Posted on Wednesday, April 24 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
BN Kedah sila jawab:Bongkar 403 Juta membongkar tindakan 'bijak' membedak harta rakyat kepada kroni.
Sampai
la tak dak jawapan. Tak reti nak jawabkah? Tak tau camna nak jawabkah?
Takut nak jawabkah? Atau memang sengaja tak mau jawab?
Fadzil: Saya mangsa Bashah
Posted on Wednesday, April 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Sumber Sinar Harian
Ditanya apa maksud kata-katanya itu, Fadzil berkata, beliau difahamkan, namanya sudah naik sebagai calon BN untuk kerusi Dun berkenaan pada tengah malam 15 April sebelum nama calon-calon BN diumumkan esoknya.
"Tapi esoknya, nama saya hilang, diganti dengan orang lain," katanya.
Fadzil mengesyaki perubahan itu berpunca daripada Bashah yang tidak mahu beliau bertanding pada pilihan raya ini.
"Saya ada harapan yang cerah untuk menang. Kalau saya bertanding dan menang, dia (Bashah) mungkin anggap saya ancaman untuk dia kekalkan kerusi ketua bahagian, malah mungkin juga sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah," katanya.
Atas sebab itu, kata Fadzil, Bashah memilih untuk membunuh terus karier politiknya dengan tidak membenarkan beliau jadi calon pilihan raya.
"Sekarang dia sudah berjaya 'bunuh' saya," katanya yang dipecat daripada Umno serta merta atas sebab bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN pada pilihan raya ini.
Fadzil,55, pernah menjadi Adun Tanjung Seri (nama lamaAlor Mengkudu) selama dua penggal selepas memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2004.
----------------------------------------------------------------
Ingat bulan ..ingat ustaz Ahmad Yahya
Umat Islam di Bakar Hidup-hidup oleh Perusuh di tengah Bandar Meiktila
Posted on Wednesday, April 24 @ 14:18:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh SH
YANGON - Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.
Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.
Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.
Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.
"Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati," katanya.
Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.
Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran. SH
Oleh Helmi Khalid
5 Mei 2013 diumumkan sbg hari Cuti Umum bg Negeri Kedah oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951.
Beliau Umum demikian, selepas Mesyuarat exco sebentar tadi di Wisma Darulaman.
Ayuh rakyat kedah...kita semua keluar mengundi pada 5 haribulan mei nanti.
Posted on Wednesday, April 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Sumber Sinar Harian
ALOR SETAR - "Saya jadi mangsa Bashah," kata calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi.
Bashah, nama yang disebut merujuk kepada Ketua Umno Bahagian Alor Setar
yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md
HanipahDitanya apa maksud kata-katanya itu, Fadzil berkata, beliau difahamkan, namanya sudah naik sebagai calon BN untuk kerusi Dun berkenaan pada tengah malam 15 April sebelum nama calon-calon BN diumumkan esoknya.
"Tapi esoknya, nama saya hilang, diganti dengan orang lain," katanya.
Fadzil mengesyaki perubahan itu berpunca daripada Bashah yang tidak mahu beliau bertanding pada pilihan raya ini.
"Saya ada harapan yang cerah untuk menang. Kalau saya bertanding dan menang, dia (Bashah) mungkin anggap saya ancaman untuk dia kekalkan kerusi ketua bahagian, malah mungkin juga sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah," katanya.
Atas sebab itu, kata Fadzil, Bashah memilih untuk membunuh terus karier politiknya dengan tidak membenarkan beliau jadi calon pilihan raya.
"Sekarang dia sudah berjaya 'bunuh' saya," katanya yang dipecat daripada Umno serta merta atas sebab bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN pada pilihan raya ini.
Fadzil,55, pernah menjadi Adun Tanjung Seri (nama lamaAlor Mengkudu) selama dua penggal selepas memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2004.
----------------------------------------------------------------
Ingat bulan ..ingat ustaz Ahmad Yahya
Umat Islam di Bakar Hidup-hidup oleh Perusuh di tengah Bandar Meiktila
Posted on Wednesday, April 24 @ 14:18:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh SH
YANGON - Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.
Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.
Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.
Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.
"Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati," katanya.
Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.
Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran. SH
5 Mei 2013 diumumkan sbg hari Cuti Umum bg Negeri Kedah Posted on Wednesday, April 24 @ 14:04:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh aya |
Oleh Helmi Khalid
5 Mei 2013 diumumkan sbg hari Cuti Umum bg Negeri Kedah oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951.
Beliau Umum demikian, selepas Mesyuarat exco sebentar tadi di Wisma Darulaman.
Ayuh rakyat kedah...kita semua keluar mengundi pada 5 haribulan mei nanti.
Panas !!! Debat Penyokong Pas VS Adun Umno Part II
Posted on Wednesday, April 24 @ 14:01:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh MalaysiaBerih

Debat
secara spontan antara Ahli Pas dan Adun Umno Hulu Besut YB Nawi Mohamad
di Majlis anjuran Umno di Pejabat Penyelaras Dun Hulu Besut.
Empat
orang ahli dan Penyokong Pas dijemput hadir dimajlis Umno itu untuk
menyaksikan tayangan video berkaitan Amanat Hj Hadi dan ucapan Tok Guru
Nik Aziz berkaitan BR1M.Mereka dengan beraninya bangun mempertahankan
Pas didepan puluhan penyokong Umno yang berada di majlis ini.
Video
dirakam sebelum pembubaran Dun Terengganu.Pada PRU 13 ini Nawi sekali
lagi dicalonkan Umno untuk bertanding di Dun Hulu Besut ~ Tinta Hijau DKB
7 ahli Umno bertanding bebas di Perak!Posted on Wednesday, April 24 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Perakite Daily
IPOH: Tindakan lebih 60 orang ahli Umno bertanding atas tiket bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu dalam keadaan sangat kritikal.
Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, setakat maklumat yang diterima, 7 daripada 15 calon bebas yang bertanding di negeri Perak adalah dari kalangan ahli dan pemimpin Umno.
Menurutnya, maklumat yang diterima itu mengesahkan keahlian ketujuh-tujuh calon itu termasuk nombor ahli dan cawangan mereka.
Kata beliau, 7 calon tersebut ialah Abdul Latif Masud (Bagan Serai), Halidi Wahab (Gunong Semanggol), Zulkefli Ibrahim (Changkat Jering), Jahiddin Isa (Bukit Chandan), Ahmad Nizam Ibrahim (Pengkalan Bharu), Mior Azman Aminuddin (Sungai Rapat) dan Dato’ Kamilia Ibrahim (Kuala Kangsar).
“Tindakan mereka (bertanding bebas) ini menggambarkan betapa Umno sedang berdepan dengan kemelut dalaman yang sangat kritikal dan dasyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.
Beliau menjelaskan, tindakan tersebut disebabkan ramai ahli akar umbi yang tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih oleh Presiden Umno, Datuk Sri Najib Tun Razak.
Tindakan bertanding calon bebas itu katanya adalah satu cara untuk ahli menunjukkan protes mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang dilihat tidak menghormati suara ahli parti.
“Ramai pimpinan yang sudah lama menjalankan gerak kerja dan sudah dikenali masyarakat namun pada saat-saat akhir nama mereka tidak dicalonkan.
“Tindakan ini ternyata menggambarkan BN tidak menghormati usaha pimpinan kawasan dan memilih calon yang dipilih atas dasar kroni,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dalam konteks Perak terbukti Umno mempunyai masalah besar untuk memberi keyakinan serta kesetian ahli kepada setiap keputusan yang dibuat.
Ini kerana katanya mungkin disebabkan golongan yang berkuasa di dalam parti telah menggunakan kesempatan untuk menaikkan kroni mereka untuk kepentingan tertentu.
“Kami yakin, rakyat dapat menilai apa yang sedang berlaku di dalam BN khusunya Umno yang bergolak ketika ini.
“PAS Perak mengucapkan tahniah kepada calon-calon bebas dari kalangan ahli Umno kerana berani membuat perkara drastik demi memperjuangkan suara akar umbi,” jelasnya lagi.
Sumber: perakitedaily.blogspot.com
Analisis PRU13: Sayap kiri UMNO (wanita) roboh dan ranap
Posted on Wednesday, April 24 @ 13:53:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh SiasahKini
Ternyata kekecewaan Kamilia yang sudah menggerakkan kerja berkempen sejak setahun lebih rupanya dipandang seperti sampah tak berguna apabila hanya diberi tempat sebagai calon DUN Bukit Chandan walaupun berjawatan pemimpin nombor dua wanita dalam Umno.
Alasan Zambry bahawa suara akar umbi lebih mahukan Khairil juga dilihat dangkal kerana pengundi tegar Umno yang selama ini diwakili BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz, sudah maklum bahawa Kamilia lah calon yang sesuai diletakkan berbanding dengan Khairil yang lebih rapat dengan pemimpin Umno atasan.
Tindakan Zambry menempelak Kamilia bukti satu lagi perpecahan tak terduga, bukan setakat dialami Umno Perak malah di seluruh negara.
Malah Najib sendiri kelmarin sudah mula mengeluarkan arahan supaya Kamilia 'diberi perhatian sewajarnya' kerana tanda-tanda untuk belot dari parti ternganga luas.
Wanita Umno yang selama ini dianggap tulang belakang kepada kemenangan parti itu kini sudah ibarat kupang tembaga tak laku seduit pun.
Bayangkan bagaimana wanita Umno bersusah payah merayu undi dari rumah ke rumah, berpanas dan berhujan serta sanggup bersengkang mata menyiapkan bahan kempen untuk dipasang oleh Pemuda Umno, kini itu semua sudah tidak bermakna lagi.
Mungkin sesetengah dari kita bersetuju dengan kenyataan Zambry bahawa Kamilia hanya mementingkan diri dari parti, tetapi lihatlah siapa pula barisan calon wanita Umno yang diketengahkan kali ini.
Bukannya hendak memandang rendah kemampuan Azalina Othman Said di parlimen Pengerang, Noriah Kasnon di parlimen Sungai Besar serta ketua puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di parlimen Papar, tetapi kesemua mereka cuma setakat menjadi timbalan menteri sahaja melainkan Azalina yang dilantik menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi, itu pun atas kouta puteri Umno sebelum digugurkan apabila mencecah usia 40 tahun.
Saya melihat Shahrizat dari sisi lain kesan daripada pemecatan automatik Kamilia kerana umum sudah mengetahui persengketaan lama antara dua pemimpin tertinggi Umno dan BN itu semasa isu skandal lembu RM250 juta yang membabitkan keluarga Shahrizat.
Dan kali ini giliran Kamilia pula ditempelak Shahrizat dengan mengatakan keputusannya hanya bernafsu peribadi bagi mengejar impiannya mencabar Shahrizat sebagai ketua wanita Umno dalam pemilihan agung parti itu yang sudah tertangguh lebih tiga tahun.
Dipercayai ada campur tangan supaya Kamilia hanya diletakkan sebagai calon DUN seperti mana yang dilakukan ke atas ketua penerangan wanita Umno, Hamidah Osman yang bertanding di DUN Sungai Rapat.
Kamilia mungkin sudah mengetahui had dan sekatan yang ada sekiranya hanya menang di kerusi DUN kerana setakat cuma dilantik sebagai Exco kerajaan negeri pun belum tentu dia terpilih kerana perlu pula bersaing dengan Hamidah untuk melengkapkan kouta wanita Umno dalam kerajaan negeri.
Hamidah diletak sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan HARAM Zambry tetapi dikhabar mempunyai masalah dengan Umno bahagian Gopeng hingga surat rayuan turut dihantar kepada Zambry jam 12 tengah malam beberapa hari sebelum BN mengumumkan calonnya.
Itulah sebabnya dia terus mara mempertahankan haknya bertanding di kerusi parlimen kerana merasakan peluangnya untuk mencabar Shahrizat sebagai bosnya seterusnya menjawat jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat terbuka luas.
Tetapi itu tidak berlaku dan Umno sendiri memilih jalan berliku menghadapi tentangan Kamilia dan Khalil untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat Umno selama ini tetapi hampir roboh ekoran Rafidah cuma menang lebih 1,400 undi dalam pilihanraya umum lalu.
Kamilia melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Shahrizat tidak bertanding dan sebab itulah dia diberi 'restu' untuk berkempen di Kuala Kangsar bagi meneruskan warisan Rafidah di bandar diraja Perak itu seberapa lama yang boleh.
Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rafidah dimalukan Shahrizat semasa pemilihan wanita Umno dan dendam lama Shahrizat terhadap Rafidah kini terpaksa dipikul pula oleh Kamilia yang pada jam 10.45 pagi semalam sudah pun mengumumkan keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta.
Pembunuhan karekter Kamilia oleh pemimpin Umno sendiri lebih dahsyat berbanding dengan penarikan diri calon Umno bagi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang seakan didiamkan walaupun kesannya lebih dahsyat dari tindakan Kamilia.
Jika Anwar Ibrahim yang pernah menjawat pemimpin kedua dalam Umno boleh dimalukan semahu-mahunya, apalah sangat dengan orang nombor dua dalam pergerakan wanita!

Bekas
naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim hari ini mendedahkan kenapa dia
sanggup menjadi calon Bebas untuk bertanding walaupun tahu dia bakal
dipecat dari parti.
Kepimpinan tertinggi Wanita Umno
tiada tempat dalam pilihanraya umum 5 Mei ini merupakan punca utama
mengapa Kamilia tidak teragak-agak menyerahkan kertas pencalonannya
bertanding di parlimen Kuala Kangsar menentang calon Umno sendiri, Wan
Muhamad Khairil dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim.
Ternyata kekecewaan Kamilia yang sudah menggerakkan kerja berkempen sejak setahun lebih rupanya dipandang seperti sampah tak berguna apabila hanya diberi tempat sebagai calon DUN Bukit Chandan walaupun berjawatan pemimpin nombor dua wanita dalam Umno.
Malah BEKAS ketuanya,
Shahrizat Jalil yang pantas mempertahankan keputusan presiden Umno,
Najib Razak dan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Zambry Abdul
Kadir tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejutan yang dilakukan Kamilia
bertujuan untuk tidak menambah garam pada luka yang sudah pun parah.
Alasan Zambry bahawa suara akar umbi lebih mahukan Khairil juga dilihat dangkal kerana pengundi tegar Umno yang selama ini diwakili BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz, sudah maklum bahawa Kamilia lah calon yang sesuai diletakkan berbanding dengan Khairil yang lebih rapat dengan pemimpin Umno atasan.
Tindakan Zambry menempelak Kamilia bukti satu lagi perpecahan tak terduga, bukan setakat dialami Umno Perak malah di seluruh negara.
Malah Najib sendiri kelmarin sudah mula mengeluarkan arahan supaya Kamilia 'diberi perhatian sewajarnya' kerana tanda-tanda untuk belot dari parti ternganga luas.
Wanita Umno yang selama ini dianggap tulang belakang kepada kemenangan parti itu kini sudah ibarat kupang tembaga tak laku seduit pun.
Bayangkan bagaimana wanita Umno bersusah payah merayu undi dari rumah ke rumah, berpanas dan berhujan serta sanggup bersengkang mata menyiapkan bahan kempen untuk dipasang oleh Pemuda Umno, kini itu semua sudah tidak bermakna lagi.
Mungkin sesetengah dari kita bersetuju dengan kenyataan Zambry bahawa Kamilia hanya mementingkan diri dari parti, tetapi lihatlah siapa pula barisan calon wanita Umno yang diketengahkan kali ini.
Bukannya hendak memandang rendah kemampuan Azalina Othman Said di parlimen Pengerang, Noriah Kasnon di parlimen Sungai Besar serta ketua puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di parlimen Papar, tetapi kesemua mereka cuma setakat menjadi timbalan menteri sahaja melainkan Azalina yang dilantik menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi, itu pun atas kouta puteri Umno sebelum digugurkan apabila mencecah usia 40 tahun.
Saya melihat Shahrizat dari sisi lain kesan daripada pemecatan automatik Kamilia kerana umum sudah mengetahui persengketaan lama antara dua pemimpin tertinggi Umno dan BN itu semasa isu skandal lembu RM250 juta yang membabitkan keluarga Shahrizat.
Ketika itu, Kamilia dilihat
terlalu vokal menghentam Shahrizat hinggakan kedua-dua mereka terpaksa
ditenangkan seketika takut-takut persiapan pilihanraya umum terjejas
hingga boleh menyebabkan kekalahan BN.
Dan kali ini giliran Kamilia pula ditempelak Shahrizat dengan mengatakan keputusannya hanya bernafsu peribadi bagi mengejar impiannya mencabar Shahrizat sebagai ketua wanita Umno dalam pemilihan agung parti itu yang sudah tertangguh lebih tiga tahun.
Kata orang, pulang paku buah keras.
Dipercayai ada campur tangan supaya Kamilia hanya diletakkan sebagai calon DUN seperti mana yang dilakukan ke atas ketua penerangan wanita Umno, Hamidah Osman yang bertanding di DUN Sungai Rapat.
Kamilia mungkin sudah mengetahui had dan sekatan yang ada sekiranya hanya menang di kerusi DUN kerana setakat cuma dilantik sebagai Exco kerajaan negeri pun belum tentu dia terpilih kerana perlu pula bersaing dengan Hamidah untuk melengkapkan kouta wanita Umno dalam kerajaan negeri.
Hamidah diletak sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan HARAM Zambry tetapi dikhabar mempunyai masalah dengan Umno bahagian Gopeng hingga surat rayuan turut dihantar kepada Zambry jam 12 tengah malam beberapa hari sebelum BN mengumumkan calonnya.
Itulah sebabnya dia terus mara mempertahankan haknya bertanding di kerusi parlimen kerana merasakan peluangnya untuk mencabar Shahrizat sebagai bosnya seterusnya menjawat jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat terbuka luas.
Rata-rata pengundi di Kuala Kangsar akan
mengundi Kamilia berbanding dengan pencabarnya, Khalil Idham sekiranya
pertandingan dua penjuru diadakan kerana Khalil sendiri pun mempunyai
masalah dengan pengundinya di DUN Titi Serong.
Tetapi itu tidak berlaku dan Umno sendiri memilih jalan berliku menghadapi tentangan Kamilia dan Khalil untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat Umno selama ini tetapi hampir roboh ekoran Rafidah cuma menang lebih 1,400 undi dalam pilihanraya umum lalu.
Kamilia melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Shahrizat tidak bertanding dan sebab itulah dia diberi 'restu' untuk berkempen di Kuala Kangsar bagi meneruskan warisan Rafidah di bandar diraja Perak itu seberapa lama yang boleh.
Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rafidah dimalukan Shahrizat semasa pemilihan wanita Umno dan dendam lama Shahrizat terhadap Rafidah kini terpaksa dipikul pula oleh Kamilia yang pada jam 10.45 pagi semalam sudah pun mengumumkan keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta.
Pembunuhan karekter Kamilia oleh pemimpin Umno sendiri lebih dahsyat berbanding dengan penarikan diri calon Umno bagi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang seakan didiamkan walaupun kesannya lebih dahsyat dari tindakan Kamilia.
Muhyiddin tidak perlu bersusah payah
mengarahkan pejabat agung Umno mengeluarkan surat pemecatan Kamilia
kerana jika dihantar sekalipun ia pasti akan dilayan sebagai sampah
berdaftar sebagaimana yang dilakukan ke atas batang tubuh dan prinsip
perjuangannya selama ini.
Jika Anwar Ibrahim yang pernah menjawat pemimpin kedua dalam Umno boleh dimalukan semahu-mahunya, apalah sangat dengan orang nombor dua dalam pergerakan wanita!
Inilah
budaya 'pembunuhan' sebenarnya dalam Umno kerana tidak ada siapa yang
akan dipancung jika terus mencium tangan presidennya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan