Isnin, 29 April 2013

RAKYAT BUKAN SAJA BANGKIT...TAPI DAH MANDI...DAH PI SEKOLAH...DAH BERJAYA...PAS SEGALA PERIKSA...DAH TAHU SAPE YANG TAK BOLEH PAKAI

PRU13: Rakyat sudah bangkit, bersedia buat perubahan

Muhammad Yusri Amin, 29 Apr 2013
KOTA BHARU: Calon PAS bagi kawasan perlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini bakal menyaksikan kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan Umno BN.

Katanya, mood rakyat ketika ini membuak-buak marahkan BN dan mereka masing-masing tidak sabar menunggu detik 5 Mei ini untuk membuat pilihan.

“Kini sambutan kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara amat hebat. Malam ini tidak kurang 30,000 penyokong PR berhimpun pada ceramah PAS di Pulai, Johor di mana Salahuddin Ayub bertanding.

“Dua malam lepas, cermah di Gelang Patah, Johor, juga lebih 30,000 orang hadir pada ceramah Lim Kit Siang yang melawan Ghani Othman, dan tiga malam sebelum itu, di Segamat, lebih 25,000 orang mendengar ceramah Datuk Seri Chua Jui Meng dari PKR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Jalan Guchil Bayam, Dun Demit dekat sini malam tadi.

Katanya, rakyat kini sudah tidak takut lagi untuk membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Kepada pemimpin Umno-BN yang menzalimi  rakyat, kini rakyat sudah tidak takut lagi.  Oleh itu jangan mempermainkan sentiment rakyat," katanya.

Presiden Taiwan pernah ditembak untuk menang p'raya?

Harakahdaily, 29 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ingatkah kita bagaimana bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian berjaya memenangi pilihanraya di 2004 sebelum dihumban penjara seumur hidup pada 2008 apabila rakyat Taiwan menolaknya.

Sehari sebelum hari mengundi pada 20 Mac 2004, Chen dan calon Naib Presiden, Annette Lu dari Parti Progresif Demokratik (DPP) telah 'ditembak' ketika berkempen di Tainan.

Kedua-dua mereka dilaporkan tidak mempunyai kecederaan parah. Peluru dikatakan terkena perut Chen, namun Chen tetap keluar hospital pada hari yang sama dengan 14 jahitan.

Ekoran, itu Chen, yang ketika itu sudah tidak berapa popular, mendapat undi simpati yang begitu banyak sehingga mengekalkan kuasa untuk empat tahun lagi dengan majoriti yang tipis.

Pihak pembangkang Kuomingtang mendakwa Chen telah menggunakan insiden menembak itu sebagai helah untuk meraih undi simpati.

Namun selepas itu, Chen tidak senang duduk sebagai presiden. Pelbagai pergolakan berlaku sehingga akhirnya beliau ditumbangkan pada 2008.

Chen bersama isterinya Wu Shu-Chen kini di penjara 19 tahun setelah didapati bersalah melakukan rasuah.

Chen didapati bersalah menggelapkan wang, menerima rasuah, dan pelaburan wang haram, sebanyak $15 juta ketika memegang jawatan Presiden.

Rujukan kepada insiden di Taiwan yang berlaku pada 2004 boleh dirujuk di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Chen_Shui-bian dan di http://en.wikipedia.org/wiki/Wu_Shu-chen

Begitulah pilihan raya, macam-macam helah dilakukan untuk mengekalkan kuasa, namun sejarah membuktikan, kuasa rakyat adalah paling berkuasa.

Apa yang penting, belajarlah dari sejarah, mana tahu ia akan berguna nanti.
Lahad Datu: Nama pemimpin PR didedah selepas PRU
Wartawan Sinar Harian
29 April 2013
Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mahu nama tiga pemimpin terlibat dalam insiden Lahad Datu didedahkan dalam tempoh 24 jam.

Beliau menegaskan, nama tiga pemimpin pembangkang itu tidak akan diberitahu dalam masa terdekat dan hanya akan dibuat selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, pendedahan nama-nama berkenaan dalam tempoh PRU13 hanya akan dianggap sebagai mempunyai tujuan atau kepentingan politik semata-mata.

"Mana boleh dedah sekarang. Kenapa mereka (pembangkang) nak terasa hati sangat? Kalau tak makan cili kenapa rasa pedas?

"Saya tak beritahu secara khusus siapa (terlibat dalam insiden Lahad Datu). Kenapa perlu melenting dan kenapa perlu beri amaran 24 jam?" katanya kepada media sewaktu melakukan tinjauan mesra di Perkampungan Nelayan Sungai Tiang, dekat sini, petang kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran yang mendesak nama tiga pemimpin pembangkang terbabit didedahkan.

Surendran dilaporkan mendakwa, jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama-nama berkenaan dalam tepoh 24 jam bermakna ia adalah 'fitnah' yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh menegaskan, pendedahan dan pertuduhan rasmi oleh pendakwaraya akan dibuat dalam masa terdekat.

Katanya, jangka masa selepas PRU13 merupakan saat terbaik untuk mendedahkan nama-nama berkenaan dan pembangkang perlu menunggu kerana sekarang adalah masa untuk semua pihak menghadapi pilihan raya.

"Bukan tanggungjawab beliau (Surendran) untuk mendakwa. Dakwaan dibuat oleh pendakwaraya dan siasatan terperinci dijalankan mengikut undang-undang.

"Saya tak sebut nama secara khusus. Kenapa nak terasa dan jika benar mereka tak bersalah, buat apa nak risau dan kenapa perlu terasa?" katanya.

JANGAN TAK SUKA ULAMAK...MEREKA PEWARIS NABI....BUKAN YANG LAIN..
Tiada jaminan ulama menang
FARUSH KHAN
29 April 2013
PRU13
PRU13
SHAH ALAM – Berbanding dengan pilihan raya umum  (PRU) yang silam, PRU13 menyaksikan lebih ramai ulama ditampilkan untuk menjadi calon.

Keadaan ini wujud bukan sahaja dalam parti yang meletakkan Islam sebagai teras perjuangan mereka, bahkan parti yang menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan kepentingan pembangunan fizikal.

Justeru, untuk mengatakan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sebagai satu-satunya parti yang menampilkan ulama sebagai calon adalah tidak tepat, kerana parti seperti Umno, parti pemerintah dalam gabungan Barisan Nasional (BN), juga turut memberi tumpuan dan tempat kepada ulama dalam setiap PRU.

Bezanya hanyalah parti mana yang meletakkan lebih ramai tokoh ulama dalam barisan calon-calon mereka dan sejauh mana mereka dikenali, diterima dan mampu menjadi calon boleh menang.

Kemenangan cemerlang BN pada PRU11 juga tidak boleh dinafikan mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh agama dan ulama, yang sekali gus dikaitkan pula dengan kejujuran, ketelusan dan keadilan.

Parti itu diberi mandat di luar jangkaan barangkali disebabkan latar belakang dan personaliti perdana menteri ketika itu, yang dikaitkan dengan pengaruh ulama dan agama.

Masalahnya, prestasi cemerlang seperti ini tidak bertahan lama, bukan kerana perubahan sikap pemimpin, tetapi kerana ketidakpuasan hati rakyat dengan perkhidmatan yang diberikan.

Terbukti, latar belakang sahaja bukan jaminan seseorang calon boleh menang pilihan raya.

Yang menjadi pilihan rakyat dalam setiap PRU tetap kepada tokoh yang terkenal, mempunyai pengaruh yang kuat dan membuktikan kemampuan serta kesediaan mereka untuk berkhidmat, memperjuang dan mengamalkan apa yang diajar, walaupun mereka bukan ulama.

Sebagai contoh, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak dikenali sebagai tokoh ulama, namun pada 1969, kerana ketokohan beliau, beliau menewaskan tokoh agama dan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Asri Muda, yang dua tahun kemudian menjadi Presiden Pas. Tengku Razaleigh terus menang dalam setiap PRU yang ditandinginya.

Sebaliknya, Datuk Dr Haron Din, tokoh agama yang sangat terkenal dan berpengaruh di seluruh negara terutama disebabkan kelulusan, peranan dan perkhidmatannya kepada masyarakat, tewas dalam PRU 2004 dan PRU 2008.

Apakah dengan memilik MA Syariah dari Ain-Shams, Universiti Kaherah dan PhD Syariah, di samping banyak jawatan, termasuk sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas, ahli Majlis Fatwa Selangor dan Perlis, tidak cukup untuk beliau dipilih? Apakah pengundi berasa walaupun beliau layak menjadi wakil rakyat, tetapi beliau lebih layak meneruskan sumbangan sebagai seorang ulama dan pendidik?

Sekali lagi terbukti, ulama bukan jaminan untuk memenangi pilihan raya.

Untuk PRU13, BN sudah pun membariskan beberapa tokoh agama sebagai calonnya. Antara yang dikenali ialah Dr Fathul Bari Mat Jahaya, seorang alim muda berusia 33 tahun dan pendakwah yang aktif mengajar di majlis-majlis pengajian ilmu di dalam dan luar negara. Turut dicalonkan oleh BN ialah bekas kadi Segamat, Abdul Mutalib Abdul Rahim (Layang-Layang), antara lain.

Bagi Pas, di samping Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tokoh-tokoh agama yang turut dipilih sebagai calon ialah Mohd Shamsul Mohd Yusoff (Pasir Tumboh), Nasrudin Hassan (Temerloh), penceramah Mohd Azam Mohd Razak (Endau) dan Kamaruddin Sedik (Serkam), antara lain.

Ketokohan mereka sebagai orang agama, kelulusan mereka di bidang agama dan kesediaan mereka untuk menunaikan amanah dengan sebaiknya tidak dipersoalkan, namun apakah ada jaminan bahawa mereka akan dipilih oleh pengundi seperti yang diharapkan oleh parti masing-masing?

Apa pun, keputusannya tetap di tangan pengundi dan persoalan ini hanya akan terjawab pada Mei 5 nanti.



Najib teruja dengan hasil kajian Umcedel

Sekretariat Umcedel, 29 Apr 2013
Nota ini merujuk kepada pandangan Datuk Seri Najib yang tidak bersetuju dengan hasil kajian Umcedel berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disiarkan dalam http://www.malaysiakini.com/news/228343 online pada 28 April 2013.
Berbeza dengan kajian yang dilakukan sebelum ini, Datuk Seri Najib turut memberi pandangan yang berbeza. Berikut dilampirkan:

Dalam majlis pelancaran Majlis Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan pada 21 Januari 2012 (Sabtu), Datuk Seri Najib Seri Tun Razak pernah mengakui teruja dengan kajian Umcedel yang menunjukkan BN akan terus berkuasa. Kenyataan ini dikeluarkan dalam berita Utama TV1 dan Buletin TV3 pada pukul 8.00 malam. Kenyataan yang sama diulang dalam berita TV3 pukul 12.00 malam. Tidak ada sebarang persoalan ditimbulkan tentang kajian selain melahirkan keterujaan. Kenyataan ini dipetik daripada blog berikut yang merujuk kepada laporan Utusan Malaysia.

Sila rujuk:

Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada 2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.

http://che-syaedah.blogspot.com/2012/01/utusan-online-dalam-negeri_22.html

2.Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada 2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.

http://detikperubahan.com/2012/01/22/terserah-tafsiran-anda/

Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

Sekian.
29 April 2013
TPM bohong tentang Kedah, Mukhriz diam, sindir PAS
 
Menjawab dakwaan gagal menarik pelabur, PAS Kedah memberikan serangan serampang dua mata kepada BN dengan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berbohong dan timbalan menteri berkaitan Datuk Mukhriz Mahathir cuma berdiam diri.

Exco Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata, fakta Muhyiddin sewaktu menyampaikan ucapan di Jerlun minggu lalu salah kerana rekod Malaysian Investment Development Authority (MIDA) mencatatkan peningkatan hasil pelaburan.

"Tapi (mereka) kata tak ada pelaburan. Ini bohong ke tak bohong? Bohong!" katanya di hadapan kira-kira 250 hadirin dalam ceramah kelompok di Alor Merah dalam DUN Anak Bukit.

Amiruddin yang juga calon di situ berkata Pakatan Rakyat sebenarnya meningkatkan jumlah pendapatan sehingga lebih baik berbanding zaman BN.

Beliau menjelaskan, pada zaman BN, purata pelaburan sekitar RM1.2 bilion tetapi bawah pentadbiran PAS angka itu melonjak kepada RM3.2 bilion.

Menurutnya, rekod pelaburan terbaik dicatat pada 2011 apabila kemasukan pelaburan sebanyak RM6.14 bilion, sekali gus menyediakan 8,000 peluang pekerjaan.

"(Waktu Muhyiddin berucap) di sebelah dia ada Datuk Mukhriz, timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada pelaburan dan perindustrian negara.

"(Mukhriz kata) Saya bangga jadi anak Kedah. Tapi bila orang sebut fakta tak betul, bangkitlah perbetul. Tapi dia tak mempebetulkan.

"Sepatutnya timbalan menteri patut bangun, (kata) apa yang Tan Sri sebut tu, tak berapa tepat," sindir Amiruddin pada anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diura-urakan sebagai calon menteri besar BN.

'Dulu banyak pintu tol'
Amiruddin juga memberikan contoh lain usaha kerajaan negeri menyelesaikan pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang didakwanya gagal diselesaikan oleh kerajaan BN selama 30 tahun sekalipun bertukar ganti menteri besar.

Katanya, ekoran ketelusan dalam pentadbiran negeri, semua rundingan dibuat "di atas meja", dan kerajaan negeri membantu pemaju, maka bangunan tersebut dapat disiapkan.

Sebelum itu katanya, pemaju yang sama mengemukakan cadangan tetapi mengundur diri kerana didakwa berdepan dengan "terlalu banyak kos dan pintu tol".

"Zaman kita, (pemaju) masuk kertas cadangan dan kita bantu dia. Selesai Kompleks Tunku Yaakob. BN tak dak pasai projek selesai. No way. Tak ada jalan," katanya.

Amiruddin juga menceritakan rekod kejayaan kerajaan negeri meningkat hasil balak dan kutipan zakat di negeri itu serta menyelesaikan isu perobohan Madrasah Salihiah untuk didirikan sebuah kompleks selepas mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.RTC Pekan Sekadar untuk student UMP.
Posted on Monday, April 29 @ 09:35:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: watpulok

" Arakian dibangunkan sebuah lagi bandar baru di Kuala Pahang daerah Pekan oleh PM Najib khas nya untuk orang Pekan membeli belah serta kemudahan asas lain nya. Konon bandar ini mempunyai ciri One Stop Centre macam kat Nilai NS.

Setengah penduduk mengatakan mereka tidak menafikan apa yang PM Najib buat. Namun yang penting adalah kajian menyeluruh terhadap persekitaran penduduk setempat.

Ada mengatakan orang Pekan khasnya suka shoping kat luar, saperti bandar Kuantan atau KL atau JB. Mereka yang membeli belah sekitar bandar baru Kuala Pahang ini budak budak student UPM., itu pun ramai dari mereka turun ke bandar Kuantan pada hari minggu.



Pada hemat mereka Najib perlu lihat pekerjaan penduduk setempat yang kebanyakan dari mereka menjadi nelayan.Jadi apa salahnya jika Najib bangunkan satu pelabuhan kecil Nelayan serta dirikan produk berasaskan makanan laut dikawasan tersebut disamping keperluan asas lain.

Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu peka terhadap persekitaran global jangan sekadar tangkap muat sahaja.. kalau macam ini, semua orang boleh jadi PM." Kata mereka."
 
 
 Wacana Ust.Kazim :PAS lari dari matlamat tetapi UMNO tidak
Posted on Monday, April 29 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum.

Ustaz Kazim Alias bersuara lagi, kali ini di Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13.Beliau antara lain berkata PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam.Beliau turut berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.

Berikutan itu, katanya, beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata. seiring dengan itu, Ustaz Kazim melepak di markas UMNO kerana menurut ustaz Kazim cuma UMNO tidak berubah.

UMNO konsistan dalam menyatakan ideologi pragmatismanya.Inilah yang menyebabkan Ustaz Kazim mengalih sokongan kepada UMNO yang tidak pernah berminat sejak dulu, kini dan selamanya untuk memperjuangkan Islam apatah lagi yang melibatkan isu akidah umat Islam.UMNO cuma berminat untuk turun padang apabila ada gelombang rakyat atau umat Islam untuk membela sesuatu isu yang berkait Islam.Itu hanyalah sekadar kosmetik sahaja, sekadar memperlihatkan UMNO prihatin kepada isu ugama.

Perlakuan UMNO ini menarik hati Ustaz Kazim dan kerana UMNO tak pernah berubah, sentiasa menggunakan senjatanya ia itu RM(bukan Rosmah Mansur), maka Ustaz Kazim menjadi berminat dengan UMNO sambil mendakwa pula PAS sudah berubah.

Ustaz Kazim malah sanggup berkata UMNO adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'(sambil hatinya berlagu, berapa aku dapat hari ni?). "Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Perbaiki yang mana rosak, perbaiki yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita,” katanya.

Ustaz Kazim sanggup auta rakyat kerana UMNO tak pernah berubah.Ustaz Kazim sanggup berkata PAS berubah kerana tidak lagi menghiraukan isu akidah umat Islam tetapi dalam masa yang sama UMNO yang tidak pernah berubah memberi masalah besar kepada akidah umat Islam kerana menolak hudud dibela oleh ustaz Kazim walaupun UMNO yang jelas buruk dan busuk ini.

Ustaz Kazim menyatakan beliau turut perjuangkan penyatuan PAS dan UMNO tetapi kenapa Ustaz Kazim masih lagi berpihak kepada UMNO dan menuduh PAS yang berubah? Inikah orang yang mahu menyatukan PAS dengan UMNO?

Maaflah Ustaz, anda sudah tidak boleh dipercayai lagi!"
 
 Bandingkan: UMCEDEL Vs DS Najib
Posted on Monday, April 29 @ 09:08:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FS

Najib Anggap Tinjauan UMCEDEL Mengenai PRU-13 Karut

RAWANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sebagai karut, satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian Umcedel itu yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan.

"Saya yakin kita boleh memenangi PRU-13," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di sini Ahad.

Najib mengulas tinjauan itu dibuat awal April melibatkan 1,407 responden yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Tinjauan itu menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara 24 peratus tidak setuju dan selebihnya tidak pasti.

Sementara bagi Najib, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri sementara 31 peratus tidak setuju dan 30 peratus selebihnya tidak pasti. - BERNAMA

-------

Umcedel jawab pihak pertikai hasil kajian PRU13

NOTA ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013 (semalam).

Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.

Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:

1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen sama ada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi.

Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit, namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.

2. Pemilihan responden seramai 1,407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan.

Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup.

Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.

3. Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa, sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya.

Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.

4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata.

5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

-sinarharian.com
 
'Amma, Zul Noordin sudah marupiravi'
 
Calon "Sahabat BN" untuk kerusi Shah Alam Datuk Zulkifli Noordin percaya beliau kini "lahir semula" selepas dipilih bersama-sama gabungan itu setelah berpisah dengan pembangkang pada 2010.

NONE"Ini suatu marupiravi (perkataan Tamil bermaksud kelahiran semula) untuk saya," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 300 anggota MIC di Shah Alam semalam.

Zulkifli yang mencetuskan kontroversi melalui rakaman video YouTube yang didakwa menghina agama Hindu malam itu nampaknya mempersiapkan dirinya dengan kebolehan menggunakan perkataan-perkataan Tamil bagi mengambil hati pengundi India.

Golongan itu mewakili 14 peratus daripada 100,076 pengundi di Shah Alam.

azlanMenjelaskan kontroversi itu, Zulkifli berkata, video lama ketika beliau masih seorang pemimpin pembangkang itu membuktikan indoktrinasi kebencian dalam PAS dan Pakatan Rakyat

"Ini apa yang mereka ajar. Mereka ajar Melayu untuk membenci Cina dan India, atau sebaliknya," katanya.

Zulkifli juga menggunakan beberapa perkataan Tamil dalam ucapannyPaa seperti amma (ibu) dan appa (ayah) untuk berinteraksi kepada hadirin.

Parlimen Shah Alam mempunyai 14 peratus pengundi India, di samping 69 peratus Melayu dan 15 peratus India.

Dalam pilihan raya umum lepas, calon PAS Khalid Samad merampasnya daripada calon Umno Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314.

Khalid mendapat 33,356 undi manakala Abdul Aziz mendapat 24,042 undi.

Tiada ulasan: