Nasrudin lawan Saifudin di Temerloh
Anis Nazri dan Khairy Atan, | 20 Apr 2013 |
(Calon Pakatan di Temerloh)
TEMERLOH: P088 Temerloh menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN) apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan calon-calon bertanding tepat jam 11 pagi ini.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan akan menentang penyandang kerusi parlimen tersebut, Datuk Saifudin Abdullah daripada BN.
Nasruddin telah menyerahkan borang penamaan pada jam 9.15 pagi, manakala Saifuddin pada jam 9.10 pagi.
Pertembungan dua penjuru juga membabitkan ketiga-tiga Dun di bawah parlimen Temerloh iaitu, N30 Mentakab, N31 Lanchang dan N32 Kuala Semantan.
Di Mentakab, calon DAP, Tengku Zulpuri Shah Puji akan menentang calon BN, Chua Boon Siong, manakala di Lanchang, Ahmad Nizam Hamid dari PKR akan menentang Mohd Shakar Shansuddin.
Sementara itu, di N32 Kuala Semantan, calon PAS, Syed Hamid Syed Mohamed akan menentang calon BN, Mohd Anuar Mohd Yunus.
Selesai pengumuman rasmi itu, kesemua calon Pakatan Rakyat bergerak menuju ke arah kumpulan penyokong yang terus bersemangat melaungkan takbir.
Seawal 9 pagi, penyokong BN begitu mendominasi suasana, bagaimanapun satu jam selepas itu, para penyokong Pakatan Rakyat mula mengambil alih suasana sehingga tempoh bersurai.
Semangat para penyokong Pakatan Rakyat semakin membara sehingga mereka bersurai pada jam 11.30 pagi.
Pada pilihan raya umum 2008 Saifuddin menang di Perliman Temerloh mengalahkan Ahmad Nizam dengan majoriti 2,441 undi. Saifuddin mendapat 21,381 manakala Nizam 18,940 undi.
Sementara itu perarakan calon-calon PAS pagi ini bermula di Lurah Temerloh menempatkan calon-calon dari PR bagi Parlimen Temerloh dan Parlimen Kuala Krau dengan disertai lebih 3,000 penyokong.
Calon-calon Parlimen Temerloh dan Dun-Dun dalamnya berarak ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, manakala calon Parlimen Kuala Krau serta Dun Jengka, Jenderak dan Kerdau bergerak ke pejabat Majlis Perbandaran Temerloh di bangunan Plaza.
Topi keselamatan lambang untuk berkhidmat
Harakahdaily, | 20 Apr 2013 |
(Dari kiri Tengku Maraziah, Gan Pei Nee, Zaidy dan William memakai topi untuk berkhidmat)
SELAYANG: Calon-calon Pakatan Rakyat Parlimen Selayang mempunyai cara tersendiri di hari penamaan calon bagi menunjukkan mereka sedia berkhidmat untuk rakyat.
Hari ini, mereka datang ke pusat penamaan calon dengan memakai 'topi keselamatan' bagi menunjukkan mereka sedia berkhidmat untuk rakyat.
Ke empat-empat mereka, William Leong (Parlimen Selayang), Zaidy Talib (DUN Taman Templer), Tengku Maraziah (Kuang) dan Gan Pei Nee (Rawang) memakai topi berwarna kuning air itu hari ini.
Zaidy yang merupakan Yang Dipertua PAS Selayang menjadi calon PAS kali ini bagi menentang calon BN dari Umno.
Kamilia tanding bebas, letak semua jawatan Umno
Harakahdaily, | 20 Apr 2013 |
"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.
Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.
Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.
"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.
Sebagaimana jangkaan, calon Umno Pasir Mas hilang
Harakahdaily, | 20 Apr 2013 |
(Ibrahim bersama Tun Dr Mahathir dalam satu majlis sebelum ini)
PASIR MAS: Sebagaimana dijangka Harakahdaily, calon BN Pasir Mas tidak akan bertanding bagi memberikan laluan kepada Datuk Ibrahim Ali sebagai calon bebas.
Datuk Johan Che Pa, orang yang dinamakan sebagai calon BN di sini tidak muncul pagi ini sebaliknya Ibrahim Ali yang menjadi satu-satunya calon bebas melawan PAS.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan calon BN tidak akan menyertai pertandingan ini.
Penamaan beliau hanya wayang BN untuk mengelak tekanan dari rakan-rakan BN yang tidak boleh menerima Ibrahim Ali sebagai calon.
SMS beterbangan sebaik sahaja Che Johan dinamakan sebagai calon BN di Pasir Mas oleh BN mengatakan calon BN itu tidak akan bertanding atas masalah teknikal.
Datuk Ibrahim Ali akan bertanding atas bebas menentang calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.
Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.
Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.
BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.
LAPORAN HARAKAHDAILY SEBELUM INI
Calon BN Pasir Mas akan terbatal kerana masalah teknikal?
Husam akan hilang wang deposit - Tg Adnan
Salmiyah Harun, | 20 Apr 2013 |
Adnan yang merupakan Setiausaha Agung Umno berkata demikian ketika bercakap kepada para pemberita hari ini.
Adnan mengimbau kembali pilihan raya 2004 di mana calon pembangkang ketika itu hilang wang deposit.
Husam, Naib Presiden PAS akan bertanding melawan Tengku Adnan secara satu lawan satu dalam pilihan raya ini.
Beliau juga bertanding di DUN Salor, Kubang Kerian Kelantan.
Sikap sombong dan cakap besar Adnan ini dipercayai akan makan tuan selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan