Isnin, 29 April 2013

TERANG JADI ORANG JAHAT....MENGAIBKAN ORANG....DAN BELUM TENTU BETUL PULAK....TIADA MORAL....LANGGAR PERKARA YANG DILARANG ALLAH....MEMANG NAK CARI NAHAS

Kumutha: Saya bukan calon bermusim
Posted on Monday, April 29 @ 21:02:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber YT CitizenJournalistsMY

"Saya bukannya calon bermusim, malah sejak kekalahan saya dalam PRU yang lepas, saya senantiasa bersama sama dengan penduduk Tiram untuk menyelesaikan masalah mereka."

Begitulah jawapan calon Pakatan Rakyat Kumutha Rahman, apabila ditanya mengenai dakwaan Utusan Malaysia yang mengatakannya sebagai calon bermusim.

Kumutha yang bertandingan di DUN N40 Tiram juga merupakan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas. Ini merupakan kali kedua Kumutha bertanding mewakili PAS di atas tiket PKR.



Kumutha yang merupakan seorang peguam berkata segala aktivithinya dimuatkan dalam halaman sosial "Facebook".

Katanya lagi antara masalah utama yang dialami oleh penduduk di kawasan Tiram adalah masalah pemilikan tanah.

"Penduduk di kawasan seperti Felda Cahaya Masai, Cahaya Baharu dan Kota Masai mengalami masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh ADUN Barisan Nasional selama dua penggal," ujarnya lagi.

Kumutha juga menyelar sikap akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan sesuatu tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Kenali calon anda bagi Dun N.40 Tiram.
Cik Kumutha Rahman
34 tahun

Pendidikan
1986-1989 Sekolah Rendah Tanjung Puteri
1990-1991 Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Amar
1992-1996 Sek. Men. Keb. Taman Johor Jaya 1
Pra-U STPM (Calon Persendirian)
Tahun 1 & 2 di Kolej Stamford PJ (Undang-undang)
Ijazah Akhir di University of Northumbria, Newcastle

Pengalaman Kerjaya
Penasihat Undang-undang

Jawatan Parti
Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia

Jawatan Kemasyrakatan
Setiausaha Persatuan Taman Mount Austin



Untuk maklumat terkini, sila lawati Facebook Cik Kumutha Rahman

Sumber: Youtube CitizenJournalistsMY


Di mana Akhlak UMNO?? Tayang DVD Lucah Dalam Ceremah!
Posted on Monday, April 29 @ 20:47:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh ALBA



Di mana akhlak UMNO sanggup tayang DVD lucah kepada pak aji dan mak aji yang baru balik daripada solat. Bukan itu sahaja, malah ada kanak-kanak kecil dalam majlis berkenaan.

UMNO Terengganu juga terlibat dalam perkara ini malah DVD lucah boleh diambil di Penyelaras DUN UMNO selain diedar rumah ke rumah.




Paparan lebih besar


Tukar kerajaan, rakyat tak rugi

Posted on Monday, April 29 @ 19:03:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: anaabdullah

"Jangan takutlah, kerana kerajaan bertukar rakyat tidak rugi apa apa pun. Yang rugi, ialah para menteri dan para timbalan menteri.

Yang paling rugi dan merugikan ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka takut yang amat sangat apabila rakyat nak tukar kerajaan sekarang dengan kerajaan baru.

Bukan setkat itu shaja malahan mereka sangat takut dan menjadi trauma apabila dengar kata kata ubah sekali.
Rakyat tidak perlu takut, kerana kerajaan baru, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri orang tidak ada pengalaman kononya boleh memerintah sama macam mereka juga.
Yang melaksanakan tugas pentadbiran kerajaan baru bukan perdana menteri, dan bukan timbalan perdna menteri atau bukan menteri menteri yang baru dilantik.
Oleh itu, jangan sekali kali takut dengan dakyah yang mengatakan Negara akan hancur jika Malaysia berperdanakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atau Malaysia berperdana menterikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana yang akan menjalankan tugas adalah penjawat awam yang ada pengalaman puluhan tahun sebagai pentadbir.
Jadi janganlah takut untuk ubah kerajaan yang ada, kerana kerajaan yang ada telah diterajui oleh mereka yang tidak amanah dan banyak melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa.
Disebalik salahgunakuasa mereka jelas dan nyata sah sudah menjadi pengkhianat bangsa melayu, agama Islam dan Negara.
Maka ada lebih baik kita tukar dan ubah sekali agar parti pakatan rakyat pula mengambil alih kerajaan setelah 50 tahun lebih parti umno/BN memerintah.
Kita rasa dahulu. Jika kerajaan baru tidak boleh cipta rekod yang baik boleh buat keputusan tukar dan ubah lagi. Atau dengan kata lain dapatlah kita buat perbandingan mana lebih baik antara kerajaan baru dengan kerajaan lama.
Kalau kerajaan lama lebih baik berbanding dengan kerajaan baru, ubah dan tukar lagi. Rakyat sebagai pengundi tidak rugi apa apa.Yang rugi, perdana menteri dan timbalan perdana, kerana tak dapat kumpul harta.
Oleh itu, jangan takut dan ragu ragu nak tukar kerajaan. Undilah parti baru pada Ahad 5 Mei 2013 ini.Kita tengok kewibawaan lima tahun Malaysia kerajaan baru dibawah parti baru.
Kalau tidak mampu berbuat melaksanakan apa yang dijanjikan sepertimana yang termaktub dalam manifesto jingga kita tukar dan ubah semula pada PRU 14 nanti. Bukan lama sangat. Lima tahun sahaja pejam pagi pejam malam sampailah waktunya.

Putrajaya:Semua beres kecuali SATU.......
Posted on Monday, April 29 @ 19:00:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tokpepijat

"Menjelang 5 hari lagi hari mengundi, satu demi satu kota UMNO dan BN runtuh. Berdutung-duyung rakyat menyatakan sokongan kepada PR.

Di Putrajaya kota kemegahan Mahathir dan UMNO, tiada lagi wajah-wajah ketakutan untuk pergi ke program Husam dan PR. Staf kerajaan dengan berani bersama keluarga berbondong-bondong hadiri ceramah PR.



 Itulah tandanya Kota Putrajaya bakal bertukar tangan dari orang yang zalim lagi jahat kepada keadilan dan berhati rakyat.

Cumanya, ada satu lagi halangan yang belum dapat diatasi. Dikala PR mendapat sambutan hangat dari rakyat, UMNO menerusi JPN dan SPR sedang mengatur perjalanan warga asing untuk mengundi menjelang hari Ahad ini.

Percayalah, UMNO tidak akan berikan kemenangan percuma kepada PR.

Pengalaman di Terengganu menjelang PRU 2004, sambutan rakyat dan optimis tinggi pimpinan PAS Terengganu terhadap kemenangan begitu menggunung tanpa menyedari JPN dan SPR membuat tipudaya dengan melewatkan masa tamat mengundi, kekecohan di pusat mengundi kerana nama pengundi ditukar tempat mengundi dan undian lebih dari dua kali.

Kekalahan utama PAS di Terengganu adalah kerana SPR melanjutkan masa mengundi di Selangor agar pengundi Selangor sempat balik ke Selangor untuk undian kedua.

Peristiwa dan tipudaya ini bakal berlaku di Selangor kali ini dengan SPR dan JPN mengaturkan pengundi-pengundi Sabah dan warga asing mengundi di Selangor

 Jika masalah utama ini dapat diatasi oleh PR, percayalah Putrajaya bakal dirampas dari Kerajaan Kroni !

Awas! Mahathir dan kuncu-kuncunya sedang mengatur sesuatu...........

Tipudaya Allah yang TERBAIK !

Putrajaya:Semua beres kecuali SATU....... "

 Mengenali Calon N32 DUN Air Putih Kemaman
Posted on Monday, April 29 @ 18:57:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AntiKarat

"

Calon PAS bagi N32 DUN Air Putih, Kemaman ialah  Cikgu Razak Ibrahim. Beliau merupakan bekas guru yang bersara awal kerana tidak rela secara berterusan menerima tekanan politik. Dikatakan sebagai mangsa tekanan politik zalim UMNO kerana sejarahnya yang ditukar dari Besut ke pedalaman Kemaman kerana fitnah politik yang dihadapinya ketika mengajar di Besut.
UMNO tak boleh terima manusia yang cenderung dan terlibat dengan PAS sedangkan berapa ramai guru yang bergiat di dalam UMNO tanpa apa-apa tindakan malah diberi pula cuti khas apabila menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. Contoh terkini yang terbaik ialah Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Terengganu, Zubir Embong, seorang pemimpin dalam pendidikan boleh diangkat menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Takkan Zubir Embong tup-tup diangkat menjadi calon kalau tidak aktif dalam politik UMNO. Inilah agaknya keadilan acuan UMNO.
Cikgu Razak ialah seorang yang besar jasanya dalam bidang pendidikan. Cikgu Razak merupakan seorang guru pakar dalam bidang pendidikan pemulihan khas apabila dilantik menjadi Ketua jurulatih utama Pendidikan Pemulihan Khas peringkat negeri dan Negara. Bukan sekadar itu, Timbalan Pengarah PASTI Kawasan Kemaman ini turut menerbitkan CD dan buku bacaan untuk Pendidikan Pemulihan Khas. Hasil kerjanya ini sudah banyak manfaatnya kepada anak didik dan kaum keluarga mereka di seluruh Negara amnya, dan di DUN Air Putih khususnya. Sebab itulah beliau mendapat Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Pemulihan Khas
Penampilannya nampak agak bersahaja atau low-profile. Ini adalah fenomena biasa bagi kebanyakan pemimpin-pemimpin yang lebih menekankan kerja daripada berkata-kata. Ini kontradik dengan Zubir Embong yang dikatakan amat pandai berkata-kata tetapi kerjanya ciplak belaka, termasuk ‘epantau-nya’. Di DUN Air Putih, ramai orang mengenali Cikgu Razak ini. Mereka terdiri daripada bekas murid-murid dan ibu –bapa murid-murid beliau. Keterampilannya bukan sahaja terserlah dalam bidang pendidikan malah dalam bidang kemasyarakatan seperti program qurban perdana di Kampung Mak Chili dan PASTI. Inilah contoh kepimpanan PAS yang menjalinkan sifat kepimpinan, keilmuan, jujur dan bekerja untuk agama Allah.
Lawan yang akan ditentangnya dalam PRU13 ialah Wan Abdul Hakim Dato’ Wan Mokhtar. Calon UMNO ini merupakan penyandang bagi N32. Secara peribadi, penulis menghormati beliau atas akhlak yang agak baik berbanding dengan sesetengah pemimpin UMNO yang bobrok dan pelahap. Namun, bapa borek anak memilih untuk menjadi rintik apabila menyambung perjuangan ayahandanya dalam perjuangan kebangsaan. UMNO zaman 80-an tidaklah serakus sekarang. Walaupun bersekolah tinggi, namun beliau tidak mampu melihat dan membezakan kebenaran. Hendak tak hendak beliau terpaksa meneruskan legasi UMNO yang terpalit dengan rasuah, fitnah seks, penolakan hukum hudud, meruntuhkan masjid dan kezaliman perampasan tanah rakyat.
Antara kegagalan manusia yang membawa bendera keris telanjang ini ialah projek  jambatan Sungai Pinang dan Pasar Baru Binjai atau Binjai Souq. Beruntungnya beliau berada dalam kalangan rakyat di pedalaman Kemaman ini. Beliau tak pernah didesak untuk menyelesaikan masalah Jambatan Sungai Pinang dan tak pernah dipersoalkan tentang kegagalan projek Binjai Souq. Oleh itu, Wan Abdul Hakim hanya perlu lihat sahaja kegagalan dua projek Barisan Nasional itu tanpa susah hati dimarahi oleh penduduk tempatan. Namun anak-anak muda yang berpendidikan dan terdedah dengan media baru mula melihat petaka kepimpinan yang tak amanah ini. Sudahlah projek meningkat juta-juta; apabila siap rosak sana rosak sini baiki sana baiki sini dan tak dapat digunakan setimpal dengan duit cukai rakyat.
Justeru kita melihat, seorang yang kelihatan cakna rakyat dan berakhlak baik tidak akan ada sinar barokah apabila bergelumang dalam satu perjuangan yang kotor dan rosak. Penulis hanya mendoakan agar suatu hari nanti beliau akan melihat kesilapannya dalam perjuangan kebangsaan lalu membawa diri dan keluarganya ke dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS.
Sebagai natijah untuk pengundi-pengundi N32 DUN Air Putih, undilah manusia yang benar akhlaknya selaras dengan perjuangan agamanya. Jangan diundi manusia yang kelihatan elok akhlaknya tetapi tercemar sudah perjuangannya agar kita tidak berterusan menerima bahananya.
 
 Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib?
Posted on Monday, April 29 @ 17:48:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FS


Klik untuk besarkan gambar

Berguni-guni poster BN belum lagi tamat PRU-13 telah dibuang dibelakang rumah orang kuat UMNO di Pasir Puteh ditempat pembakaran sampah. Kebanyakkan poster dan banner adalah bergambar PM Dato Seri Najib Razak.

Menurut sumber perkara ini berlaku kerana ada perbalahan antara orang muda dan orang tua UMNO di situ dan 'cah keting' berlaku sangat ketara.

APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH HJ NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!!

SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuh padat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan.
 
 Tun Mahathir di Rumah Che Johan Sedang Berkempen untuk Parti Bunga!!
Posted on Monday, April 29 @ 17:25:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FS



Tun Mahathir sekarang ini berada di Rumah Che Johan untuk berkempen kepada Mursyidur Am Tuan Haji Ibrahim Ali, Presiden Parti Bunga. Kesian UMNO Kelantan terpaksa menumpang Parti Bunga untuk berkempen di Pasir Mas.

Paling kesian tak ramai yang hadir dan yang hadir pun lebih kepada nak makan bukan nak dengar 'latah orang tua'.

Kita akan lihat bagaimana Tun Mahathir membantu menghancurkan UMNO!!

Tiada ulasan: