Posted on Tuesday, April 30 @ 11:48:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: al-bahanj
"Sungguh dahsyat perbuatan TUDUH-MENUDUH dan FITNAH-MENFITNAH musim-musim pilihanraya begini. Hadith di dalam tulisan ini memberikan khabar ancaman buat orang/pihak yang selalu menuduh dan menfitnah. Dan memberikan berita kelegaan dan kegembiraan buatmangsa tuduh dan fitnah. Silalah baca untuk ambil manfaat:
Tiada pembalasan dan pembelaan yang paling agung melainkan pembalasan dan pembelaan pada Hari Akhirat.
Di
dunia, barangkali seseorang yang zalim itu boleh terlepas dari hukuman
kezalimannya. Dan barangkali seseorang yang dizalimi tidak bisa
mendapat pembelaan yang sewajarnya ketika di dunia. Tetapi, di Akhirat
awas bagi para penzalim. Di sana pembalasan pasti tiba dengan
dahsyatnya. Dan senyumlah wahai orang-orang yang kena zalim. Kerana di
sana kalian bakal mendapat pembelaan seadil-adilnya.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:
أتدرون ما المفلِسُ ؟ قالوا : المفلِسُ فينا من لا درهمَ له ولا متاعَ . فقال : إنَّ المفلسَ من أمَّتي ، يأتي يومَ القيامةِ بصلاةٍ وصيامٍ وزكاةٍ ، ويأتي قد شتم هذا ، وقذف هذا ، وأكل مالَ هذا ، وسفك دمَ هذا ، وضرب هذا . فيُعطَى هذا من حسناتِه وهذا من حسناتِه . فإن فَنِيَتْ حسناتُه ، قبل أن يقضيَ ما عليه ، أخذ من خطاياهم فطُرِحت عليه . ثمَّ طُرِح في النَّارِYang lebih kurang maksudnya:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”
Para sahabat menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai wang atau pun harta benda.”Lalu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina orang, menuduh orang, memakan harta orang lain, membunuh dan memukul orang. Lalu diberi segala pahala amal-amalnya itu kepada orang yang pernah dia zalimi ketika di dunia. Jika telah habis pahalanya sebelum dapat dibayar kepada orang yang dizaliminya, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut akan dilemparkan kepadanya pula, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam Api Neraka!”(Hadith Riwayat Muslim)
Berita Gerun Buat Si Zalim
Apabila
membaca hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di atas, hati kita
bisa didatangi dua perasaan. Pertama, takut dan gementar kalau-kalau
ada perbuatan zalim kita kepada orang lain masih belum diampuni atau
selesaikan di dunia ini.
Ya, perasaan
itulah yang mula-mula menyinggah ke dalam hati kita. Walau mungkin
banyak amal di dunia, tetapi pahala-pahala amal tersebut bisa diserahkan
buat orang yang pernah kita hina, tuduh, curi, rompak, bunuh, pukul dan
seumpamanya. Itu jika banyak. Bagaimana jika amal kita sedikit?
Jika
pahala amal tidak mencukupi, bahkan dosa-dosa orang yang pernah kita
zalimi itu bakal dibebankan ke atas diri kita pula. Na`udzu billahi min
dzalik.
Hadith di atas cukup
menginsafkan kita betapa kita mesti menjaga diri dari menzalimi orang
lain samada secara sengaja atau tidak sengaja. Jika menyedari bahawa
kita pernah menzalimi orang lain, maka tiada cara lain melainkan segera
bertaubat, minta ampun kepada orang yang pernah kita zalimi dan
selesaikan ketika masih hidup di dunia. Jika tidak, kedahsyatan bakal
menemui kita pada Hari Akhirat nanti.
Berita Gembira Buat Mangsa Hina, Tuduh, Curi, Rompak, Bunuh & Pukul
Dan
perasaan yang kedua yang bisa hadir ke dalam hati kita selepas membaca
hadith di atas ialah hati ini bisa berasa tenang dan redha akan
kezaliman yang kini menimpa diri ketika di dunia. Kerana percaya bahawa
pasti akan ada pembelaan dan keberuntungan buat diri yang sabar dengan
musibah dan kesusahan yang menimpa.
Hadith
di atas boleh menjadi berita gembira buat kita yang barangkali kini
sedang dizalimi. Cubalah untuk senyum dan bayangkan pahala-pahala amal
orang yang mencaci kita, menuduh kita, menfitnah kita, mengumpat kita
atau melakukan lain-lain perbuatan zalim bakal diserahkan kepada kita
lalu memberatkan lagi timbangan kebaikan kita. ALLAHU AKBAR! Dan
malahan dosa-dosa kita barangkali bisa dipikul pula oleh orang-orang
yang pernah berbuat jahat kepada kita ketika di dunia.
Rasa
takut dan harap sentiasa bermanfaat buat para mukmin. Apabila dia
membaca ayat-ayat ancaman, hatinya menjadi takut lalu hatinya menjadi
dekat kepada ALLAH. Apabila dia membaca ayat-ayat yang menggembirakan,
hatinya menjadi harap kepada rahmat ALLAH lalu mendekatkan juga dirinya
kepada ALLAH.
Semoga hidayah dan taufiq ALLAH sentiasa membimbing kita menjalani kehidupan yang sementara ini, amin…
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2013/04/30/siapakah-orang-yang-muflis/ "
Perutusan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2013
Posted on Tuesday, April 30 @ 12:01:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
1 Mei datang lagi. Tahun 2013 ini Hari Pekerja di Malaysia disambut pada Rabu, bersamaan 20 Jamadil Akhir 1434 Hijrah. Ia merupakan kali ke-34 cuti umum sempena Hari Pekerja disambut oleh golongan pekerja di Malaysia setelah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja di Malaysia.
Pekerja adalah merupakan aset negara yang penting, yang perlu dijaga, dipelihara dan dilindungi. Justeru itu saya amat yakin Manifesto Pakatan Rakyat yang bertemakan MANIFESTO RAKYAT , PAKATAN HARAPAN RAKYAT akan memberi tawaran yang lebih baik kepada pekerja di negara ini, khususnya di Negeri Sembilan.
Antara isi kandungan Manifesto Pakatan Rakyat yang berkaitan dengan pekerja adalah seperti berikut :
1. Pakatan Rakyat akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru dibuka untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan 1 juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.
2. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan pengenalan gaji minima, setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.
3. Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan bertujuan memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memjamin jumlah pekerjaan tidak terjejas dengan pelaksanan gaji minima.
4. Hubungan kesatuan sekerja dan majikan seringkali disukarkan oleh kecenderongan kerajaan berpihak kepada majikan. Pakatan Rakyat percaya bahawa kemakmuran ekonomi negara ditentukan bersama oleh golongan pekerja dan majikan. Suasana yang adil dan telus kepada golongan pekerja dan majikan akan meningkatkan produktiviti.Pakatan Rakyat akan menghapuskan semua undang-undang dan peraturan yang berat sebelah dan menindas golongan pekerja.
5. Jalur pendapatan (income band) yang digunakan bagi tujuan cukai peribadi akan dirombak untuk menggambarkan kedudukan ekonomi semasa rakyat. Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang. Ini bertujuan menggambarkan realiti kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.
Selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, saya percaya dengan kerjasama erat antara PKR dan DAP di negeri ini dalam Pakatan Rakyat, nasib para pekerja di negeri ini akan lebih terbela sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRU-13 nanti.
"Selamat Menyambut Hari Pekerja".
Terima kasih.
HJ. MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN
http://mohdtaufek.blogspot.com
www.facebook.com/hjtaufek
Anwar alu-alukan Najib ke Pulau Pinang hari ini
Mohd Sabri Said, | 30 Apr 2013 |
PERMATANG PAUH:
"Selamat datang wahai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Pulau
Pinang terutamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga, Juru di
Seberang Prai Tengah dan malamnya di sebuah hotel terkemuka sebelah
pulau," pelawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap
di pentas rakyat bersama tiga calon Pakatan Rakyat yang bertanding Dun
Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.
Berucap di tapak Pasar Malam Ampang Jajar malam tadi, Anwar menyifatkan kunjungan Najib hari ini bukan menyatukan fikrah Umno tetapi berhasrat memecahbelahkan sesama sendiri.
Katanya, apabila Najib berkempen, katanya yang dikeluarkan ialah bantuan untuk sekolah, kesihatan dan harapan kepada generasi muda supaya menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang rendah moral serta menggadai Islam.
"Dia (Najib) turun bukan saja-saja mesti ada yang tak kena pada jentera pilihanraya (Umno BN). Di Penaga dia rasa tertekan dan keseluruhan Parlimen Kepala Batas pun serupa apatah lagi di Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kepada calon yang kurang diterima masyarakat," tegasnya.
Beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa turun ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said dalam Dun Sungai Dua di Parlimen Tasek Gelugor.
Ini ekoran tindakan bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Sharif Omar bertindak mencabar calon BN, Shabudin Yahya atas tiket Bebas yang berlogokan kunci.
Berucap di tapak Pasar Malam Ampang Jajar malam tadi, Anwar menyifatkan kunjungan Najib hari ini bukan menyatukan fikrah Umno tetapi berhasrat memecahbelahkan sesama sendiri.
Katanya, apabila Najib berkempen, katanya yang dikeluarkan ialah bantuan untuk sekolah, kesihatan dan harapan kepada generasi muda supaya menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang rendah moral serta menggadai Islam.
"Dia (Najib) turun bukan saja-saja mesti ada yang tak kena pada jentera pilihanraya (Umno BN). Di Penaga dia rasa tertekan dan keseluruhan Parlimen Kepala Batas pun serupa apatah lagi di Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kepada calon yang kurang diterima masyarakat," tegasnya.
Beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa turun ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said dalam Dun Sungai Dua di Parlimen Tasek Gelugor.
Ini ekoran tindakan bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Sharif Omar bertindak mencabar calon BN, Shabudin Yahya atas tiket Bebas yang berlogokan kunci.
Apa salah billboard Tun Musa Hitam? - Asmuni
Muhammad Faeez Azahar, | 30 Apr 2013 |
Menurutnya, billboard yang memaparkan kenyataan Tun Musa Hitam yang mengatakan bahawa “Negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah” itu tidak melanggar sebarang etika pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR.
Jelas beliau, PAS persoalkan etika mana yang SPR gunakan untuk menghalang PAS menaikkan billboard kenyataan Tun Musa Hitam tersebut.
Asmuni berkata, Peraturan 7.6 (a) Tata Etika Pilihanraya hanya melarang pemasangan billboard yang mengandungi slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang berbentuk sindiran dan mengejek sahaja.
“Tetapi apa yang dinyatakan oleh Tun Musa Hitam itu merupakan satu kenyataan fakta. Kenyataan tersebut merupakan satu bentuk pengakuan dan pengiktirafan beliau terhadap kebaikan tawaran-tawaran yang kita tawarkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat”, jelas beliau.
“Kenyataan itu juga bukanlah satu kenyataan fitnah dan menyerang serta tidak menyakitkan hati mana-mana pihak kerana kita tidak paparkan pun nama Umno dalam Billboard itu”, jelas beliau lagi.
Tegas Calon PAS Dun Manjoi itu, kenyataan Tun Musa Hitam itu merupakan satu sangkalan terhadap dakwaan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah, negara akan menjadi bangkrup.
Tambahnya lagi, SPR tidak mempunyai sebab untuk mengarahkan agar billboard tersebut dicabut kerana kenyataan yang dipaparkan tersebut merupakan kenyataan ahli politik dan dibuat kepada awam.
“Tun Musa Hitam adalah seorang ahli politik dan merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka kenyataannya itu boleh diambil oleh mana-mana pihak.
Tegas Asmuni, kenyataan Tun Musa Hitam itu bukanlah kenyataan yang dibuat secara tertutup tetapi dibuat dalam majlis umum yang dihadiri oleh orang awam dan telah disebar luas termasuk oleh akhbar Sinar Harian.
“Oleh itu, mana-mana pihak berhak untuk mengambil kenyataannya itu terutamanya Pakatan Rakyat kerana ia merupakan satu pengiktirafan terhadap Manifesto Pakatan Rakyat.
“Perkara seperti ini turut dilakukan oleh BN misalnya di pilihanraya kecil Galas dan Bagan Pinang yang mana BN telah menggunakan secara meluas gambar Najib menziarahi Tok Guru Nik Aziz di hospital sebagai bahan kempen pilihanraya mereka di sana.
"Kita tidak boleh menghalang perbuatan mereka itu kerana ia merupakan kejadian yang benar,” jelasnya.
Kertas undi keluar dua kali, PAS lapor polis
Khairil Abdul Rahim, | 30 Apr 2013 |
Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.
Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.
“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.
“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.
Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.
Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi.
Luar Biasa Lebih 70,000 hadiri Ceramah DSAI dan DAP di Penang
Posted on Tuesday, April 30 @ 11:50:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: abuluqman
"
Anggaran seramai 70,000 penyokong yang hadir, di Ceramah DSAI dan DAP Penang. Ini menunjukkan Penang akan kekal kepada PR..
Tanpa jemput K POP PR berjaya menghimpun seramai 70,000..The Best Ever For PRU 13
The Han Chiang field is said to be able to fill 60,000 people
. However, people spilled to the main road along Jalan Air Itam
and also the roads surrounding Han Chiang. The organiser
estimated approximately 70,000 people were there.
Lebih 20,000 hadiri ceramah DSAI di Permatang Pauh Semalam
Pulau Pinang Sekali lagi akan kekal kepada PR..Bravo..BRO. Sek Han
Chiang ..boleh muat sampai 60,000 sahaja..yang hadir anggaran seramai
70,000 orang. allah hu akhbar kutipan derma PRU 13 sampai Rm 263,851
sebab parti miskin tak minta dari kroni..
Nikilan Abu Luqman ...
Berita Terkini Klik SINI dan jadi FAN PAGE FB
Pas Cawangan Pak Kuning shared Senyum PakKam MakKam's photo.
Kata-kata hikmah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat;"Kita hidup di dunia bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai akhirat. Macam mana nak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja tak pernah fikir tentang akhirat?" — with Ramli Talib....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan