Jumaat, 26 April 2013

USTAZ LEBIH POPULAR DARI PM....ELOK SEDAR2LAH DIRI TU

43% pilih Anwar, 39% pilih Najib untuk jadi PM

Nazri Abdullah, 25 Apr 2013


(Hasil kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaysia - UMCEDEL)


KUALA LUMPUR: 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding 39 peratus untuk Datuk Seri Najib Razak.

Bagi pengundi Melayu pula, peratusannya lagi besar iaitu 54 peratus untuk Anwar dan 28 peratus untuk Najib.

Begitu juga bagi pengundi kali pertama. 48 peratus dari mereka mengatakan Anwar lebih layak berbanding hanya 25 peratus untuk Najib.

Kesemua mereka membuat keputusan itu berdasarkan soalan 'Pemimpin yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri' dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL).

Kajian itu membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat 3 April lalu sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Kantoi...lepas naik bendera BN, turun bendera PAS

Omak Kau, 25 Apr 2013


HELO BRO!!! NAK BAWA MANA PERGI BENDERA-BENDERA PAS TU!!!!!!


Seorang petugas pasang bendera BN yang memakai Baju T BN sedang membawa lari bendera-bendera PAS setelah diturunkan selepas memasang bendera BN di Johor Bahru telah berjaya dirakamkan.

Haprak punya petugas UMNO!!!!!!!!!!...Sudah pasti menerima arahan dari pihak tertentu untuk melakukan kerja yang langsung tidak bertamadun ini..Ini dinamakan politik primitif zaman purba.  politik guna otot bukan otak.


Klik untuk lihat laporan penuh.

Patutlah Umno makin bengang dengan Ustaz Azhar Idrus

http://www.ekeleh.com, 25 Apr 2013
Cina_PAS
INI KALILAH. Panduan Ustaz Azhar Idrus tentang apa yang perlu dibuat semasa pengundian.  Undi untuk meruntuh kezaliman yang sedang berlaku. Sensitif dengan apa yang berlaku walaupun tidak terkena batang hidung sendiri. Sedih dengan kezaliman di sekeliling kita.
Ustaz Azhar juga berkata tak salah kerjasama dengan bukan Islam untuk menyelamat negara ini. Bantuan daripada bukan Islam amat diperlukan di saat negara kita sedang ‘terbakar’.
Saksikan…lawak, lawak juga, kena ambil perhatianlah!!

Lihat video.

Dr Maza nafi sokong calon BN Permatang Pauh

Omak Kau, 25 Apr 2013



Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ MAZA dengan secara tegasnya menafikan kononnya beliau menyokong calon UMNO/BN Parlimen P44 Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail.

Ia ekoran dari beberapa media yang cuba buat spin kehadiran calon BN itu kerumahnya dan dilihat cuba terus buat satu sidang media demi bantuan politik (political milage).

Klik untuk baca ulasan penuh blog ini.

Bom untuk buat kecoh bukan nak cederakan orang

Milo Suam, 25 Apr 2013


LETUPAN bom yang berlaku di program ceramah Barisan Nasional baru-baru ini bukan untuk mencederakan sebaliknya sekadar untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Datuk Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang melalui siasatan yang sudah dijalankan.

Di bawah ini kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang tersebut yang dipetik dari Buletin Utama.

Lihat sela masa 0:54 beliau secara jelas mengesahkan dan membayangkan bahawa si pemasang bom tersebut tidak mahu mencederakan penyokong BN di program tersebut

Letupan bom ini menguntungkan politik Barisan Nasional. Jelas sekali orang yang memasang bom ini sengaja memasang bom di program BN untuk keuntungan politik BN.

Malah bom yang dipasang juga terbukti bukan untuk mencederakan orang sebaliknya sekadar untuk buat gempak atau buat kecoh seperti kata Polis Pulau Pinang. Apa tujuan pasang bom jika tidak mahu cederakan orang?

Klik untuk baca sepenuhnya.

Tiada ulasan: