampal lebih awal dibuang dan digantikan dengan poster gambar Datuk Seri Najib Razak.
Selain di pokok dekat pondok panasnya di berdekatan pasar sehari Taman Wira dalam DUN Bakar Bata, beliau mendakwa sekurang-sekurangnya 10 keping poster calonnya menjadi mangsa di kawasan itu dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 5 pagi tadi.
Kayu bendera partinya yang dipacak di sekitar pondok panas juga telah dikepak, tambahnya dengan nada kecewa.
"Saya tidak mahu menuduh siapa. Saya menyerahkan kepada polis untuk menyiasatnya," katanya sambil menambah beliau akan membuat laporan polis hari ini.
Sementara itu, Jawahar juga mendakwa kain rentang yang membaluti pondok pasal ditemui mempunyai kesan terbakar sehingga berlubang.
Jawahar dilihat bakal menghadapi tugas sukar menentang penyandang Datuk Seri Chor Chee di Alor Setar dan Pengerusi Undang-undang PKR Gooi Hsiao Leung.
Bagi Dun Bakar Bata pula, BN mencalonkan penyandang Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan akan ditentang bekas pegawai akhbar ketua pembangkang, Mohd Eekmal Ahmad.
Pencalonan Zul Noordin makan diri BN - KPRU
Harakahdaily, | 24 Apr 2013 |
Langkah ini juga bercanggah dengan konsep ‘1Malaysia’ yang begitu dilaungkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seperti yang diketahui ramai, Zulkifli Noordin terdahulunya sebelum dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2010 adalah wakil rakyat di bawah PKR.
Ketika beliau menjadi wakil rakyat di bawah PKR, beliau telah mula menunjukkan sikap untuk mengungkap kata-kata bersifat perkauman.
(CIUMAN MAUT...sambil cium, penyokong BN ini mencekik leher Zul Nordin)
Sebelum beliau mula menunjukkan sikap perkauman beliau itu, dalam sebuah temu ramah dengan sebuah akhbar dalam talian pada tahun 2008, beliau mengungkap, “saya seorang Ahli Parlimen (MP) yang berkhidmat untuk semua orang tidak kira agama, bangsa dan latar belakang.
"Pusat Perkhimatan saya diuruskan oleh kaum Melayu, Cina dan India, malah kakitangan saya yang paling rajin merupakan seorang kaum India”.
Kata-kata ini akhirnya dibidas sendiri oleh Zulkifli Noordin dengan kata-kata perkaumannya dalam beberapa klip video dan penulisan dalam blognya.
Pendirian ekstremisme Zulkifli mula kelihatan pada tahun yang sama, dalam sebuah insiden di mana beliau mencerobohi sebuah forum Majlis Peguam mengenai isu pertukaran agama.
Dalam insiden itu, beliau dilaporkan mengutarakan dakwaan bahawa jika Majlis Peguam meneruskan keangkuhan anti Islam mereka, mereka akan berhadapan dengan beliau, di mana beliau akan mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam.
Dalam sebuah klip video lapan tahun yang lalu yang baru ditonjolkan pada Mac 2013, Zulkifli Noordin mengambil peluang untuk menghina kaum India dengan mempersoalkan kesucian Sungai Ganges.
Menurut beliau dalam sebuah video klip, “Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung”.
Dalam video yang sama, Zulkifli Noordin juga mengambil peluang untuk menyatakan yang berikut mengenai pembelian tuhan Hindu yang patah, “Ramai orang India berebut untuk membeli patung-patung dewa gajah, walaupun satu dari hidungnya yang patah... Saya bertanya si penjual mengapa mereka membeli tuhan ini, beliau berkata, 'tidak pernah fikiran kita akan memperbaiki semula hidung tersebut.”
Sambung beliau lagi dalam video tersebut, “mereka (kaum India) tau ianya bodoh” (merujuk kepada tindakan meperbaiki hidung patung tuhan yang patah itu).
Begitu juga, kata-kata Zulkifli Noordin dalam sebuah klip video yang sama, beliau turut menggelar kaum India dan kaum Cina sebagai pendatang haram yang dibawa masuk oleh British ketika zaman penjajahan British dahulu.
Menurut beliau, mereka hanya dijadikan warganegara negara ini menurut "kontrak sosial" antara kaum India, Cina dan Melayu.
Selepas video itu, muncul pula sebuah lagi video yang menunjukkan Zulkifli Noordin mengeluarkan kata-kata yang berikut, “Ada badigol Baghdad ni percaya, entah keling mana bawa kitab Hindu dia, ‘saya ada tengok, saya ada bukti’. Keling ni bawa kitab Hindu sumpah, dia percaya”.
Zulkifli Noordin akhirnya dipecat pada tahun 2010 kerana tindak-tanduk beliau yang seakan-akan menunjukkan beliau tidak lagi merupakan ahli parti PKR dan sebaliknya mencerminkan seakan-akan beliau merupakan ahli politik parti Umno.
Ini ditambah dengan saman yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Khalid Samad dan tindakan beliau di Majlis Peguam, beliau tidak lagi mempunyai sebab untuk menyembunyikan sikap ekstremis beliau.
"KPRU mempercayai pencalonan Zulkifli Nordin akan makan diri Umno kerana warga Malaysia yang bijak teknologi yang sudah melihat gelagat Zulkifli Noordin di internet dan klip-klip videonya mempercayai beliau seorang ekstremis yang tidak layak untuk meraih undi daripada mana-mana kaum dalam negara ini," kata kenyataan itu.
Beliau tidak mencerminkan sikap cinta keamanan rakyat dan pencalonannya mencerminkan Najib sebagai pemimpin politik yang memulaukan kaum India dan kaum Cina serta menggalakkan sikap ekstremis dalam negara di mana konsep ekstremis sebenarnya ditolak oleh rakyat Malaysia.
Pencalonan Zulkifli Noordin akan membawa kebaikan kepada pakatan pembangkang dan yang akan mengalami kerugian adalah BN dan bukannya Pakatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan